YongIntanNoor's Reading List
4 stories
ROYAL AWARD 2021 (COMEBACK AGAIN) by royaltiescommunity
royaltiescommunity
  • WpView
    Reads 8,031
  • WpVote
    Votes 1,125
  • WpPart
    Parts 14
Award ini dianjurkankepada para penulis yang ingin menempa nama dia dunia oren ini Nak tahu Genre apa akan ditandingkan? Senarai ada di bawah... 1. ACTION 2. ADVENTURE 3. FAN FICTION 4. FANTASY 7. MYSTERY 8. POETRY 9. RANDOM 10. ROMANCE 11. SHORT STORY 12. TEEN FICTION 13. THRILLER So, tunggu apa lagi? Daftarkan diri anda... Cover by @themiracle401
DEWI JERUNG by AqilaMustaqim
AqilaMustaqim
  • WpView
    Reads 7,099
  • WpVote
    Votes 611
  • WpPart
    Parts 65
BLURB Dua insan terjebak di dalam dunia JERUNG. Dalam pertarungan antara para JERUNG, Amani Kaisara Ikhwan bukan pendamai. Dia pencetus gelanggang konfliknya. Yang menang bergaya semakin kaya. Yang kalah melutut minta nyawa. Muncul Alif Perwira Nadim yang menjadikan ketenangan hidup Amani porak-peranda.. Lelaki itu bukan mencari cinta. Dia ada tugas yang harus dilaksanakan dengan sempurna. Di sebalik wajah kacaknya dia pengutus kemusnahan. Namun, pertama kali melihat perempuan yang harus menjadi mangsanya, dunianya terbalik. Dia terpana dengan perasaan yang aneh. Semakin masa berlalu, semakin mendalam perasaan itu sehingga menjadi obsesi. Berjayakah Alif memiliki Amani untuk mengisi ruang dalam hidup ganasnya yang kosong? Amani merasa dirinya kebal daripada sebarang godaan. Justeru dia tidak memahami tarikan yang dia rasa terhadap lelaki yang dilihatnya suka bermain kata-kata itu. Dia mahu bersamanya, walau pun tahu permainan apa yang direncana oleh lelaki itu. Mengapa seluruh gerombolan Jerung mahu melindungi lelaki itu sedangkan mereka tahu apa niatnya mendekati Amani? Berani kau permainkan aku dengan hantaran bunga tahi ayam! - Amani. Tu m'as sauvé la vie, chérie - Alif. Dewi Jerung tidak percaya pada cinta. NOTA UNTUK PEMBACA: Cerita ini Antithesis kepada kebanyakan cerita yang sering menggambarkan 'perigi mencari timba' dan perempuan menderita kerana mencintai lelaki yang dingin. Cerita ini terbalik ya ... Dalam novel ini ada watak dalam Solutions For Network Application and Paradigm (SNAP) sebagai aktor pembantu. Cerita ini rekaan semata-mata. Sebarang persamaan sama ada dari segi nama, atau entiti adalah kebetulan semata-mata. ***** Dilarang PLAGIAT!
