We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
Moodddddd
140 stories
CRUEL LOVE : Takhta Luka Safiyya Az - Zahra [C] by syafzya
syafzya
  • WpView
    Reads 14,742
  • WpVote
    Votes 574
  • WpPart
    Parts 41
Safiyya Az-Zahra. Namanya seindah keperibadiannya. Lembut dan tenang. Namun, ketenangan hidupnya hancur berkecai dalam satu malam yang gelap. "Bukan! Sumpah bukan! Saya kena tipu dengan adik saya!" Maruahnya dipijak, angan-angan perkahwinan impiannya lebur apabila dia ditangkap basah dengan seorang lelaki yang langsung tidak mengenali erti belas kasihan. Tengku Zayne Ghazzi. Dingin, angkuh, dan penuh prejudis. Baginya, Safiyya hanyalah wanita pisau cukur yang sanggup menggadai maruah demi mengejar harta warisannya. "Kau nak sangat kahwin dengan aku, kan? Kau nak sangat rasa duit aku? Okey. Aku bagi apa kau nak. Kita kahwin. Tapi kau jangan harap hidup kau akan tenang lepas ni." Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta, melainkan sebagai sangkar untuk Zayne melampiaskan dendam. "Kau dengar sini baik-baik, Safiyya Az-Zahra. Status kau dalam rumah ni tak lebih daripada hamba yang aku beli." Caci maki menjadi zikir harian. Layanan hamba menjadi rutin. Namun, saat rahsia besar mula terbongkar, Safiyya pergi membawa sekeping hati yang sudah hancur bersama rahsia baharu yang tidak diketahui si suami. Zayne mula kehilangan arah. Saat takdir menemukan mereka kembali di bawah langit yang sama, Zayne bukan lagi 'singa' yang mengaum sombong. Dia kini seorang lelaki yang sanggup melutut demi kemaafan. "Aku datang sebab aku nak melutut kat kaki kau...aku nak minta ampun atas segala dosa syaitan yang aku dah buat pada kau" "Biarkan aku jaga kau. Bukan sebagai suami, tapi biar aku jadi hamba kau. Kau nak aku buat apa?" Namun, mampukah Safiyya membuka kembali pintu hatinya yang sudah lama terkunci rapat? Apa pula rahsia baharu yang dibawa pergi oleh Safiyya? Nak tahu? Kena la baca ;) Ω cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal !!! Ω maaf kalau ada typo !!! Ω kalau berminat jemput baca, vote dan follow sekali !!!
Tuhan Akhiri Deritaku by nina_airis
nina_airis
  • WpView
    Reads 46,818
  • WpVote
    Votes 1,255
  • WpPart
    Parts 58
Status : Tamat, versi belum edit Pesan Daiyan pada hati, ini semua kifarah yang harus dilalui. Sebab itu, dia perlu sabar dan kuatkan diri. Namun sekuat mana Daiyan cuba, pada satu saat tetap akan rebah jua. Kerna, dia cuma manusia biasa. Lemah dan tak terdaya. Hanya kepada tuhan sahaja dia mencurahkan segala rasa ketika tiada siapa di sisinya. Pintanya hanya satu; Tuhan,akhiri deritaku. Cepat atau lambat hajatnya terkabul, biarlah masa jadi penentu. Tetapi mengapa? Saat doanya dijawab, saat keadaan menjadi seperti sediakala, Luth juga datang merayunya? Tidak cukupkah segala kesakitan yang dulu dia pernah himpunkan? Dari dendam menjadi cinta? Sumpah Daiyan tak percaya! "Hubungan yang tak ada hala tuju tu pun boleh jadi bermakna, kalau abang dan Daiyan sama - sama berusaha," "Saya rasa awak masih tak faham ni Luth. Mana mungkin hati awak yang dulu penuh dengan dendam tiba - tiba boleh berubah jadi cinta?" "Dan Daiyan tak lupa kan, Allah itu maha membolak - balikkan hati?"
