###
46 stories
Dia.... Aydenku by RoseVantalica
RoseVantalica
  • WpView
    Reads 675,388
  • WpVote
    Votes 31,574
  • WpPart
    Parts 52
Orang kata, seorang gadis biasa berkahwin dengan putera raja hanyalah dongengan zaman Cinderella sahaja. Ada juga yang kata, kisah itu wujud di dalam novel cinta yang mana penulis berangan nak kahwin dengan orang kaya, tetapi, hajatnya tidak kesampaian. Namun, kenyataan itu berjaya dibidas apabila Neil Ayden Raeqal datang melamar Nureen Raisyha. "I nak, you kahwin dengan I". - Neil Ayden Raeqal Bukan, ini bukan kahwin paksa. Kahwin paksakah namanya jika seorang melamar, seorang lagi menerima, tetapi bukan atas dasar cinta? Memang Nureen Raisyha minat terlampau minat dekat anak korporat yang kaya-raya itu. Bukan kerana harta, tetapi lebih tertarik kepada aura yang lelaki itu bawa bersama. Tetapi, minat itu sekadar terhenti di situ. Begitu sukar dia untuk menerima lamaran lelaki itu kerana perasaannya hanyalah terbatas pada minat, bukan cinta. Namun, disebabkan desakan Neil Ayden Raeqal dan dibawa sekali ibu bapa lelaki itu dalam menjadikan dia milik seorang Neil Ayden Raeqal, akhirnya, Nureen Raisyha terpaksa menerima lamaran itu. "Apa sebenarnya sebab awak nak sangat kahwin dengan saya?" - Nureen Raisyha "Secret". - Neil Ayden Raeqal Neil Ayden Raeqal tidak pernah memberitahu sebab-musabab dia mengahwini gadis itu. Apabila disoal, dia memilih untuk berdiam. Sehinggalah suatu hari, Nureen Raisyha sendiri yang dapat tahu tentang motif lelaki itu mengahwininya. Benar-benar merentap separuh jiwanya kerana dia mulai sedar bahawa hari demi hari dia mulai mencintai suaminya itu. "Saya harap, saya adalah dia. Yang mencintai dan dicintai". - Nureen Raisyha Konflik semakin bertambah apabila seorang demi seorang insan dari masa lalu datang menemui pasangan itu sehingga mampu menggoyahkan rumahtangga yang hampir menemui titik kebahagiaan. Apakah kesudahan kisah ini? Akankah benar cinta suci Cinderella dan Putera Raja itu wujud di dunia nyata? Jika kahwin, memang ya. Jika cinta? Adakah mungkin semuanya hanya hidup di dunia fantasi sahaja? [COMPLETE]
I Miss You | ✔ by MiraHaniya
MiraHaniya
  • WpView
    Reads 2,559,739
  • WpVote
    Votes 97,640
  • WpPart
    Parts 82
~ Pulangkan dia padaku, tak tertanggung merindu, biarkan kami hidup di bawah langit cinta-Mu ~ Jayden pernah menjadi bayangan silam yang menghantui Sofea. Lelaki yang membuli, menghina, dan meninggalkannya dengan luka. Selepas lima tahun, mereka bertemu kembali dan ditakdirkan sebagai suami isteri kerana satu fitnah yang menjatuhkan maruah Sofea. Perkahwinan itu tidak dimulakan dengan cinta, namun Jayden diam-diam belajar menyayangi wanita yang pernah dia sakiti. Dia cuba membayar semua kesalahan masa silam, namun sayangnya... sejarah berulang. Satu lagi fitnah memisahkan mereka dan kali ini, Sofea yang pergi meninggalkan Jayden tanpa menoleh ke belakang. ❄ I Miss You ++ Bonus I Miss You 2 ~ Kisah cinta Amar Gadafi dan Yara © 2018
Tanya Sama Hati ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 1,313,237
  • WpVote
    Votes 58,399
  • WpPart
    Parts 59
Cikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Malah ketika kali pertama mereka bersua mata pun tiada istilah dari mata turun ke hati. Apatah lagi kalau hendak terus jatuh cinta pandang pertama. Memang taklah! Juwita dan Haris ibarat magnet yang berlainan kutub. Sejauh mana Juwita cuba mengelak, selagi itulah Haris makin mendekat. Bagi Haris pula, gadis seunik Juwita perlu didekati. Haris tahu ada sesuatu yang istimewa disebalik seorang Cikgu Juwita. Sesuatu yang istimewa dan tidak patut dilepaskan. Tetapi bagaimana pula jika persaingan untuk mendapatkan Juwita tidak mudah? Mampukah Haris bertahan dengan adanya Khal dan Yusuf yang masing-masing mahu mendapatkan Juwita juga? Ibarat sebuah trofi terulung, siapakah yang bakal memenanginya nanti?
