MardhiyyahMahmood's Reading List
3 stories
BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ] by Cik_Rerama
Cik_Rerama
  • WpView
    Reads 852,793
  • WpVote
    Votes 22,796
  • WpPart
    Parts 70
Ranking 14 in romance (5/6/18) thnk you so much 💟 Bila bibir terbungkam sukar untuk melafazkan kata. Ditambahkan hati bersangkarkan keegoan di dada. Kehilangan sebuah cinta membuatnya terpinga, terkaku seketika mengejar bayangan yang kian sirna. Disatukan dalam keadaan terpaksa, tanpa perasaan cinta walau secalit cuma.Kehadiran gadis dihedik dan dihina membiarkan sahaja memendam rasa. Tanpa sedar dirinya terpersona dengan tingkah jejaka yang terkadang mengambil berat akan dirinya. Saat diri terlena mendengar kata-kata indah mendodoikan hingga terlena, guruh berdentum menghilangkan hayalan yang indah. Rumahtangga keretakan menunggu terlerai sudah. Hati yang lara dibawa pergi sejauh-jauhnya hanya kerana sebuah janji hitam putih antara mereka berdua Entah adakah akan takdir bakal menyatukan mereka atau semua hanya dijadikan momento nostalgia lama.
Lockdown Moment (TERBIT) by ayeshahamani_19
ayeshahamani_19
  • WpView
    Reads 192,601
  • WpVote
    Votes 2,100
  • WpPart
    Parts 23
KAPTEN LUTH ASYRAF | HAIRA SOFIA Terbitan : Fajar Pakeer Semesta memberi isyarat setiap orang yang kita temui dalam hidup, pasti hadir membawa perasaan atau pergi menyerah dek kenyataan. Seakan-akan segala kebetulan yang terjadi bagaikan mimpi. Siapa sangka, pertemuan seorang jururawat bernama Haira Sofia bersama seorang kapten tentera bernama Luth Asyraf membuka satu riwayat baharu dalam hidupnya. Namun, disebabkan kisah silam Luth Asyraf, Haira Sofia juga turut menjadi sasaran kepada pihak yang ingin membalas dendam. "Cantik perempuan tu. Sama macam dulu. Bukan dia dah mati ke, hurm?" - HAIDER Menerima ketentuan, tidak mudah bagi Haira Sofia. Siapa sahaja yang sanggup menelan hakikat yang perit itu? Mengapa dia juga turut terpalit dengan misteri hidup lelaki bernama Luth Asyraf? "Tell me, kenapa mereka kenal saya? Juga kata saya dah lama mati." - HAIRA SOFIA "Aku. Tak. Nak. Kau. Tahu." - LUTH ASYRAF Bibit rindu mula berputik menyatukan dua insan yang berbeza latar belakang. Tetapi, disebabkan tugas dan amanah, mereka terpisah. Memenuhi tanggungjawab kepada tanah air. Menjadi petugas barisan hadapan untuk menyelamatkan nyawa. Sebegitu mahalkah harga kebahagian perlu dibayar sehingga perlu mengorbankan jiwa dan raga? Luth Asyraf... Haira Sofia, mereka insan terpilih yang dipaksa masuk ke dalam permainan jiwa yang bermandi luka. Ada lara yang merusuh, ada darah yang menjadi saksi pertaruhan. Sanggupkah Haira Sofia bangkit setelah ditikam dengan sandiwara dan mengejar kembali nadi cintanya? Persoalannya, kepada siapa kemenangan itu berpihak? Kepada pihak seteru atau mereka berdua? Jika momen terkunci itu mengajar 1001 erti kehidupan, izinkan secebis bahagia terselit bersama untuk melenyapkan air mata yang jatuh tanpa bicara.
Seindah Takdir Umairah by lyafarhanx
lyafarhanx
  • WpView
    Reads 308,503
  • WpVote
    Votes 16,443
  • WpPart
    Parts 60
Dibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling mengenai status dirinya. Tidak pernah dipinta tetapi itulah yang diterimanya. Kehidupan yang indah bersama nenek tercinta musnah begitu saja apabila wanita yang menjaganya sejak lahir pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Dikutip kembali oleh keluarga yang pernah membuangnya kerana simpati si bapa tetapi kehidupannya mula dilanda kelam. Mencari sinar kebahagiaan bersama keluarga kandung ibarat mencari jarum dalam jerami. Tidak pernah ditemuinya. Bertambah derita apabila bukan sahaja keluarga membencinya tetapi lelaki yang bakal menjadi suaminya juga. Pada siapa dia harus bergantung lagi? "Umai tak pernah minta dilahirkan macam ni. Apa salah Umai?" -NUR UMAIRAH. "Salah kau adalah sebab kau lahir didunia ni. Aku takkan pernah mengaku kau sebagai isteri aku, Nur Umairah." -UMAR QAISER. Hubungan yang dibina atas desakan dua buah keluarga menambah benci Umar Qaiser padanya. Bermula episod duka dalam hidup Nur Umairah. Kebencian keluarga kandung dan suaminya membuatkan Umairah belajar mengenai sesuatu. TAKDIR. Takdir hidupnya yang telah disusun oleh Allah. Takdir yang tidak mampu ditukarnya. Takdir yang terlalu indah untuk dia menidakkannya. Dimanakah kesudahan derita Umairah bersama Umar Qaiser dan keluarga kandungnya? Temui jawapan akhir dalam SEINDAH TAKDIR UMAIRAH.... Karya kedua LYAFARHANX💕 Dilarang plagiat👊🏻❌ November 2020🏆 🥇Romance 🥇Derita 🥇Sedih 🥇Cry 🥇Anakluarnikah