Buku Kesukaan
19 stories
Masa ( Cerpen) by maercaestro
maercaestro
  • WpView
    Reads 498
  • WpVote
    Votes 63
  • WpPart
    Parts 5
Sekumpulan pelajar universiti masuk ke dalam hutan mencari spesimen bunga yang sepatutnya dah pupus. Tapi berbagai perkara pelik berlaku ke atas mereka.
ESTODANIA : HIKAYAT ADIWANGSA by seketulawan
seketulawan
  • WpView
    Reads 16,783
  • WpVote
    Votes 1,745
  • WpPart
    Parts 32
Selamat datang ke Estodania. Kota manusia dan jin hidup bersama, menyembah Allah, menjaga kesucian Islam, dan membina ketamadunan bersama. Dengan kecanggihan teknologi yang setinggi imaginasi, kota ini mampu merealisasikan semua mimpi yang ada. Imaginasi! Tinggi sehingga mitologi Malaysia dan Nusantara dimuat dalam karya ini. Haiwan mitos yang diperankan sudah dipilih untuk diselarikan dengan haiwan-haiwan mitos dalam Islam. . PERINGATAN! Jika kalian mengharapkan kisah cinta yang romantik, karya ini bukan tempatnya. Tetapi jika kalian ingin mengembara dalam satu dunia yang belum pernah kalian saksikan... maka dijemput baca.. Dinasihatkan untuk bersihkan apa yang patut dibersihkan daripada perut.. atau selesaikan semua kerja-kerja rumah... kerana sekali anda mula membaca Hikayat Nusantara ini, sukar bagi kalian untuk berhenti.. sukar bertenang... sukar tidur malam...! . Cerita ini ditulis dengan menggabungkan hasil bacaan Al-Quran & Tafsir, Israiliyat, Dongeng Nusantara dan kisah sejarah Islam yang terpilih. Ditulis dengan bercorakkan pengembaraan epik ala-ala Lord of The Rings karya J.R.R. Tolkien. . Disarankan baca sambil mendengar muzik/ intrumental epik yang ada dalam youtube supaya lebih feel... DAN... AKTIFKAN IMAGINASI ANDA... TINGGALKAN SEKETIKA DUNIA REALITI.. MARI MENGEMBARA DI ESTODANIA..
Nirnama by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 41,026
  • WpVote
    Votes 794
  • WpPart
    Parts 6
Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat. Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama. Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama. Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya? Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih? Siapakah sebenarnya Nirnama?
Hikayat Melur Jelita [ON GOING] by ISMISYAFIKAH
ISMISYAFIKAH
  • WpView
    Reads 15,607
  • WpVote
    Votes 1,675
  • WpPart
    Parts 33
Melur Jelita. Seorang wanita yang taat pada agamanya. Dia juga sanggup bergadai nyawa demi agama tercinta. Dia cuma taat pada yang Satu. "Siapakah gerangan tuan hamba ?" - Putera Indra Irawan. "Ayuh, Melur. Mari kita berangkat pulang"- Tajuddin. "Kau masih mampu melepaskan diri, Melur. Menikahlah denganku. Aku akan membebaskanmu selepas itu." - Hang Nadim. "Jikalau kematian patik yang tuanku inginkan, patik akan sedia menurut perintah. Menjunjung titah, tuanku !" - Melur Jelita Di antara tiga jejaka yang menyukainya, dua daripada mereka merupakan punca kehancuran hidup Melur Jelita. Ketika cerita Melur menjadi sebuah hikayat, Tajuddin dan Sakti menjadi penghuni tetap hutan tanpa nama. Desakan hati membuatkan dua pemuda tersebut nekad untuk keluar melihat dunia luar. Namun perjanjian yang dibuat sebelum Sakti lahir ke dunia telah menjadikan mereka sebagai pelarian. "K-Kak Melur ? Bukankah kau sudah lama mati ?" - Sakti Ditembungkan pula dengan seorang perempuan yang bernama Mayang Sari. Gadis yang dikurung selama bertahun-tahun atas kepentingan Dewi Gayatri. Pelbagai aksi dan kisah yang mendebarkan dalam cerita ini. Mereka diburu oleh satu makhluk misteri yang sudah pun wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Mula : 12.02.2018 Tamat : 24.02.2018 (the end fasa 1) Bersambung pd : 8 April 2020 Tamat : #HakMilik : ismisyfkah #1-historial fiction [05.06.2020]
BUDIMAN by FayyadhMahali
FayyadhMahali
  • WpView
    Reads 947
  • WpVote
    Votes 71
  • WpPart
    Parts 10
Kadar jenayah meningkat secara mendadak. Satu demi satu pembunuhan bersiri berlaku di bandar Siberraya. Dan yang menjadi mangsa rata-ratanya wanita, orang tua dan kanak-kanak. Sheila, wanita istimewa yang punyai trauma dari zaman remaja mengambil keputusan untuk menubuhkan satu unit siasatan khas bagi mengelak kewujudan individu sepertinya. Tanpa dia sedari, ada orang lain yang punyai agenda sepertinya; memilih pendekatan yang berbeza. Dua jalan berbeza. Satu destinasi yang sama. P/S:- Akan dikemaskini setiap hari Rabu. (Will be updated every Wednesday)
Angka Terapung by GwenMahdi
GwenMahdi
  • WpView
    Reads 463
  • WpVote
    Votes 93
  • WpPart
    Parts 6
Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda dapat melihat jangka hayat seseorang? A) Menggelabah biawak. B) Mendaftarkan diri di wad psikitari. C) Beritahu orang tersebut dengan risiko dilempang. D) Buat tak tahu. Lantak dia lah.
