Buku yang paling saya suka!✨
9 stories
FEI YANG by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 17,585
  • WpVote
    Votes 3,065
  • WpPart
    Parts 29
FAHIM ZARITH - Fei Yang, si white hat hacker dihantar ke lapangan fizikal untuk melindungi kliennya daripada ancaman Grey Wolf. Namun, misinya menemui jalan sukar apabila kliennya sendiri tidak berperikemanusiaan kepadanya. AKMAL HARITH - Namanya seakan sama dengan Fei Yang, namun dia bukanlah mempunyai pertalian darah dengan penggodam itu. Dia, si klien yang mesti dilindungi oleh Fei Yang itu sangatlah kejam demi melindungi pelindungnya sendiri. Fei Yang dan Akmal Harith, kedua-dua manusia itu semestinya tidak sekepala. Dalam dinginnya Fei Yang melindungi si klien, jiwanya sendiri turut digasak hebat apabila terpaksa berdepan dengan perangai kliennya. Demi memecahkan kod rahsia "Aii Jun", kedua-duanya terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan rintangan yang mencabar fizikal serta mental. Dalam keadaan ini, mereka berdua saling memerlukan! "Aku mesti melindungi kau, Akmal." - Fei Yang. "Bercerai kita mati, Fei." - Akmal Harith. Kehadiran mengejut si bunga merah ketika misinya sedang berjalan tiba-tiba menyentak keras jantung Fei Yang sehingga ke relung masa lalu. Keberadaan Red Beauty, cinta matinya di pihak Grey Wolf benar-benar menguji rasa hatinya sendiri. Kenapa Adra Diyana yang telah mati pada 10 tahun lepas berada bersama dengan Grey Wolf? Malangnya, skil penggodamannya belum berjaya merungkaikan misteri kehilangan gadis tersebut. "Kenapa kau berubah, Zarith?" - Red Beauty. "Kau sudah mati, Adra." - Fei Yang. Hidup jejaka senyap berhoodie hitam bernama Fahim Zarith di alam realiti sangatlah sunyi dan sepi. Namun, di alam maya dialah pembunuh profesional yang digeruni oleh musuh berkolar putih. Dia... Fei Yang. Tarikh mula: 4 January 2021 Tarikh akhir: - Genre: Thriller Action Cover: InfinityAuni IMPORTANT ⚠️⚠️⚠️ Person in the cover book is Xiao Yu Liang, a Chinese actor. The cover book not official. Picture used for illustration only. I'm his fan, actually. Love! ❤️
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 489,203
  • WpVote
    Votes 13,056
  • WpPart
    Parts 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL] by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 163,442
  • WpVote
    Votes 5,311
  • WpPart
    Parts 14
Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir. Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut. Shafa Raisha, code name Shaurin. Juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya. "Kenapa kau selamatkan aku?" - SHAFA RAISHA Kes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya. Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing. Masalah bertambah berat apabila seorang lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Mulut kata sayang tapi hati sebaliknya. Di depan kata cinta tapi di belakang lain pula ceritanya. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan! Shafa Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun. Siapa sebenarnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang ejen perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini? "Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun." - HARRAZ ZAYNE. Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba? Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing? Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah. Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar! Terbitan: Fajar Pakeer
HELLO,MR.HUSBAND! by InaraAralyn
InaraAralyn
  • WpView
    Reads 82,748
  • WpVote
    Votes 6,356
  • WpPart
    Parts 43
[COMPLETED STORY] THIS BEAUTIFUL COVER MADE BY MY CUTIE PIE FRIEND, @Ilmi Hanya kerana sebuah lafaz,Waina nekad membawa diri jauh dari kenangan silam. "Aku ceraikan kau,Aisya Huwaina Kim binti Huwaidi Kim dengan talak satu.."-Arman Talha "Astaghfirullahalzim,Ha,apa Ha buat ni?!"-Puan Zaiton,ibu Talha. "Dia curang bu,dia curang," "Tapi Ha tak fikir ke pasal masa depan Tisya?"-Encik Fuadi,ayah Talha. "Biarlah ibu,ayah,salah Waina kut,tak mampu nak jadi isteri yang baik untuk Ha,tapi satu ajr Waina nak pesan,walau apapun jadi,Waina diceraikan sebab curang tapi Allah lebih Maha Mengetahui,sayang.."-Aisya Huwaina. Berundurlah diri Waina dari hidup lelaki yang pernah bertakhta di hatinya dahulu. "Kyeopta...!Nak pegang!Apa nama dia"-??? "Tisya.."-Waina. Tapi Tisya tak boleh berenggang dengan dia. Siapakah si dia?? Nantikan dalam sebuah manuskrip besye" ini... HELLO MR HUSBAND!
Million Dreams by TheAmethystt
TheAmethystt
  • WpView
    Reads 4,093
  • WpVote
    Votes 555
  • WpPart
    Parts 21
"Start where you are, use what you have, do what you can." ____________________ Nak dapatkan semangat? Nak menulis tapi tak tahu nak mula daripada mana? Tahniah! Anda datang ke tempat yang betul! Di sini kami mengumpulkan pengalaman daripada penulis-penulis yang berbakat untuk dijadikan inspirasi. Bukan itu sahaja, malah kami juga memberi sedikit-sebanyak info mengenai syarikat penerbitan yang mungkin akan berguna untuk kalian semua. Tunggu apa lagi? Welcome to the place where you will start to shine again!
