darlena_a's Reading List
4 historias
Al Wazir: Permata Terindah por karyaseni2u
Al Wazir: Permata Terindah
karyaseni2u
  • LECTURAS 19,444
  • Votos 394
  • Partes 16
Bacaan Awal Sahaja.. Tajuk: Al- Wazir : Permata Terindah Penulis: Zulaikha Abbas Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-17-4 Harga: RM28 (Semenanjung) // RM31 (Sabah & Sarawak) Kisah lampau menjadi gelandangan akibat dibuang ibu kandungnya, Annabelle, telah merubah kehidupan Gianna serta-merta. Penceraian kedua-dua ibu bapanya juga menjadi punca kemudaratan hidup Gianna sehingga menyebabkan dirinya mengalami PTSD (penyakit gangguan emosi). Biarpun sukar untuk sembuh semula, Gianna akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Catatan takdir menemukannya dengan si jejaka sosialit yang tinggi egonya. Pencarian isteri untuk nampak sempurna di mata khalayak adalah penting buat Emeeriz, yang merupakan salah seorang waris empayar Al-Wazir. Itu cerita sebelum Emeeriz menikahi Gianna, selepas kahwin... Gianna masih tidak dapat lari dari rasa curiga dan ragu-ragu terhadap kasih sayang Emeeriz buat dirinya dek PTSD yang masih bersisa kesannya.
AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITU por karyaseni2u
AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITU
karyaseni2u
  • LECTURAS 24,753
  • Votos 507
  • Partes 15
PENULIS: MYRA AMEER TAJUK: AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITU TERBITAN MEI 2017 HARGA: RM28 (SM) / RM31 (SS) Dia bukan anak raja, bukan juga CEO syarikat ternama atau pelajar lulusan dari luar negara, tetapi dia hanyalah insan biasa yang punya kisah hidup yang penuh duka dan tidak sempurna. Dialah Shark... Lelaki yang punya pesona dan digilai ramai gadis popular dan ternama. Biar dipikat dan digoda tetapi hatinya tetap dijaga hanya untuk dimiliki oleh seorang gadis bernama Jeslina yang digelarnya bunga. Bagi Jeslina, nama Shark atau digelar si pembuli itu memang sedari awal lagi sudah dipangkah-pangkah dari senarai calon teman lelaki pilihan. Dibuli tanpa henti ketika di sekolah menengah dahulu membuat dia sangat membenci biar lelaki itu gigih mengambil hati. Lebih-lebih lagi ketika itu dirinya bakal dimiliki oleh sahabat baik lelaki itu sendiri. "Dengar sini Shark, antara kita tak mungkin akan ada apa-apa ikatan sebab aku akan berkahwin dengan Redza. Faham? - Jeslina "Kuasa Tuhan tak siapa yang tahu, Jes. Orang yang dah berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula baru bertunang. Eh! Pembetulan...Belum bertunang pun lagi." - Shark Terjalinnya ikatan pertunangan antara Redza dan Jeslina membuatkan Shark panasaran. Tetapi, jika sudah namanya Shark, biar hak orang akan tetap diredah juga selagi belum disahkan dengan akad dan perkahwinan.Walaupun dimarahi, juga dinasihati, dia tetap tidak peduli lebih-lebih lagi bila hati sudah terlalu mencintai. "Astaghfirullahalazimmm... Kamu ni dah kenapa? Lupa Jes tu tunang kawan baik kamu?" - Mak Ngah Iman
DR. ALPHA MALE por karyaseni2u
DR. ALPHA MALE
karyaseni2u
  • LECTURAS 971,591
  • Votos 27,248
  • Partes 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?
DHEO'S por karyaseni2u
DHEO'S
karyaseni2u
  • LECTURAS 871,146
  • Votos 26,848
  • Partes 16
Tajuk: DHEO'S Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-090-8 Muka Surat : 672 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Julai 2018