My Darling Darlina (C) by flwershaee
flwershaee
  • WpView
    Reads 434,569
  • WpVote
    Votes 23,881
  • WpPart
    Parts 63
Kehilangan penglihatan membuatkan dunia Hendriyan tenggelam dalam sunyi yang menyesakkan. Setiap hari terasa seperti berjalan tanpa arah, tanpa harapan. Senyuman yang dulunya mudah terukir kini hilang bersama cahaya hidupnya. Hinggalah hadir Darlina, gadis yang tidak pernah jemu meminjamkan sinarnya. Suaranya menjadi penawar, sentuhannya menjadi tenang dan keikhlasannya menjadi mata untuk Hendriyan melihat dunia dengan cara yang baharu. Dia menerima lelaki itu tanpa ragu meskipun Hendriyan sendiri tidak mengerti apa yang Darlina nampak dalam dirinya. "Izinkan saya jaga awak sampai bila-bila boleh?" - DARLINA "Aku ni buta. Apa yang kau nampak pada aku ni yang kau nak sangat kahwin dengan aku, Darlina?" - HENDRIYAN "Saya nampak masa depan saya." - DARLINA Namun tanpa mereka sedari, ada satu rahsia besar yang tersembunyi di sebalik pertemuan itu. Seseorang sedang memerhati dari jauh, orang yang merancang kemalangan yang merampas penglihatan Hendriyan. Fitnah yang dilontarkan oleh pihak ketiga membuatkan Hendriyan marah dan menghalau Darlina dari hidupnya. "Aku tak tahu anak siapa yang kau kandungkan sekarang ni." - HENDRIYAN "Abang! Abang sedar tak apa yang abang cakapkan ni? Lina tak mengandung pun!" - DARLINA Sebaik sahaja penglihatannya kembali pulih, Hendriyan nekad mencari Darlina, meskipun dia tidak tahu rupa paras isterinya. Apa yang menanti mereka? Adakah cinta mereka akan bersatu semula atau rahsia dan muslihat yang tersembunyi akan memisahkan mereka selamanya? "Bau perfume awak sama macam isteri saya." - HENDRIYAN "Apa awak ingat perfume tu dibuat khas untuk bini awak sorang je ke?" - DARLINA *No plagiat allowed!!! © flwershaee, 2024
YOU ARE MINE [C] by nanayenana
nanayenana
  • WpView
    Reads 113,495
  • WpVote
    Votes 2,339
  • WpPart
    Parts 58
Tengku Rayyan Adrian merupakan seorang lelaki bekerjaya yang dikenali sebagai seorang yang berhati mulia. Dia mula hidup berdikari semenjak kehilangan kedua orang tuanya, dengan mengusahakan syarikat peninggalan arwah ayahnya. Namun, kebaikan yang diserlahkan telah membawa padah dan keburukan kepadanya. Dia telah diperangkap dan terpaksa bertanggungjawab atas apa yang telah terjadi yang mana kejadian itu terjadi bukan kerana kesalahannya. "Saya mengandung! Awak kena bertanggungjawab atas apa yang awak dah buat pada saya." Nayla Airisya berkhidmat sebagai seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan terbesar di ibu negeri tempat kelahirannya. Belum lama berkhidmat di hospital itu, dia dipaksa berhenti dan berkhidmat sebagai seorang jururawat peribadi kepada keluarga Tengku Rayyan Adrian. Tugasnya adalah untuk menjaga dan mengurus isteri majikannya yang sedang sarat mengandung. Namun, segalanya berubah setelah sekali lagi dia dipaksa membuat dan menerima sesuatu yang tidak dia ingini. "Kau sendiri yang cakap, dia tak salah. Dia buat aku macam tu sebab dia sukakan aku dan nak memiliki aku. Jadi, aku pun tak salah lah. Aku buat kau macam ni sebab aku sukakan kau dan aku nak kau jadi milik aku." ____________ "Aku tak akan biarkan sesiapa pun rampas kau dari aku." Katanya dengan suara dingin dan tatapan tajam yang seolah-olah boleh membunuh sesiapa sahaja yang melihatnya. ✔︎The idea came from my dream, then the continuation of the story from my own mind ✔︎No plagirism. Original Story By Me. -nanayenana ________________________________ START = 4/10/2024 END = 19/4/2025 REPUB = 30/3/2025
𝐂 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 by missrayvleen
missrayvleen
  • WpView