Cinta Jangan Pergi ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,243,206
  • WpVote
    Votes 87,441
  • WpPart
    Parts 73
Bagaimana jika anda terjatuh cinta pada bekas suami kawan baik anda sendiri? Yang mana lebih penting? Persahabatan atau percintaan? Ini kisah Hana Dahlia, yang tidak menjangka akan terpaut hati pada bekas suami kawan baiknya sendiri. Antara cinta dah persahabatan, yang manakah menjadi pilihan Hana? Mula : 27 April 2017 Tamat : 20 Februari 2019
C | MR. DOMINAN by r0yalady_
r0yalady_
  • WpView
    Reads 1,581,724
  • WpVote
    Votes 51,908
  • WpPart
    Parts 60
[𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] DANIEL HANZ ANAQI × DAMIA IZARA Dikhianati oleh satu-satunya orang yang dipercayai dan dijual menjadi pelacur murahan di kelab demi kepuasan diri sendiri. Hina sangatkah harga maruah dirinya sehingga diperlakukan begitu? Hancurnya hati seorang Damia hanya Allah sahaja yang tahu. Di saat Damia hampir menyerah kalah dengan takdir, datangnya seorang lelaki menyelamatkan dirinya daripada mejadi mangsa pemuas nafsu serakah si syaitan. Damia terselamat tetapi lain pula yang jadi apabila lelaki yang menyelamatkan dirinya itu ditangkap basah bersamanya. Ah sudah! "Tunang encik tak marah ke kalau dia tahu encik dah kahwin dengan saya? " -Damia- "Encik lagi! Kau ni memang tak ada nama lain ke nak panggil aku? Aku ni bos kau ke suami kau? " -Daniel- Di saat hubungan ingin mekar seperti bunga, datang nya bala menimpa. Mampukah hubungan mereka dipertahankan? Ikhlas kah hati Daniel menerima Damia sebagai suri hidup nya? Baca lah sendiri, aku cuma menulis. (Sweet romance + cornflakes) Start : 1/3/2022 End : 10/10/2022
Sekeping Hati Yang Terluka by wannabeyy
wannabeyy
  • WpView
    Reads 1,617,940
  • WpVote
    Votes 64,308
  • WpPart
    Parts 58
" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah yang selalu melebihkan adik-beradik yang lain berbanding dirinya. Berkahwin dengan Razif Amirul bukanlah sesuatu yang dia mahukan bahkan dia tak pernah jangka. Dia cuma mahu menolong lelaki itu mendapatkan saham syarikat milik keluarga Razif. Tempoh perkahwinan mereka hanya dua bulan sebelum dia bakal bergelar janda. Ada sebabnya, kenapa dia terlalu ingin menolong Razif. Pastinya kerana lelaki itu merupakan crushnya sejak di bangku sekolah menengah. " Aku tak kisah asalkan dia bahagia walaupun bukan dengan aku. " Arisya Delina. Mampukah sekeping hati ini menahan luka perit yang ditoreh? start ; 4 Oct 2018 end ; 1 Jan 2019
Encik Harimau Tu Aku Punya! by Minty_Shoogar
Minty_Shoogar
  • WpView
    Reads 463,734
  • WpVote
    Votes 14,409
  • WpPart
    Parts 39
Dia sepupunya.Dia seseorang yang paling dibencinya.Mereka berdua telah mengistiharkan perang antara satu sama lain. Tapi dapatkah Alia dan Mirza merapatkan diri dalam alam perkahwinan ini, selepas dipaksa oleh kedua-dua belah pihak? Walaupun kerana terpaksa, tetapi sememangnya perasaan benci itu tidak boleh dipendam langsung.Kerana ada seseorang yang bijak telah mencairkan hati yang keras itu. "Benci memang benci, tapi aku tak mampu nak benci Encik Harimau yang comel ini."
