Bought
5 stories
Yang Tertulis Untuk Kita by karyaseni2u
Yang Tertulis Untuk Kita
karyaseni2u
  • Reads 41,588
  • Votes 682
  • Parts 16
Tajuk: Yang Tertulis Untuk Kita Penulis: Azura Rasiddin Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-110-3 Halaman : 768 Harga: RM30.00 (Semenanjung) // RM33.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Januari 2019
Jagakan Aku by karyaseni2u
Jagakan Aku
karyaseni2u
  • Reads 8,694
  • Votes 143
  • Parts 6
Tajuk: Jagakan Aku Penulis: Syu Ariani Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-139-4 Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : September 2019
Dendam Bersulam Cinta by karyaseni2u
Dendam Bersulam Cinta
karyaseni2u
  • Reads 17,053
  • Votes 355
  • Parts 5
Tajuk: Dendam Bersulam Cinta Penulis: Sara Aisha www.karyaseni.my
MENYAYANGIMU  by pena4kayu
MENYAYANGIMU
pena4kayu
  • Reads 41,108
  • Votes 788
  • Parts 17
Nurul Inara itu kakak kembarnya. Yang mama agung-agungkan. Yang mama puja separuh mati. Dia pula sekadar anak itik yang hodoh di mata mama. Dia Nurul Iman yang dilupakan oleh mama. Apabila Inara ditangkap mengandung tanpa suami, Iman puas hati. Sekarang mama perlu belajar bahawa Inara itu bukan sempurna. Tetapi kenapa Iman rasa, dia menipu dirinya dengan berkata puas hati? Kenapa dia mesti bersedih dengan nasib yang menimpa Inara? Ahmad Hadrian itu pula api kemarahannya. Lelaki itu yang merosakkan Inara. Marahnya pada Hadrian tak pernah surut. Tempoh 5 tahun belum cukup untuk membuang kesumatnya pada lelaki itu. Apabila timbul krisis dalam hubungan Iman dengan bekas tunangnya, mama memetik nama Hadrian sebagai bakal suaminya. Gila. Itu benar-benar cadangan gila. Inara bagaimana? Iman membantah cadangan mama. Namun krisis yang timbul semakin meruncing, memaksa Iman membuat keputusan sama gila. "Rahayu call mak semalam. Dia beritahu, Iman dah setuju. Iman setuju kalau mak masuk melamar." Iman tidak pernah mengenali Hadrian secara dekat. Berbual pun jarang sekali. Yang ada dalam dirinya cuma segunung prejudis dan perasaan negatif terhadap lelaki itu. Tetapi kenapa semakin hari, Iman rasa dia salah membaca lelaki itu? Kenapa Iman rasa, Hadrian bukan seperti yang difikirkannya? Lebih penting lagi, kenapa dia mesti berfikir tentang ini semua? Atau dia sudah jatuh cinta pada lelaki itu? Gila. Ini kegilaan nombor dua! "Kadang-kadang, Iman... apa awak fikir tak sama dengan realiti. Awak perlu bertanya untuk kebenaran."-Hadrian Terlalu banyak rahsia yang perlu Iman singkap satu-persatu. Setiap rahsia yang tersingkap, hanya membuat hatinya semakin dekat pada Hadrian. Yang tak berjaya Iman singkap, adalah rahsia Inara sendiri. Rahsia yang terlalu gelap. Terlalu menyakitkan. Dia mungkin kehilangan Hadrian, dalam proses dia menyingkap rahsia Inara. Kerana Hadrian itu, selamanya lelaki Inara. "Awak masih berfikir tentang dia?"-Iman "Ya. Setiap detik."-Hadrian
Ursula [TERBIT - PENULISAN2U] by SyuAriani
Ursula [TERBIT - PENULISAN2U]
SyuAriani
  • Reads 17,151
  • Votes 786
  • Parts 16
URSULA. Itu nama si antagonis di dalam dongeng The Little Mermaid. Tak pernah hatta sekali Hadi terfikir bahawa suatu hari nanti, dia akan bertemu dengan Ursula di alam nyata. "Kahwin dengan aku atau aku bunuh dia sekarang, depan mata kau," - ASYFA HANNANI Tak dapat Hadi melawan kerana wanita yang menerima jolokan Ursula itu mampu tunaikan kata-katanya! Demi keselamatan Batrisya, Hadi akur dengan permintaan Asyfa. Namun lama-lama, dia sedar satu hakikat. Hatinya mendambakan Asyfa. Dia mahu memadam kesemua kisah silam Asyfa dan menjadi penyembuh kesayangan wanita itu. TENGKU HADI. Tak pernah terlintas dalam fikiran Asyfa, lelaki itu akan menjadi suaminya. Dia dan Hadi ibarat langit dan bumi, ibarat lautan dan daratan. Permulaan hubungan mereka tidak seindah kisah dongeng, bilamana dia sendiri yang mengugut bersama nyawa seseorang sebagai cagaran. Tetapi... "Leave the past there. I wanna be your present, your future," - HADI Kala Hadi ungkapkan itu, Asyfa sedar dia inginkan lelaki itu di sisinya. Hadi ialah penawar bagi semua episod dukanya. Namun ternyata, tak mudah untuk mereka melakar kebahagiaan bersama. Di setiap langkah mereka, ada lelehan darah mengiringi. Air mata dan pengorbanan sentiasa dituntut oleh mereka-mereka yang dahagakan nyawa Hadi dan Ismail. Ada kisah lama yang tersingkap. Ada kebenaran yang baru terlerai. Ada pengkhianatan yang terbongkar. Bersama setiap satu itu, Asyfa dan Hadi hanya selangkah lebih dekat kepada si antagonis dalam kisah mereka. Kata si antagonis kepada Asyfa... "Cuma dengan kematian kau, Hadi akan hidup!" Kalau dalam versi asal kisah si duyung, dia rela menjadi buih dan menghilang di lautan demi situan putera. Bagaimana pula dengan kisah Asyfa dan Hadi? Apa penamat kisah Ursula dan putera hatinya? Nyawa siapa yang akan menjadi cagaran untuk satu pengakhiran bahagia?