𝐹𝒶𝓋𝑜𝓊𝓇𝒾𝓉𝑒🦋
14 stories
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,728,685
  • WpVote
    Votes 409,078
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
WILDAN ✓ by novday
novday
  • WpView
    Reads 219,367
  • WpVote
    Votes 13,325
  • WpPart
    Parts 77
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . 𝐓𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐡𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐞𝐫 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐚𝐧 𝐡𝐞 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐢𝐦𝐬𝐞𝐥𝐟. . Once upon a time; "𝐈𝐟 𝐰𝐞 𝐦𝐞𝐞𝐭 𝐚𝐠𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐧𝐞𝐱𝐭 𝐞𝐧𝐜𝐨𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫, 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐦𝐞?" "𝐈𝐧 𝐬𝐡𝐚𝐚 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇. 𝐈𝐟 𝐇𝐞 𝐰𝐢𝐥𝐥𝐬." You were no one but only a stranger whom I never knew before. Yet out of the blue you appeared and protected me, as if I am the most cherished person for you. 𝐌𝐲 𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧, 𝐦𝐲 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐨𝐫, 𝐦𝐲 𝐬𝐚𝐯𝐢𝐨𝐮𝐫. . Sinopsis penuh di chapter pertama. . Mula: 31/12/2020 Tamat: 9/6/2021 Amaran: Dilarang menciplak atau memplagiat. Sebarang bentuk penghasilan semula adalah tidak dibenarkan sama sekali. © Hak Cipta Terpelihara oleh novday
C | mimpi indah by LunaLavella
LunaLavella
  • WpView
    Reads 1,137,642
  • WpVote
    Votes 89,553
  • WpPart
    Parts 70
Melissa Adeera, trauma yang datangnya dari insan bergelar lelaki telah menghadirkan sebuah mimpi buruk padanya setiap hari. Setiap malam. Setiap waktu. Setiap saat. Masa lalu itu... menyakitkan. Akibat insiden yang lepas, dia berhenti mempercayai lelaki. Kaum adam itu ibarat musuh baginya. Hanya bertuhankan syaitan dan nafsu semata! Sebuah kehilangan telah menghadirkan seorang jejaka yang bersumpah ingin melindunginya. Khairul Hayyan, janji terikat utuh buat Melissa tatkala hadirnya satu rasa aneh di sudut hatinya. Pada awalnya semuanya sekadar di atas belas kasihan semata, namun siapa sangka hati bekunya terbuka ingin mencintai semula? Mereka, dua insan yang dikhianati dan disakiti. Rapuh dalam percintaan apatah lagi kepercayaan. Namun, aturan Tuhan itu maha hebat. Dua hati yang bersumpah untuk berhenti mencintai akhirnya terbuka semula untuk menerima sesama sendiri. Di saat nyawa Melissa menjadi taruhan, saat itu jugalah sisi charming Khairul muncul. Dia mahu melindungi Melissa ibarat nyawanya dan mencintai gadis itu sehingga ke hari tua. "Aku akan jaga kau, sampai mati." -KHAIRUL HAYYAN Dia, Khairul Hayyan akan menjadi pelindung untuk Melissa Adeera. Mimpi buruk yang selalu hadir dalam tidur Melissa akhirnya berubah menjadi mimpi indah yang selalu dia dambakan dengan kehadiran lelaki itu. Dalam sembunyi rahsia cinta mereka dijalin dan ketika mereka bersedia ingin membongkarkan segalanya, satu lagi badai datang menjelma. Trauma itu datang lagi. Menyerang dan membunuh dari dalam. Mengakibatkan hidup Melissa kembali kucar kacir tanpa bayang penyelesaian. Kepercayaannya musnah. Jiwanya hancur. 2022 © By lunalavella all rights reserved. (completed) started : 1 Sep 2021 ended : 17 Jan 2022
Sang Puteri Beradu (COMPLETED) by teaqahm
teaqahm
  • WpView
    Reads 70,400
  • WpVote
    Votes 3,622
  • WpPart
    Parts 26
Atisya-Aurora. Mereka adalah perempuan dari dunia yang berbeza. Aurora merupakan masa silam yang begitu lama dilupakan orang. Manakala Atisya perempuan masa kini datang dari dunia penuh moden. Atisya disahkan koma setelah mengalami kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Sepanjang dia koma dia telah berada di dalam zaman puteri Aurora. Di situ Atisya cuba menyesuaikan hidupnya dengan zaman tersebut. Dia tinggal bersama Aurora yang telah menjumpainya lemas di tebing sungai. Dia sedar kisah hidup Puteri Aurora mempunyai persamaan dengan hidupnya. Namun sekembalinya dia ke dunia sebenarnya, Atisya bertemu dengan cinta sejatinya. Namun siapa sangka lelaki yang dianggap cinta sejati itu begitu susah untuk digoda mahupun untuk jatuh cinta. Berjayakah Atisya mencari cinta sejatinya sepertimana Aurora yang sudah menemui cinta sejatinya?
Key Of Happiness by NAniSya_
NAniSya_
  • WpView
    Reads 15,630
  • WpVote
    Votes 779
  • WpPart
    Parts 51
Cover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana kemalangan. Dia menjadi seorang penjaga tanpa diminta. Dia membantu tanpa berharap balasan. Apabila tiba waktu, dia pergi. Kerana janji yang dia cipta sendiri. Menjadikan satu lagi hati tercari-cari. Pemilik hati mula mencari. Hanya ingatan suara si dia menjadi petunjuk. "Kenapa kau jaga aku? Kita bukannya kenal pun." "Hmm..mungkin aku patut kata yang aku dah janji? Janji pada diri sendiri." Bertemu kembali atau tidak? Pertemuan yang tak disangka lagi. Si dia bersembunyi, seorang lagi mencari. "You are my key. My key of happiness."
