Kami telah memperbarui Pedoman Konten kami.
Tinjau pedoman terbaru untuk terus berbagi cerita dengan aman.
144 cerita
FAHIM:ATTRACTIVE HUSBAND (IN EDITING) oleh yanasamm_
yanasamm_
  • WpView
    Membaca 188,748
  • WpVote
    Vote 1,419
  • WpPart
    Bab 6
1ST STORY [TENGKU MOHD FAHIM X LIYANNA AMAIRA] Bagi Liyanna, menyelamatkan nyawa adalah satu tanggungjawab yang tidak pernah boleh dipandang ringan.Namun disaat dia paling diperlukan disisi pesakit, ayahnya yang lumpuh juga memerlukan dirinya. Dia tahu dia tidak sepatutnya pergi. Tetapi sebagai seorang doktor, dia tetap perlu menjalankan tugas. Dengan berat hati, dia meninggalkan ayahnya dan pergi ke sebuah kem tentera untuk menjalani tugasan selama tiga bulan. Di situlah dia bertemu dengan Leftenan Tengku Mohd Fahim. Fahim bukanlah lelaki yang mudah untuk didekati.Garang,beku,tegas dan mempunyai ego yang tinggi apatah lagi jejaka itu ialah kawan rapat abangnya sendiri. Setiap hari pasti ada saja pertengkaran yang berlaku akibat mereka berdua sehingga menyebabkan orang sekeliling mereka penat mendengar. "Saya doktor. Tugas saya menyelamatkan pesakit, bukan ikut arahan awak semata-mata" -Liyanna Amaira "Dan aku tentera. Tugas aku pastikan orang bawah jagaan aku tak mati sebab buat keputusan terburu-buru macam kau" -Tengku Mohd Fahim Namun siapa sangka, akibat pergaduhan mereka ianya mampu membuat hubungan mereka semakin rapat. "Marry me, and I will prove that not all military men like to cheat" -Tengku Mohd Fahim Sangkakan selepas berkahwin mereka akan hidup bahagia, namun satu persatu badai datang menimpa mereka sehingga Liyanna tidak lagi sanggup bertahan. "Ceraikan Liya, Liya taknak hidup bermadu" -Liyanna Amaira "Bagi abang masa dan abang akan buktikan yang abang tak bersalah" -Tengku Mohd Fahim Bagi Fahim, sesebuah rumah tangga itu bukan hanya tentang dua hati yang saling mencintai, tetapi bagaimana mereka memilih untuk tetap bertahan dan saling mempercayai apabila badai datang menguji segala yang telah mereka bina. 2nd start-25/7/2026
When We Love Again oleh lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Membaca 300,183
  • WpVote
    Vote 26,517
  • WpPart
    Bab 56
[3rd romance] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
ZAHRIN'S : HIS STOLEN HEART [OG] oleh hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    Membaca 56,384
  • WpVote
    Vote 4,062
  • WpPart
    Bab 43
ZAHRIN HAIDER - Assistant CEO muda yang terlalu tegas untuk seusianya.Lelaki yang jarang tersenyum, jarang berlembut, dan tak pernah mencampuradukkan kerja dengan perasaan. Bagi Zahrin, dunia korporat adalah medan perang. Dan dia tak pernah kalah. Sehinggalah seorang gadis bernama ZYLEE MELIDA melangkah masuk ke syarikat itu. Sejak hari pertama dia sendiri mengendalikan kemasukan para intern, Zahrin sedar sesuatu tentang gadis itu cara dia menegakkan bahu, cara dia membalas renungan tanpa tunduk. Berani. Degil. Dan terlalu jujur pada mata. "Kalau hari hari saya kena hadap muka encik,macam mana kerja saya nak siap? Encik tak ada kerja lain ke?" - ZYLEE MELIDA "Gaji kau,aku yang bayar.ikut cakap aku." - ZAHRIN HAIDER Buat pertama kali, dia bukan sekadar mahu mencuri hati seseorang.Dia mahu melindunginya. Namun masa lalu Zylee bukan bayang yang mudah hilang. Dan bila semuanya mula menghimpit, Zahrin terpaksa memilih untuk kekal sebagai lelaki dingin yang tak pernah kalah...atau menjadi lelaki yang sanggup berperang demi satu hati yang telah lama dicuri dan dipatahkan. - HEART SERIES 2026 - ZAHRIN HAIDER [ SECOND LEAD ELG SERIES ]
𝐂 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 oleh missrayvleen
missrayvleen
  • WpView
    Membaca 103,929
  • WpVote
    Vote 3,892
  • WpPart
    Bab 66
