syaziera67's Reading List
3 stories
Unexpectedly Yours by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 16,823
  • WpVote
    Votes 442
  • WpPart
    Parts 3
[6th romance] Kaer Dhaffa | Ayreen Adreanna Ayreen Adreanna, anak tunggal kepada seorang tokoh korporat ternama, hidup dikelilingi kemewahan dan peraturan. Namun, dunianya mula goyah apabila Tan Sri Azzam membuat keputusan mengejut-dia harus berkahwin dengan anak kepada sahabat lamanya, seorang lelaki kampung yang jauh dari gaya hidupnya. Kaer Dhaffa, seorang lelaki sederhana dan berprinsip, tidak pernah terlintas untuk terikat dengan seseorang seperti Ayreen. Tapi apabila kepercayaan orang tua menjadi taruhan, dia bersetuju atas dasar tanggungjawab, bukan cinta. Ayreen pula menerima lamaran itu bukan kerana rela, tetapi demi keluar dari bayang-bayang ayahnya-dengan harapan perkahwinan ini akan menjadi titik penyesalan bagi mereka yang memaksanya. Namun dalam sebuah perkahwinan yang bermula tanpa cinta, benih pengertian mula bercambah. Di sebalik perbezaan dunia dan sikap yang bertentangan, satu demi satu sisi baru mula terbuka-dan Ayreen mula melihat Dhaffa dengan pandangan berbeza. Mampukah dua hati dari dua dunia ini mencari erti bahagia?
𝐇𝐈𝐒 𝐎𝐓𝐇𝐄𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐅 | 𝐒𝐔 by frvrdynaa
frvrdynaa
  • WpView
    Reads 13,500
  • WpVote
    Votes 2,446
  • WpPart
    Parts 18
❝ 𝗧𝗵𝗲 𝘄𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗳𝗲𝗲𝗹𝘀 𝗿𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗯𝗲𝗰𝗮𝘂𝘀𝗲 𝘆𝗼𝘂'𝗿𝗲 𝗺𝘆 𝗺𝗶𝘀𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗳, 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴.. ❞ 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔. Seorang gadis yang mempunyai rupa yang jelita serta senyuman yang mampu mencairkan dinginnya hati. Dahulu, dia percaya bahawa cinta ialah sebuah janji yang akan kekal terpahat hingga ke hujung usia. Tiada apa yang tidak pernah dikorbankannya demi perasaan itu. Dia membina angan, menyulam harapan dan menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada sebuah cinta yang disangkakan abadi. Namun, dalam sekelip mata, segala yang dibinanya runtuh menyembah bumi. Dunia yang dahulunya berseri kini diselubungi kelam yang tiada bertepi. 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦. Seorang jejaka yang berwajah tampan dan bersikap dingin terhadap setiap wanita yang mendambakan perhatiannya. Namun di sebalik keteguhan wajah itu, tersembunyi sekeping hati yang setia menanti. Sejak zaman persekolahan, hanya satu nama yang bersemayam dalam relung jiwanya - Aisya Cassandra. Dia bukan lelaki yang gemar mengungkapkan rasa, namun kasih yang dipendamnya tidak pernah luput ditelan waktu. Malam pertemuan semula yang sepatutnya menjadi saksi kebahagiaan bertukar menjadi lembaran duka. Hanya dengan sekeping gambar, seluruh benteng hati Aisya roboh tanpa belas. Dalam kesedihan yang menyesakkan dada, dia membawa diri mencari ruang untuk mengubati luka. "Kenapa orang yang paling aku sayang, yang paling aku cintai tinggalkan aku... Apa salah aku, Ya Allah..." - 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔 "Lap air mata kau tu. Buruk beno rupanya," - 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦 Mampukah sekeping hati yang telah retak disatukan kembali oleh benang kasih? cover by @pplyoumayknow
 MY JASMINE || OG by darwishanjwa
darwishanjwa
  • WpView
    Reads 1,835
  • WpVote
    Votes 79
  • WpPart
    Parts 6
BLACK SPIDER SERIES [SEKUEL MY DAHLIA] ❀ 𝓒𝓪𝓱𝓪𝔂𝓪 𝓫𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓼𝓮𝓴𝓪𝓭𝓪𝓻 𝓬𝓪𝓱𝓪𝔂𝓪 𝓽𝓮𝓽𝓪𝓹𝓲 𝓬𝓪𝓱𝓪𝔂𝓪; 𝓷𝓾𝓻 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓶𝓮𝓷𝓰𝓪𝓳𝓪𝓻𝓲 𝓮𝓻𝓽𝓲 ; 𝓬𝓲𝓷𝓽𝓪 ❀ Cinta monyet atau cinta sejati? Cinta yang sementara atau cinta yang selamanya? Diakhir kebahagiaan atau luka yang tergores? Itu adalah ketentuanNya. Nur Jasmine. Seorang gadis yang dilahirkan dalam keluarga yang tidak kaya segalanya. Kasih sayang ibu bapa? Duit? Harta benda? Semua itu dia tidak ada. Dia hanya ada kasih sayang seorang nenek. Neneknya yang sentiasa memberi semangat dan penguatnya untuk terus hidup dan belajar sehingga dia mendapat tawaran daripada universiti luar negara. William Adrean. Seorang pelajar senior di mana Jasmine belajar. Selepas habis sem dia terus menghilang dari khayalan Jasmine. Tapi siapa sangka ada sebab disebalik kehilangannya. Beberapa tahun kemudian... Jasmine datang lapor diri di salah satu syarikat yang tersohor. "You?" -NUR JASMINE "Idiot girl?" -WILLIAM ADREAN "Saya tak bodoh lah. Saya ni budak bijak ye. Encik Boss je yang bodoh. Tak reti nak tolong saya dulu. Macam mana kalau ada perogol bersiri ke datang kacau saya macam mana? Memang masatu saya tak datang lapor dirilah jawapannya." -NUR JASMINE "Kaki ada. Boleh guna untuk lari. Bukan duduk berdiri terpacak dekat situ." -WILLIAM ADREAN. ... William sedang berusaha untuk kebaikan Jasmine tanpa Jasmine tahu. Tapi dalam dia berusaha ada rahsia yang terungkap. Rahsia ketika dia pergi menghilangkan diri. "Abang minta maaf, Nur. Abang tahu sayang benci abang. Sayang luahkan semua perasaan marah, benci sayang pada abang. Pukul abang. Biar badan abang yang jadi tempat lepasan, Nur. Asalkan Nur tak sakitkan diri Nur lagi. Please, Nur." -WILLIAM ADREAN. "Nur sayang abang sampai mati. Nur nak cinta kita ni kekal selamanya sehingga di akhirat kelak." -NUR JASMINE