list of Syafia_Fasihah's favorite books
18 stories
ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALK by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 12,329
  • WpVote
    Votes 2,459
  • WpPart
    Parts 33
TIADA DESKRIPSI. Hanya tarian pena Angel_k20 yang menari di atas kertas maya. Selamat datang, gais! Perhatian: Segala tulisan di dalam buku ini adalah olahan ayat saya sendiri tanpa copy paste daripada mana-mana sumber. Terima kasih. Cover: Angel_k20
HEY, YOU MR. VET! by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 39,547
  • WpVote
    Votes 5,320
  • WpPart
    Parts 26
Pertemuan mereka bukanlah indah seperti dalam drama tetapi bukanlah tidak manis seperti dalam cerita dongeng. Adwan Haffaz dan Kaysa Bussaina, kedua-dua manusia itu dipertemukan atas dasar tugas sulit bertanda '00-X'. Dalam meniti tugasan yang penuh mencabar, kedua-duanya saling memerlukan walaupun pada hakikatnya masing-masing tidak memerlukan. Kedengaran pelik bukan? Ya, aneh apabila si doktor veterinar Dr. Adwan Haffaz dan si pembantu peribadi Toh Puan Zainab itu sebenarnya tidak 'mesra alam' sesama mereka. "Aku sayang kucing tapi aku tak suka kau." - Dr. Adwan Haffaz. "Aku benci kucing tapi kau aku suka." - Kaysa Bussaina. Apalah yang menarik sangat pada Adwan si doktor veterinar itu sampaikan Kaysa sanggup berusaha menyayangi Sayang? Tetapi... apakah yang membuatkan Adwan sangat membenci Kaysa sehinggakan dia sanggup menjahamkan Kacak? [SIRI KETIGA ABANG BODYGUARD] Tarikh mula: 19 September 2020 Tarikh akhir: Cover: @Nurhy_dayah PENGUMUMAN PENTING: 2025- DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA CERITA INI TIDAK LAGI AKAN DISAMBUNG. SAYA PERLU ROMBAK SEMULA KESELURUHAN CERITA INI SUPAYA MENGIKUTI TIMELINE DAN KESINAMBUNGAN NOVEL INFERNO BODYGUARD & BLAZE BODYGUARD. MAAF ATAS SEGALA KESULITAN. TERIMA KASIH KERANA MASIH SETIA MENUNGGU CERITA INI. 🥺♥️ 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺 ©️ HAK CIPTA TERPELIHARA ANGEL_K20. Tiada bahagian dalam novel ini dibenarkan untuk ditiru, dicedok atau diambil idea, diterbitkan atau disimpan semula dalam apa cara sekalipun. Jika tertangkap, pihak Angel_k20 berhak mengambil tindakan terhadap pesalah berkenaan. ANGEL_K20 19/09/2020 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺
BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 155,086
  • WpVote
    Votes 12,830
  • WpPart
    Parts 28
"Terima kasih sebab selamatkan aku dan gembirakan adik aku dengan kek coklat tu. Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau. So, kita kawan?" - Athar Ketika salam perkenalan dihulurkan oleh Athar kepada Haura, ketika itu juga mereka tidak pernah menyangka bahawa perkenalan itu mempunyai motif yang tersendiri. Haura, gadis yang hampir menjejak ke usia 30 tahun masih tidak mempunyai pasangan hidup memberikan peluang kepada dirinya untuk berkenalan dengan Athar. Semuanya untuk menyenangkan ayahnya yang menghidap penyakit jantung. Keadaan ayahnya yang semakin parah membuatkan Haura terdesak untuk mencari pasangan hidup. Bagi Athar, pertemuan di antara dia dan Haura memberikan sinar baru dalam hidupnya setelah dia keluar dari 'kegelapan' yang membuatkan dia kehilangan seorang ayah. Dia yang hidup dalam rasa bersalah menebus kesalahannya dengan menjaga Amin, adiknya yang menghidap autisme. Masalahnya, Athar itu seorang bekas samseng yang mempunyai sikap baran yang