ani_mastura's Reading List
12 stories
CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL] by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 163,533
  • WpVote
    Votes 5,311
  • WpPart
    Parts 14
Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir. Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut. Shafa Raisha, code name Shaurin. Juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya. "Kenapa kau selamatkan aku?" - SHAFA RAISHA Kes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya. Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing. Masalah bertambah berat apabila seorang lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Mulut kata sayang tapi hati sebaliknya. Di depan kata cinta tapi di belakang lain pula ceritanya. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan! Shafa Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun. Siapa sebenarnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang ejen perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini? "Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun." - HARRAZ ZAYNE. Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba? Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing? Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah. Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar! Terbitan: Fajar Pakeer
TIH 2 : Broken Land by nur_minna
nur_minna
  • WpView
    Reads 71,219
  • WpVote
    Votes 4,482
  • WpPart
    Parts 40
[Pemenang Pengkarya Revisionis Anugerah Wattys 2018] Published : 01/01/18 Completed : 08/01/19 Previously known : TIH 2 : Arlisya Firdaus Highest ranking: #5 in Adventure (10/05/2020) ************************************ Ramai orang menyangka Arlisya Firdaus ialah lelaki disebabkan penampilannya yang tak ubah seperti lelaki. Kesnya sangat teruk sehingga kaumnya sendiri ramai yang menaruh hati padanya. Masalahnya, dia bukan lesbian! Dia tidak pernah meminta untuk dijadikan hidupnya seperti itu. Dia tidak pernah mengaku dia seorang lelaki, malangnya semua tidak percaya apabila dirinya menyatakan dia seorang perempuan. Orang luar lihat dia sebagai seorang yang kuat tetapi tiada siapa tahu perasaan yang terpendam dalam hati. Tiada siapa tahu sebab sebenar dia berubah meskipun tidak pernah menafikan dirinya sebagai seorang perempuan. Dia mengharapkan ada orang yang menghulurkan bantuan untuknya kembali ke jalan yang benar. Suatu keajaiban berlaku menyebabkan Arlisya Firdaus terperangkap dalam satu dunia yang tidak diketahui benar-benar wujud atau sekadar imaginasinya. Satu per satu memori yang disimpan hilang tanpa sedar. Jalan keluar dari dunia itu tidaklah semudah yang diduga. Pelbagai halangan dan ujian yang perlu dia tempuhi. "Kamu nak keluar dari dunia ni?" Arlisya Firdaus mengangguk. "Encik mesti tahu kan?" "Tetapi ada banyak halangan sebelum kamu boleh keluar." "Banyak benda kamu tak ingat tentang orang sekeliling kamu di dunia kamu. Kamu kena selesaikan beberapa tugasan dan ingat mereka semula sebelum kamu lupa mereka sepenuhnya." "Tugasan? Macam mana selesaikan tugasan boleh buat saya ingat pada mereka?" "Saya tak boleh terangkan bagaimana. Tapi itu saja caranya. Ia merangkumi tugasan, ingatan dan kebahagiaan." Apa yang dia dapat rasakan, ia berkait dengan masa silamnya dan hanya dengan tiga perkara yang orang tua kelihatan seperti Gandalf itu katakan menjadi jalan keluar untuknya.
