anom_juwita's Reading List
200 histoires
Mr pirate [SPECIAL CHAPTER] par CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    LECTURES 12,830
  • WpVote
    Votes 1,595
  • WpPart
    Chapitres 2
Rumah tangga Husna dan Andikha Rafael sentiasa disulami tawa dan bahagia. Mereka mungkin pasangan biasa, namun cinta mereka luar biasa. Namun, saat bulan Ramadan kian menjengah, angin di teratak mereka mula berubah arah. ​Sikap Lanun tiba-tiba menjadi aneh. Lelaki yang dulunya penyayang dan sentiasa ingin berkepit, kini mula menjauh. Emosinya tidak menentu, cepat terasa, kuat merajuk, dan adakalanya meminta perkara yang bukan-bukan! Husna buntu. Haruman kesayangannya yang dulu dipuji Lanun, kini dikata tengik hingga membuatkan suaminya mual. ​Hati isteri mana yang tidak resah? Di sebalik kebisuan dan wajah pucat Lanun, adakah kasih sayang lelaki itu benar-benar sudah pudar?
Of Ashes and Faith par KaelAuren_
KaelAuren_
  • WpView
    LECTURES 2,080
  • WpVote
    Votes 375
  • WpPart
    Chapitres 17
Ziyad Danial Iskandar. Nama yang tidak asing di dalam dunia korporat. Lelaki yang menumpaskan bapa kandungnya sendiri, Zafrul, demi menutup pintu kejahatan yang hampir melibatkan nyawa yang tidak berdosa. Nama Ziyad juga terpalit. Dan dia sentiasa hidup dalam bayang-bayang dosa arwah bapanya. Walau dia bukan lahir dari keluarga yang sempurna, kasih sayang Ummi Ilmah sentiasa menjadi syurga kecil buat Ziyad. Pernah suatu ketika, Ziyad menyimpan rasa terhadap sekuntum bunga yang disiram, dijaga rapi, namun apakan daya, bunganya disunting kumbang lain. Dan dari saat itu, hatinya retak tanpa ada penawar. Hinggalah dia bertemu dengan Mawar Mikayla. Nama yang cukup indah, namun tidak seindah akhlaknya. Mawar lahir dari keluarga yang berantakan. Salah faham, kekurangan perhatian dan rasa terasing menjadikan dia seorang yang keras kepala, angkuh dan jauh daripada landasan agama. Hidupnya terumbang-ambing sehingga dia jatuh cinta pada senyuman milik Ziyad. Cinta pandang pertama. Takdir menyatukan mereka dalam sebuah ikatan yang bukan atas kerelaan. Perkahwinan terjadi hanya memenuhi permintaan Datuk Razeen Farhan, ayah Mawar. Mawar bahagia, Ziyad terpaksa. Dari titik itu, hidup Mawar berubah. Ziyad mengambil tanggungjawab untuk membentuk Mawar Mikayla menjadi insan yang lebih baik. Kisah mereka tidaklah indah dari permulaannya. Kisah mereka penuh ujian, luka dan pengorbanan. Mereka jatuh, mereka terpisah, namun takdir menemukan mereka semula. Jodoh mereka terlalu kuat untuk dipisahkan. Rumah tangga mereka juga tidak terkecuali daripada badai. Tiada bahagia yang kekal tanpa diuji. Sejauh manakah takdir akan membawa cinta Ziyad dan Mawar? Dan mampukah Mawar mempertahankan cinta itu hingga ke akhirnya?
