Masterpiece 🤌💅🌠🌠
9 stories
Trauma (BoBoiBoy) by SitiNafisa
SitiNafisa
  • WpView
    Reads 92,993
  • WpVote
    Votes 7,871
  • WpPart
    Parts 39
Selepas beberapa bulan mengalahkan Retakka dan menjadi penguasa tujuh Elemental semula,BoBoiBoy kembali melakukan misi seperti biasa bersama kawan-kawannya. Sejak itu juga,sifat Gempa yang nak lindungi Elemental dia makin kuat. Dia sayang semua Elemental dan akan buat apa saja untuk lindungi mereka supaya kejadian dulu tak akan berlaku lagi. Trauma. Tapi,berita tentang kekalahan Retakka telah sampai ke pelusuk galaxy dan juga pemilik asal kuasa Elemental. Sudah pastinya mereka akan cari semula kuasa mereka yang dirampas 100 tahun dahulu.
Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah Lelaki by fiqahamani
fiqahamani
  • WpView
    Reads 479,970
  • WpVote
    Votes 39,909
  • WpPart
    Parts 71
Cindarella. Seorang gadis yang terkenal dengan ketabahan, kecekalan, dan kisah cinta romantisnya yang penuh debaran dan halangan. Kisah ini telah berjadi menjadi teladan dari azali lagi dan masih kuat pengaruhnya sehingga ke hari ini. Namun, bagaimana pula kisah sang Cindarella kali ini? Yang hidup pada zaman yang kian maju dan serba moden. Bagaimana pula jika ceritanya 360 darjah berbeza dari kisah asal yang penuh dengan magis itu? Bagaimana jika kakak-kakak tiri diganti dengan abang-abang tiri manakala ibu tiri yang kini adalah ayah tiri? Dan bagaimana pula jika Cindarella adalah Lelaki?
MUSIBAT by shazzi_an
shazzi_an
  • WpView
    Reads 4,985
  • WpVote
    Votes 185
  • WpPart
    Parts 16
FIRAS AMSYAR, seorang remaja 17 tahun. Hidupnya biasa sahaja seperti remaja 17 tahun di luar sana, sedang menunggu tarikh peperiksaan SPM tiba. Ketika menjalani kehidupan sebagai 'calon SPM', abangnya terlibat dalam kemalangan yang dirancang. Dunianya gelap seketika. Semakin hari, semakin banyak ujian yang mendatang. Apa yang lebih berat, ada yang ingin membunuh abangnya yang masih terlantar di katil hospital. Penyeksaan Firas berterusan apabila rakan karibnya AKID WAJDI dan lima orang lagi rakannya RED, SAM, LEE, JA' dan ZARIN turut terkena tempias. Oleh itu, Firas nekad untuk melindungi mereka dan juga keluarganya. Seorang sahabat baik takkan membiarkan sahabatnya dalam bahaya. Oleh itu, mereka juga nekad membantu Firas. Atas kerjasama dan kepercayaan yang wujud diantara mereka, satu per satu teka-teki mula bercantum. Penyelesaian teka-teki itu juga menyebabkan persahabatan mereka mula goyah. "Aku boleh explain benda ni!" - AKID "Fi, let him explain first." - ZARIN "Then, explain!" - FIRAS Siapakah dalangnya? dan mampukah persahabatan mereka bertahan?
TIH : Gifted Prince by nur_minna
nur_minna
  • WpView
    Reads 59,921
  • WpVote
    Votes 4,675
  • WpPart
    Parts 36
Published : 21/08/17 Completed : 29/12/17 Previously known : TIH : Hazim Hakimi Hazim, asalnya seorang budak baru yang tidak pernah menjawab kertas soalan peperiksaan yang dihadapinya. Ujian besar pun hanya dijawab ala kadar. Tidak pernah beri tumpuan dalam kelas sebaliknya tidur adalah kerja sekolahnya. Tiada kawan. Tiada keluarga. Empat dinding dijadikan benteng melindungi diri dari ditembus orang yang akan melukakan dan akhirnya pergi meninggalkannya. Dia bukan budak biasa seperti yang semua lihat. Jauh dalam sudut hatinya terdapat rahsia yang tak siapa tahu. Dia sudah menempuh pelbagai dugaan. Dia sudah menjalani liku-liku kehidupan. Dia sudah pernah jatuh. Dia pernah bangkit semula dari jatuh. Tiada sesiapa yang menjadi pendorong, pemberi nasihat dan semangat untuknya terus berjuang demi masa depan yang cerah. Kerana dia tidak punya sesiapa. Dia sebatang kara. Namun, apa erti kehidupan tanpa dugaan dan cabaran hidup? Setiap orang ada ujian masing-masing. Dan ujian itulah yang menguatkan keimanan kita.
