NurulAinHairaniBinti's Reading List
3 stories
HELLO QASWAR by evenadine
HELLO QASWAR
evenadine
  • Reads 2,617,444
  • Votes 109,108
  • Parts 62
MERAHMERONA SERIES 1 Marissa kembali ke Australia dengan niat untuk mencari ketenangan, tapi siapa sangka selepas kepulangannya ke tanah air dia menemui lebih daripada itu. Lain yang dia harapkan, lain yang dia dapat. Benarlah kata orang, kalau sudah rezeki memang tak akan kemana, kan? Tuhan itu maha baik, dipertemukan pula dengan jodoh tanpa sengaja. Apa lagi, chaiyo! Chaiyo! Kita dekati lah! Semangat membara dan hati yang semakin gatal, si manis Miss Strawberry tidak ragu-ragu untuk mengejar. "Hello, I'm back! Mustahil awak lupa saya, by the way saya Nurynmarissa. Exchange number, boleh tak? Nama awak apa, ya? Al... Al apa?" "Pardon?" Dia dingin. "I don't even know who you are." Dia juga sombong. And this is exactly what I love! Marissa memang tak pernah kenal erti putus asa. Walaupun lelaki itu sombong dan selalu mengendahkan kewujudannya, dia yakin - lelaki itulah jodohnya. Dan kebiasaannya, setiap kali cuba mengambil hati lelaki itu, dia tak lupa untuk melemparkan wink mautnya. One wink, and she can make him lose his cool. "Kau kenapa? Conjunctivitis?" Hari-hari seorang jejaka bernama Al Qaswar hanya berfokuskan untuk menyelesaikan misi-misi dari perkerjaannya. Tapi semua itu mendadak berubah selepas kemunculan Nurynmarissa dalam hidupnya. Dari tujuan mencari maklumat, berubah kepada misi melarikan diri dari berhadapan dengan Marissa yang tergilakan dia. "Playful, flirty, unpredictable behavior, Marissa itu perempuan gila." Semakin menjauh, semakin terikat. Itulah istilah kisah mereka setelah kehadiran Marissa dalam hidupnya diketahui oleh orang terdekatnya.
HANYA KAMU SAJA [Complete] by Mi_Amethyst
HANYA KAMU SAJA [Complete]
Mi_Amethyst
  • Reads 514,947
  • Votes 20,892
  • Parts 62
Jika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Terputus jua ikatan perkahwinan yang sudah terbina 5 tahun lama nya dan hati si suami sangat terluka. Namun percaturan takdir yang sangat indah, telah mempertemukan Jay dengan gadis malang, Ayana dalam masa beberapa jam selepas dia menceraikan isterinya. Bila bahagia mula hadir, dugaan maha hebat melanda rumahtangga mereka. Dan Jay bukan lah lelaki biasa yang hanya akan melihat isteri nya di sakiti. Siapakah Jay Zaqwan Kobayashi? Di sebalik ketampanan wajah nya sebagai lelaki gagah, seorang hartawan dan juga CEO yang di segani oleh klien2 dari Jepun. Hanya Kamu Saja.. Akan merungkai kisah mereka..
See You In A Bit [ TERBIT ] by moonlightlavh
See You In A Bit [ TERBIT ]
moonlightlavh
  • Reads 1,002,193
  • Votes 13,632
  • Parts 13
TERBIT DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER | Known as Ian Rizqash's. 2nd Romance Betulkah cinta setia itu wujud? Hari saja Tuhan hadirkan siang berganti malam. Jadi apa jaminan seorang manusia tidak boleh berubah hati dalam sekelip mata? Mencari pasangan hidup tidak pernah terlintas di benak fikiran seorang Izara Medina kerana dia tidak pernah percayakan lelaki. Bagi dia, lelaki akan terus mencari yang baru bila sang pemilik hati sudah tiada. Dari masa lalu, dia trauma apa yang berlaku. Sejak dari itu dia tidak mahu lagi percaya dengan cinta. Tapi... kenapa dia terjebak dengan lelaki itu? Rimas. Tak suka dan... Gila! Mana mungkin dia jatuh hati dengan lelaki yang rata-rata dia tidak kenal siapa. Ada saja perkara yang buatkan Izara mencari punca untuk bergaduh dengan Ian Rizqash. "Aku tak ada buat beberapa minggu. Jaga diri kau." - IAN RIZQASH "Pergilah. Tak nak balik pun tak apa, lagi bagus." - IZARA MEDINA Dia tidak pernah mengambil tahu tentang lelaki itu. Ke mana dia pergi, dengan siapa ataupun kerjayanya. Bagi Izara, semua itu tidak penting. Namun ada sesuatu tentang Ian yang buatkan dia mula curiga. Lelaki itu... Dia seperti lebih mengenali Izara dari diri dia sendiri. Siapa sebenarnya Ian Rizqash? Di saat Izara Medina berteka-teki, di saat itulah Ian Rizqash memulakan permainannya. "Kenapa you nak kahwin dengan I?" - IZARA MEDINA "I can't answer you that. Our conversation ends here." - IAN RIZQASH Di saat dua insan berperang merasa detak bahasa cinta, khabar duka datang tanpa dipinta. Kisah kita dimulai dengan indah. Namun berakhir tanpa kata selesai kerana cinta sejati sudah diletakkan noktah daripada Tuhan. "Leaving you would be my last option in life." --- Preorder bermula 24.5.2024, 12:00 a.m. Semenanjung Malaysia: RM30 Sabah/Sarawak: RM33 ⚠️ wattpad is unedited version, not the same as physical novel.