Malays masterpiece
61 stories
Puspitaku Seroja by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 75,008
  • WpVote
    Votes 9,584
  • WpPart
    Parts 41
"Dengan restu sekian alam, aku terima kau menjadi isteriku, wahai Seroja." Mimpi itu terasa terlalu nyata untuk dipanggil mimpi. Seakan aku berdiri di hadapan seseorang yang melafazkan akad itu kepadaku. Namun, mimpi tetaplah mimpi. Siapalah yang sudi memperisterikan wanita seperti aku? Gadis berkulit gelap yang sering menjadi bahan sindiran di Kampung Cendana. Sejak pemergian ayahku, Pak Pekin, hidupku mula dihantui perkara-perkara yang sukar dijelaskan. Hampir setiap malam, seekor harimau muncul dalam lenaku. Anehnya, ia tidak pernah mengaum atau menerkam. Bahkan hanya berdiri di balik kegelapan, memandangku dengan renungan yang sarat makna yang tidak mampu aku tafsirkan. Esoknya aku menemui seorang jejaka yang terdampar di tebing sungai selepas hujan lebat melanda. Aku percaya perahunya karam dibawa arus deras malam sebelumnya. Atas rasa belas, aku membawanya pulang untuk dirawat. Tubuh lelaki itu dipenuhi parut-parut lama. Wajahnya tampan, tetapi matanya menyimpan seribu rahsia. Entah siapa dirinya, dan entah apa tujuan sebenar dia datang ke Kampung Cendana. "Apa yang kau cari di Kampung Cendana ini sebenarnya?" - Seroja "Isteriku. Aku datang untuk membawa dia pulang." - Jejaka Misteri Aku tidak tahu sama ada dia berkata benar atau sebaliknya. Namun jika benar dia sudah beristeri, wanita itu pasti sangat bertuah. Walaupun menjadi pujaan hampir setiap anak dara di Kampung Cendana, lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan. Dia menjaga pandangannya sebaik mungkin dan tidak pernah melayan perhatian yang diberikan kepadanya. "Kau tak rasa pelikkah dengan jejaka dari kampung seberang itu? Dengan anak dara lain dia tak pernah memandang, tetapi dengan Seroja, tak pernah pula matanya lari." - Nasir "Kenapa kau kena peduli. Cemburukah?" -Sulong Siapakah sebenarnya jejaka misteri itu? Dan mengapa setiap kali dia memandangku, aku merasakan seolah-olah kami pernah saling mengenali... jauh sebelum aku dilahirkan ke dunia ini?
THE ROYAL BRIDE [EBOOK] by th3magician
th3magician
  • WpView
    Reads 2,227
  • WpVote
    Votes 189
  • WpPart
    Parts 10
SPIN OFF THE RUNAWAY BRIDE
M A H A Q A N Y : The Princess's Paramour by itsnazshabs
itsnazshabs
  • WpView
    Reads 1,142
  • WpVote
    Votes 62
  • WpPart
    Parts 4
2025 Coming not so soon. Akhtar Mahardhika & Ilqany Sodalya
HIS HEART KILLER [ C ] ��⚠️🔞 - 3 by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 46,088
  • WpVote
    Votes 5,360
  • WpPart
    Parts 45
[SPIN OFF HIS YEARNING SIDE] ‼️ Friendly reminder: Some parts of this story touch on mature topics. Feel free to read only if you're comfortable. - Segalanya yang ada dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata. Sama ada dari segi tempat, syarikat, kekayaan, nama dan sebagainya. Jangan triggered kalau baca dan perasan ada yang tak logik. Sebab ini adalah rekaan dan imaginasi yang terlalu dahsyat. Peace no war✌️ Update : 8.30 malam START : 30 MARCH 2026 END : 24 AUGUST 2026 [Story ke-22]
QUEEN D'AMORE : Part 1 [TERBIT] by melloneyxvii
melloneyxvii
  • WpView
    Reads 116,023
  • WpVote
