Terbit Novel
38 stories
(E-BOOK) NUR QASEH  by Drizellla
Drizellla
  • WpView
    Reads 2,682,110
  • WpVote
    Votes 86,102
  • WpPart
    Parts 42
Regular price : Rm20 RUJUK LINK INSTAGRAM UNTUK PEMBELIAN EBOOK 𝐐𝐮𝐢𝐝 𝐩𝐫𝐨 𝐪𝐮𝐨 : 𝐀 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫 𝐨𝐫 𝐚𝐝𝐯𝐚𝐧𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐠𝐫𝐚𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐫𝐞𝐭𝐮𝐫𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠. 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐞𝐱𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞-𝐨𝐟𝐟, 𝐬𝐰𝐚𝐩, 𝐬𝐰𝐢𝐭𝐜𝐡, 𝐛𝐚𝐫𝐭𝐞𝐫, 𝐬𝐮𝐛𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭𝐞, 𝐫𝐞𝐦𝐮𝐧𝐞𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐚𝐧𝐝 𝐚𝐦𝐞𝐧𝐝𝐬. "𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐤𝐚𝐮 𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠. 𝐊𝐚𝐮 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐮." 𝐌𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐥𝐤𝐚𝐡 𝐭𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐍𝐮𝐫 𝐐𝐚𝐬𝐞𝐡?
ABANG REMY ✔ by AmmaraAyyash
AmmaraAyyash
  • WpView
    Reads 16,123
  • WpVote
    Votes 280
  • WpPart
    Parts 8
Dari tingkatan 3, aku sudah menyimpan perasaan yang mendalam buat Abang Remy, sepupuku. Namun ketika aku berusia 18 tahun, Abang Remy telah memilih Farah sebagai isteri. Meskipun sakit untuk menelan kenyataan itu, aku tetap berasa bahagia untuknya. Tapi perkahwinan Abang Remy dan Farah hanya bertahan selama sebulan dan mereka membuat keputusan untuk bercerai tanpa ada sesiapa tahu apa puncanya. 2 tahun berlalu, aku cuba mencari keberanian untuk meluahkan namun Abang Remy hanya banyak mengasingkan diri. "Mira nak kahwin dengan Abang Remy, mak long." - Aku "Mira.. Mira sedar tak apa Mira cakap ni? Abang Remy bukannya muda, dia tak sesuai pun dengan Mira. Lagipun dia tu duda, Mira tu anak dara. Banyak lagi teruna yang nakkan Mira." - mak long Aku tak kisah apa pun status Abang Remy, sebab bagi aku dia adalah seorang lelaki yang bergelar duda paling hot, seksi dan kebabom. "Mama cakap Mira tawarkan diri nak kahwin dengan abang ya?"- Abang Remy. "Dulu masa kecil-kecil, abang janji nak kahwin dengan Mira bila Mira dah dewasa. Sekarang Mira dah umur 20 tahun, abang kena lah tunaikan janji abang." - Aku Perkahwinanku dengan Abang Remy sangat indah. Dia melayaniku dengan begitu baik. Semua keinginanku dipenuhi namun satu perkara yang aku masih tercari-cari adalah perasaannya yang sebenar terhadapku. Sikapnya yang perahsia menyukarkan aku mengorek isi hatinya. "Kalau Mira nak tahu abang rindu ke tidak, balik la sini. Baru abang bagitahu Mira" - Abang Remy. Lain pula yang jadi bila aku pulang senyap-senyap. "Mira dah agak dah, abang tak move on lagi daripada dia."- Aku "Kalau abang tak boleh lupakan dia, buat apa abang kahwin dengan Mira?" - Abang Remy "Sebab abang nak gunakan Mira untuk lupakan dia, kan? Ingat Mira tak tahu?" - Aku Apabila surat cerai berada di tangan Abang Remy, barulah semuanya terbongkar. "Kenapa Mira nak abang menduda dua kali sebab Mira?" - Abang Remy
MR. FROST by sk_novelis
sk_novelis
  • WpView
    Reads 133
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 4
