🐥MyPopo🐥
5 stories
BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 155,289
  • WpVote
    Votes 12,830
  • WpPart
    Parts 28
"Terima kasih sebab selamatkan aku dan gembirakan adik aku dengan kek coklat tu. Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau. So, kita kawan?" - Athar Ketika salam perkenalan dihulurkan oleh Athar kepada Haura, ketika itu juga mereka tidak pernah menyangka bahawa perkenalan itu mempunyai motif yang tersendiri. Haura, gadis yang hampir menjejak ke usia 30 tahun masih tidak mempunyai pasangan hidup memberikan peluang kepada dirinya untuk berkenalan dengan Athar. Semuanya untuk menyenangkan ayahnya yang menghidap penyakit jantung. Keadaan ayahnya yang semakin parah membuatkan Haura terdesak untuk mencari pasangan hidup. Bagi Athar, pertemuan di antara dia dan Haura memberikan sinar baru dalam hidupnya setelah dia keluar dari 'kegelapan' yang membuatkan dia kehilangan seorang ayah. Dia yang hidup dalam rasa bersalah menebus kesalahannya dengan menjaga Amin, adiknya yang menghidap autisme. Masalahnya, Athar itu seorang bekas samseng yang mempunyai sikap baran yang selalu memeningkan Haura. Sikap mereka yang kontra kadangkala membolak balikkan hati Haura. Dalam masa yang sama, Athar mendapati bahawa waktunya semakin suntuk untuk menjadi pelindung Amin. Kerana hal itulah yang membuatkan Athar ingin mencepatkan setiap hal yang ingin dia lakukan sebelum waktunya berakhir. Malahan, bibit-bibit halus yang mula hadir untuk seorang Haura membuatkan Athar nekad untuk menjadi pelindung gadis yang mula mendapat tempat di hatinya. Namun, ketika waktu Athar hampir tamat semuanya berubah menjadi kedukaan buat dua hati yang saling bersatu. "Apa masalah awak?! Dah dekat dua minggu awak layan saya macam saya ni perempuan murahan untuk awak. Kenapa awak berubah? Awak dah buat saya cintakan awak, awak dah buat saya sayangkan awak dan saya serahkan seluruh raga dan jiwa saya pada awak dan ini balasan awak? Kenapa?!" - Haura Ilyana "Berhenti cintakan aku. Kan aku dah cakap, jangan biarkan kau hanyut dalam hubungan kita." -Athar MULA: MEI 2020 TAMAT: 24 JUN 2020
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 413,455
  • WpVote
    Votes 22,797
  • WpPart
    Parts 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
MELUR MELISSA by IkaSyafiqah1
IkaSyafiqah1
  • WpView
    Reads 2,954
  • WpVote
    Votes 454
  • WpPart
    Parts 16
Genre: Teen Fiction + Fantasy + Romance. Seorang gadis bernama Melur Melissa yang berwajah polos dan tidak secantik seperti kakaknya Mawar Medina. Nasib dia tidak seindah seperti gadis-gadis lain yang mempunyai keluarga bahagia. Tidak tahu mana salah dan silap sehingga dirinya begitu dibenci oleh kakak dan ibunya. Mawar Medina apa sahaja dia mahu pasti dia akan dapat. Disebabkan itu, dia menjadi angkuh dan sombong. Melur Melissa dibuat seperti seorang hamba dan dia memburuk-burukkan Melur pada lelaki-lelaki yang ingin mendekati gadis itu. Dia suka melihat penderitaan adiknya itu. Kegembiraan dan kebahagiaan hanya milik dia seorang. Melur tidak berhak! Melur Melissa tetap bertahan kerana kakak dan ibunya sahaja yang dia ada. Mereka juga tidak mempunyai saudara-mara yang lain. Melur sangat sayang ibu dan kakaknya. "Kau ingat eh, jangan sesekali kau dekat-dekat dengan aku bila kawan-kawan aku ada. Aku tak nak malang kau tu melekat pada aku dengan rakan-rakan aku. Faham!" - Mawar Medina. "Apa salah Melur? Kenapa ibu dan kakak benci sangat dengan Melur?"