Kagura_shrz's Reading List
3 stories
TAKDIR UNTUK AKU by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 172,110
  • WpVote
    Votes 3,282
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Takdir Untuk Aku Penulis: Rehan Makhtar Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-054-0 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Julai 2017 DAPATKAN SEGERA MELALUI APLIKASI KARYASENI DI GOOGLE PLAY ATAU APP STORE ANDA!
Jagakan Aku [TERBIT - KARYASENI] by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 17,857
  • WpVote
    Votes 1,139
  • WpPart
    Parts 19
Tajuk: JAGAKAN AKU Genre: PSIKO-THRILLER Terbitan: KARYASENI 'Lindungi aku dari dia dan mereka, hingga hujung nyawa'. ---- "Cuma Doktor Ana Zahirah yang boleh tentukan kematian saya." Bergegar dunia Zahirah apabila seseorang datang menemuinya dan mengatakan itu. Semuanya bermula selepas dia menjadi saksi kepada satu babak percubaan membunuh secara tidak sengaja. Kini, tak semena-mena dia terheret sama dalam permainan nyawa Devil Angel. "Kadang-kadang tak ada niat membunuh, tapi keadaan mendesak." - AINA NATASHA "Dia membunuh sebab dia seronok membunuh. Itu aje." - MUZAFFAR Di antara kedua-dua sebab itu, yang mana satu yang menjadi punca Devil Angel membunuh? Atau ada sebab lain, yang membuatkan Devil Angel 'menghantar' mangsa-mangsanya kepada Zahirah? Sungguh, Zahirah panasaran! "Ana Zahirah. Kau... Mengecewakan aku." - DEVIL ANGEL Insan-insan terdekat Zahirah mulai menjadi mangsa. Emosi Zahirah bertambah kacau-bilau apabila ASP Aydin mengesyaki dia ialah Devil Angel, atau sekurang-kurangnya dia bersubahat dengan Devil Angel. Tetapi suatu hari... "Jangan takut. Aku akan jagakan kau." - ASP AYDIN Entah mengapa, jiwa wanita Zahirah telah meresap masuk janji Aydin. Diam-diam, dia mempercayai lelaki itu dan janjinya. Satu insiden di Kuala Lumpur membuka peluang untuk Zahirah mengetahui kisah silam Aydin dan tak dapat tidak, hati wanitanya terus terbuka untuk lelaki itu. Namun, bisakah Aydin kotakan janjinya bilamana Zahirah sudah menjadi obsesi Devil Angel? Pada saat Zahirah sendiri berubah menjadi wanita tidak berjiwa, mampukah dia menghalang Devil Angel daripada terus-terusan membunuh? Atau Zahirah sendiri akan jatuh ke lembah gelap, dan menjadi serupa Devil Angel? "Whoever fights monsters should see to it that in the process he does not become a monster. And when you look into the abyss, the abyss looks into you." - FRIEDRICH NIETSZCHE, GERMAN PHILOSOPHER
Aku Ada [TERBIT - KARYASENI] by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 26,390
  • WpVote
    Votes 1,273
  • WpPart
    Parts 22
"Bila kau celikkan mata, jangan ingat aku. Bila kau pejamkan mata, jangan lupakan aku." -- BLURB -- Hidup Lyssa yang selama ini aman dengan rutin seorang penuntut di sebuah kolej, tiba-tiba berubah selepas Lyssa jatuh tergelincir di Ledang. Sudahlah didiagnos dengan Retrograde Amnesia, malah boleh mendengar suara-suara halus. Dan kebolehan itu akhirnya membawa Lyssa kepada penemuan satu mayat di dalam hutan. "Jangan percayakan papa Lyssa, Saf dan Fitri." Itu yang dititipkan suara halus itu. Lyssa panasaran. Namun, ketenangannya sekali lagi berkocak. Kali ini, Lyssa bisa melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesuatu... Atau seseorang? "Kau... Siapa kau sebenarnya? Kau nak apa daripada aku?" - Lyssa "Aku cuma nak stay dengan kau aje. Aku nak ada kat sisi kau selalu, setiap masa..." - Hafiy Dalam ketakutan, ada rasa bahagia yang menjalar. Dalam keengganan, ada rasa dilindungi yang menerpa. Menunaikan permintaan suara-suara itu ditemani Hafiy, Lyssa terpaksa akui dia juga mahukan Hafiy di sisinya. Identiti mayat terbongkar. Cukup untuk buatkan dunia Lyssa jadi kelam namun semangat dikutip semula untuk mencari tahu punca kematian tersebut. Di setiap langkah Lyssa untuk mencari kebenaran, ada rahsia yang terbongkar. Sesungguhnya kematian itu hanyalah titik permulaan untuk permainan kejar-mengejar di antara Lyssa dan Dia! Cinta. Keluarga. Sahabat. Semuanya menjadi pertaruhan. Dan juga... Nyawa. Kata Dia, ini semua takdir! "Apa kata kita potong bulatan takdir ini?" - Lyssa "Kematian aje caranya. Aku takkan mati jadi jawapannya ialah kau!" - Dia Apa dan siapa Hafiy sebenarnya? Masih utuhkah rasa yang bertamu dalam hati walaupun mereka hanya menyakiti satu sama lain? Dan yang paling penting... Mampukah Lyssa melawan Dia? -- KARYASENI, APRIL 2018