BLURP Keretakan keluarga membuatkan RAIS LUTFAN menjadi manusia yang punya hati tapi tidak berperasaan. Sikap dingin dan beku dijadikan perisai untuk mengelakkan diri daripada didekati oleh orang lain. Dia terus lupa cara untuk tersenyum. Dia terus lupa cara untuk ketawa, malah dia terus terlupa cara untuk menyayangi apatah lagi membenarkan dirinya untuk disayangi. "Tuan buang saya tanpa beri peluang kedua kepada saya. Tanpa dengar penjelasan saya. Tuan memang tak ada perasaan! Beku! Kayu!" - DIAN HANA. Kemunculan DIAN HANA ternyata mampu untuk menghuru-harakan hidup lelaki beku itu. Disebabkan satu salah faham, Rais terperangkap dalam ulah yang diciptakan oleh Hana. Manakala, Hana menggunakan kesempatan itu untuk kepentingannya sendiri dan akhirnya mereka memilih untuk disatukan demi kepentingan masing-masing tanpa melibatkan sebarang perasaan. "Jadi sampai bila saya kena hidup dengan tuan?" - DIAN HANA. "Soalan yang salah. Sebaliknya, sampai bila kau mampu bertahan untuk hidup dengan aku?" - RAIS LUTFAN. Hana cuba mendekati namun Rais terus menjauhkan diri kerana bagi Rais, hatinya dicipta bukan untuk dicintai atau mencintai. "Jangan terlalu dekat dengan saya, Hana. Awak akan terluka nanti."- RAIS LUTFAN. Mampukah hati seorang lelaki beku dapat dicairkan? Atau tembok ais yang melingkari hati Rais akan terus menebal? "Sekarang, saya dah tahu di mana tempat saya dalam hidup awak. Terima kasih sebab awak ingatkan saya. Hubungan kita hanya atas kertas kan? Jadi biarlah ia kekal sebegitu.- DIAN HANA. HARGA: SEM.MALAYSIA : RM29.90 SABAH & SARAWAK : RM 31.90
KEKASIH KHAYALAN by AcikLana
AcikLana
  • WpView
    Reads 29,347
  • WpVote
    Votes 930
  • WpPart
    Parts 19
* CERITA PENUH DI VERSI CETAK (Tarikhnya akan diumum kelak) * INI BUKAN COVER RASMI Arissa berpindah ke sebuah banglo di Cameron Highlands bersama ibu dan dua adik tirinya selepas kematian si ayah. Di bahagian bumi yang menenangkan itu, dia bertemu dengan seorang pemuda yang amat misteri. Kehadiran lelaki tersebut membuatkan Arissa hidup Arissa kucar kacir ketakutan. Macam mana dia nak bertenang kalau si lelaki itu tiba-tiba terjengul di depan mata? Datangnya tak diundang, perginya juga persis sang bayu. Sekelip mata menghilang! Namun satu persatu misteri mula terlerai apabila Arissa semakin mengenali diri Luth yang sebenarnya.
CINTA BERBUNGA DUSTA (TERBIT)  by EllaAffandy
EllaAffandy
  • WpView
    Reads 75,526
  • WpVote
    Votes 2,461
  • WpPart
    Parts 23
Mengenali Daniel Huzair sebagai bos, Qismina Aliya asyik kecut perut. Selain dari suka marah-marah, kemahiran Daniel ialah membuli. "Qismi!" - Daniel. "Encik panggil saya ke?" - Qismina. "Habis tu, panggil siapa? Nama awak Qismi kan? Bukan Qisyu." - Daniel. Bermula peristiwa di Sabah, sikap Daniel berubah. Kalau sebelum ini Qismina selalu kecut perut, tapi sekarang seperti ada rama-rama dalam perut. "Encik tak ada bakat buat kopi." - Qismina. "Saya ada bakat buat awak teringatkan saya." - Daniel. Bakat Daniel bukan hanya boleh buat Qismina teringatkan dirinya tetapi lebih daripada itu. Rasa yang tumbuh dalam dada untuk encik bos buatkan Qismina rasa terseksa. Daniel sudah ada Nina, si tunang a.k.a anak bos besar tempat mereka bekerja. Bagaimana boleh dia menyelit di hati lelaki itu. "Bantu saya buang segala rasa dalam dada saya." - Qismina. "Bantu saya buang rasa sayang saya pada awak." - Daniel Dan kesungguhan Daniel berjaya menyeret Qismina ke alam perkahwinan. Kahwin secara rahsia demi cinta yang sudah membara. Namun, semuanya hanya sementara apabila rumah tangga yang mereka bina goyah di awal perkahwinan. "You sepatutnya zip mulut you sampai I beritahu Qismina hal sebenar."- Daniel. "Don't blame me kalau pelan ni bermula atas idea you."- Nina. "Ceraikan saya. Tamatkan semuanya."- Qismina Apakah pelan yang dirancang oleh Daniel dan Nina sebenarnya? Benarkah Daniel betul-betul mencintai Qismina atau semuanya sudah dirancang sejak awal pertemuan mereka?