KITA par corn1909
corn1909
  • WpView
    LECTURES 26,747
  • WpVote
    Votes 571
  • WpPart
    Chapitres 120
Tak terjangkau di fikiran AKIRA yang umi akan mengiklankan dirinya di laman sosial untuk mencari calon suami terbaik untuknya. Facebook, instagram, twitter, tiktok, tinder...ya TINDER! Natijahnya, dia memaksa diri bertaaruf dengan 30 orang calon yang ditapis uminya di kafe The Mad's Lab sambil ditemani Fyn, BFF sejatinya. Dan...di penghujung hari, di saat seluruh esen tubuhnya bagai disedut kering calon-calon sampah uminya, ketika dia duduk merenung nasib di kolam air di depan kafe, dia ditegur seseorang. Hadi, lelaki berbeanie hitam, berlesung pipit parentesis yang tiada dalam senarai calon suaminya duduk di sebelah dan menawarkan diri menjadi top of the list. Beberapa hari kemudian, hari pertama dalam kelas Molekular Biologi, pensyarah subjek itu masuk ke dalam kelas dan memperkenalkan dirinya. HADI IBRAHIM Akira terasa dunianya berpusing seratus lapan puluh darjah, dan Hadi merasakan dadanya hampir meletup menahan tawa yang semakin meledak. Apa jadi seterusnya...? Bacalah. 😁 KITA melakar perjalanan kehidupan Akira dan Hadi bersama. Setiap bait rindu, setiap melodi kasih, setiap percikan berahi, setiap sulaman hati dan setiap denyutan cinta antara dua jiwa termaktub dalam buku ni. Tips membaca: AKIRA, HADI, AKIRA, HADI... DISCLAIMER: TERIMA KASIH KERANA TIDAK MENCIPLAK BUKU INI. Tertakluk di bawah hak cipta terpelihara. Manuskrip sedang diproses. PERHATIAN! Buku ni bahan bacaan yang sesuai untuk mereka berumur 23 tahun ke atas sahaja. Tiada unsur-unsur matang melampau dalam buku ini tetapi terdapat penggunaan bahasa kasar dan intimasi.
Cämellia. par nadyreen
nadyreen
  • WpView
    LECTURES 18,019
  • WpVote
    Votes 937
  • WpPart
    Chapitres 13
Prekuel Setulus Jänji.
CIK ISTERI DAN ENCIK SUAMI par karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    LECTURES 179,860
  • WpVote
    Votes 3,399
  • WpPart
    Chapitres 16
Tajuk: Cik Isteri dan Encik Suami Penulis: Airisz Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-089-2 Muka Surat : 496 Harga: RM22.00 (Semenanjung) // RM25.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Julai 2018
Cinta Suam Kuku (TERBIT) par tienqowiy
tienqowiy
  • WpView
    LECTURES 15,861
  • WpVote
    Votes 1,721
  • WpPart
    Chapitres 24
2025. TERBIT 2025 © RC PUBLICATION Spin Off (1) Si Bisu Pujaan Hati Hidup Hazim Solehin hanya kerja, kerja, kerja dan bergaduh mulut dengan Puan Taliya. Tiada hari tanpa peperangan! Ada saja topik yang mereka riuh-rendahkan pada setiap masa sehingga habis huru-hara Serene Bookafe! Kemalangan motosikal disebabkan kesalahan sendiri mengubah hidup Hazim tanpa dia sendiri sedar. Mulut gadis pengkid itu macam bontot ayam buasir! Kurang asam betul! "Kau ni memang betul-betul ada kad OKU ke? Penatlah aku asyik nak mengulang benda yang sama." - Alifah Samira "Aku normal lah! Yang OKU tu bos aku!" - Hazim Solehin Gadis pengkid itu perlahan-lahan menyusup ke dalam hati tanpa memberi salam! Kurang sopan ya si dia! Asal berjumpa, mesti mereka akan bergaduh. Rupa-rupanya, teman bergaduhnya sudah meningkat satu angka. Dulu hanya Taliya, sekarang sudah bertambah dengan wujudnya Alifah Samira. Walaupun berperangai seperti lelaki, hati Hazim tetap terpaut. Mungkin inilah yang diibaratkan dengan cinta itu buta? Dia pun tidak tahu sehingga dia membuat keputusan untuk melamar gadis itu selepas berfikir separuh masak. "Aku serius ni Alep, aku nak kahwin dengan kau!" - Hazim Solehin "Aku tak nak kahwin dengan kau!" - Alifah Samira "Selepas kahwin nanti kita mulalah bercinta, cinta suam-suam kuku dulu pun jadilah." - Hazim Solehin "Cinta suam kuku eh? Kau tu tiga suku bukan suam kuku!" - Alifah Samira Adakah Alifah akan menerima cinta suam kuku lelaki itu atau memutuskan semuanya pada waktu itu juga? 100% straightly from my idea No plagiarism is allowed, thank you. ©TIENQOWIY Start: 14/3/2025 End: 15/3/2025
