dayahketuw's Reading List
2 stories
OMG! Ketua Pengawas Itu Suami Aku? [C] by husnaadlina
husnaadlina
  • WpView
    Reads 912,475
  • WpVote
    Votes 38,604
  • WpPart
    Parts 42
Orang tua selalu kata, ada beberapa pantang antara lelaki dan perempuan. Antaranya, jangan gaduh kerap sangat. Nanti ketemu jodoh. Dan kata kata itu tepat terkena batang hidung Tengku Daniel Aizeriq dan Cinta Aryana. Tengku Daniel Aizeriq Siapa tak kenal. Ketua pengawas yang digeruni dek kerana terlampau tegas and garang mengalahkan guru disiplin. Salah sikit cuci tandas, salah sikit lari padang lima pusingan. Yang paling penting beku, dingin, muka handsome je tapi tak pernah dihiasi senyuman Cinta Aryana Suka loyar buruk, peramah, comel, minah kecoh. Peminat boleh tahan ramai lah juga. Pertemuan dia antara dua insan yang berbeza sikap ini mewujudkan perang mulut yang tak henti henti sampai mereka bergelar suami isteri. "Asal kau tak pakai name tag?"- Tengku Daniel Aizeriq "Saya tak sempat jahit semalam. Lagipun hari ni hari pertama saya bersekolah di sini"- Cinta Aryana "Ada aku kisah hari pertama ke, malam pertama ke.Salah tetap salah. Sebagai denda kau pergi sapu longkang dekat koperasi"- Tengku Daniel Aizeriq Pantang berjumpa pasti ada je yang nak digaduhkan. Yang lelaki suka cari gaduh. Yang perempuan pula melawan. Bila mereka disatukan tak hancur ke rumah? "Ingat dah hebat sangat ke lawan suami? Esok pagi lari padang lima pusingan"-Tengku Daniel Aizeriq "Apa?!"- Cinta Aryana "Pastikan kau buat, Kalau tak buat aku heret kau masuk bilik"- Tengku Daniel Aizeriq Tapi bila setiap hari duduk sebumbung, setiap jam bergaduh, setiap saat bersua muka takkan tak ada langsung perasaan cinta kan? "Handsome lah waiter tu"- Cinta Aryana "Kau jangan buat perangai"- Tengku Daniel Aizeriq "Elehhh... cemburu"- Cinta Aryana. "Mana ada"- Tengku Daniel Aizeriq. "Orang tua kata kalau lelaki tu cemburu tu maknanya dia sayang perempuan tu"- Cinta Aryana
Awak Ada Saya! by AmArjuna
AmArjuna
  • WpView
    Reads 7,192
  • WpVote
    Votes 1,080
  • WpPart
    Parts 37
Ayuni Afya gadis yang lemah-lembut. Tetapi yang paling dominan adalah LEMAH. Dia seorang gadis yang lemah, kurang keyakinan diri dan mudah dibuli. Bagaimana dia ingin menjelaskan perasaannya kepada Si Crush? Dengan keberanian yang tidak seberapa, Ayuni mencuba untuk meluahkan perasaan. Namun, hajatnya tidak kesampaian. Malah, hatinya hancur dek reaksi Si Crush. Malangnya belum berakhir apabila tindakan itu hanya menimbulkan kemarahan musuhnya. Ayuni dikurung di dalam perpustakaan sekolah! Ayuni hanya mampu menangis mengenang nasib diri. Tiba-tiba, sebuah buku terjatuh di sisinya. Sebaik sahaja buku itu dibuka, Ayuni terus tidak sedarkan diri. Kini, Ayuni berada di dunia lain. Waltfield. Sungguh nama tempat yang pelik. Kali ini dia berdepan dengan bahaya yang lebih dahsyat. Orang di sana semua mempunyai kuasa pelik yang dipanggil sihir. Dalam berdepan bahaya itu, dia dipertahankan oleh seorang remaja lelaki yang tidak dikenalinya. Ian. Hanya itu yang Ayuni tahu. Ian seorang warga Waltfield yang langsung tidak mempunyai tenaga sihir. Tetapi, tanpa banyak persoalan dia berjanji untuk mempertahan dan menyelamatkan Ayuni. Bermulalah perjalanan panjang Ayuni dan Ian di Waltfield dalam mencari jalan keluar. ===!!! s p o i l e r - a l e r t !!!=== Cerita ni Am buat main-main jer. Cerita yang keanak-anakan gitu (agaknyalah). Tapi tak tahulah kalau korang semua rasa tak. Apapun... happy reading guys! Started : 25 / 03 / 20 Ended : 12 / 04 / 20 Status : Completed Simple cover by : AmArjuna (me)