💘
2 stories
Lanets by -zunally
-zunally
  • WpView
    Reads 3,120,835
  • WpVote
    Votes 309,341
  • WpPart
    Parts 89
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi yang sempurna, belilah buku fizikal (akan datang) 👍🏻] Ini kisah sekumpulan 5 orang pelajar lelaki rupawan yang menjalankan bisnes dengan menawarkan servis teman lelaki upahan. L untuk Lee A untuk Ariyan N untuk Nazmi E untuk Edhan T untuk Thaqid. Nampak apa yang kurang? Yeap. Lanets perlukan seorang lagi ahli yang namanya bermula dengan huruf 'S'. Apa Lanets buat? Mereka tawarkan Shah satu tempat kosong. Atau perkataan yang lebih sesuai, paksa. Shah ada masalah. Rambut pendek dan hoodie The Beatles membuatkan Lanets fikir Shah adalah seorang mamat jambu kurang zat besi. Tapi Shah sebenarnya Aishah. Seorang gadis yang masih menangis waktu layan drama korea. ❝ Selamat datang ahli baru Lanets! ❞ ❝ Laknet. ❞ Dah banyak kali Shah cuba beritahu, tapi gagal. Genre: Slice of Life, Teen Fiction Started : 260517 Ended: 110822 [ #1 in teen fiction 121217 ]
HANYA IKHLAS UNTUK KAMU (novel terbit) by BellaSannah
BellaSannah
  • WpView
    Reads 609,937
  • WpVote
    Votes 5,605
  • WpPart
    Parts 11
SUDAH TERBIT DAN ADA DIJUAL DI KEDAI BUKU SELURUH MALAYSIA. BLURB: CAPTION : Dunia yang malang, hati yang kecil, jasad tidak indah, sudikah kau menyambut? ..Kalau mahu mengenal cinta, harus berkenalan dengan sakit hati... Ya, aku sakit hati, tapi aku sanggup buat apa saja asalkan dia sedar kewujudan aku. Panggillah aku perempuan tak tahu malu, terdesak dan tak sedar diri, aku tidak akan berganjak dan mengalah - AISYA Berjuta misi Aisya lancarkan untuk memikat Zill De Leon #Tampal lolipop pada lokar #Bagi pick up line yang diinspirasikan oleh Sepahtu #Tepis semua langau yang mahu menghinggap Tapi, kenapa semua tak jalan ya? Hati Zill ni dimangga pakai apa, sampai pelbagai misi yang Aisya buat tak jadi?! "If you can't act your age then you should at least try to measure your shoe size. From now on, aku tak nak tengok kau tergedik-gedik depan aku lagi." - ZILL DE LEON Hinaan halus daripada jejaka kesayangannya buat Aisya menangis. Kebekuan lelaki itu benar-benar mampu membunuh usaha dan mencalar jiwa. Mengejar Zill selama ini adalah kebodohan yang dia cipta sendiri. Benar, cinta bertepuk sebelah tangan itu memang wujud. Sudahlah... dia penat, dia benci, dia move on. TITIK. Selepas enam tahun, mereka bertemu semula. Tetapi Zill sudah tidak mengenali Aisya...Apakah misinya akan tetap diteruskan untuk memikat Zill? Masih kuatkah pegangan Aisya setelah berkali-kali dirinya ditampar dengan sindiran yang mula menyedarkan dia supaya bertapak di bumi yang nyata? Ada indah yang selalu diingat tentang kamu. Ada air mata yang selalu bertapa kerana kamu. Namun, jika menjauh mampu menenangkan segala-galanya, kenapa bukan pengakhiran itu saja yang diambil sejak dulu?