    Votes 5,320
  • WpPart
    Parts 19
Ini kisah tentang seorang gadis yang membaca sebuah buku berkulit lusuh dan aneh. Haura Elmeera. Malangnya, dia telah ditendang masuk ke dalam dunia yang tidak ubah seperti hikayat dongeng yang dibacanya itu dan menjadi Thana, watak utama yang bakal mati di tangan cintanya sendiri. Iaitu, seorang putera bermata biru yang tidak berhati, Elverne Danyiel. Ini juga... kisah tentang Edan dan Eva miliknya. Seorang putera yang mulhid dan seorang gadis yang dididik untuk membuang dunia demi syahid. "Lupakan Tuhan kau." ~ Elverne Danyiel de Elgar a.k.a Edan "Dengan nama Tuhan saya, sekali lagi saya tegaskan. Saya tidak mahu." ~Haura Elmeera a.k.a Thana Persepsi Edan tentang ketuhanan telah lama musnah. Diibaratkan seperti pohon yang akarnya lemah dan sakit, mampukah sebuah pohon yang tenat ini dipulihkan oleh seekor peri yang dianggapnya mampu meniupkan kembali sebuah nafas kehidupan? Atau mungkinkah keterpaksaan terlebih dahulu merenggut si gadis daripada apa yang ingin dipertahankannya?
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 380,006
  • WpVote
    Votes 22,189
  • WpPart
    Parts 48
📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?
HIS YEARNING SIDE [ C ] ⚠️🔞 - 2 by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 609,157
  • WpVote
    Votes 44,413
  • WpPart
    Parts 69
[ SPINOFF HIS MISSING PART ] ‼️ Friendly reminder: Some parts of this story touch on mature topics. Feel free to read only if you're comfortable. - Segalanya yang ada dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata. Sama ada dari segi tempat, syarikat, kekayaan, nama dan sebagainya. Jangan triggered kalau baca dan perasan ada yang tak logik. Sebab ini adalah rekaan dan imaginasi yang terlalu dahsyat. Peace no war✌️ Update : 8.30 malam - "Kalau kau baik sangat, kau tak akan rampas kebahagiaan aku! Aku tak nak jadi isteri pada lelaki macam kau!" Suara tengkingan yang cukup nyaring dapat didengar oleh Qamar. Bibirnya langsung menjungkit senyum sinis. Tangan halus itu terus dicengkam kuat dan tubuh itu ditolak ke dinding. "Tapi kau adalah cagaran atas ketamakkan ayah kau sendiri. Jadi bersedia untuk terima semua yang akan jadi lepas ni. Milik aku tak akan aku lepaskan dengan mudah." Suara gemersik itu diluah dengan sinisnya. Qamar tatap mata biru itu dalam-dalam. Istimewanya wanita itu cukup lain pada dirinya. Sekali dia memilih wanita itu sebagai miliknya, selamanya dia tidak akan lepaskan. Start : 9 November 2025 End : 18 March 2026 [ Story ke 21]
REVIRA : The Seductive Villain by eryvee
eryvee
  • WpView
    Reads 1,657,463
  • WpVote
    Votes 40,633
  • WpPart
    Parts 68
UNTUK PEMBACA MATANG (19+) *** Tiara - Seorang gadis kampung mempunyai rupa paras yang cantik. Bukan hanya itu. She's stunning, seductive and also -irresistible. Misinya : Goda bakal abang iparnya. Bakal tunang kakaknya, Tirah. Tapi itu tak mudah bila mana Han bukan seorang lelaki yang mudah masuk dalam jeratnya. Jadi adakah dia akan goyah? I bet you will not like this villain. Don't read it. - - - © 2025 EryVee. All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means without the prior written permission of the copyright owner. Completed : 3 October 2025