TIH 3 : Misery Night by nur_minna
nur_minna
  • WpView
    Reads 33,150
  • WpVote
    Votes 2,644
  • WpPart
    Parts 37
[Pemenang Karya Misteri & Thriller Anugerah Wattys 2019] Published : 18/02/2018 Republished : 10/01/2019 Completed : 10/01/2020 Previously known : TiH 3: Nik Amar Fahimi Siapa tak kenal Night? Penembak tepat yang bertopeng hitam. Penuh rahsia. Ada setengah orang kata, dia seorang penjenayah yang sedang polis kumpul bukti untuk meletakkan lelaki itu di dalam penjara seumur hidup. Tetapi ada juga sesetengah yang percaya lelaki misteri itu seorang yang baik kerana selalu membantu orang. Nik Amar Fahimi, lelaki yang menyimpan kenangan pahit sejak kecil. Pendiam tetapi tidak kepada orang tertentu. Seorang pekerja separuh masa di sebuah kedai jam tangan. Walaupun hanya seorang pekerja biasa tetapi dia juga seorang yang menyimpan rahsia. Menghilang hampir setiap malam, tetapi muncul tepat pada waktu setiap pagi. Tapi apa kaitan mereka berdua ni? Suatu tugas diterima oleh Night dan rakan setugasnya menyebabkan dia terpaksa menyamar menjadi seorang bodyguard kepada seorang anak orang kaya, Najwa. Masalahnya, bukan wanita itu yang patut dilindungi tetapi dua orang budak yang dijaga oleh Najwa selama dua minggu! "We meet again, little girl." -Night Masalah kedua muncul apabila Datuk Mukhriz, ayah Najwa mewajibkan mereka untuk menjadi imam dalam solat fardu. Parah! Sudah berapa lama tubuh mereka tidak bersujud kepada Tuhan? Hanya Allah saja yang tahu. "Awak perlu tahu semua benda ni, Amar. You are the only one left." Rahsia lama kembali tersingkap, kehadiran seorang lelaki yang mengakui diri sebagai kenalan abang Amar menimbulkan pelbagai rasa dalam hati. Dia berusaha mencari jawapan kepada kebenaran peristiwa yang menyebabkan dia menjadi siapa dirinya pada hari ini. Dan hanya dia seorang yang dapat membela kematian abang dan adiknya. "Aryan, Amar akan cari pembunuh tu sampai dapat."-Amar ⚠️ Mature content di sini merujuk kepada aksi ganas dan membahayakan.
Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited) by nur_minna
nur_minna
  • WpView
    Reads 501,201
  • WpVote
    Votes 25,595
  • WpPart
    Parts 113
Highest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perhatian⚠️ Hero Troublemaker ialah versi CTPH yang sudah diedit. Buku ini ditulis semasa penulis budak PT3 (Jadi minta maaf kalau ada yang cringe baca) ------------------------- "Nadhirah!" Panggil Zafriel Adrian. Tambah laju pergerakan Iman Nadhirah. Dia tidak mahu bersua muka dengan lelaki itu. Malu kerana lelaki itu sudah ketahui kata laluan telefonnya. Dan dia masih kecewa tentang hadiah yang tidak dibuka lelaki itu. Nampak sangat celebration birthday Zafriel Adrian lebih penting daripada hadiahnya. "Nadhirah, tunggulah kejap!" Laju langkah Zafriel Adrian buka mendekati gadis itu. Memandangkan dia atlet sekolah, tindakan mengejar tunangnya itu amat mudah baginya. Lengan Iman Nadhirah yang berlapik baju rumah sukan biru itu diraihnya. Iman Nadhirah cuba melepaskan diri. "Ish, lepaslah!" "Can you at least say thank you?" Soal Zafriel Adrian. Dahinya berkerut geram. Iman Nadhirah mengetap gigi. "Aku tak mintak pertolongan kau." Zafriel Adrian menghela nafas perlahan. "Susah sangat ke kau nak maafkan aku, Nadhirah?" Lirih suaranya menyoal. Iman Nadhirah tidak menjawab. Dia terus menarik lengannya apabila terasa pegangan Zafriel Adrian semakin longgar. Dia kemudiannya berlalu dari situ tanpa sepatah kata. Zafriel Adrian hanya memandang. Langsung tidak mengejar. "Kau akan sentiasa berada di hatiku, Nadhirah. Tak kira sejauh mana kau pergi, sebanyak mana kau sakitkan hati aku."
TIH : Gifted Prince by nur_minna
nur_minna
  • WpView
    Reads 59,921
  • WpVote
    Votes 4,675
  • WpPart
    Parts 36
Published : 21/08/17 Completed : 29/12/17 Previously known : TIH : Hazim Hakimi Hazim, asalnya seorang budak baru yang tidak pernah menjawab kertas soalan peperiksaan yang dihadapinya. Ujian besar pun hanya dijawab ala kadar. Tidak pernah beri tumpuan dalam kelas sebaliknya tidur adalah kerja sekolahnya. Tiada kawan. Tiada keluarga. Empat dinding dijadikan benteng melindungi diri dari ditembus orang yang akan melukakan dan akhirnya pergi meninggalkannya. Dia bukan budak biasa seperti yang semua lihat. Jauh dalam sudut hatinya terdapat rahsia yang tak siapa tahu. Dia sudah menempuh pelbagai dugaan. Dia sudah menjalani liku-liku kehidupan. Dia sudah pernah jatuh. Dia pernah bangkit semula dari jatuh. Tiada sesiapa yang menjadi pendorong, pemberi nasihat dan semangat untuknya terus berjuang demi masa depan yang cerah. Kerana dia tidak punya sesiapa. Dia sebatang kara. Namun, apa erti kehidupan tanpa dugaan dan cabaran hidup? Setiap orang ada ujian masing-masing. Dan ujian itulah yang menguatkan keimanan kita.