Vampira by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 5,344
  • WpVote
    Votes 244
  • WpPart
    Parts 5
Najirah Nasir (watak utama MENGGUNUNG), darah vampira masih mengalir dalam keturunannya. Mengalir dari keturunannya yang pernah gigih melawan penaklukan Portugis 500 tahun yang lalu ke atas Melaka. Dalam penaklukan itu, Portugis membawa tentera vampira yang menggigit nenek moyang Najirah. Pada masa lalu, nenek moyang Najirah pernah bertukar menjadi vampira sebelum dibunuh oleh penduduk Melaka ketika itu.500 tahun kemudian, Najirah adalah salah satu daripada keturunan itu. Untuk sumpahan vampira ini aktif, seorang yang mempunyai darah vampira dalam badannya tidak boleh mati dalam keadaan yang melibatkan kemalangan, pembunuhan etc. Hanya kematian secara semula jadi sahaja yang membolehkan mereka tidak bangkit selepas kematian sebagai makhluk penghaus darah manusia. Malangnya untuk Najirah, dia telah mati dalam kemalangan yang melibatkan keretanya terlanggar pembahagi jalan. 24 jam selepas kemalangan itu, dia sedar di bilik mayat dalam keadaan tercungap-cungap, bingung bagaimana dia boleh berada di tempat yang seseram itu. Dia kemudian menyedari bahawa dia telah jadi seekor vampira dan komuniti vampira di Malaysia sememangnya wujud. Dia mula mengenali komuniti ini dan belajar untuk hidup dalam keadaan aman. Dalam masa yang sama, Jamalee Bashah, pemburu hantu legenda yang baru sahaja mengalahkan Sang Penguasa telah mendapat tugas baru dari kerajaan. Mereka mahu menghapuskan segala makhluk dari alam kegelapan, dan ia akan bermula dengan vampira. Jamalee Bashah telah menugaskan Badruz Zaman dan Citra Adra untuk menjadi pemburu komuniti Vampira di Kuala Lumpur. Tanpa mereka ketahui, komuniti Vampira di Kuala Lumpur ini ialah antara yang terakhir mampu bertahan. Vampira ialah spesis yang semakin pupus, terutama di Malaysia. Bahkan, Najirah sendiri sudahpun mencipta ikatan dan menganggap mereka ini sebagai keluarganya.
Penyongsangan : Malapetaka Katastrofa  by HdinHafizuddin
HdinHafizuddin
  • WpView
    Reads 6,256
  • WpVote
    Votes 654
  • WpPart
    Parts 43
"Aurora akhirnya kelihatan di semenanjung Malaysia!" Melalui hasil kajian lapangan, Dr. Asyfan Haziq berupaya meramalkan kejadian perubahan menyongsang medan magnet Bumi. Tetapi, amarannya langsung tidak diendahkan sehingga bencana global berlaku. Dengan masa yang semakin suntuk, dapatkah dia menyelamatkan jutaan populasi rakyat Malaysia? [Pemenang Anugerah Wattys 2017 dalam kategori 'Penulis Luar Biasa']
BERTEMPUR DENGAN SYAITAN (COMPLETE) by kukilkufiq
kukilkufiq
  • WpView
    Reads 96,623
  • WpVote
    Votes 6,169
  • WpPart
    Parts 7
[ PEMENANG TEMPAT PERTAMA BEST BOOK WATTSITEE AWARD 2018] [ PEMENANG BESTBOOK WATTSITEE COVER AWARD 2018 ] Ranking terbaik setakat ni : 5th in Mystery / Thriller Genre Satu platun unit khas terpilih dari Angkatan Tentera Malaysia telah menerima misi khas menyelamat ke dalam hutan temenggor (OPS JEJAK). Dikhuatiri satu batalion dari unit 5 Melayu telah hilang ketika operasi, maklumat akhir dari radio semboyan adalah 'JEMBALANG' unit khas ini mesti mendapatkan maklumat sekiranya pasukan ini masih hidup atau tidak , tanpa mereka sendiri tidak sedari apa yang menanti mereka jauh di dalam kedalaman hutan ini jauh lebih teruk dari ancaman pihak musuh.
Duyong by Melyn_Aristokra
Melyn_Aristokra
  • WpView
    Reads 113,660
  • WpVote
    Votes 6,592
  • WpPart
    Parts 26
Marina merupakan gadis yang sesat dan telah hidup di sebuah pulau yang jauh dari semua manusia dan kemajuan teknologi secara bersendirian. Dia bertemu Iselia dan kakanda-kakandanya yang merupakan ikan duyung. Marina dan rakan-rakannya itu memulakan perjalanan mereka kembali ke kampung dan bertemu dengan pelbagai keindahan alam. Dapatkah Marina bersama semula dengan neneknya di kampung setelah bertahun berpisah? Highest rank : #11 (21/11/16) Completed.