My Reading List
86 cerita
SETIA oleh Ku_Ashiqien
Ku_Ashiqien
  • WpView
    Bacaan 11,904
  • WpVote
    Undian 1,279
  • WpPart
    Bahagian 47
Damia Iris Siapa sangka gadis yang memiliki raut wajah yang begitu anggun namun mempunyai jiwa yang begitu kental adalah merupakan teman wanita kepada seorang lelaki yang begitu dikenali gara-gara sikap kaki perempuan. Adrian Iskandar Dia mencintai wanita itu. Hanya wanita itu sahaja yang mengerti dan boleh menerima segala sikap nakalnya.Betapa pentingnya kehadiran dirinya di dalam hidup Iris menyebabkan Adrian tidak sanggup untuk melepaskan Iris pergi. "Ian janji untuk terus setia dengan Iris sampai bila-bila?Selain Ibu,Ian lah orang yang paling penting bagi Iris.Buktikan kepada Iris yang lelaki setia itu masih wujud."-Iris.. "Ian janji.Ian pun sayangkan Iris.Segala onak duri kita hadapi bersama."-Adrian.. Namun... "Baru Iris sedar yang selama ini kita tidak ditakdirkan untuk bersama.Ian pergilah cari kebahagian dengan wanita yang lebih sempurna.Anggap sahaja perkahwinan ini hanya sekadar pertemuan bagi kita berdua,walaupun usia perkenalan kita berdua lebih lama dari usia perkahwinan ini." Start-25.11.2024 Finish-
Tunggu Aku di Sana  oleh fashamimiey
fashamimiey
  • WpView
    Bacaan 927
  • WpVote
    Undian 126
  • WpPart
    Bahagian 25
Pertemuan dua hati yang tidak terduga, tidak dijangka dan secara tidak sengaja. Jatuh cinta pada pandangan pertama , jatuh cinta sedalam-dalamnya. Namun, sedalam manakah cinta dua orang yang masih muda. Setulus manakah cinta pada seseorang yang baru sahaja bertemu? Cinta yang tulus atau cinta berdasarkan nafsu semata-mata? "Tunggu aku kembali dan akan ku jadikan kau satu-satunya." -Farrayn Anas "Berpeganglah pada kata-katamu, aku akan setia menunggu." -Nesrine Inas Dimana ada pertemuan, disitu ada perpisahan. Selepas 3 tahun, masihkah janji itu ditepati? Start : 24.04.26 End : -
DANISH HAIZIQ |βœ“ oleh aikadaisy
aikadaisy
  • WpView
    Bacaan 622,826
  • WpVote
    Undian 21,796
  • WpPart
    Bahagian 52
Danish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurna. harta? uh dia memang seorang yang jutawan! Wajahnya sentiasa dingin. Senyuman? Tiada! Hidupnya hanya ada kerja kerja dan kerja. Disebalik wajah kacak itu ada sisi gelapnya sendiri. Hauraina Arrien- Seorang gadis yang polos. Dia cantik tetapi naif. Dia bijak tetapi senang diperdaya. Selepas kehilangan ibu bapanya, dia dijaga oleh mak sedaranya. Ingatkan dia boleh dapat kasih sayang selepas ibu bapanya tiada. Rupa rupanya dia telah melangkah masuk ke dalam neraka ciptaan mak saudaranya. Hari-hari di seksa sehinggalah suatu hari dia memberanikan diri untuk lari dari neraka ciptaan mak sedaranya Itu! Dia berjumpa dengan seorang lelaki dingin. Lelaki itu yang menolongnya semasa dia dikacau di kawasan sunyi. "What are you doing here?"- Danish Haiziq "Saya tiada Hala tuju... Boleh awak bantu saya?" - Hauraina Arrien. Hidup Hauraina berubah 100% apabila bersama dengan Danish Haiziq. Walaupun layanan lelaki itu sangat dingin tetapi lelaki itu seorang yang caring. Lama kelamaan satu perasaan muncul di dalam hati mereka... Perasaan Apakah Itu? Cinta? "Aku taknak kau duduk sini sebagai pembantu rumah aku lagi" - Danish Haiziq "Maaf.. saya sedar saya hanya menumpang" -hauraina arrien "Aku nak kau jadi isteri aku Arrien" - Danish Haiziq. Perjalanan hidup mereka penuh dengan ujian. Apa lagi bila sesuatu yang di rahsiakan oleh Danish terbongkar. Adakah hubungan mereka bertahan?
Seteguh Kasih Kita (C) oleh AidaisySty
AidaisySty
  • WpView
    Bacaan 103,317
  • WpVote
    Undian 5,313
  • WpPart
    Bahagian 92
[SIRI KE-4 EMPAT BERADIK] Completed on 15 September 2025 Hazir Azfar. Seorang bekas tentera upahan. Dia menjalani kehidupan biasa sebagai seorang mekanik di sebuah bengkel kereta. Takdir membawa seorang gadis masuk ke dalam hidupnya. Aaryana Haura. Seorang yang manja dan periang. Pertama kali melihat Hazir, hatinya terpaut meski wajah dan pandangan lelaki itu sentiasa dingin. Pertemuan mereka membawa kepada beberapa pertemuan yang seterusnya kerana Aaryana sudah mula sukakan si abang pomen itu. Dengan berani, dia melafazkan tentang perasaannya kepada lelaki itu namun dia ditolak. Patah hati dengan penolakan tersebut, dia membawa diri ke luar negara. Namun satu peristiwa hitam telah merubah hidupnya. Bagaimana cerita mereka akan berjalan?
