🖤 FANTASY 🖤
2 stories
WADI-WADYA by AqilaMustaqim
AqilaMustaqim
  • WpView
    Reads 830
  • WpVote
    Votes 70
  • WpPart
    Parts 19
Negaranya menghadapi perang saudara sejak dia dilahirkan. Kini negara itu diperintah oleh seorang diktator yang mendapat sokongan negara penyangak dunia. Pemerintah De Facto tersebut tidak pernah diiktiraf oleh pemberontak yang menguasai sebahagian daripada wilayah negara itu. Pemerintah menguasai kawasan bandaraya yang menjana hasil daripada perjudian menerusi operasi beberapa buah kasino dan kelab malam. Wang mana-mana diktator lain dalam bank-bank di negara itu tidak diganggu kerajaan asalkan membayar cukai. Pemberontak menguasai kawasan pergunungan dan lembah di sekelilingnya. Punca rezeki penduduknya, penanaman delima, susu kambing dan pelancongan khusus untuk peminat-peminat ski gunung. Di sanalah juga terbentang luas Dağdaki Göl yang airnya menjadi nadi penyambung nyawa penduduk negara itu. Dan di dalam perut bumi di lembah itu tertanam rahsia yang boleh merubah peta dunia bagi siapa yang mengusainya. Kerana itulah diktator itu mahu berdamai. Lalu mereka mengadakan gencatan senjata. Tetapi bagi Ketua pemberontak mereka tetap menuntut kerajaan kembali kepada sistem demokrasi. Wadi terseret ke dalam kancah peperangan saudara ini sejak masih bayi. Tetapi kali ini dia diberi tugas aneh mencari seorang gadis, cucu kepada datuk angkat/gurunya, Tok Andika yang memeliharanya sejak kematian kedua ibu bapanya. Nur Wadya Zaxa Mudah sahaja dia menemui gadis itu. Tetapi yang tidak mudah ialah - Bagaimana menangani penemuan berikutnya? Tidak disangka! Masa depan negaranya terletak di tangan gadis itu. Cerita ini hanya rekaan penulis. Jika ada persamaan dengan mana-mana individu atau entiti, itu hanya kebetulan. Dilarang plagiat!
SWITCH [SLOW UPDATE] by jijahorkid
jijahorkid
  • WpView
    Reads 3,993
  • WpVote
    Votes 840
  • WpPart
    Parts 16
'' Beautiful cover by @ainnyahh_" SWITCH Nur Rabiatul- Seorang gadis kampung yang hidup dalam serba kekurangan. Dia bakal mengambil SPM tidak lama lagi. Namun, kerana kemiskinan yang melanda, dia terpaksa bekerja sambilan di sebuah kafe di bandar untuk membayar yuran SPM. Siti Adawiyah- Seorang gadis bandar yang hidup dalam kemewahan. Walau bagaimanapun, hidupnya suram kerana kekurangan kasih sayang daripada keluarga. Pertemuan antara mereka mengubah segala-galanya. Kerana termakan pil ciptaan manusia, roh mereka berdua tertukar. Apa yang lebih merumitkan keadaan, punca roh mereka bertukar jasad adalah angkara Iqbal, bapa saudara Adawiyah. Kerana ingin melarikan diri daripada pihak musuh, dia terpaksa menyembunyikan segala hasil penyelidikannya. Adakah pihak musuh akan mengetahui hal yang sebenar? Bagaimana pula Rabiatul dan Adawiyah hendak menyesuaikan diri untuk menjalani kehidupan mereka seperti sebelum ini? Mampukah mereka? 'Aku tengah mimpi ke sekarang ni?' - Rabiatul 'Ni semua pak su punya pasal! Tak pasal-pasal kami kena hadap benda ni'- Adawiyah 'Baik kau mengaku, siapa kau yang sebenarnya?'- Aniq Mikail 'Aku perlukan penjelasan dari kau Rabiatul'- Farhan 'Kau dan Aku saling melengkapi' fantasy + teenfiction + dakwah + romance 🌹author berbesar hati untuk berbalas komen dgn readers dan jika ada sebarang ayat yg perlu dibetulkan, just komen or pm me.. Thank you...😍🤧