EMPTY  CAN by Hawa_Eve
Hawa_Eve
  • WpView
    Reads 12,860
  • WpVote
    Votes 2,103
  • WpPart
    Parts 21
▪ Dalam tempoh pengeditan. Maaf kalau ada yang keliru di tengah pembacaan.▪ Re-edit Empty Can. Di dalam dunia ini terlalu banyak perkara yang mengelirukan. Dan tiada penjelasan untuknya. Kadang ketika kau tersenyum, terasa lebih perit dibanding ketika kau menangis. "Dulu aku pernah tertanya-tanya sendiri, kenapa orang pandang aku macam tak ada harga diri? Apa beza aku dan mereka? sedangkan aku juga orang yang paling berkerja keras untuk menampung hidup sendiri. Tapi kenapa bayaran dari kerja kerasku terlalu murah? Kenapa aku terlalu hina di mata masyarakat?" Si pengutip tin kosong. "Kalau kau tak percaya yang manusia cepat berubah, pandang aku. Aku. Contoh paling nyata." Laila. The elegant introvert. "Kalau dulu mak aku buang aku di depan masjid dan bukan di depan gereja, adakah mungkin untuk aku menjadi seorang beragama islam sekarang?" Andrea. The numb guy. "Dengan hidayah dan kehendak Allah Azza wa jalla. Jika kau sendiri yang buka hati untuk menjadi seorang mukmin sejati, kau tak perlukan kemungkinan. Sekarang juga kau boleh menjadi seorang mukmin." Hilmi. The empty can. Ini keratan perjalanan hidup manusia. Yang perlahan berubah mengikut kehendak dan takdir. Bermula dari kanak kanak yang naif dengan aturan dunia hingga menjadi remaja kosong dan dewasa yang tercari cari arah dan petunjuk hidup.
I Love You, Dian by raz577_
raz577_
  • WpView
    Reads 502,098
  • WpVote
    Votes 20,594
  • WpPart
    Parts 52
[COMPLETED] Bukan lagi bayang. Afra Dian dah penat jadi bayang kakak sendiri, Nareesa Airin. Peluang diambil apabila pembuli dia push her buttons, Dian terus pindah sekolah. Tinggalkan Kuala Lumpur dan bina hidup baru di Negeri Sembilan. Sewaktu sudah bekerjaya sebagai seorang pianist terkenal, Dian masih belum berani untuk pulang ke kelompok di mana dia kekal bayang. Dan untuk bertemu semula dengan playground bully dia? Tak perlu dia pulang. Pada malam yang hening, bunyi ombak sebagai latar belakang... Mereka bertemu semula. Kedua-dua mereka sudah dalam versi dewasa.
UGLY DUCKLING by Hawa_Eve
Hawa_Eve
  • WpView
    Reads 56,332
  • WpVote
    Votes 7,793
  • WpPart
    Parts 33
"Budak cacat. Dah hodoh tu, bisu pulak ke?" "Eii hodohnya kau ni. Buat sakit mata aku je." "Kau ni kan, dah sedar rupa tu macam tu.. tak payah la nak tunjuk muka dekat sini lagi." "Masuk bilik kau sekarang! memalukan aku je" Hodoh. Cacat. Monster. Itulah dirinya.. Muhammad Eesa. Kejian dan hinaan, seolah sudah sebati dengan dirinya. Ada pandangan kasihan, simpati.. tapi dia tahu, hanya dengan itu saja tidak cukup untuk membuat mereka menerima keadaan dirinya seadanya. Manusia terlalu mementingkan rupa. dia tahu itu. Tapi tidak bagi sigadis.. yang mengagumi si jejaka. hanya dia yang melihat Eesa dengan pandangan kekaguman. Si gadis yang digelar puteri mengagumi jejaka yang digelar raksasa. "Dia tak cacat! Dia tak hodoh! Dia bukan monster! Dia hero. Dia selamatkan Poetry."- Poetry Sakeenah Orang kata cinta itu buta.. Tidak, cinta tidak buta. Manusia yang buta kerana tidak melihat menggunakan mata hati. Ini bukan cerita dongeng Beauty and the Beast. Ini kisah Poetry and The Ugly Duckling. ******** Kasih yang dipupuk sejak kecil, tidak akan selamanya menjadi cinta. Jarak dan masa menjadi pemisah. Hati dan ingatan tak pernah juga berubah. Masa dewasa mempertemukan mereka kembali. Tapi tidak seindah dongeng dimalam hari. Dimana sang puteri dan sang hero bertemu lalu cinta dan bahagia mengakhiri. Jauh berbeza sekali. "Bila dua hati bertemu dan terpaut, tidak semestinya terus diakhiri dengan percintaan.." "A..ap..apa?" "Kerana ada perkara yang lebih penting dari itu.."