Duda Limited Edition (EBOOK) by Mell_Mariann
Mell_Mariann
  • WpView
    Reads 54,559
  • WpVote
    Votes 1,381
  • WpPart
    Parts 14
Firdaus cuma lelaki biasa yang mahukan rumahtangga bahagia. Tapi sayang perkahwinan pertamanya musnah ditengah jalan. Ekoran malu dan tak mahu dipersalahkan. Tiga tahun dia diamkan diri dari keluarga dan menyorokkan statusnya sebagai duda. Hinggalah, dia terlepas cakap tentang status dirinya. "Mana ada bini dah Mak Teh. Tiga tahun dah orang menduda." - Firdaus. Semua orang pun terkejut dengan berita itu. Disebabkan itu mulalah ibu dan ibunya saudaranya mahu mengandingkan dia dengan anak gadis Mak Tehnya itu. Batrisya, Si gadis gadis sunti yang muda sepuluh tahun darinya. "Mama! Batrisya tu muda lagi ma.. Banyak benda dia boleh buat. Takkan nak kena kahwin dengan Aus. Aus ni duda anak dua tau ma!" - Firdaus. "Jadi, Isya setuju dengan cadangan Mak Teh dan Pak Teh?" - Firdaus. "Ayah suruh terima." - Batrisya. " Isya sekarang tak ada boyfriendlah abang Aus. Pleaselah. Terima Isya. Izzah harap sangat abang dapat jaga dia." - Izzah. Mengetahui tentang kisah silam Batrisya dari adik-adiknya membuat Firdaus rasa bertanggungjawab mahu melindungi gadis itu. Maka, dia bersetuju dengan perjodohan mereka. Tetapi ada hati yang tidak senang dengan hubungan mereka. Qistina, si bekas isteri yang mula menyesal dengan kesilapannya dan juga Haikal, bekas kekasih yang psiko. Mampukah Firdaus melindungi Batrisya? Dan mampukah Batrisya melupakan kisah silamnya yang pedih? Hak cipta terpelihara. Semua idea adalah milik asal penulis. Semua bahagian dalam cerita ini tidak boleh ditukar dan diterbitkan kembali dalam mana-mana bentuk tanpa izin. Plagiarisme adalah satu kesalahan besar dan dilarang sekerasnya. Tindakan akan diambil sekiranya berlaku. Sebarang peniruan, jiplak atau pengambilan isi secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain tidak dibenarkan tanpa kebenaran penulis. Sekiranya berlaku ia adalah sebuah kesalahan di sisi undang-undang dan Akta Hakcipta 1987. ® All right reserved
The Boss (Sold Out) by azwari85
azwari85
  • WpView
    Reads 53,280
  • WpVote
    Votes 877
  • WpPart
    Parts 28
Kompilasi bersama enam penulis preorder sehingga 26 Jan 2020.
