We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
theerenjenaa's Reading List
6 stories
PERENTAS WAKTU C by khair_ya
khair_ya
  • WpView
    Reads 26,363
  • WpVote
    Votes 2,501
  • WpPart
    Parts 53
Zaman Melaka | Slip time Danny, Danial, Is dan Khairy empat sahabat yang mempunyai kelebihan melihat makhluk ghaib kecuali Khairy yang menolak kemampuan itu sehinggalah hijab pendengarannya pula terbuka. Ketika mengikuti ekspedisi perkhemahan anjuran sekolah, mereka diganggu sesuatu di hutan. Akibat dendam lama, satu sumpahan dikenakan ke atas mereka dan membawa mereka jauh ke zaman silam, era Kesultanan Melaka. ...... Di dunia asal, tubuh mereka koma beberapa hari tetapi masih bernyawa. Saat tersedar, mereka berada dalam tubuh orang lain dan tiada siapa menyedarinya. "Now I'm facing a legend! Yeah, you're lucky!"- Is "Aku macam kenal laksamana Hang Tuah tu. Tokoh terkenal! Shit! Aku kena mintak signature dia." - Danial "Aku hanyalah khadam, tidak berani meminta lebih.." - Danny "Just accept that we are time travelers. Kita kena cari cara hapuskan sumpahan ni, kalau tak, kita akan terkurung di sini selamanya." - Khairy Bagaimana mereka ingin mematahkan sumpahan itu, apa kaitannya dengan barang kuno yang mereka miliki, dan bagaimana mereka mahu pulang ke zaman asal? Nantikan mereka dalam PERENTAS WAKTU. P/S ☞ : Kisah adalah sekadar rekaan semata-mata, tiada kaitan hidup dan mati. Tiada kaitan dengan agama. Sekadar imaginasi renungan bersama. Start: 18/12/23 [2nd book] End: 30/03/24 Bad ending in happy situation. © Nice cover by PutraRize_ Perentas waktu 2 - Random genre | Friendship | (Heavy story)
Sumpah Amerta  by orphicnna
orphicnna
  • WpView
    Reads 29,518
  • WpVote
    Votes 3,591
  • WpPart
    Parts 48
Cucuk sanggul misteri membawa Arluna kembali ke zaman silam. Takdir mempertemukannya dengan Sri Amerta, sang raja bersiong yang sentiasa hauskan darah. Untuk membalas jasa Sri Amerta yang telah menyelamatkannya, dia terpaksa membalasnya dengan darah. Arluna seorang yang keras kepala dan mulut tak pernah insaf ditambah lagi dengan Sri Amerta, lelaki yang bermata tajam dan berhati dingin dengan egonya yang setinggi gunung. "Lidah mu memang tajam, Arluna. Kadang aku terfikir, apakah lebih berbahaya sumpahan di darah ku atau lidah mu yang dapat membunuh tanpa pedang?"-Sri Amerta "Mungkin kedua-duanya, bezanya aku menggunakan lidah untuk bercakap bukan untuk...menggigit orang lain dari belakang." -Arluna Iris Namun di sebalik semua kekecohan dan pergaduhan tersebut timbul sesuatu yang lebih berbahaya daripada racun iaitu perasaan cinta yang merobohkan tembok ego masing-masing. start : 25/10/2025 end : 20/01/2026 reminder : susunan bab paling hujung mungkin agak terabur, mohon baca ikut susunan yaa :) author malas nk edit 🙏 #1 in Historical (23.12.2025) #1 in Time Travel (11.01.2026) #1 in Fairytale (06.01.2026) #1 in Royal (02.01.2026) #1 in Fantasi (23.01.2026) #1 in Enemy To Lovers (16.04.2026)
P H A R A O H by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 94,476
  • WpVote
    Votes 11,562
  • WpPart
    Parts 22
(A FIRAUN RETELLING) CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA Zaman Fatrah adalah zaman kemuncak kesesatan dunia. Satu era di mana tiada rasul diutuskan. Tiada penyeru hidayah yang membetulkan. Hidup bertuhankan nafsu semata-mata. Membuas dan merakus dalam setiap jiwa. Tiada petunjuk. Tiada jalan yang lurus. Di era sukar ini, wujud raja yang mengaku tuhan. Pharaoh Alexander. Lelaki kejam dan cilik. Membunuh itu hobinya. Darah itu kegemarannya. Menyeksa itu hiburannya. Dirinya digeruni segenap dunia. Disembah seperti tuhan. Dipuja seperti