melloneyxvii
- Reads 2,203
- Votes 237
- Parts 1
Caden Asytar dilahirkan tanpa cinta dan kasih-sayang. Sejak dari kecil, hidupnya penuh dengan kebencian kedua ibu-bapanya. Perkahwinan yang disatukan tanpa cinta kerana martabat dua keluarga itu membuatkan dia tersepit di tengah-tengah. Yang menjadi mangsanya, dia. Yang menerima tempiasnya juga adalah dirinya.
Akhirnya, satu pertemuan dengan sebuah keluarga memberikan sinar dalam hidupnya. Dia memilih untuk disatukan dengan anak seorang peniaga restoran. Keluarga yang cukup bersederhana. Tapi kaya dengan kasih sayang. Dia berasa dikasihi dengan sepenuhnya oleh keluarga itu. Walaupun bukan keluarga kandung. Walaupun hanya menumpang. Dia ingin selamanya begitu.
Namun walaupun dia sudah memperolehi kesemuanya, dirasakan seperti ada yang kurang. Seperti segala kebahagian yang diperolehnya tercicir sesuatu yang amat penting.
Mampukah Caden Asytar mencari serpihan kaca yang hilang itu?? Mampukah dia mencari kebahagian yang sebenar-benarnya?? Adakah tuhan masih sayangkan dia untuk memberi dia bahagia?? Mungkin.. wanita yang bernama Farhah Humayra sahaja yang mampu menjawab segala persoalan tersebut.
"Teach me what is love. Only you can teach me. Slowly draw it on a white piece of paper. So only then I can see". ~Caden Asytar~