    Reads 104,288
  • WpVote
    Votes 3,893
  • WpPart
    Parts 66
{Editing process} ⚠️ ᴍᴀᴛᴜʀᴇ ᴄᴏɴᴛᴇɴᴛ ᴡᴀʀɴɪɴɢ ᴛʜɪꜱ ꜱᴛᴏʀʏ ɪꜱ ɪɴᴛᴇɴᴅᴇᴅ ꜰᴏʀ ᴍᴀᴛᴜʀᴇ ʀᴇᴀᴅᴇʀꜱ ᴀɴᴅ ᴍᴀʏ ᴄᴏɴᴛᴀɪɴ ꜱᴇɴꜱɪᴛɪᴠᴇ ꜱᴄᴇɴᴇꜱ ᴏʀ ᴅɪᴀʟᴏɢᴜᴇ. 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 ° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ ° Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri. Evender Delrico. Sebaris nama itu tidak asing di bumi Itali. Harta, kuasa, pangkat, semua berada di dalam genggamannya. Apa sahaja yang dimahukan, pasti akan muncul di hadapan mata. Keira Elaine. Gadis 18 tahun yang terperangkap di dalam genggaman wanita iblis kini terjerumus masuk ke dalam neraka Evender Delrico. Dibeli dengan harga yang tinggi bukankah sepadan dengan layanan istimewa yang harus diberikan? Oh dunia! Engkau begitu kejam terhadap gadis polos itu. Cinta. Memang benar cinta itu buta. Tetapi adakah perasaan cinta akan hadir di dalam hati seorang yang berhati beku seperti Evender Delrico? Mencintai seseorang bukanlah sesuatu yang mudah baginya. Namun, cinta itu dapat melemahkan sang raja yang berkuasa. Cinta dapat meruntuhkan istana gah bersama singgahsananya. Jadi, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk mereka berdua. • Dark romance story • Full scene in Italy (+ Russia) • Start: 1 May 2023 • End: 30 December 2025 ⚠️ BACAAN MATANG 18+ ⚠️🔞
SATU MALAM | C by Milomasinn
Milomasinn
  • WpView
    Reads 362,943
  • WpVote
    Votes 12,529
  • WpPart
    Parts 70
KARYA PERTAMA | Rayyan Malik ×× Alya Sofia Alya Sofia cuma mahu bekerja dan terus hidup. Tetapi satu malam mengubah segalanya apabila dia bertemu Rayyan Malik - CEO muda yang dingin, berpengaruh, dan terlalu berbahaya untuk disentuh. Dia fikir hubungan mereka akan tamat selepas malam itu. Malangnya, Rayyan Malik bukan lelaki yang mudah melepaskan apa yang dia mahu. Semakin Alya cuba melarikan diri, semakin Rayyan mendekat dengan cara yang menyesakkan. Di sebalik wajah tenang dan kuasa yang dimiliki lelaki itu, tersembunyi obsesi yang perlahan-lahan mula menghancurkan hidup Alya. Dalam dunia Rayyan Malik, tiada istilah kebetulan. Sekali dia memilih seseorang... jalan keluar sudah terlambat. Dan Alya baru sedar- malam itu bukan permulaan sebuah cinta. Tetapi permulaan kepada sesuatu yang jauh lebih gelap. Start: 20/5/2026 End:
𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒂𝒇𝒊𝒂'𝒔 𝑷𝒐𝒔𝒔𝒆𝒔𝒔𝒊𝒗𝒆 𝑯𝒖𝒔𝒃𝒂𝒏𝒅 : NATHAN HENRY [𝐂] by melyssafy
melyssafy
  • WpView
    Reads 87,918
  • WpVote
    Votes 3,019
  • WpPart
    Parts 97
- 𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀'𝐒 𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐕𝐄 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃 - 𝗡𝗔𝗧𝗛𝗔𝗡 𝗛𝗘𝗡𝗥𝗬, 𝗛𝗔𝗡𝗔𝗨𝗥𝗔 𝗡𝗔𝗨𝗥𝗘𝗘𝗡 "Kau bukan lagi milik dunia luar. Kau milik aku. Jiwa kau, raga kau, dan setiap hela nafas kau... semuanya milik Nathan Henry." - 𝐍𝐀𝐓𝐇𝐀𝐍 𝐇𝐄𝐍𝐑𝐘 Hanaura Naureen tidak pernah menyangka hidupnya yang tenang akan hancur dalam sekelip mata. Diculik oleh sekumpulan lelaki misteri hanyalah permulaan kepada mimpi ngeri yang lebih besar. Apabila dia diselamatkan, wira yang muncul bukanlah penyelamat yang murni, melainkan seorang pemangsa yang jauh lebih berbahaya iaitu Nathan Henry. Henry adalah ketua sindiket antarabangsa yang dingin dan kejam. Baginya, dunia ini hanyalah sebuah papan catur, dan Hanaura adalah satu-satunya wanita yang paling berharga. Selama bertahun-tahun, Henry memerhatikan Hanaura dari bayang-bayang, menghapuskan setiap lelaki yang cuba mendekati, dan menunggu saat yang tepat untuk menjadikan wanita itu miliknya secara mutlak. Kini, Hanaura terperangkap di dalam "sangkar emas" yang dibina oleh Henry. Sebuah