PUTERI SARAHANA SAYANG (HOLD) by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 418,949
  • WpVote
    Votes 32,089
  • WpPart
    Parts 38
# 1st Kingdom Chronicles | 𝕴𝖓𝖉𝖊𝖗𝖆𝖑𝖔𝖐𝖆 -﷽- Aku memang seorang puteri. Nama diberi Puteri Sarahana Sayang Binti Putera Riayatun Shah. Aku puteri yang dambakan sebuah kesederhanaan. Aya kata aku unik. Aku nak jadi cinderella. Tapi aku tak ada ibu dan kakak tiri untuk melengkapkan cerita. Aku nak jadi Snow white. Tapi aku tiada ibu tiri yang perangai macam penyihir. Aku nak jadi macam... Eh kau. Bersyukurlah Puteri Sarahana oii! Ada umi yang baik hati walaupun suka membebel. Ada baba yang sporting walaupun tegas. Dan ada abang-abang dan adik-adik lelaki yang ramai walaupun hampeh. Di luar istana, nama aku Sarahana. Orangnya baik. Lemah lembut? Sopan santun? Boleh tahanlah. Tapi dalam istana, aku adalah seorang Puteri. Yang suka memberontak. Degil. Langgar peraturan. Langgar curfew. Well that's normal. Semua penghuni istana dah masak dah dengan perangai aku. Dan dengan penuh rasa terpaksa, aku kena praktikal di Istana Besar. Tak menarik pun kisah istana ni. Bagi akulah. "Maaf tapi awak seorang sahaja yang kena tarik masuk bahagian protokol pemakaian diraja." Serius lah? Ah sudah. Pandai betul praktikal ni bergurau dengan aku. "Beta tak mahu panggil awak babygirl. Bukan tesoro. Bukan juga honey. But i shall call you my espresso." Tak sweet betul Putera Mahkota ni. Apa barang panggil aku espresso? "Tapi kenapa espresso Tuanku?" "Espresso is my favorite. And so are you." Apakah? Aku tak tahu sama ada aku patut... A) Jatuh cinta? B) Berdiri macam patung? Atau... C) Gelak terguling? Putera Mahkota saja nak berlawak dengan aku agaknya. "I've fallen for you." Tapi Putera Mahkota itu jatuh cinta dengan aku yang 'di luar istana'. Dia belum tahu lagi macam mana perangai aku di dalam istana. Kalau dia tahu, dia tetap akan suka aku ke. "Raja tak lengkap tanpa permaisuri. Oleh sebab itu bonda dan ayahanda beta datang merisik Tuan Puteri Sarahana Sayang. Untuk menjadi isteri beta." Start: 3 May 2020 End:--
Cinta Dua Dunia (BAKAL TERBIT) by sarahdianamarcella
sarahdianamarcella
  • WpView
    Reads 305,321
  • WpVote
    Votes 5,213
  • WpPart
    Parts 18
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbagai dugaan menimpa dirinya. Dia terpaksa menyembunyikan identitinya yang datang dari masa hadapan. Pertemuan dengan sang Putera pewaris kerajaan Langkasuka lebih menyukarkan dirinya untuk pulang. Sudah banyak cara dia mengelakkan diri dari si Putera itu. Kerana Putera si dingin dan dominan, sudah pun menanda dirinya untuk menjadi si Permaisuri hatinya. Apa akan jadi jika si Putera itu mengetahui gadis itu sebenarnya salah satu dari ramalan yang ditulis? Bagaimana dia mahu mengubah ramalan itu? Bagaimana dia mahu menerima si gadis itu bukan dari asalnya? Adakah pada akhirnya mereka akan bersatu? Fantasy- yes Love- yes Cliche- no Harsh word may include Medical term may include Start- 15 Okt 2023 End- 1 Ogos 2025 23/8/2026 Buku ini bertukar status ke BAKAL TERBIT. Hanya ada 16 bab sahaja tersedia. ❤️ Jalan cerita dalam novel fizikal kelak juga ditambah dengan lebih mendalam, lebih kompleks dan lebih tersusun. Bahasa juga akan dibaiki sebaiknya. Stay tuned guys.