Romance
14 stories
Aku Benci Kau Ketua Pengawas!✔[EDIT] by dunnolicious
dunnolicious
  • WpView
    Reads 306,620
  • WpVote
    Votes 15,131
  • WpPart
    Parts 62
Aku tak suka! "Woi jantan!" Aku kata aku tak suka!! "Woi betina!" Aku tak suka lah!! [Highest Rangking #1 in girls] [#1 in Hot] Kau pernah rasa disakiti oleh realiti kehidupan? Saat bahagia itu sudah ada didepan mata. Berkelipan bagai memberi aku tanda bahawa ia tiada penghujung. Namun,saat jemari mula dihulur untuk merasau kebahagiaan. Cahaya bahagia semakin malap dan malap akhirnya hilang membawa jiwa yang sentiasa ketagih untuk merasai bahagia. Kegelapan pula tidak hanya melihat. Ia datang bersama sembilu untuk menikam jiwa yang sepi. Namun,realiti tetap realiti. Akhirnya..satu benda yang aku pelajari,daripada dia. Dia yang datang kepadaku untuk mengubat luka dijiwa dan juga membawa sinar bahagia. "Kebahagiaan itu bukan untuk dicari. Tapi untuk dicipta." Start: now End: - Already completed😚❤ @dunnolicious
Mr And Mrs Tengku by strawberryaisyah
strawberryaisyah
  • WpView
    Reads 1,682,811
  • WpVote
    Votes 49,435
  • WpPart
    Parts 70
Sinopsis : Rela dalam terpaksa, Nur Azwa menerima perkahwinan yang diaturkan oleh ummi dan walidnya demi kebahagiaan mereka. Dah la terpaksa berkahwin dengan Tengku yang sifatnya mengalahkan iceberg yang beku tu. Memang kehidupan Azwa penuh cabaran setelah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Faris. Tetapi Azwa tetap sabar menempuhi segala cabaran. Berjumpa dengan seorang lagi lelaki daripada kerabat Tengku amat menyukarkan hidupnya. Macam-macam kerenah seorang lelaki bernama Tengku Adrian di hadapan Azwa. Ditambah pula dengan kedatangan seorang gadis yang tinggi lagi comel di dalam rumah tangganya. Gadis itulah rupa-rupanya First Love Tengku Faris. Selalu mengganggu ketenteraman Azwa. Dapatkah Azwa pertahankan rumah tangganya daripada runtuh kerana gangguan dua orang Troublemaker itu. Publish date [10 June 2016] at 8:25 p.m. Highest Ranking [#4 in Romance] Awesome cover by bae @EllyaElfiya ©All Rights Reserved @strawberryaisyah
Miss PA Secret Admirer by danishalhakim
danishalhakim
  • WpView
    Reads 161,515
  • WpVote
    Votes 4,799
  • WpPart
    Parts 23
Puteri Syafirah gadis periang dan cantik seindah wajahnya..baginya perkataan "lelaki" tiada dalam kamus hidupnya..yang dia tahu hanyalah kerja,kerja,kerja.. hinggalah pada suatu hari, dia ditakdirkan bertemu dengan seorang jejaka..wajahnya tampan seperti alden richards(pelakon filipina).. Perasaan cinta mula berputik di hati Tengku Hariz tetapi tidak Puteri Syafirah..baginya Tengku Hariz tidak ubah seperti mana mana lelaki yang baginya tidak berguna satu sen pun..Dan tibalah pada suatu ketika, mereka dijodohkan tanpa persetujuan di hati Puteri Syafirah..atas arahan kedua dua pihak ibu bapa, akhirnya mereka dikahwinkan..ingin tahu apa yang berlaku ? bacalah Miss PA Secret Admirer.. segala persoalan akan terungkai..
