All time fav✨
5 stories
Lanets by -zunally
-zunally
  • WpView
    Reads 3,118,384
  • WpVote
    Votes 309,235
  • WpPart
    Parts 89
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi yang sempurna, belilah buku fizikal (akan datang) 👍🏻] Ini kisah sekumpulan 5 orang pelajar lelaki rupawan yang menjalankan bisnes dengan menawarkan servis teman lelaki upahan. L untuk Lee A untuk Ariyan N untuk Nazmi E untuk Edhan T untuk Thaqid. Nampak apa yang kurang? Yeap. Lanets perlukan seorang lagi ahli yang namanya bermula dengan huruf 'S'. Apa Lanets buat? Mereka tawarkan Shah satu tempat kosong. Atau perkataan yang lebih sesuai, paksa. Shah ada masalah. Rambut pendek dan hoodie The Beatles membuatkan Lanets fikir Shah adalah seorang mamat jambu kurang zat besi. Tapi Shah sebenarnya Aishah. Seorang gadis yang masih menangis waktu layan drama korea. ❝ Selamat datang ahli baru Lanets! ❞ ❝ Laknet. ❞ Dah banyak kali Shah cuba beritahu, tapi gagal. Genre: Slice of Life, Teen Fiction Started : 260517 Ended: 110822 [ #1 in teen fiction 121217 ]
BERIKAN AKU PELUANG ITU 2 ✓ by nrna__
nrna__
  • WpView
    Reads 376,595
  • WpVote
    Votes 5,789
  • WpPart
    Parts 11
Takkan pernah ada perjalanan hidup yang lancar tanpa perlu menempuh derita dan luka. Rasa itu pasti akan menyelit di setiap kebahagiaan yang sedang kau rasakan. Jadi serupa jugalah kisah hidup mereka; Hana&Naufal. Aturan Allah, rumah tangga yang dibina takkan selamanya kekal diselebungi kesempurnaan dan kebahahiaan yang berterusan. Kau tak mampu nak halang, andai itu yang Allah tuliskan di Luth Mahfuz. Saat segalanya hampir di ambang kerapuhan, Hana redha menerima segalanya. Naufal? Takdir bermain dengan mereka, mampu lagi ke peluang diberikan buat kesekian kalinya? "Mungkin dia lupa segala rasa antara kita," • • • • • • • Dec 2017 - August 2020 • • 2nd Novel • • Amylicious •
Silver High: Hani [TERBIT SEBAGAI 'KAD'] by alt-zunally
alt-zunally
  • WpView
    Reads 3,955,720
  • WpVote
    Votes 3,441
  • WpPart
    Parts 4
Tajuk: KAD Penerbit: Buku Fixi ISBN: 9789670042985 Bil mukasurat: 324 muka surat Harga RM24.90 Sinopsis: Setelah lama belajar di rumah, sudah sampai masanya Hani kembali ke sistem persekolahan. Pilihannya Silver High School. Dia nak lupakan semua kenangan pahit hampir tiga tahun lalu, dan dia nak enjoy tahun ini. Tapi pada hari pertama saja sudah macam-macam berlaku. Dia bergaduh dengan Izmeer, budak paling popular kat sekolah, berkenalan dengan Adrian yang cool dan Khairul yang terover friendly, serta terpaksa menghadapi cemburu si Misha yang rasa semua lelaki kat sekolah syokkan dia. Tapi Hani berazam untuk pastikan tahun terakhir persekolahan ni jadi tahun terbaik dalam hidupnya. Dia fikir semuanya akan lancar. Namun kehadiran beberapa keping kad mula menggugat ketenangannya di Silver High. Adakah Hani sedang dikejar masa lalu, atau ada orang yang mahu melihatnya binasa?
GAVRIEL by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,806,312
  • WpVote
    Votes 206,909
  • WpPart
    Parts 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik mata hitam yang mendalam itu. Sosok Maria seperti seseorang yang membawa ribuan rahsia yang tidak mampu diungkap oleh kata-kata. Sekali terbongkar, mungkin akan mengundang seribu penderitaan. Jadi siapakah Maria? Adakah gadis ini, gadis yang sama yang dicari NOAH sejak peristiwa hitam itu? • • Pengorbanan Kesusahan Kematian Keberanian Pengkhianatan Inilah yang mereka lalui semata-mata untuk menggali segala rahsia mengenai kehilangan Kaum Timur Feyre. 'Siapa tahu apa yang menanti di hadapan dan siapa tahu apa yang telah ditemui di belakang.' GAVRIEL 2021
BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔ by nrna__
nrna__
  • WpView
    Reads 2,817,004
  • WpVote
    Votes 99,297
  • WpPart
    Parts 70
Kalau disoal tentang cinta, jawapan 'tidak ada', 'tidak akan ada' dan 'tidak mungkin akan ada' yang akan diberikan oleh Nur Hana Imani. Mustahio dia mahu memburu cinta lagi setelah dilukai oleh 'dia' yang dipuja sekian lama. Tiada angin, tiada ribut, khabar pinangan datang entah dari mana mengejutkan empunya diri. Sudahlah tiada teman lelaki, tiba-tiba disunting untuk menjadi milik orang. Persis drama melayu gilanya! Andai ini aturan Tuhan, mampukah Nur Hana Imani memberi peluang lagi untuk hatinya berbahagia dengan cinta? • Nov 2016 - May 2017 • • In editing process - start : June 2025 • • 1st Novel • • Amylicious | nrna •