- Melur Melissa. "Saya datang hendak melamar puteri Puan Anita yang bernama Melur Melissa."- Raja Fattah Rafael. "Huh? Anak orang senang boleh tiba-tiba nak jadikan kau isteri? Jangan kau mimpi Melur! Aku akan pastikan sampai bila-bila kau akan sengsara!" - Mawar Medina Start: 24. 8. 2020 End: - #triumphmedals2021 🚫 No plagiarism❗ © Hak Cipta Terpelihara
Katakan Pada Aku [HIATUS]  by AkaaSol
AkaaSol
  • WpView
    Reads 328
  • WpVote
    Votes 102
  • WpPart
    Parts 21
Ini buku romance pertama saya. Jadinya, kisah cinta biasa-biasa je. Simple. Tak berat. Klise. _______________________🌸________________________ Perlanggaran tidak kenyal di antara Elinda dan Adam membawa kepada terjalinnya sebuah perjanjian yang akhirnya bertukar kepada persahabatan. ~Kata Adam kepada Elinda~ "Tak apa kau gunalah dulu." "Tapi takkan aku nak pinjam free je?" "Siapa kata free." "Huh?" Persahabatan yang terjalin diragui dan ditentang oleh pelbagai pihak. ~Kata Syuhada pada Elinda~ "Kau kata sebelum ini kau tak pernah kenal pun siapa dia. Tapi, rupanya dia adalah Adam Hariz, manusia yang paling terkenal di universiti ini. Ingat ini kisah dongeng?" -Syuhada- "Mana aku tahu kenapa dia beria sangat tolong aku ni. Lagipun kan aku kata, sejak dari hari tu yang kita orang berkawan" -Elinda- "Ceritalah pada sesiapa pun Eli, mereka akan rasa ada sesuatu yang fishy kat sini, hanyir."- Syuhada- Kedua belah pihak tidak mahu meluahkan kata-kata berharga yang hanya mereka sahaja tahu, dengan alasan 'Prioriti Hidup'. Tetapi, apabila saat diri mulai meluahkan dan menerima antara satu sama lain. Ada sahaja yang ingin menghancurkan. Cinta, dengki, fitnah dan perpisahan.. Nantikan _________________________🌸__________________________ 🌻Akaasol: saya terima seandainya ada kritikan membina untuk memperbaiki penulisan saya (walaupun pedih). Jangan segan silu untuk komen dan kritik. ❌No plagiat ✔️Read ✔️Comment ✔️Vote [MULA:17.7.2020]
DIA YANG DITAKDIRKAN by sis_ely
sis_ely
  • WpView
    Reads 3,607
  • WpVote
    Votes 595
  • WpPart
    Parts 17
BOOK 1 OF LOVE STORY ━━━━━━━☆☆━━━━━━━ Demi menjayakan satu misi rahsia, Umar yang melakukan penyamaran tidak menyangka dia akan terjebak ke lembah cinta bersama Afia Az Zahra. "Abang janji akan pulang? " "Abang tak dapat janji tapi abang harap Fia sanggup tunggu abang " Dan di sini, mereka melafazkan janji. Musim bersilih ganti tetapi Umar tidak kunjung tiba dan Fia masih setia menanti. If i died and was born on spring, I found you and loved you again - Umar Khalid Ini, Kisah cinta mereka berdua, Umar Khalid dan Afia Az Zahra. "Semoga kasih kita tetap terjalin hingga ke syurga." -Afia Dan hanya kerana satu langkah yang terlambat, mimpi indah nya musnah di tengah jalan. ━━━━━━━☆☆━━━━━━━ Start: 6 June 2020 Beautiful cover by : @ailaflower @mochi_66 @miesoo_ 🚫 don't copy ✅ 100% idea sendiri