Suri Hati Encik Boss (√) by author_mikorin
author_mikorin
  • WpView
    Reads 209,873
  • WpVote
    Votes 6,491
  • WpPart
    Parts 23
[Sequel kepada MR BOSS, MESSY PA] ~Kalau nak lagi faham jalan cerita, bolehlah baca buku yang pertama dulu. okay?~ * * 4 tahun selepas berkahwin, Qaisara dan Alif dikurniakan seorang anak lelaki. Qaisara pula sudah berhenti bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Tapi, hakikatnya, rumahtangga mana yang tak bergoyang kan? Apa yang jadi? Nak tahu lebih lanjut? Ha silalah baca. ---- Highest Ranking 170819 - #127 in Romance 170905 - #120 in Romance 170908 - #97 in Romance
Sayang...Izinkan Aku Pergi (SUDAH DITERBITKAN) #readystock by Sella_Arsyilla85
Sella_Arsyilla85
  • WpView
    Reads 256,555
  • WpVote
    Votes 4,926
  • WpPart
    Parts 52
(Highest Rank: #4) Nuzul Harissya, seorang gadis yang dipinggirkan keluarga tanpa sebab yang pasti. Sementara itu, kembarnya mendapat layanan istimewa. Kenapakah perkara ini terjadi? Apakah rahsia yang menghilangkan hak Nuzul Harissya dalam keluarganya sendiri? Kehadiran Izwan Fadli, lelaki ego yang selalu menyusahkan hidup Nuzul Harissya semakin mengubah hidupnya. Tegakah Nuzul Harissya mencintai Izwan Fadli, lelaki pujaan kembarnya sendiri? Nuzul Harissya tersepit antara kebenaran dan tekanan. Apa yang perlu dilakukan oleh Nuzul Harissya? Adakah dia perlu menjadi pelarian sebuah cinta yang tiada penghujung? Dia berazam untuk membina hidup baru jauh daripada semua orang yang pernah membenci dirinya dulu. Sangkanya dia sudah mampu hidup bebas daripada sejarah silam. Namun, takdir tuhan bagaikan bermain dengan hidupnya. Pertemuan kedua dengan Izwan Fadli membuatkan hidupnya kembali dihantui kenangan silam. Kenapakah Izwan Fadli bertindak sebegitu rupa? Tidak berbaloikah pengorbanan yang dilakukannya selama ini? Kenapa Izwan Fadli masih memburu cinta hatinya yang sudah lama terkubur itu? Adakah lelaki itu ingin menduakan dirinya dengan kembarnya atau Qistina? Apakah status sebenar Izwan Fadli? Masih solo, suami orang atau sudah bergelar abang duda? Nuzul Harissya semakin keliru dengan permainan cinta Izwan Fadli. Perlukah dia merebut kembali peluang kedua untuk mencintai Izwan Fadli? Hatinya semakin keliru. Lamaran teman baiknya, Firdaus bagaikan membuka peluang untuknya melarikan diri daripada cengkaman lelaki ego itu. Namun, sekali lagi takdir umpama mempermainkan dirinya. Dia terperangkap di dalam jerat asmara Izwan Fadli. Sucikah cinta yang dihulurkan oleh Izwan Fadli, atau sudah terpalit dengan dendam dan benci? Mampukah Nuzul Harissya menggapai bahagia di dalam sengketa yang tercipta? Atau peluang kedua itu adalah ilusi yang bakal meracuni seluruh hidupnya?
Mr Boss , Messy PA (✔) by author_mikorin
author_mikorin
  • WpView
    Reads 135,317
  • WpVote
    Votes 4,353
  • WpPart
    Parts 9
Repost cerpen lama... *** Kerana keretanya calar, Alif ambil Qaisara jadi PA. Niatnya untuk mengenakan Qaisara tapi sebaliknya, hatinya pula jatuh suka pada PA dia yang... hmmm.... * * Highest ranking: 170807 - #195 in Romance 170823 - #33 in Short Story 170824 - #29 in Short Story 170836 - #24 in Short Story
SUAMI AKU,BOSS AKU! by chiyogOtyou
chiyogOtyou
  • WpView
    Reads 5,928,893
  • WpVote
    Votes 161,275
  • WpPart
    Parts 66
Muhammad Mikail Ariff adalah anak sulung kepada Dato ' Kamal Hasan,dia akan menjadi satu-satunya pewaris utama Syarikat Fajar Holdings.Dia dipaksa berkahwin dengan seorang gadis yang telah menjadi pembantu peribadi Papanya.Gadis muda itu menurut sahaja perintah selepas Dato' Kamal memaksanya untuk berkahwin dengan anaknya.Pelbagai liku hidup yang harus dijalani oleh gadis muda tersebut. Semua perlu diuruskan sendiri apabila ahli keluarganya semua sudah tiada.Gadis kecil itu sentiasa tabaj dan reda ketentuan ilahi. "Once aku dah dapat kau, teruk malam pertama aku kerjakan kau! "-ARIFF Mikail. "Aku tahu la aku ni comel, jangan la cubit aku sesuka hati kau! "- Hawa NAWFA "It sounds pretty good! You will deserve it! " - Sara AMELINE Nak tahu apakah kesudahan perkahwinan secara paksa mereka! Teruskan membaca!!