Deep In My Heart by YunaAdhara_
YunaAdhara_
  • WpView
    Reads 196,663
  • WpVote
    Votes 16,339
  • WpPart
    Parts 77
[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? What a funny girl or should i call you dumb girl?" - Arryan Alexander Satu perkataan saja sesuai apabila berhadapan dengan lelaki bernama Arryan ini. Bala. Keadaan semakin serabut apabila musuh-musuh keluarganya fikir aku ialah 'precious one' dia. Aku terlibat dalam selirat Empayar Alexander! Memang bertambah bala lah jawabnya hidup aku. Nak bersihkan nama? Dalam mimpilah! Mimpi pun tak akan sampai tahap macam tu. Dan untuk itu, aku harus berjuang untuk hidup. Selamatkan diri sendiri. "Whenever you in danger. Just tell me a date, time and place so that i will come to you" Setiap detik demi detik aku mengenali Arryan. Aku seakan tersedar akan sesuatu. Lelaki ini ada kena mengena dengan zaman silam aku. Zaman silam yang dianggap mimpi ngeri bagi aku kerana pada masa itulah tragedi aku hilang ingatan berlaku. Adakah semua yang berlaku sekarang seperti dejavu dan akan berulang sama? Start: 21/5/ 2020 End : 27/3/2021 🌟this is my first baby so faham ii lah kalau ada kesalahan ejaan, bahasa, tatabahasa, peribahasa or anything else 🙊 🌟semua idea datang dari imaginasi author yang mengarut dan setinggi langit ni. oh, ada beberapa chapter i inspired by some kdramas😚 sorry im crazy about it so i decided to put my fav scenes here😂 🌟for those who want to hate & criticize my karya, kindly dm me ;) dont leave your shit in my comment story. sesiapa yang still buat juga, i am going to delete it. arasseo? btw please please please dont comment any spoiler im begging u guys🥺 🌟read it until the end inshaallah tak menyesal hshshs🤡 HAPPY READING🥰 DONT FORGET TO VOTE AND COMMENT!💗
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 2,531,768
  • WpVote
    Votes 140,238
  • WpPart
    Parts 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 by keylasyaff
keylasyaff
  • WpView
    Reads 973,606
  • WpVote
    Votes 43,428
  • WpPart
    Parts 48
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan riak itu membuatkan orang terdekat tidak senang jika bertugas bersamanya. Pembatu peribadinya, Dian sahaja yang tahan dengan perangai majikannya kerana Nurul Eira Hazel banyak menolong keluarganya. Oleh kerana sifat dengki manusia padanya, dirinya terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kepalanya cedera parah. Dia koma selama dua tahun dan apabila dia sedar, berita yang amat mengejutkannya adalah dia bisu dan peluang untuk dia kembali bercakap dan bernyanyi terus hilang. Dia juga telah kehilangan harta dan kerjayanya. Dr Hannah Julia. Doktor yang merawatnya selama dua tahun selalu memberikan Nurul Eira Hazel kata semangat. Dia juga mempelawa Nurul Eira Hazel untuk tinggal bersama keluarganya dan secara tidak langsung menjadi ahli keluarga angkat. Kehadirannya diterima dengan kesemua ahli keluarga Hannah Julia kecuali adik keduanya, Hanif Raydan. Hanif Raydan. Lelaki yang berkelulusan tinggi dari salah satu universiti yang berada di Mesir. Pulang sahaja dari Mesir, dia langsung tidak menerima kehadiran Nurul Eira Hazel kerana dia pernah memalukan Hanif Raydan di zaman universiti dahulu. Dia memaki, mencaci malah mendera Nurul Eira Hazel apabila mereka berdua sah menjadi suami isteri. "Aku takkan pernah sesekali cintakan manusia kejam macam kau ni. Kau ingat eh perbuatan kau dahulu? Aku akan siksa kau sampai kau mati. Kau dengar tak?!" - HANIF RAYDAN Adakah dia akan terus menyiksa Nurul Eira Hazel untuk kepuasan hati sendiri? Adakah itu balasan terhadap Nurul Eira Hazel atas sikapnya dahulu? ACHIEVEMENT • Anugerah Buku 2020 | The Heartbreaker • Patahan Ranting Award 2020 | The Best Romance Cover by @FairuzZulaika S t a r t ; 22 Disember 2019 S t a t u s : COMPLETE E n d : 24
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,557,365
  • WpVote
    Votes 340,834
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘
Misi Memburu Suami (✅COMPLETED) by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 2,657,303
  • WpVote
    Votes 105,726
  • WpPart
    Parts 70
@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar ceritanya tapi aku nak cerita juga kenapa aku pilih si duda tak berperasaan itu menjadi suami aku.. Aku, Lauren Aqishah binti Jaafar Ibrahim. Pertama kali mataku bersemuka dengan lelaki muka dingin itu, hatiku terus terdetik untuk mengetahui si empunya nama. Dan, dari situlah kisah Lauren Aqishah mengejar si duda terjadi.. Dia, Megat Naufal Zaharil adalah si duda yang aku targetkan untuk menjadi suami aku. Kenapa dia bukan yang lain? Kenapa lelaki yang sudah ada anak satu itu aku pilih? Hmm.. semuanya kerana satu sebab.. Bila hati kau dah mula sayang, boleh kau ubah untuk pilih yang lain?