pirupitu's Reading List
2 historias
NAHDAN |BL| (COMPLETED)  por edennforyou
edennforyou
  • WpView
    LECTURAS 10,259
  • WpVote
    Votos 412
  • WpPart
    Partes 26
NAHDAN - sebuah kisah cinta yang perlahan, sunyi, dan tak pernah dijangka. Ethan William, lelaki kacukan Inggeris-Melayu, kembali ke pekan kecil Parit Buntar untuk menjaga neneknya yang uzur. Di sinilah, dalam keheningan senja dan alunan lagu klasik di sebuah kedai kopi bernama Baby Coffee, dia bertemu Nahdan - barista muda yang menyimpan puisi dalam buku nota, dan cahaya dalam setiap senyuman. Di antara hujan yang turun tanpa diminta, aroma kopi yang mengisi ruang, dan malam-malam yang panjang, mereka belajar tentang makna menjadi "yang tak sepatutnya bersama". Cinta mereka tumbuh perlahan, tapi dunia tidak selalu memberi ruang untuk kisah seperti ini hidup selamanya. Dalam perjalanan pulang dan perpisahan, dalam kenangan dan hal-hal kecil yang ditinggalkan, Ethan mendapati bahawa kadangkala, yang datang bukan untuk tinggal - tapi untuk mengajar kita cara untuk hidup. "He taught me how to live, and what it means to lose."
BUKAN CINTA BIASA |BL| (COMPLETED) por edennforyou
edennforyou
  • WpView
    LECTURAS 442,377
  • WpVote
    Votos 12,136
  • WpPart
    Partes 52
WARNING BXB 🔞 "Sakit ke?" "Hah?" Adam tercengang. Tak faham apa yang dimaksudkan oleh pengawas itu. "Tu kaki kau, sakit ke?" Balasnya sambil menjuihkan bibir ke arah bukulali budak berkaca mata dihadapannya ini. Adam terus memandang bukulali. "Ouch!" Kini baru terasa sakitnya. "Sini aku tengok." Kata pengawas itu sambil tangannya sudah menyelak stokin Adam dengan pantas. Tak sempat Adam untuk menghalang. "Alah tak payahlah saya ok je." Kata Adam sambil cuba untuk memegang tangan pengawas yang berurat hijau itu. Jelas terasa kedinginan pada tangan pengawas di hadapannya ini. Mesti dia sudah lama berada di luar. "Ish degil! Biarlah aku tengok." Marah pengawas itu sambil mendecitkan bibirnya. Adam terdiam takut, setelah dibalas dingin. Matanya terpandang pula pada tanda nama yang terletak elok pada poket baju pengawas itu. "Zul.. Ilham?" Kata Adam perlahan. "A'ah. Nama aku Zul Ilham. Panggil Ilham je." Balasnya senada.