RINDU KAMILAH by AqilaMustaqim
AqilaMustaqim
  • WpView
    Reads 9,732
  • WpVote
    Votes 418
  • WpPart
    Parts 32
BLURB: Puspa Kamilah - peguam. Merindui bekas banduan akhir yang berjaya dilepaskannya daripada tali gantung. Peribadinya seindah namanya, begitu berdedikasi mendidik remaja menghindari dadah dalam sukan. Tetapi diri sendiri menjadi mangsa kartel dadah. Arman Naim - jurutera automotif. Terperangkap kerana kejujurannya. Ditinggalkan tunang yang hilang kesetiaan ketika dia dipenjara, kerana keluarga yang dambakan harta dunia. Arman mencari kepuasan baharu melalui usahanya dalam bidang pertanian modern. Tetapi ego hati yang tercalar bukan mudah untuk dihadapi. Bersama bantuan sahabat, Malik dan Nelly, mereka bersama-sama menempuh dugaan dan segala kemungkinan, walau ada kalanya pahit untuk ditelan. Tanpa Puspa dan Arman sedari, perjalanan hidup mereka dicatur Datuk Haidar, yang ingin menyambung kembali kisah cinta di zaman silam yang terputus akibat pengkhianatan. Khadijah dan Zahari - umi dan walid Arman. Perjuangan mereka mempertahankan kedamaian alam sekitar kampung menyeret Puspa dan Arman melencong daripada usaha mencari tapak kesemprnaan. Berjayakah gabungan sains dan teknologi dengan elemen paranormal dalam memerangi kejahatan? Dapatkah tiga generasi membina sinergi di atas kerinduan kepada kesempurnaan yang berliku-liku penuh cabaran? Atau mereka akan kekal merindui kamilah yang masih jauh untuk digapai umpama pelangi di alam firdausi? ***** NOTA PENULIS: Cerita ini rekaan penulis semata-mata. Jika ada persamaan nama dan tempat-tempat ia hanya kebetulan. Nama-nama agensi dalam cerita ini juga rekaan dan tidak kena-mengena dengan agensi-agensi kerajaan mana-mana negara. Cerita ini tak tahu genre apa. Romance-Random-General Fiction. Novel ini merupakan percubaan penulis untuk menyampaikan mesej bagaimana menjana ekonomi dan menangani gejala remaja nakal menerusi naratif fiksyen. [DILARANG MEMPLAGIAT] Ranking: #1 paranormal out of 491 stories (31 January 2020 - 12 Februari 2020) #1 cita-cita out of 33 stories (sehingga ...)
JERUNG-JERUNG by AqilaMustaqim
AqilaMustaqim
  • WpView
    Reads 14,927
  • WpVote
    Votes 1,330
  • WpPart
    Parts 64
PEMENANG: BEST THRILLER (SILVER AWARD 2020)⚜️ MEJOR SUSPENSO (DE GODEN LIVRE AWARD 2020)⚜️ THE STAR BEST WRITING (ADBT 2020/ 2021)⚜️BEST CHARACTER THRILLER (THE AMINE AWARD 2020) ⚜️THE BEST THRILLER *2 (DREAMHIGH AWARD 2020)⚜️. BLURB: Ini bukan kisah ikan. Dari cebisan sisa mangsa jerung yang terdampar di pantai Venezuela, sehingga kepada rahsia keluarga. Mereka adalah jerung-jerung pemangsa yang punya hati kering di sebalik wajah yang kacak. Mereka dididik dan dilatih agar tidak punya rasa belas kasihan kepada musuh dan pengkhianat. Mereka hanya bekerja untuk jerung-jerung korporat yang mempertahankan harta duniawi demi wang ringgit dan kekayaan duniawi. Namun, satu demi satu jerung-jerung pemangsa pula terperangkap dalam jaring cinta yang sukar dimengerti. Zuhal dan Iman bertemu di atas beting pemisah antara lautan dendam dan cinta. Adakah pertemuan ini mematikan langkahnya dan semua percaturan hidupnya? Haruskah dia korbankan cinta kerana dendam yang membara? Bagaimana dengan hati mereka yang selama ini berdiri di sebelahnya, membantunya semasa susah, merawatnya ketika cedera? Adakah mereka tidak penting lagi demi mempertahankan cinta atau terus melayan dendam yang membara? Masih adakah ruang bagi jerung-jerung untuk kembali menjadi manusia yang punya hati, berhemah dan tawadduk? Atau terus kekal sebagai jerung yang angkuh? ***** NOTA UNTUK PEMBACA TERSAYANG: [Cerita ini tidak boleh berdiri jika dibaca dengan melompat-lompat. Sis tak jamin kalian akan memahaminya, jika tak baca semua. Setiap bab digarap untuk saling menyokong perkembangan cerita ini] {Cerita ini Genre entah apa. Mystery - Thriller - Action. Semua ada. DILARANG PLAGIAT] CERITA INI SEDANG DIEDIT.