Cinta Untuk Najmi (C) oleh AidaisySty
AidaisySty
  • WpView
    Bacaan 315,251
  • WpVote
    Undian 10,317
  • WpPart
    Bahagian 56
[SIRI KE-2 EMPAT BERADIK] Completed on 20 November 2024 π‘π˜π€π ππ€π‰πŒπˆ 𝐱 πŒπ€π–π€π‘ π˜π€π’πŒπ„π„π ~π‘»π’Šπ’‚π’…π’‚ 𝒂𝒓𝒂𝒉 π’Œπ’†π’Žπ’ƒπ’‚π’π’Š π’‘π’–π’π’‚π’π’ˆ π’…π’‚π’“π’Š π’„π’Šπ’π’•π’‚ π’Šπ’π’Š~
Perfectly Fake oleh missstellily
missstellily
  • WpView
    Bacaan 14,251
  • WpVote
    Undian 763
  • WpPart
    Bahagian 60
(stand alone) Book 1 heiress in dangers. Perfectly Fake. Flawless.Fearless.Fake "some things are ruined not by their flaws, but by the pressure to make them flawless." So... Don't trust anyone, except yourself. Bagi seorang Elysha Arabella, hidupnya hanyalah untuk menjaga imej. Hidupnya sudah disusun seperti puzzle. Yang kelihatan sangat sempurna. Sehingga datang seorang yang tidak pernah dia sangka akan membawa kesan besar dalam hidupnya. "Jom kahwin." -Tengku Asher Vaughan "You ni gila ke apa? Kita kenal pun tidak." -Elysha Arabella Perkahwinan ini sementara, perkahwinan ini tidak didasari cinta. Sehingga tempoh dan kepentingan telah didapati, mereka akan berpisah. Akankah ikatan mereka kekal? Atau perpisahan yang menjadi tujuan? "He chose the girl shaped by monsters, even when it meant becoming the enemy of his own world." ‼️REMINDER ‼️ This is not a cute love story. It is a story about what happens when a child learns that love must be earned. If you continue, do not expect to leave unchanged. don't say I didn't warn ya.. Start: 29/5/2026. End:- Copyright Β© 2026 by stellily TRIGGER WARNING! ⚠️ Mature, harsh words, politics issues, manipulative, unstable marriage, emotional abuse.
Abang Bos [Bakal Terbit] oleh Raydensaphire
Raydensaphire
  • WpView
    Bacaan 86,918
  • WpVote
    Undian 4,837
  • WpPart
    Bahagian 48
SPIN-OFF KARYA MR. A.H! (Siapa yang belum baca, digalakkan baca dulu - tapi tak wajib) Counting days to unpublish... Sinopsis: "Papa cabar kamu, go outside and see the world. Pergi rasai sendiri bagaimana betul-betul hidup menjadi orang susah." -Dato'Imran- Tidak mampu menerima kritikan ayahnya sebagai seorang yang kurang empati, Fawwaz Qayyum menyahut cabaran Dato'Imran untuk berkelana ke kampung. Siapa sangka, di sana Fawwaz akan jatuh cinta pandang pertama kepada si Optimus Prime, Cik Raihan Imanina. Namun, untuk memiliki gadis kampung itu, Fawwaz perlu melepasi saringan bukan satu, tapi lima bodyguard Raihan! Ini cerita tentang si putera bandar yang tangannya cuma biasa menaip komputer, memetik gitar, memegang stereng Porsche, Tapi diheret untuk belajar membelah kelapa, bermain batu seremban dan mengayuh basikal besi. Ini cerita tentang putera bandar yang kerek, hidup tak ambil kisah masalah orang lain, Yang kemudiannya belajar erti memahami, dan erti hidup untuk memberi. Tropes: -Hero falls in love first -Kampung vibe -Character growth -Family bond
Harith Zayn: the Adorable Husband[Completed] oleh Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Bacaan 270,981
  • WpVote
    Undian 8,817
  • WpPart
    Bahagian 70
[2nd story] HARITH ZAYN x ZENYA AURORA Jatuh cinta pada sepupu sendiri, itulah apa yang Harith khawatirkan. Pengalaman lampau mengajarkan dia untuk menjadi seorang yang berani. Mempertahankan perasaan hati tanpa berasa gentar. Kerana dahulunya, dia pernah memilih untuk melukai insan yang telah berjaya mencuri hatinya, gadis bernama Zenya Aurora. Dalam satu pergaduhan yang penuh hinaan, Zenya memilih untuk mengundur diri setelah bertahun- tahun lamanya mengejar sesuatu yang tidak pasti. Sakit didada telah membawa Zenya pergi jauh dari hidup lelaki itu. Tahun berganti tahun, dia kembali lagi memunculkan diri di hadapan Harith dengan satu azam yang baru. Peluang di mata, takkan mungkin Harith sia- siakan lagi. Jika sebelum ini Zenya sentiasa menggunakan helahnya untuk kekal berdampingan dengan Harith. Kali ini, Harith lakukan serangan balas. Menggunakan helahnya pula untuk menambat Zenya dengan satu ikatan yang sah. "Bohong! Kau suka aku peluk kan? Baik mengaku." HARITH ZAYN "Harith... merepek apa ni?!" ZENYA AURORA Meskipun ikatan perkahwinan terjalin, mereka tetap bergaduh. Dan dalam masa yang sama, satu per satu rahsia mulai terbongkar. "Siapa cakap? Aku pernah tapi aku pilih untuk buang perasaan tu." HARITH ZAYN "Awak hampir buat saya jatuh cinta Zenya." MATEEN Siapakah Mateen? Rahsia apa yang disimpan oleh Zenya sehingga boleh berkenalan dengan lelaki itu?