KLUSTER [HIATUS] by kakmija
kakmija
  • WpView
    Reads 178
  • WpVote
    Votes 39
  • WpPart
    Parts 5
Sebuah virus yang tidak diketahui puncanya mula merebak ... Dimulai dengan satu gigitan ia bertukar menjadi beribu ribu gigitan.... Siapa yang digigit akan diubah kejadian asalnya kepada sesuatu yang mengerikan... Rupanya hodoh sehodoh hodohnya... Baunya busuk seperti mayat yang telah busuk dan berulat... Ianya sentiasa dalam keadaan kelaparan.... Dan ia akan SENTIASA memburu mangsanya..... Semua manusia yang masih hidup lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.... NAMUN... Dapatkah mereka menyelamatkan diri? Dapatkah mereka menyelamatkan diri daripada makhluk yang hanya mereka dapat lihat di dalam tv... di dalam movie... Makhluk yang dikenali sebagai.... ZOMBIE!!!! ____________________________________________________________________ Beautiful cover by @brwnies- (Psttt kalau nak buat cover bleh pm dia🌈) **DILARANG MENCIPLAK** **KALAU TAK SUKA TAK PAYAHLAH BACA** **BUT IF U LIKE IT JANGAN LUPA FOLLOW / LIKE / VOTE / COMMENT** !!!!THANK YOU!!!!
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,547,771
  • WpVote
    Votes 340,156
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘
Lolipop Gangster by RozesMoon_
RozesMoon_
  • WpView
    Reads 39,969
  • WpVote
    Votes 2,501
  • WpPart
    Parts 82
THE SERIES OF ROZESMOON_ ( 4 ) COVER BOOK FROM @ailaflower 2020 All RIGHT RESERVED Award🌌 : 🌟 THIRD PLACE IN ROMANCE - BOBOIBOY AWARD 🌟 BEST HEROIN IN ROMANCE - BOBOIBOY AWARD ---------- 🤺 ---------- Seketul gangster sekolah yang mampu mengegarkan bumi memang digeruni ramai! Tapi, kedatangan si comel ini telah mengubah hampir 100% hidup si gangster ni! "Oi mak kau! Eish! Terkejut la aku setan!" - Zara "Setan?! Woi! Kau buta ke? Aku ni manusia lah!" - Izz Mula-mula si gangster ni memang tak suka dengan jejaka yang kadang-kala annoying dan suka menyibuk dalam setiap hal gangster ni. Tapi, bila lama-lama terpaut juga hati dia dengan sikap prihatin si comel ni. "Kan aku dah kata kalau tak kuat tak payah lawan diorang! Kesian aku tengok kau luka-luka cam ni!" - Izz "Kau hidup jangan caring sangat la kentot! Ada yang aku lamar kau jadi suami aku nanti" - Zara Bila dua-dua dah suka, ada saja hati yang merindu! Bila kau kenal si dia, baru kau tahu dia ni sebenarnya gangster ke tak. Tapi tu lah, baru nak bahagia dah ada yang cemburu... "Ni... hadiah dari aku. Aku harap kau suka" - Izz "Aku tak nak kau ada skandal dengan jantan lain faham?!" - Idris "Kenapa kau tak lari saja dari dia?" - Faris Lama kelamaan, baru si comel ni tahu yang si gangster ni menyimpan seribu satu rahsia yang ramai orang tak tahu pasal dia! Boleh ke si kentot ni yang comel-comel tahap kucing parsi ni nak selamatkan si gangster dari dunia gelap dia? Antara keluarga dan si gangster yang menarik perhatiannya, siapa yang harus dia utamakan dulu?
The Night Knight Princesses ✔ by i_am_kacang
i_am_kacang
  • WpView
    Reads 227,631
  • WpVote
    Votes 13,927
  • WpPart
    Parts 88
PLEASE READ THE WARNINGS THOROUGHLY THANK YOU Tercetusnya sebuah peperangan, hilangnya satu pasangan. Sang permaisuri melahirkan sepasang bayi di pertengahan jalan lalu sang raja membawa permata-permatanya pergi. Selepas 100 tahun berlalu, muncul beberapa pasang kembar. Sang pelindung, sang syaitan dan keturunan puteri yang ke-100. Cahaya mulai beralih arah. Kegelapan mula mengambil alih. Dua gadis dari Alam Syaitan bakal memporak-perandakan dunia, keturunan TNKP pula cuba melindungi. Sebuah kejadian yang tidak diduga bakal berlaku. Perang terbesar dalam sejarah dunia bakal tercatat. Tanggungjawab puteri-puteri ke-100 dipenuhi bebanan. Kemampuan puak cahaya dan kegelapan bukanlah halangan buat si syaitan. Sang puteri yang cantik rupawan juga manis dipandang, perilaku yang lembut sungguh menarik. Berbeza dengan sang syaitan yang liciknya tidak terkata. Dikatakan bahawa ketika itu, dua orang syaitan bakal membantu sang puteri. Kuasa puak bakal berubah. Hidup atau mati? Itulah tanggungjawab puteri-puteri dan para pelindung mereka. Start : 10/6/2018 End : 11/12/2019 Best achievements : #2 in adventure #14 in fantasy #3 in war ⚠️ It's a childishly written novel ⚠️ ⚠ WARNING! ⚠ ✏ Rys takde idea, Rys menyemak dalam mana-mana bab ya. Mohon bersabar :) ✏ Typo berterabur, plot tunggang-terbalik ✏ Gaya penulisan yang berterabur dan tidak matang ✏ Penulis merepek apabila kehilangan idea ✏ Kemunculan watak dan kuasa yang agak banyak yang membuatkan penulis pening, maka korang juga akan pening ✏ Kalau ada scene lawan or perang, macam tak best and tak syok ahaha Rys tak halang korang baca, selagi mampu tahan pening tu, baca jelah huhu. ('∀`) Thanks guys ♡