mansion mewah yang menjadi saksi kepada obsesi gila seorang lelaki yang tidak mengenal perkataan 'tidak'. Di dunia Henry, tiada jalan keluar. Di mata Henry, Hanaura adalah pemilikan mutlak. Apabila garis antara benci dan obsesi mula kabur, Hanaura terpaksa memilih, terus berjuang untuk kebebasan yang mustahil, atau menyerah kepada kegelapan lelaki yang sanggup membunuh demi memilikinya. "Jangan lawan, Naureen. Lagi kau lawan, lagi aku akan pastikan sangkar kau jadi lebih sempit. You are mine now. Forever." - 𝐍𝐀𝐓𝐇𝐀𝐍 𝐇𝐄𝐍𝐑𝐘 Adakah Nathan Henry satu-satunya "penyelamat" dalam hidupnya yang penuh dengan pengkhianatan ini? Walaupun cara Nathan Henry adalah dengan cara menculiknya? ⚠️Non-muslim / 18+ ⚠️Genre: Dark Romance / Mafia / Thriller ⚠️Tema: Obs
The Zarif Haikal Possession  by Fiezajungkookie
Fiezajungkookie
  • WpView
    Reads 6,234,052
  • WpVote
    Votes 222,579
  • WpPart
    Parts 91
Zarif Haikal menatap Zara tajam. Gigi diketap kuat menahan perasaan geramnya pada Zara. Zara menunduk diam. Getaran pada badan Zara boleh dilihat dengan jelas. " Jangan harap kau boleh pergi dari aku Zara ". Ujar Zarif sinis. Zara tergamam. Apa yang dia boleh lakukan? Lelaki di hadapan dia ini punyai segalanya. Manakala dia tidak ada apa apa. | 2 July 2019 - 3 January 2021 | MATURE HOPE BIJAK FIKIR SENDIRI. ADE KATE2 CARUT, KATA KASAR DAN AYAT LEPAS. BUT TAK LEBIH. HOPE FAHAM2 SENDIRI. JGN KATE AKU TAK BAGI AMARAN *-* •~• Don't ever plagiat or copy my work. My work imaginasi dari OTAK aku! Kau copy kite jumpe dekat akhirat sana. Time tu kau kire lah dengan aku.
ZAFRAN'S: His Precious Belle [TERBIT] by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 2,557,148
  • WpVote
    Votes 30,317
  • WpPart
    Parts 22
TENGKU ZAFRAN & IRENE ISABELLE START : 1 MARCH 2025 END : 7 JUNE 2025 The Grand Elite High School. Dua nama menjadi bualan para pelajar dan guru. TENGKU ZAFRAN ADHA. Pewaris TZ Security yang petah, genius, nakal dan tinggi egonya. IRENE ISABELLE. Pewaris Magical Musicworks berdarah campuran, cantik, bijak dan berprinsip tinggi. "So... you are Tengku Zafran? The second place?" -Irene "And you are... Irene Isabelle?" -Tengku Zafran Pertemuan mereka bukan kisah cinta pandang pertama, tetapi permulaan kepada satu perang kecil yang berpanjangan. Dua pelajar terhebat yang tidak pernah berhenti bersaing demi kedudukan nombor satu. Namun segalanya berubah apabila Irene tiba-tiba menghilang dua minggu sebelum SPM, selepas pemergian bapanya. Meninggalkan Tengku Zafran dalam tanda tanya yang tak pernah terjawab. 13 tahun kemudian, Irene kembali ke Malaysia... dan tanpa disangka, Tengku Zafran muncul semula dalam hidupnya. Bukan sebagai lawan lama, tetapi sebagai pengawal peribadinya. Irene menolak tapi lelaki itu mendekat. Niatnya jelas mahu melindungi Irene, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hanya disebabkan satu malam, semuanya musnah. Malam yang mengikat status mereka sebagai suami isteri dalam keadaan yang tak pernah mereka pilih. Irene terperangkap dalam trauma dan rasa hilang arah. Tengku Zafran pula dihimpit rasa bersalah, namun nekad untuk memperbaiki semuanya, walau tiada cinta antara mereka. "You ruined me, Zaf. Macam mana you nak expect I hidup dengan you?" -Irene "I know. And I don't deserve your forgiveness. But please Irene... let me spend the rest of my life trying to make things right. Even if it means giving up everything I have." -Tengku Zafran Tiada cinta. Hanya luka, janji dan ikatan. Mampukah dua jiwa yang pernah berlawan, akhirnya belajar untuk berdamai dalam satu ikatan? Dan mampukah cinta lahir... dari malam yang sepatutnya tak pernah berlaku?