umaiirahhh's Reading List
3 stories
Setitis Kasih by mashatikaaa
mashatikaaa
  • WpView
    Reads 987,236
  • WpVote
    Votes 6,347
  • WpPart
    Parts 50
cover by zreenrah ADRIANA ADELLA-seorang gadis yang sering diseksa oleh ibu tirinya.Tambahan itu,ayahnya juga sering memarahinya kerana berfikir dia biadap terhadap ibu tirinya sehingga sanggup menghalau Adriana dari rumah Adriana hilang arah.Dalam keperitan hidup,dia telah ditangkap oleh segerombolan penagih dadah dan di jual d kelab malam. DANISH HAIKAL-lelaki yg telah membeli Adriana kerana baginya Adriana tidak sama dengan perempuan yg selalu di langgannya Adriana semakain menderita dlm neraka ciptaan Danish kerana dia telah jatuh hati dgn lelaki itu "KAU FIKIR AK BG KAU TINGGAL D SINI PERCUMA..!!KAU SILAP PEREMPUAN ...."Danish "Saya sedar siapa diri saya.Tak perlu hina saya mcm tu "Adriana Mampukah Adriana memenangi hati Danish..?Akan adakah setitis kasih yg di harapkan oleh Adriana daripada lelaki yg dicintainya..? #menggunakan perkataan yg agak kesat..jd kalau rsa dk suka jgn baca ya start=25/11/17 end=12/12/17
Bodyguard Seumur Hidup by cikwawabahar07
cikwawabahar07
  • WpView
    Reads 116,905
  • WpVote
    Votes 5,560
  • WpPart
    Parts 51
DAMIA INSYIRAH. Perkataan sinonim dengan gadis itu = keras kepala, ego, panas baran, sombong, bongkak dan kuat perasan. Anak kepada Tan Sri Azizi dan Puan Sri Afia. Nak dijadikan cerita, disebabkan wajah yang cantik menawan hati mak-mak mertua di Malaysia dan ketebalan dompet yang meruntun hati para teruna bermata duitan, Damia jadi sasaran cinta palsu manusia. Demi menjaga keselamatan dan hati Damia dari dikecewakan, Tan Sri Azizi dan Puan Sri Afia nekad mengupah seorang pengawal peribadi untuk gadis itu. RIAN AFLIQ. Lelaki yang dipertanggungjawabkan menjaga Damia. Berasal dari keluarga yang biasa-biasa namun ada rahsia yang bukan biasa-biasa yang disembunyikannya. EDWARD. Nah... Cuma watak antagonis yang muncul memeriahkan cerita. Antara sepuluh pewaris harta keluarga terkaya di Malaysia. Handsome. Rambut blonde. Mata biru. Gentle tapi... Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Damia dan Rian? Memang bukan gandingan yang baik. Kalau bergaduh, langit runtuh pun belum tentu nak berhenti bergaduh. Damia dengan rancangan gilanya, nak singkirkan Rian. Tapi iyalah kan... Kita merancang. Allah juga merancang. Tapi Allah lah sebaik-baik perancang. Achewaque! "Saya nak awak berhenti kerja." - DAMIA "Silap-silap awak yang merayu cakap 'Rian... Saya nak awak jadi bodyguard seumur hidup saya!' Hahaha!" - RIAN "And you will be?" - EDWARD "Mrs. Edward forever! Eh?" - DAMIA "You will. One fine day." - EDWARD Jangan risau semua. Ini kisah happy ending. Achewaque! Ikhlas dari author senget, Selamat membaca! Start : 2019 End : 2021
DR. ALPHA MALE by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 994,389
  • WpVote
    Votes 27,613
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?