Who Are You - School 2015 ( versi penulisan bahasa melayu )
_ArrA_
Go Eun-byul dan Lee Eun-bi merupakan kembar seiras. Lee Eun-bi membesar di rumah anak yatim (Love's House) manakala Go Eun-byul, kakak kembar Eun-bi tinggal bersama seorang wanita yang mengambilnya sebagai anak angkat. Eun-bi yang dibuli oleh Kang Soo-young di sekolahnya memutuskan untuk membunuh diri dengan terjun dari jambatan tetapi diselamatkan oleh kakaknya. Malangnya, dia menderita amnesia setelah kejadian itu. Disebabkan rupa mereka yang sama, ibu angkat Eun-byul tersalah sangka Eun-bi sebagai Eun-byul. Maka, bermulalah kehidupan Lee Eun-bi sebagai Go Eun-byul di Sekang Highschool.
Gong Tae-kwang
Dikatakan sebagai bermasalah dan bodoh oleh ayahnya sendiri, Gong Tae-kwang terkenal dengan gelaran 'troublemaker' di Sekang Highschool. Ponteng kelas dan terlibat dalam pergaduhan merupakan perkara biasa bagi dirinya. Ayahnya, Gong Jae-ho merupakan Pengarah Sekang Highschool dan ibunya, Song Hee-young merupakan seorang pelakon terkenal. Perkara ini dirahsiakan dari pengetahuan rakan-rakan sekelasnya kecuali Lee Eun-bi. Sosok dirinya sering dilihat sebagai pelajar bermasalah dan hanya mahu mencetuskan kekecohan, tetapi di sebalik semua itu tersembunyi kepedihan hidupnya yang tidak mempunyai teman setelah orang tuanya bercerai. Kehadiran Lee Eun-bi telah menceriakan hidupnya.
Han Yi-an
Dikenali sebagai atlet renang sekolah, Han Yi-an merupakan kawan baik Go Eun-byul selama 10 tahun. Dalam diam, dia menyimpan perasaan terhadap kawan baiknya itu. Dalam rasa marah ketika mengetahui identiti sebenar Lee Eun-bi, dia masih mengambil berat tentang gadis itu dan hatinya mula beralih arah.