A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDER by Zuliana_Zuki
Zuliana_Zuki
  • WpView
    Reads 35,165
  • WpVote
    Votes 3,796
  • WpPart
    Parts 71
SYAM SYAHRUL AZMI merupakan seorang penulis novel yang menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) sejak umurnya 10 tahun. Alter yang pertama dimilikinya ialah RaSIS. Nama tersebut diberikan oleh abang sulungnya yang bermaksud Rahsia Sebenar Identiti Syam (RaSIS). Semakin meningkat usia Syam, semakin banyak kejadian yang berlaku. Hal ini telah menyebabkan beberapa lagi alter muncul dalam kehidupan Syam, seperti alter Syam yang berusia enam tahun, Erzen Laiss dan Aron Rais. Masing-masing mempunyai tujuan berada di sini. Dalam kesukaran Syam menjalani kehidupannya, seorang gadis telah jatuh cinta kepada dirinya kerana karyanya. Gadis itu bernama Emylia Enes Fakrul. Namun, mampukah gadis ini menghadapi cabaran yang akan berlaku pada masa akan datang? [PEMENANG MISTERI & THRILLER - THE WATTY AWARDS 2019]
A.K.U : MINI EPISOD by Zuliana_Zuki
Zuliana_Zuki
  • WpView
    Reads 1,808
  • WpVote
    Votes 161
  • WpPart
    Parts 22
A.K.U : MINI EPISOD akan menjadi satu platform yang menarik peminat para pembaca untuk mengetahui kisah-kisah tambahan yang tiada dalam siri A.K.U yang lain. Para pembaca juga boleh mengajukan soalan kepada para watak yang terlibat dalam aku melalui ruangan komen. Penulis akan menjawab semua soalan tersebut pada episode seterusnya. Terdapat juga cerpen, dialog dan sebagainya dalam karya ini. Peminat A.K.U juga boleh menghantar fan art watak-watak aku kepada penulis jika berminat dan akan diterbitkan dalam A.K.U : MINI EPISOD sebagai kenangan. Terima kasih kerana sudi membaca karya-karya saya.
Bisikan Dendam [C] by InmaRun7
InmaRun7
  • WpView
    Reads 17,424
  • WpVote
    Votes 1,085
  • WpPart
    Parts 20
Adif Hazrael. Terpaksa berpisah dengan keluarganya sejak kecil demi menjaga maruah keluarga. Penampakan demi penampakan yang menganggunya menghilang kerana kemunculan "ia". Anggapannya bahawa "ia" akan pergi apabila semuanya selesai meleset apabila "ia" memberi alasan, terikat dengan satu perjanjian. Tapi kini, keluarganya kembali muncul menuntutnya untuk pulang, dia terpaksa kembali walhal kehadirannya tak disenangi seseorang. Dan dari situ, nyawanya pula yang diancam bahaya. Apakah kesudahannya?
ADAM II by amaliamasrom
amaliamasrom
  • WpView
    Reads 36,127
  • WpVote
    Votes 2,406
  • WpPart
    Parts 8
Nama aku Adam. Hidup aku, bukan lagilah pilihan tapi ketentuan.
Exotika : Haru Biru by yiyiafiqa
yiyiafiqa
  • WpView
    Reads 9,180
  • WpVote
    Votes 605
  • WpPart
    Parts 58
Ini cerita sekumpulan pelajar diploma tahun kedua yang mengikuti lawatan tapak yang sudah macam lawatan sambil belajar budak sekolah. Sepanjang lawatan, mereka menghadapi pelbagai situasi, seperti:- - bas rosak di tengah jalan - bertembung dengan penulis kegemaran - diserang 'hantu katana' - dikejar babi hutan yang muncul entah dari mana - terselesaikan misteri Exotika. Ya. TERselesaikan. Cerita ini sedikit merapu. Sila bertabah. 😅 *Crossover cerita Trance (milik saya) dan AKU (milik Mizuki_Anazuki) *Pemenang Wattys2018 bagi kategori 'Pencetus Perubahan'.