Oops! Suami Aku Bukan Duda - Uji Norizqi by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 8,317
  • WpVote
    Votes 102
  • WpPart
    Parts 10
OOPS! SUAMI AKU BUKAN DUDA ISBN No : 978-967-0657-12-7 JUMLAH MUKA SURAT : 590 BLURB :- Qistina Airisa.....Seorang gadis muda yang tahu berdikari. Dia memiliki rupa paras yang menawan namun dia adalah si jinak merpati. Sepadan dengan usia dia belum matang dalam meniti kehidupan. Kadang-kadang dia mudah emosi, memberontak dan degil. Namun siapa sangka dia akan disukai oleh lelaki yang berbeza usia berbelas tahun dengannya. Loyanya tekak aku dengan abang dan sayang itu. Gila meroyan gamaknya. Kalau dia depan aku mahu je aku cekik duda gatal ni. Belum apa-apa nak beromantika dengan aku. Apa dia ingat aku akan lentoq dengan ayat romeo dia tu? No way! Luqman Hakimi.....Tidak pernah terdetik di hatinya untuk mencintai gadis belasan tahun apatah lagi mahu menjadikan gadis itu ibu kepada anaknya Danish. Tetapi rasa yang hadir membuat dia berani mengikat gadis itu dengan ikatan pertunangan. "Saya tak kisah andai saya jadi pilihan terakhir. Sekurang-kurangnya dengan pilihan terakhir itu kita masih bersama." Terketar hati aku dengan kata-kata mr widower itu. Menggunung sekali harapannya meskipun dia pilihan terakhir. Sedalam laut china selatankah cintanya terhadap aku atau lebih dalam daripada itu? Setinggi Gunung Everest kah kasihnya pada aku atau lebih tinggi dari itu? Apakah sayangnya pada aku sekuat akar tunjang yang mencengkam bumi? Tidakkah kau sedar Luqman Hakimi yang kau menabur benih di tanah yang gersang? Sekalipun kau tak putus asa membaja, benihnya tetap tidak akan tumbuh jua. Berjayakah Luqman menempatkan dirinya dalam hati Qistina Airisa? Bagaimana pula dengan Feroz yang salah meletak harapan cinta pada gadis itu? Bahagiakah Qistina Airisa di dalam mahligai Luqman Hakimi sedangkan lelaki itu telah dicop duda olehnya?
DR. ALPHA MALE by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 998,234
  • WpVote
    Votes 27,713
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?
Cinta Untuk Mr. Hero - Diya Jamal by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 3,525
  • WpVote
    Votes 22
  • WpPart
    Parts 10
TAJUK: CINTA UNTUK MR. HERO PENULIS: DIYA JAMAL HARGA : RM 25.00 (SM), RM 28.00 (SS) ISBN N0: 978-967-2185-33-8 BLURB: Kerana satu insiden, Zalya nekad untuk mendekati Nazif walau dengan apa cara sekalipun. Apabila Nazif menafikan, Zalya mula menghantar pesanan WhatsApp ala-ala stalker hampir setiap hari. 'Bila awak nak sambut?' - Zalya 'Sambut apa?' -Nazif 'Sambut salam cinta kasih sayang daripada saya. Cia cia cia...' - Zalya Tidak cukup dengan serangan WhatsApp, Zalya sanggup menghentam kereta lelaki itu demi mencipta kebetulan. Kemik kereta lelaki itu dikerjakannya. Namun tindakan luar alamnya itu hanya mengundang kemarahan dan kebimbangan Nazif. "Hurm... saya tahu kenapa awak risau sangat dengan saya. Saya rasa awak dah jatuh ni." - Zalya "Jatuh apa?" - Nazif "Jatuh cinta dengan saya." - Zalya Jatuh cinta? Mahu Nazif tidak terkejut apabila bertemu gadis seperti Zalya. Tahap keyakinan gadis itu lain macam. Malah, suka-suka hati mahu tahu sama ada hatinya sudah terpikat ataupun tidak. Namun kehadiran Zalya sedikit sebanyak mengusik jiwanya. Tanpa sedar, cinta datang mengetuk pintu hati. Saat bahagia mula terasa, kebenaran yang tak disangka-sangka terbongkar di depan mata. Zalya rasa tertipu dan dikhianati. Rupa-rupanya ada rahsia yang tersimpan rapi. "Maafkan saya, Zalya." - Nazif "Maaf? Awak tahu tak apa yang paling saya benci dalam hidup saya? Pe-ni-pu! Orang macam awaklah yang paling saya benci sekali! Awak sedar tak betapa besarnya pembohongan awak? Awak fikir senang-senang aje saya boleh maafkan?" - Zalya. "Saya tak berniat untuk tipu awak, Zalya." - Nazif "Habis, kenapa tak berterus terang dari awal? Kenapa awak diamkan aje? Kalau saya tahu, saya tak payah kahwin dengan awak. Saya tak payah rasa terseksa sebab kena tipu hidup-hidup begini!" - Zalya Mampukah Zalya terus mencintai Mr. Heronya seikhlas hati?