umirahmohamad's Reading List
5 stories
ANTARA DENDAM & CINTA [OG] by LeaWynne_
LeaWynne_
  • WpView
    Reads 332
  • WpVote
    Votes 53
  • WpPart
    Parts 23
Apabila dendam kesumat bernyawa dalam sebuah pernikahan paksa, garisan antara benci dan cinta menjadi semakin kabur. Aira Medina, seorang wanita yang hidupnya hancur selepas bapanya-seorang bekas hakim yang berintegriti-dipenjarakan atas fitnah rasuah berprofil tinggi, bersumpah untuk mendedahkan kebenaran. Penyusupan berisikonya ke dalam kediaman keluarga Tengku bertukar tragedi apabila dia ditangkap oleh Tengku Haydar, ketua empayar keselamatan swasta yang dingin, licik, dan penuh rahsia. Demi menyelamatkan nyawa bapanya yang terancam di sebalik tirai besi, Aira terpaksa menandatangani perjanjian dengan 'iblis'-menjadi isteri sah kepada Haydar melalui sebuah perkahwinan paksa yang sarat dengan muslihat. Namun, di balik dinding mahligai mewah yang menjadi sangkar emasnya, Aira mendapati dia bukan sahaja terperangkap dalam dendam peribadi, malah menjadi sasaran dalam perang gelap antara empayar perniagaan, pembunuh upahan, dan konspirasi silam yang jauh lebih berdarah daripada apa yang dia bayangkan. REMINDER❗: ✨There are some harsh words in this story.
LAYUNYA BUNGA DI DASAR SAMUDERA [OG] by LeaWynne_
LeaWynne_
  • WpView
    Reads 468
  • WpVote
    Votes 89
  • WpPart
    Parts 17
Di mata dunia, Zara Sofea beruntung menjadi milik seorang wira samudera. Namun di balik pintu yang tertutup, dia hanyalah tempat Leftenan Zafran Arshad meluahkan amarah. Berdarah panas, angkuh, dan bermulut nista. Pegawai TLDM itu tidak pernah menghargai kelembutan Zara. Bagi Zafran, gadis kedai bunga itu terlalu kerdil untuk berdiri di sampingnya. "Kau ingat air mata dengan muka acah suci kau ni boleh kenyangkan aku? Aku balik kerja penat-penat kat pangkalan, bertaruh nyawa kat tengah laut, aku nak tengok rumah siap, makan minum aku dihidang! Bukan nak balik hadap rumah gelap dan tengok muka lesu kau dengan bau bunga murah ni!" - Zafran Arshad Setiap bentakan dibalas kesabaran, setiap hinaan disiram dengan doa. Namun, pabila racun fitnah meresap dan maruahnya dipijak di hadapan keluarga, benteng ketabahan Zara akhirnya runtuh. Tanpa suara, tanpa setitis pun air mata yang tersisa, Zara melangkah pergi membawa kepingan jiwa yang hancur luluh. Anehnya, saat kelibat Zara benar-benar lenyap, dunia Zafran bertukar menjadi neraka. Bau wangi bunga yang dulu dibencinya kini menjadi igauan yang megarah gila. Keheningan rumah mencekik leher, dan ego gagah sang Leftenan berkecai bertaburan. Buat kali pertama dalam hidupnya, Leftenan Zafran Arshad melutut. Dia merayu, meraung, dan sanggup menyerahkan segalanya demi setitis kemaafan daripada wanita yang pernah dihina. Namun, di saat penyesalan mula berdarah dan ombak lautan memanggil pulang... adakah takdir masih sudi memberi ruang, atau kemaafan itu bakal menjadi igauan abadi yang merentap nyawa?
EuphoriA: Saat Hati Jatuh Cinta by LeaWynne_
LeaWynne_
  • WpView
    Reads 1,607
  • WpVote
    Votes 129
  • WpPart
    Parts 31
Sinopsis: Alea, seorang gadis kampung yang polos tetapi tegas, terpaksa bekerja di syarikat megah milik Rayyan Alfarez, seorang CEO muda yang dingin dan penuh ego. Pertemuan mereka bukanlah sesuatu yang indah-Rayyan membenci kehadiran Alea yang dianggap tidak layak berada di dunia korporat. Namun, ketika satu insiden membuatkan Alea harus bekerja lebih dekat dengan Rayyan, tembok kebencian mereka mula retak. Setiap pertengkaran membawa mereka lebih dekat, dan tanpa sedar, benci yang membara mula berubah menjadi perasaan yang lebih rumit. Tapi mampukah Rayyan melawan egonya sendiri? Dan beranikah Alea mempercayai seorang lelaki yang selama ini hanya menyakitinya? Disclaimer: This my first book so im sorry if bahasa banyak kucar kacir🙏🏻but no worry akan diperbaiki dengan segera🫪
Chubby [COMPLETED] by syamsm__
syamsm__
  • WpView
    Reads 234,606
  • WpVote
    Votes 7,388
  • WpPart
    Parts 38
Kisah perempuan berbadan gempal dengan lelaki yang hensem. Cinta tidak mengenal rupa. Tetapi sekarang. Rupa lebih penting. Puteri Aini dah penat untuk melayan perasaan sukanya. Tiada siapa yang suka dekat perempuan gemuk. Dia juga cuba untuk diet.Namun,sikap malas menghasutnya untuk mempedulikan tentang berat badannya. Dia pasrah. Semua lelaki cuba dijauhi. Nasib baik dia mempunyai tujuh orang kawan yang dapat memberi sokongan kepadanya. Kadang-kadang dia jeles terhadap kawannya yang sudah mempunyai pasangan. Kemudian,keajaiban berlaku. Perkahwinan sudah diaturkan oleh ibu bapanya. Kerana perjanjian? Karut. Ibu bapanya tidak dapat menanggung perbelanjaan keluarga sehingga sanggup meminta bantuan dari kawan mereka untuk kahwinkan dia dengan anak mereka sendiri. Paling tidak sangka. Keluarga kawan ibu bapanya terima! Tidak sedarkah mereka yang dia itu tidak mempunyai rupa? Dan, Mentalkah anak mereka sehingga sanggup berkahwin dengan perempuan sepertinya? Dia tidak dapat terima semua itu. 17 TAHUN! MUDA LAGI! Tetapi dia terpaksa terimanya kerana rimas dengan pujuk rayu ibu bapanya.