pemilik alam. Namun wujud juga di sisi lain, seorang pemuda sederhana. Allah itu Tuhannya. Nabi Isa itu nabinya. Millah itu agamanya. Pedang Allah nama diberi, Saefullah. Niatnya hanya satu. Membetulkan segala pegangan manusia era ini. Menjadikan semua hanya beriman pada Yang Satu. Menyebarkan kembali agama yang mulai luput. Namun di penghujung cerita, segalanya berubah. Takdir Tuhan mengatasi segalanya. Dunia sendiri terkedu dengan aturan-Nya. "Aku bukan tuhan, aku hanya hamba." Rujukan kitab berkenaan agama nasrani: (قصص النبيين جزء ٤) 1. Qisasun-nabiyyin juzuk 4. Karangan Abul Hasan Ali Al-hasani An-nadwi (تفسير الجلالين) 2. Tafsirul Jalalain. Karangan Imam Mahalli dan Imam Suyuti. (الرحيق المختوم) 3. Ar-rahiqul makhtum. Karangan Safiyyurrahman Al-Mabarkafuri. 4. Fadhail Amal. Karangan Shaikul Hadith Maulana Zakariya. 5. Fadhilat Sedeqah. Karangan Shaikul Hadith Maulana Zakariya. (القرآن الكريم) 6. Al-quranul karim. Cover by @ummulemonade
SULTANAH by the_haraa
the_haraa
  • WpView
    Reads 1,352
  • WpVote
    Votes 171
  • WpPart
    Parts 6
"Beta akan kembalikan kegemilangan empayar Qhori!" Seorang puteri lahir melihat dunia. Jatuhnya darah Sultanah Umamah nyeri ke lantai istana hampir mangkat demi memberi sirna keajaiban buat rakyat jelata- tidak! Bukan semata rakyat jelata, bahkan seluruh makhluk tanah air Qhori! Perkhawinan Sultanah Umamah dan Raja Tauseef dirangcang oleh kedua buah keluarga. Mereka dari empayar yang berbeza. Sebuah perjanjian termeterai demi menjaga hak serta kedaulatan empayar Qhori yang dibuat oleh Sultan Umer Uthbah iaitu ayahanda Sultanah Umamah dan ditandatangani oleh Raja Tauseef sendiri. Apakah isi perjanjian itu? Maka, sejarah baru bermula. Helaian lama dibuang- lebih parah, hak rakyat tergadai demi kemaslahatan empayar pimpinan Raja Tauseef yang kini mendapat gelaran Sultan. Apa yang disajikan? Kebahagian? Senyuman manis? Janji setia? Di mata rakyat semuanya baik saja. Tiada cacat cela tetapi figura itu saksikan di depan mata bagaimana hak rakyatnya terhakis sedikit demi sedikit. Ibundanya hanya digunakan demi mengaut keuntungan! Perkhawinan cumpur untuk mengeratkan hubungan politik dua empayar? Pfftt- bohong!
Hikayat Insan Nayanika by dinasayfu
dinasayfu
  • WpView
    Reads 7,549
  • WpVote
    Votes 828
  • WpPart
    Parts 32
Sungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supaya dapat merahsiakan dirinya yang sebenar tanpa terbongkar atau dibongkari? Seroja yakin bahawa amat sukar bagi dirinya untuk orang ramai tidak tertarik akan dirinya. Kerana matanya yang lain daripada yang lain, maka dia yakin ramai orang akan tertarik pada dirinya. Nayanika. Ya, Puteri Syarifah Seroja memiliki mata yang indah dan memancarkan daya tarikan tersendiri yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ini semua kerana mata kanannya yang berwarna biru itu pasti menjadi tumpuan ramai. Selepas beberapa hari terperangkap di kerajaan musuh. Hari demi hari dia merasa masa berjalan sangatlah perlahan. Lukanya pula ambil masa agak lama untuk sembuh jika dibandingkan dengan dirawati oleh tabib istana. Hatinya gusar. Dia tidak boleh buat sesuatu tindakan sesuka hati. Pertemuan Puteri Syarifah Seroja dengan dia membuatkan sang puteri gusar. Gusar akan keselamatannya dan orang sekelilingnya. Adakah rahsianya akan terbongkar? Adakah rohnya masih kekal dalam jasadnya setelah terperangkap di kerajaan musuh? Atau sebaliknya? status: slow update
Kal Marjan by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 18,060
  • WpVote
    Votes 2,251
  • WpPart
    Parts 22
Update setiap Isnin dan Khamis, malam. Kal Marjan. Seperti Marjan. (Sinopsis sedang dalam proses)