selalu memeningkan Haura. Sikap mereka yang kontra kadangkala membolak balikkan hati Haura. Dalam masa yang sama, Athar mendapati bahawa waktunya semakin suntuk untuk menjadi pelindung Amin. Kerana hal itulah yang membuatkan Athar ingin mencepatkan setiap hal yang ingin dia lakukan sebelum waktunya berakhir. Malahan, bibit-bibit halus yang mula hadir untuk seorang Haura membuatkan Athar nekad untuk menjadi pelindung gadis yang mula mendapat tempat di hatinya. Namun, ketika waktu Athar hampir tamat semuanya berubah menjadi kedukaan buat dua hati yang saling bersatu. "Apa masalah awak?! Dah dekat dua minggu awak layan saya macam saya ni perempuan murahan untuk awak. Kenapa awak berubah? Awak dah buat saya cintakan awak, awak dah buat saya sayangkan awak dan saya serahkan seluruh raga dan jiwa saya pada awak dan ini balasan awak? Kenapa?!" - Haura Ilyana "Berhenti cintakan aku. Kan aku dah cakap, jangan biarkan kau hanyut dalam hubungan kita." -Athar MULA: MEI 2020 TAMAT: 24 JUN 2020
SAKINAH [END]✓ by bidadaribumiAllah
bidadaribumiAllah
  • WpView
    Reads 848
  • WpVote
    Votes 226
  • WpPart
    Parts 10
Terkadang hidup merasa aman karena kita telah berdamai dengan kenyataan. Dan terkadang ALLAH memberikan apa yang kita minta dalam hal berbeda. Terima dan Syukuri apa yang ALLAH beri. Jika kita ikhlas menerima ketentuan-Nya, maka kebahagiaan secepatnya hadir di dalam hati. Karya sederhana ketiga saya, "SAKINAH" Sakinah artinya mampu menerima kekurangan pasangan dan mampu menjaga lidah untuk tidak mencela kekurangannya. Di dalam cerita "Sakinah" ini menceritakan tentang kesabaran dalam mencintai pasangan halal. Seperti biasa di akhir cerita nanti in syaa Allah akan saya share 5 kesimpulan. 📚 SAKINAH Tokoh dalam Cerpen "SAKINAH" sebagai berikut : 1. Hana 2. Fikri 3. Siska 4. Ihsan Mohon maaf jika ada kesamaan nama, tempat, dan persamaan jalan cerita dengan apa yang tertulis. Semuanya terjadi atas unsur ketidaksengajaan. Ini hanyalah cerita imajinasi bukan cerita nyata yang terjadi dalam kehidupan. Selamat menyimak dan semoga nyaman dengan ceritanya :) Start : 03 Juli 2021 Finish : 06 Juli 2021 Rank [06 Juli 2021] #64 in cinta sejati #25 in religion #98 in sabar #117 in klasik Dsb. Karya Ketiga :)
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,547,416
  • WpVote
    Votes 340,123
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘
HELLO,MR.HUSBAND! by InaraAralyn
InaraAralyn
  • WpView
    Reads 82,747
  • WpVote
    Votes 6,356
  • WpPart
    Parts 43
[COMPLETED STORY] THIS BEAUTIFUL COVER MADE BY MY CUTIE PIE FRIEND, @Ilmi Hanya kerana sebuah lafaz,Waina nekad membawa diri jauh dari kenangan silam. "Aku ceraikan kau,Aisya Huwaina Kim binti Huwaidi Kim dengan talak satu.."-Arman Talha "Astaghfirullahalzim,Ha,apa Ha buat ni?!"-Puan Zaiton,ibu Talha. "Dia curang bu,dia curang," "Tapi Ha tak fikir ke pasal masa depan Tisya?"-Encik Fuadi,ayah Talha. "Biarlah ibu,ayah,salah Waina kut,tak mampu nak jadi isteri yang baik untuk Ha,tapi satu ajr Waina nak pesan,walau apapun jadi,Waina diceraikan sebab curang tapi Allah lebih Maha Mengetahui,sayang.."-Aisya Huwaina. Berundurlah diri Waina dari hidup lelaki yang pernah bertakhta di hatinya dahulu. "Kyeopta...!Nak pegang!Apa nama dia"-??? "Tisya.."-Waina. Tapi Tisya tak boleh berenggang dengan dia. Siapakah si dia?? Nantikan dalam sebuah manuskrip besye" ini... HELLO MR HUSBAND!