Amaran Cinta Elyas (OG) par tienqowiy
tienqowiy
  • WpView
    LECTURES 23,509
  • WpVote
    Votes 4,178
  • WpPart
    Chapitres 45
2025. Weekly Update Spin Off (2) Si Bisu Pujaan Hati Menjadi anak kedua kepada pasangan murai-bisu itu menjadikan Elyas Tharwan seorang yang sentiasa percaya diri. Namun tiada sekelumit pun dalam dirinya perasaan meninggi diri dengan apa yang dia ada. Dia kacak. Dia ketua pelajar. Dia pandai. Dia model. Semuanya dia. Tetapi, pertemuan pertama dengan gadis bermata boba di gelanggang takraw mengubah hidupnya. Akibat tidak sengaja, mata itu menjadi igauan Elyas setiap hari. Mata bulat yang bersinar itu... Aish comel! "Kau tak dengar ke aku cakap tadi?" - Elyas Tharwan "Maaf, saya pekak." - Dewi Qarmila Oh dang! Here we go again...menggunakan bahasa isyarat sebagai bahasa terindah di dunia. "Kau sayang tak diri kau, Dewi?" - Elyas Tharwan "Sayang..." - Dewi Qarmila "Samalah. Aku pun sayang kau juga." - Elyas Tharwan Lagi Dewi menjauh, lagi Elyas kejar sehingga gadis itu buntu. Apa yang lelaki itu mahu darinya? Amaran cinta dari Elyas itu menghantui diri Dewi setiap malam... Apa yang dia perlu buat untuk hentikan tindakan lelaki gila itu? 100% straightly from my idea No plagiarism is allowed, thank you. ©TIENQOWIY #1 in romantikkomedi - 26/7/25 #1 in humor - 17/9/25 Start: 12/3/25, 22/2/26 End:
AYDEN par theestelleryn
theestelleryn
  • WpView
    LECTURES 450,010
  • WpVote
    Votes 24,729
  • WpPart
    Chapitres 19
[COMPLETE] "Losing you was something I couldn't handle." Luthfan Ayden | Alia Humaira All Right Reserved ©theestelleryn
Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2 par GirlCrush_Yaya
GirlCrush_Yaya
  • WpView
    LECTURES 1,848,486
  • WpVote
    Votes 93,193
  • WpPart
    Chapitres 63
━ 𝐋 𝐈 𝐋 𝐘 𝐑 𝐎 𝐒 𝐄 ❝The symbol of purity and refined beauty❞ ••• Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri, Tapi, apakah nasibnya secantik namanya? ❝Ingat ni sampai mati, Warda. Kau pembunuh! Pembunuh Bella! Sampai mati pun aku takkan maafkan kau.❞ Amanah yang aku titipkan, terabai. Kepercayan yang aku tinggalkan, dikhianati. Bagaimana harus aku percaya lagi? -Nuffaiq Wildan ❝Apabila injap jantung ini sudah digantikan dengan yang baru, aku mahu berbakti di luar. Tak kisah di mana-mana. Afrika, Somalia atau Syria sekalipun. Asalkan jauh dari sini.❞ Kerana aku tidak punya sesiapa di sini. Kerana diri ini dibenci. Oleh dia. Oleh mereka. Atas kematian Bella. -Lilyrose Warda Namun, takdir Tuhan tertulis sebaliknya. ❝Doktor Nuf, ada seorang pesakit kritikal memerlukan pembedahan injap jantung segera!❞ Sesalan yang dirasa sudah tidak berguna. ❝Kalau aku tahu dia orangnya, takkan aku cemarkan tangan aku buat pembedahan tu! Biar dia rasa apa yang Bella rasa dulu.❞ Ke mana hilang sifat perikemanusiaan yang ada dalam diri Dr Nuffaiq Wildan? Apabila ianya melibatkan seorang wanita bernama Lilyrose Warda, tanggungjawab sanggup diketepikan. Dendam dan kebencian menjadi keutamaan. ❝Aku akan pastikan semua perbuatan kau pada Bella akan memakan diri kau semula. Sampai waktu tu, kau sendiri akan minta supaya nyawa kau ditarik!❞ Tak perlu tunggu waktu itu, Nuf. Sekarang pun Warda rela mati. Jantung, berhentilah berdetak! Biar aku mati! *** Kisah tragis tangan yang membenci dan jantung yang disakiti... Bisakah saling mencintai? Mampukah saling mengubati? Atau tangan akan terus membenci sampai jantung itu terhenti.. ❝..your words in my head, knife in my heart. You build me up and then I fall apart..❞ Start: 24/10/2018 Ended: 09/04/2020 WARNING: COPYCAT WILL DIE IN THE MOST TRAGIC WAY