Hero Troublemaker (edited) by nur_minna
nur_minna
  • WpView
    Reads 210,459
  • WpVote
    Votes 10,431
  • WpPart
    Parts 66
* also known as Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! * Zafriel Adrian si ketua pengawas yang mengikut jejak langkah Badri dalam novel tingkatan 3, Merenang Gelora menjadi hero cerita ini seorang yang berdedikasi dan tegas dalam bab peraturan dan etika kerja. Berlainan dengan Cik Troublemaker, Iman Nadhirah yang sentiasa melanggar peraturan dan mengganggu ketenteraman hidup sang hero. Well, opposites do attract right? What a cliche story! Berkawan dari kecil tapi tak bermakna dah besar tak gaduh kan? Dan akhirnya rahsia lama terbongkar, amatlah cliche, mereka telah ditunangkan dari kecil. Tapi kalau dah namanya cerita mesti ada watak antagonis kan? Watak ini dipegang oleh Zaara yang lama menaruh hati pada Zafriel Adrian. Kemunculan Hilman pula menghalang Zafriel Adrian dari terus mencintai Iman Nadhirah. Published: 13/02/18 Completed: 14/06/18
HEY, YOU MR. VET! by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 39,623
  • WpVote
    Votes 5,335
  • WpPart
    Parts 26
Pertemuan mereka bukanlah indah seperti dalam drama tetapi bukanlah tidak manis seperti dalam cerita dongeng. Adwan Haffaz dan Kaysa Bussaina, kedua-dua manusia itu dipertemukan atas dasar tugas sulit bertanda '00-X'. Dalam meniti tugasan yang penuh mencabar, kedua-duanya saling memerlukan walaupun pada hakikatnya masing-masing tidak memerlukan. Kedengaran pelik bukan? Ya, aneh apabila si doktor veterinar Dr. Adwan Haffaz dan si pembantu peribadi Toh Puan Zainab itu sebenarnya tidak 'mesra alam' sesama mereka. "Aku sayang kucing tapi aku tak suka kau." - Dr. Adwan Haffaz. "Aku benci kucing tapi kau aku suka." - Kaysa Bussaina. Apalah yang menarik sangat pada Adwan si doktor veterinar itu sampaikan Kaysa sanggup berusaha menyayangi Sayang? Tetapi... apakah yang membuatkan Adwan sangat membenci Kaysa sehinggakan dia sanggup menjahamkan Kacak? [SIRI KETIGA ABANG BODYGUARD] Tarikh mula: 19 September 2020 Tarikh akhir: Cover: @Nurhy_dayah PENGUMUMAN PENTING: 2025- DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA CERITA INI TIDAK LAGI AKAN DISAMBUNG. SAYA PERLU ROMBAK SEMULA KESELURUHAN CERITA INI SUPAYA MENGIKUTI TIMELINE DAN KESINAMBUNGAN NOVEL INFERNO BODYGUARD & BLAZE BODYGUARD. MAAF ATAS SEGALA KESULITAN. TERIMA KASIH KERANA MASIH SETIA MENUNGGU CERITA INI. 🥺♥️ 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺 ©️ HAK CIPTA TERPELIHARA ANGEL_K20. Tiada bahagian dalam novel ini dibenarkan untuk ditiru, dicedok atau diambil idea, diterbitkan atau disimpan semula dalam apa cara sekalipun. Jika tertangkap, pihak Angel_k20 berhak mengambil tindakan terhadap pesalah berkenaan. ANGEL_K20 19/09/2020 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺
AMBER- CODE NAME: DARK [TERBIT PBAKL] by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 214,538
  • WpVote
    Votes 4,868
  • WpPart
    Parts 9
AMBER- CODE NAME: DARK "Kalau ada sesiapa yang cuba jadi tikus... pastikan bangkai mereka tidak pernah ditemui." Sebagai DARK, Aariz Iktizar hanyalah bayang dalam dunia perisikan. Senyap. Tepat. Mematikan. "Kau dalam bahaya!" - Aariz Iktizar "Di mana-mana pun petaka setia mengintai." - Amra Khayra Mampukah Aariz melindungi segalanya, atau dia akan kehilangan kedua-duanya? "Sikit masa lagi, kau akan jadi gila. Kau akan rasa kehilangan... sama macam aku rasa sekarang."