FEI YANG by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 17,585
  • WpVote
    Votes 3,065
  • WpPart
    Parts 29
FAHIM ZARITH - Fei Yang, si white hat hacker dihantar ke lapangan fizikal untuk melindungi kliennya daripada ancaman Grey Wolf. Namun, misinya menemui jalan sukar apabila kliennya sendiri tidak berperikemanusiaan kepadanya. AKMAL HARITH - Namanya seakan sama dengan Fei Yang, namun dia bukanlah mempunyai pertalian darah dengan penggodam itu. Dia, si klien yang mesti dilindungi oleh Fei Yang itu sangatlah kejam demi melindungi pelindungnya sendiri. Fei Yang dan Akmal Harith, kedua-dua manusia itu semestinya tidak sekepala. Dalam dinginnya Fei Yang melindungi si klien, jiwanya sendiri turut digasak hebat apabila terpaksa berdepan dengan perangai kliennya. Demi memecahkan kod rahsia "Aii Jun", kedua-duanya terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan rintangan yang mencabar fizikal serta mental. Dalam keadaan ini, mereka berdua saling memerlukan! "Aku mesti melindungi kau, Akmal." - Fei Yang. "Bercerai kita mati, Fei." - Akmal Harith. Kehadiran mengejut si bunga merah ketika misinya sedang berjalan tiba-tiba menyentak keras jantung Fei Yang sehingga ke relung masa lalu. Keberadaan Red Beauty, cinta matinya di pihak Grey Wolf benar-benar menguji rasa hatinya sendiri. Kenapa Adra Diyana yang telah mati pada 10 tahun lepas berada bersama dengan Grey Wolf? Malangnya, skil penggodamannya belum berjaya merungkaikan misteri kehilangan gadis tersebut. "Kenapa kau berubah, Zarith?" - Red Beauty. "Kau sudah mati, Adra." - Fei Yang. Hidup jejaka senyap berhoodie hitam bernama Fahim Zarith di alam realiti sangatlah sunyi dan sepi. Namun, di alam maya dialah pembunuh profesional yang digeruni oleh musuh berkolar putih. Dia... Fei Yang. Tarikh mula: 4 January 2021 Tarikh akhir: - Genre: Thriller Action Cover: InfinityAuni IMPORTANT ⚠️⚠️⚠️ Person in the cover book is Xiao Yu Liang, a Chinese actor. The cover book not official. Picture used for illustration only. I'm his fan, actually. Love! ❤️
Pemuda E.R by Nooroo_Edayu03
Nooroo_Edayu03
  • WpView
    Reads 10,725
  • WpVote
    Votes 947
  • WpPart
    Parts 36
PEMUDA E.R He might be cheerful But he is dangerous 🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️ Nur Alia Natasha? Siapakah dia? Ya, dia seorang anak bongsu daripada tiga orang adik beradik yang juga kehilangan ayahnya ketika usia masih muda. Kerja sebagai bos di sebuah Cafe malah duduk pula di rumah sewa. Jadi, tolong terangkan motif mengapa masih ada seseorang ingin membunuhnya? "Kau akan selamat, jangan risau." - E.R Hidupnya berubah 360° darjah setelah bertemu dengan pemuda yang menggelarkan dirinya sebagai E.R. Si lelaki itu kata nyawa dia dalam ancaman yang sangat bahaya! Kenyataan itu memang gila dan memecahkan otak! Tiba - tiba sahaja berlaku dalam hidup dia. "Kau tak tahu apa - apa pasal dia." - E.R Siapa sangka hal akan menjadi lebih teruk, bukan? " Saya rasa saya sayangkan dia. Sangat - sangat. " - ALIA "Aku nak kau cari perempuan tu!" -SESEORANG Kan? "Kadang - kadang orang yang buat baik pada kau, tidak mempunyai niat yang baik. Tapi tak bermaksud kau kena jadi salah seorang seperti diorang." Sampai bila dia mahu hidup dikejar pembunuh? Adakah Alia akan terselamat atau memang beginilah pengakhiran hidupnya? Dibunuh? 🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️ Complete✔️ ( Sudah diedit) Genre :Romance, Action, Mystery/Thiller Language: Malay Author:Nooroo_Edayu03 Achivement: 🏆 V'S BEST ACTION 2020 by V's Award 🏆TOP 5 IN ACTION by Exclusive Award 2020 🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️ Start :17 Mei 2020 End: 22 Julai 2020
Dr. Nooroo : Depresi   by Nooroo_Edayu03
Nooroo_Edayu03
  • WpView
    Reads 3,890
  • WpVote
    Votes 669
  • WpPart
    Parts 27
DR. NOOROO: DEPRESI _______________________ "You're not sick. You need help." ... "Hei..." "Adakah semua yang terjadi dalam dunia ini." "Depresi saya." "Mental saya yang lemah." "Ketakutan saya." "Adakah semua ini salah saya?" "Saya rasa semuanya adalah betul." "Heh..." "Ianya buat saya makin takut..." "Semua ini buatkan saya nak mati cepat." - LUAHAN SESEORANG ... AKU tersenyum memandang kamu yang sedang menutup telinga. AKU tahu kamu tidak mahu mendengar suara yang menyakitkan itu lagi. AKU mengusap kepalamu, lembut. Kamu tidak sakit, kamu hanya perlukan bantuan. Namun suara itu membuat kamu takut dan tidak percayakan sesiapa. Keadaan sekelilingmu yang huru - hara membuatkan kamu semakin tidak keruan ingin meninggalkan dunia ini. "Kau lebih kuat dari apa yang kau sangkakan. Tak percaya? Cuba tengok diri kau. Kau masih bernafas. Kau masih punya harapan." Jadi, AKU tuliskan buku ini khas untuk kamu. 🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸 Uncomplete Genre : Random, Spritual Language : Malay + English Author : Nooroo_Edayu03 /Sky Nurul Beautiful Banner: @mochii_66 Achievement: 🏆 TOP 5 IN RANDOM by Exclusive Award 2020 💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮 Start : 27 Jun 2020 End:
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 412,538
  • WpVote
    Votes 22,782
  • WpPart
    Parts 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021