suriati3579's Reading List
2 stories
Pahlawan Lagenda (Memori hilang) by eyka_aqua
Pahlawan Lagenda (Memori hilang)
eyka_aqua
  • Reads 438,746
  • Votes 27,868
  • Parts 107
Sebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah ditubuhkan bagi mendidik pahlawan-pahlawan atau kesaterian untuk berkhidmat pada pihak diraja. Sekolah ini mendidik mereka yang terpilih dengan ilmu dunia, ilmu sains, ilmu teknologi , ilmu magis dan ilmu pertahanan diri. Sekolah ini menjadi saksi kumpulnya mereka-mereka yang dipenuhi rahsia. Mereka berkawan, ketawa, dan menjalankan misi bersama tanpa mengetahui rahsia tersembunyi. Seseorang yang sedang lena hanya menanti diri membangkitkan semula tubuh. Seseorang yang membantu tanpa ketahui niat hati. Seseorang menghunus senjata demi janji. Seseorang berdarah mahal membunuh darah yang lebih mahal. Mereka hidup sebagai teman! -Cerita fantasi Bahasa Melayu- -Original dari otak penulis eyka_aqua- Cover illustration was credit to owner.
Abang Bodyguard Nakal!  (SUDAH TERBIT)  by CIK_ZALIKHA
Abang Bodyguard Nakal! (SUDAH TERBIT)
CIK_ZALIKHA
  • Reads 3,579,654
  • Votes 46,805
  • Parts 27
Ranking number one in romance! ⭐️[Pemenang tempat ketiga The King Of Romance 2019] SUDAH TERBIT MENJADI BUKU ✔️ AISYA MAISARA. Perwatakan diva langsung tidak boleh dipisahkan dengan diri asalnya. Bagi Aisya, menjadi seorang yang berlagak sombong adalah terbaik bagi setiap wanita. Kisah pahit yang pernah menjadi mimpi ngerinya suatu ketika dahulu telah mengubah sisi wanita itu kepada 360 darjah. Hadirnya DANI ISKANDAR, si nakal yang ditugaskan untuk menjaga satu-satunya anak perempuan Dato' Shah. Dia licik dan mahir dalam segala benda namun sedikit pun tidak menarik minat si gadis diva Cik Aisya. Hello? Bukan senang nak pikat perempuan 'perasan' cantik itu, tapi dia pasti kenakalannya yang suka mengusik Aisya mempu membuatkan gadis itu terpikat tanpa disedari. Kenapa? Tak percaya? "Pernah ke saya sentuh Cik Aisya sebelum ni? Tidakkan?" "Siapa kata? You pernah sentuh I masa dekat depan syarikat tu apa dia? Siap peluk bahu I lagi. Itu bukan dinamakan ambil kesempatan ke huh?" "Hei, itu bukan ambil kesempatan okay?" "Then? Apa dia?" "Rezeki saya." Bertikam lidah. Memang itu yang akan jadi setiap kali mereka bertemu. Dalam diam, perasaan cinta mula mengetuk pintu hati mereka berdua. Namun, disaat hati mereka dilanda kebahagian datang pula masalah yang menyusul secara tiba-tiba. Rahsia yang digenggam erat daripada terlepas ke mulut jahat akhirnya terbongkar. Hancur retak seribu hati Aisya mengetahui identiti di sebalik bodyguard yang menjaganya setiap hari. "Aku takkan lepaskan kau, Aisya. Takkan sebab benda ni kau nak jauhkan diri daripada aku?"- DANI "Memang! I tak nak dekat dengan orang yang pernah rosakkan hidup keluarga I! lepaslah!"- AISYA Siapakah DANI ISKANDAR yang sebenarnya? Adakah dia yang berada dalam mimpi ngeri gadis itu suatu ketika dahulu? Benarkah dia seorang pengawal biasa dan bagaimana pula dengan hati Aisya yang telah dikunci oleh perasaan cinta dan sayang? Dilupakan atau diteruskan?