🌼
4 historias
ARABELLA [21+] por trivixxkles
trivixxkles
  • WpView
    LECTURAS 47,621
  • WpVote
    Votos 616
  • WpPart
    Partes 106
"Dia adalah Christina Arabella-ratu di empayar kecantikannya sendiri, namun hamba kepada hutang dan percaturan ayahnya. Dipaksa mengikat janji setia dengan seorang lelaki yang lebih kotor daripada debu, Bella memilih untuk melarikan diri ke dalam kegelapan malam Manhattan. Namun, di celah neon ungu Eclipse Club, dia tersungkur di kaki seorang 'syaitan' yang jauh lebih berbahaya. Lucian Verya. Lelaki yang tidak mengenal belas, pemilik kota yang dingin, dan pemegang kunci kepada neraka yang Bella panggil sebagai pelindungan. Satu tamparan mendarat, satu nyawa dipertaruhkan, dan satu pandangan mata yang merobohkan seluruh tembok pertahanan Bella. Apabila sang ratu yang hancur bertemu dengan raja yang tidak berperasaan, adakah cinta akan menjadi penyelamat, atau sekadar racun yang mempercepatkan kematian?" ⚠️ AMARAN : Bacaan Matang (21SX) & Gangguan Emosi
Forever Isn't What We Promised por moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    LECTURAS 594,533
  • WpVote
    Votos 53,340
  • WpPart
    Partes 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
CARDIO: ASH (COMPLETE) por nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    LECTURAS 289,420
  • WpVote
    Votos 11,234
  • WpPart
    Partes 48
Muhammad Ayyash Hazmi, seorang pakar bedah jantung yang hidup sebatang kara. Kehidupannya hanya berkisarkan hospital semata-mata. Bagi mereka, Ayyash hanyalah seorang lelaki yang tak suka bergaul dengan manusia lain. Pelbagai nama panggilan yang dia dapat daripada staf bawahannya kerana kedinginan dan ketegasannya. Nur Hazirah Husna, seorang wanita yang baru saja mendapat gelaran doktor pelatih. Dia telah memilih jabatan kardiologi sebagai tempat lapangannya. Mengenali Ayyash membuatkan dia terasa ingin menjadi anak didik yang terbaik lelaki itu. Mampukah Hazirah Husna mencairkan kedinginan Ayyash Hazmi?
THE REVENGE BEGINS © por _niahara_
_niahara_
  • WpView
    LECTURAS 890,588
  • WpVote
    Votos 30,971
  • WpPart
    Partes 88
TUNKU ZAYN QAISER | DINDA ANAYLA "Kenapa aku?! Kenapa mesti aku yang kena tanggung semuanya?" "Salah kau cuma satu. Sebab kau berkongsi darah yang sama dengan dia." Dinda Anayla, kelahirannya hanya untuk dibenci. Dianggap pembawa malang, dipersalahkan atas kematian ibu kandungnya dan akhirnya kehilangan satu-satunya tempat untuk dia berlindung. Hidupnya tidak lebih dari bayang-bayang yang tidak pernah diingini sesiapa. Malam itu, dia dijual oleh darah daging sendiri. Terhumban ke kancah kegelapan, di sebuah kelab malam yang sepatutnya menjadi noktah segalanya. Namun, di saat dia hampir tenggelam, seseorang menariknya keluar. Dia diselamatkan. Itulah yang dia sangka. Namun, hakikatnya penyelamat yang dianggap malaikat itu adalah pemilik neraka yang lebih gelap. Di sebuah pulau terpencil, dia dikurung, diseksa dan dijadikan boneka dalam permainan dendam yang dia sendiri tidak mengerti. "Sejak kau bawa aku ke sini, hanya jasad aku je yang bernyawa." "Dan kau tak boleh mati, selagi aku tak izinkan." Bagaimana dia harus bertahan bila setiap jalan keluar telah tertutup? Bila hatinya mula goyah dengan musuh yang sepatutnya dia benci? Adakah dia mangsa... atau sekadar bidak dalam permainan ini? ⚠️ TRIGGER WARNING & MATURE CONTENT ⚠️ Cerita ini mengandungi unsur emosi berat, keganasan serta adegan yang mungkin mengganggu sesetengah pembaca. Tidak sesuai untuk pembaca di bawah umur atau mereka yang mudah terpengaruh dengan kandungan sebegini. 📌 Baca atas risiko sendiri! 📌 Jika tidak selesa, sila skip atau berhenti membaca. 📌 Author tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan emosi yang mungkin timbul. You've been warned! 🚨