Kucing, Kau Kenapa? by nur_minna
nur_minna
  • WpView
    Reads 46,002
  • WpVote
    Votes 1,753
  • WpPart
    Parts 17
CURRENTLY EDITING AND WILL SLOWLY UPDATING Update: Every Monday OR Thursday Published: 11/08/2018 Republished: 15/07/2019 Bayangkan bila kau seorang guru yang masih dalam misi mencari calon suami terjumpa seekor kucing di dalam rumah yang berkunci dan kau tak boleh ke mana-mana tanpa kucing itu? Ya, inilah yang aku hadapi. Kucing, kau kenapa? Why are you ruining my life? Tak cukup di rumah, di sekolah dan di mana-mana saja wanita 25 tahun ini berada, kucing itu sentiasa muncul. Seakan-akan stalker versi comel. Dhiya Adriana tidak tahu apa yang menyebabkan kucing itu sentiasa mengikutnya ke mana-mana dia pergi. Mungkinkah ada orang yang ingin membalas dendam terhadapnya? Maka dihantar seekor kucing untuk memusnahkan hidupnya? Namun, ada suatu perkara pelik yang jadi pada Dhiya Adriana. Sejak dia memulakan hidup baru dengan kehadiran kucing misteri itu, nama pelukis terkenal, A Aryan seringkali menjadi buah mulut rakan-rakannya. Entah apa yang menarik pada dia sehingga ramai wanita yang jatuh hati padanya dan entah mengapa dia tidak pernah dengar pun nama itu sebelum ini. Itu belum tambah lagi jirannya yang hilang tanpa khabar. Timbul pelbagai persoalan di benak Dhiya Adriana yang tidak pernah bertemu dengan jirannya itu. Mungkinkah lelaki itu diculik? Mungkinkah dia telah pun meninggal dunia tanpa semua orang tahu? Atau mungkin kucing yang muncul tiba-tiba ini tahu ke mana lelaki itu menghilang? Apa yang berlaku sebenarnya? Dhiya Adriana memilih untuk memerhati dan membiarkan waktu yang menentukan masa untuk jawapan kepada persoalannya diterima.
HI, ENCIK PROFESSOR! by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 133,741
  • WpVote
    Votes 13,942
  • WpPart
    Parts 37
G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis. Apa saja kes yang diberi, agensi itu berjaya membongkarkan kes itu dengan jayanya. Profesor Dr. Qarizh Zahwan, itu hanya gelarannya di siang hari. Apabila malam menjelma, si profesor sejuk beku itu akan bertukar karakter dan gelaran. Dia... The King. "Hai Mr Sejuk Beku, nak kawan dengan awak boleh?" - Aralyn. "Get lost!" - Qarizh. Kerana satu kes pembunuhan tanpa tanda, Aralyn dan Qarizh terpaksa bersemuka walau dalam tak rela. Arahan daripada Ketua Polis Negara, masing-masing perlu akur. Si Aralyn Awliya gadis detektif cengeng dan Qarizh Zahwan si profesor sejuk beku, mampukah mereka berdua menyelesaikan kes misteri pembunuhan kejam tanpa jejak tersebut? [SIRI KEDUA ABANG BODYGUARD] Tarikh mula: 29/07/2020 Tarikh akhir: - Cover: Zanieyzai PENGUMUMAN PENTING: 2025- DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA CERITA INI TIDAK LAGI AKAN DISAMBUNG. SAYA PERLU ROMBAK SEMULA KESELURUHAN CERITA INI SUPAYA MENGIKUTI TIMELINE DAN KESINAMBUNGAN NOVEL INFERNO BODYGUARD & BLAZE BODYGUARD. MAAF ATAS SEGALA KESULITAN. TERIMA KASIH KERANA MASIH SETIA MENUNGGU CERITA INI. 🥺♥️ 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺 ©️ HAK CIPTA TERPELIHARA ANGEL_K20. Tiada bahagian dalam novel ini dibenarkan untuk ditiru, dicedok atau diambil idea, diterbitkan atau disimpan semula dalam apa cara sekalipun. Jika tertangkap, pihak Angel_k20 berhak mengambil tindakan terhadap pesalah berkenaan. ANGEL_K20 29/07/2020 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