TUNANG KE-9 by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 80,521
  • WpVote
    Votes 2,112
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Tunang Ke-9 Penulis: Anabella Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-58-7 Harga: RM31.00 (Semenanjung) // RM34.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Mac 2017 Elman Shah, tiada apa yang lebih hebat tentang dirinya berbanding dia telah menjadikan lapan orang gadis sebagai bekas tunangnya. "Bagi aku, dalam dunia ni, perempuan cuma ada dua jenis. Jenis jual murah dan jenis jual mahal. Kedua-duanya, sampah!" - Shah "Awak tak tahu ke jenis perempuan yang ketiga?"- Reny Fathia "Apa?" - Shah "Perempuan yang tak ingin jual apa-apa pada sampah macam awak!"- Reny Fathia. Nah, bila jumpa cinta pertama zaman sekolahnya, terus terduduk Shah. Bila tiba masa untuk menakluk hati gadis yang paling dicintainya, Shah menemui jalan buntu! Gadis versi Beauty and The Beast. Dialah Beauty, dia juga The Beast!
SUPER MAMA  by nrlfarahinn
nrlfarahinn
  • WpView
    Reads 2,224,131
  • WpVote
    Votes 119,231
  • WpPart
    Parts 76
Seawal usia 20-an , aku terpaksa bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak encik duda demi tiga ribu sebulan . Pada pandangan orang kaya , tiga ribu tu apalah sangat . Tapi pada aku ..tiga ribu tu besar ya bapak bapak ibu ibu! Anak dia bukan satu , bukan dua tetapi tiga ! Perangai anak-anak encik duda, Isyraf Ayriel ternyata sukar dijangka. Seorang sepesies dingin macam baru keluar dari peti ais, seorang lagi kadang baik kadang hmm malaslah nak cakap. Dan seorang lagi nakal tapi tak nakal. Ah entahlah! " " Nanny, keciknya kereta ni! Tak macam kereta papa pun, kereta papa besar. Kereta papa gajah masuk pun boleh muat. Kereta kecik ni? Hmm, semut masuk belum tentu lepas. " " Kotex tu apa, Kak Liya? " " Atakk uka urokk ( kakak muka buruk ) ! " Bila dah jaga anak duda ni , lama-lama datanglah penyakit miang aku . Aku bukan miang dengan sesiapa pun . Miang dengan crush aku je , bapak budak tiga orang tu . Caturan Ilahi sangat indah. Siapa sangka status aku yang pada awalnya pengasuh kepada anak-anaknya, kini diangkat darjatnya menjadi isteri kepada Isyraf Ayriel. Ah bahagianya! Sayangnya bahagia aku cuma sekejap apabila munculnya sang antagonis tanpa diundang cuba meruntuhkan tiang arasy yang kami bina. Jika orang lain aku masih boleh terima, tetapi mengapa mesti Bella Eryana, bekas isteri Ayriel? Ayriel yang sekarang bukan lagi yang dulu. Yang sayangkan aku, yang cintakan aku. Dia berubah. Jauh berubah sehingga sanggup percayakan orang luar berbanding aku. Aku ni siapa pada dia? Isteri atau teman sebilik semata-mata? Saat diriku rapuh tidak mampu berdiri lagi, si kecil datang menyalurkan semangat. " Kenapa Ayad nak ikut mama? Mama tak kaya macam papa. Mama tak boleh beri mainan yang banyak macam papa. Mama tak ada duit, sayang. " " Ayad tak nak mainan. Ayad cuma nak selalu dekat dengan mama. I love you, mama.. " 90% MALAY 10% ENGLISH
My Husband Mr Bully? by starsvanilla
starsvanilla
  • WpView
    Reads 1,714,430
  • WpVote
    Votes 82,257
  • WpPart
    Parts 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwin dengan calon pilihan papanya. Dan paling teruk pilihan papanya ialah Adrian Harris! Adrian Harris. Namanya cukup gerun apabila disebut. Adrian memiliki pakej yang lengkap iaitu kacak, pandai, kaya, dan berbakat. Tetapi dia ialah pembuli?! You are really bad guy Adrian. "Awak ni tak cukup ke dah hancurkan zaman sekolah saya? Apa yang awak nak lagi daripada saya?"- Mia Elysha "Aku ni macam chewing gum. Kalau dah lekat, kau susah nak tanggalkan"- Adrian Harris Apa akan jadi apabila senior yang selalu bulinya muncul kembali? Saksikannya dalam novel My Husband Mr Bully?