Tepat Memiliki  oleh MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Bacaan 476,081
  • WpVote
    Undian 18,017
  • WpPart
    Bahagian 66
[Book 9] Dua hati yang berpisah, membawa haluan masing-masing demi memperbaiki diri. Pernah berkongsi memori bersama tetapi takdir memaksa mereka berjauhan untuk memyembuhkan luka satu sama lain. Dalam menjalani kehidupan baru, antara mereka, saling berharap untuk bertemu pada waktu yang tepat agar mereka dapat mencipta kebahagiaan yang lebih berpanjangan. "Akhirnya, kita berjumpa semula." -Asyraf "Awak yakin ke kali ini adalah waktu yang tepat?" -Asyrah Pertemuan yang tidak dirancang, meyakinkan Asyraf akan rencana Tuhan. Inilah masa yang dia nantikan selama ini. Tiga tahun tidak saling bertanya khabar, tak pernah dia sangka mereka akan berjumpa semula secepat ini. Sebaik saja dia jejakkan kaki di tanah air sendiri, Tuhan seakan-akan tidak mahu melengahkan masa lagi. Dia dipertemukan semula dengan lelaki yang pernah bertakhta di hati. Lelaki yang menjadi salah satu asbab dia membawa diri ke negara orang. "Saya tak cintakan awak macam dulu lagi." -Asyrah "Baguslah. Awak tak perlu cintakan saya macam dulu lagi. Saya yang dulu tak layak dapat cinta awak." -Asyraf Dia, Fayyad Asyraf. Lelaki kasanova. Lelaki yang pernah digelar 'pecinta wanita'. Dia takkan berputus asa untuk mengambil hati Asyrah semula. Keperibadiannya yang tenang menghadapi ujian, amat sukar diduga. Dia yang sekarang jauh berbeza daripada dulu. Dia terlihat lebih teguh, matang dan berpendirian tetap. Dia tahu apa yang dia mahukan, dan dia akan dapatkan dengan apa cara sekali pun. "Kisah kita baru bermula sekarang, Asyrah. Kisah yang tiada penamat seperti dulu. Antara awak bersama saya, atau saya akan menghantui hidup awak selamanya." -Asyraf "Sebelum tu, saya belum perkenalkan diri. Saya, Fayyad Asyraf. Tapi, awak boleh panggil saya... Asyraf." Benarkah sekarang waktu yang tepat untuk mereka saling memiliki? Adakah Asyraf dapat mengubah kesilapan lalu demi menambat hati Asyrah semula? Bagaimana mereka dapat menempuh ujian seterusnya jika mereka benar ditakdirkan bersatu semula?
Where Secret Bloom  oleh estheriesha
estheriesha
  • WpView
    Bacaan 3,864
  • WpVote
    Undian 444
  • WpPart
    Bahagian 27
ΰ­¨ΰ­§ 1st romance ΰ­¨ΰ­§ π’―π‘’π“ƒπ‘”π“€π“Š 𝐸𝓃𝒹𝓇𝒢 π’¬π’Άπ“Žπ’»π’Άπ“ | 𝐼𝓇𝑒𝓃𝑒 π’œπ“π“Šπ“‡π’Ά 5 bulan. Itu sahaja tempoh yang diberikan. Masuk ke dalam empayar terbesar milik Tengku Endra Qayfal dan curi segala maklumat yang diperlukan. Mudah. Setidaknya itu yang Irene Alura fikirkan. Namun semakin lama dia berada di bawah naungan Northcove Group, semakin sukar untuk dia membezakan antara lakonan dan perasaan sebenar. Kerana di sebalik lelaki dingin yang dia sangka tidak berhati itu, tersembunyi seseorang yang perlahan-lahan mengajarnya tentang kepercayaan. Dan di sebalik wanita yang datang membawa rahsia, ada hati yang sudah lama penat melawan dunia. Apabila kebenaran terbongkar, satu persoalan tinggal... Adakah cinta masih mampu bertahan apabila orang yang paling dipercayai adalah orang yang paling banyak berbohong?