{Editing process} ⚠️ ᴍᴀᴛᴜʀᴇ ᴄᴏɴᴛᴇɴᴛ ᴡᴀʀɴɪɴɢ ᴛʜɪꜱ ꜱᴛᴏʀʏ ɪꜱ ɪɴᴛᴇɴᴅᴇᴅ ꜰᴏʀ ᴍᴀᴛᴜʀᴇ ʀᴇᴀᴅᴇʀꜱ ᴀɴᴅ ᴍᴀʏ ᴄᴏɴᴛᴀɪɴ ꜱᴇɴꜱɪᴛɪᴠᴇ ꜱᴄᴇɴᴇꜱ ᴏʀ ᴅɪᴀʟᴏɢᴜᴇ. 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝓔𝓿𝓮𝓷𝓭𝓮𝓻'𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 ° ━━━━━━ ◦ ✤ ◦ ━━━━━━ ° Tatkala kuasa sudah mengusai diri sesorang itu, apakah yang akan terjadi pada dirinya? Ya. Tamak! Perasaan tamak pasti akan menguasai diri. Evender Delrico. Sebaris nama itu tidak asing di bumi Itali. Harta, kuasa, pangkat, semua berada di dalam genggamannya. Apa sahaja yang dimahukan, pasti akan muncul di hadapan mata. Keira Elaine. Gadis 18 tahun yang terperangkap di dalam genggaman wanita iblis kini terjerumus masuk ke dalam neraka Evender Delrico. Dibeli dengan harga yang tinggi bukankah sepadan dengan layanan istimewa yang harus diberikan? Oh dunia! Engkau begitu kejam terhadap gadis polos itu. Cinta. Memang benar cinta itu buta. Tetapi adakah perasaan cinta akan hadir di dalam hati seorang yang berhati beku seperti Evender Delrico? Mencintai seseorang bukanlah sesuatu yang mudah baginya. Namun, cinta itu dapat melemahkan sang raja yang berkuasa. Cinta dapat meruntuhkan istana gah bersama singgahsananya. Jadi, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk mereka berdua. • Dark romance story • Full scene in Italy (+ Russia) • Start: 1 May 2023 • End: 30 December 2025 ⚠️ BACAAN MATANG 18+ ⚠️🔞
Takdir terakhir kita [C]  oleh luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Membaca 1,312,240
  • WpVote
    Vote 2,918
  • WpPart
    Bab 3
Qaireen Medina lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden Mikhail secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halamannya. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi tempat yang membuatkan dia rasa selamat dan selesa untuk bercerita. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025
HIS YEARNING SIDE [ C ] ⚠️🔞 - 2 oleh moonjni
moonjni
  • WpView
    Membaca 583,685
  • WpVote
    Vote 43,941
  • WpPart
    Bab 69
[ SPINOFF HIS MISSING PART ] ‼️ Friendly reminder: Some parts of this story touch on mature topics. Feel free to read only if you're comfortable. - Segalanya yang ada dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata. Sama ada dari segi tempat, syarikat, kekayaan, nama dan sebagainya. Jangan triggered kalau baca dan perasan ada yang tak logik. Sebab ini adalah rekaan dan imaginasi yang terlalu dahsyat. Peace no war✌️ Update : 8.30 malam - "Kalau kau baik sangat, kau tak akan rampas kebahagiaan aku! Aku tak nak jadi isteri pada lelaki macam kau!" Suara tengkingan yang cukup nyaring dapat didengar oleh Qamar. Bibirnya langsung menjungkit senyum sinis. Tangan halus itu terus dicengkam kuat dan tubuh itu ditolak ke dinding. "Tapi kau adalah cagaran atas ketamakkan ayah kau sendiri. Jadi bersedia untuk terima semua yang akan jadi lepas ni. Milik aku tak akan aku lepaskan dengan mudah." Suara gemersik itu diluah dengan sinisnya. Qamar tatap mata biru itu dalam-dalam. Istimewanya wanita itu cukup lain pada dirinya. Sekali dia memilih wanita itu sebagai miliknya, selamanya dia tidak akan lepaskan. Start : 9 November 2025 End : 18 March 2026 [ Story ke 21]
KISAH SEMPURNA | C O M P L E T E oleh nurluvie
nurluvie
  • WpView
    Membaca 103,056
  • WpVote
    Vote 3,920
  • WpPart
    Bab 50
Seorang lelaki duda bernama Tharez Emil. Dia dingin, sangat pentingkan kerja, tetapi bila sebut sahaja nama anak gadisnya, Tiara Ayyisa bagaikan dunia dia mampu dia berikan kepada anak gadinya itu. Pertemuan dengan gadis lemah lembut Safra Inaya sangat tak dijangka. Safra memohon pekerja sebagai pengasuh Tiara. Awalnya, Tharez ragu-ragu kerana umur Safra yang masih muda. Namun, hanya dia sahaja calon yang terbaik. "Aku bagi kau masa tiga bulan untuk buktikan yang kau mampu jaga anak aku."- Tharez Emil. "Saya tak akan sia-siakan kesempatan yang Tuan beri."- Safra. Hubungan Tiara dan Safra semakin rapat sehinggalah Tiara memanggil Safra "mama". Safra tergamam manakala Tharez pula mengangkat kening. "Saya tak setuju untuk kahwin dengan Encik."-Safra Inaya. "Kau pilih. Kau hidup di bawah jagaan aku atau kau mati bila kau keluar dari rumah ni."-Tharez Emil.
KÏNG. oleh nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Membaca 206,599
  • WpVote
    Vote 8,593
  • WpPart
    Bab 43
Raja Adrain | Safira Aedrina. before you read please be alert: this story may contain themes or situations that are sensitive or triggering for some readers. if at any point you begin to feel uncomfortable while reading, I strongly advise you to stop for your own well-being. please be aware that the hero in this story carries red flag traits that may disturb your peace of mind or emotional balance. read with discretion. thank you for reading, X.
𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢 | C oleh missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Membaca 378,514
  • WpVote
    Vote 18,931
  • WpPart
    Bab 79
𝐐𝐚𝐬𝐡 𝐈𝐥𝐡𝐚𝐦 | 𝐅𝐚𝐭𝐞𝐞𝐧 𝐍𝐚𝐟𝐢𝐬𝐚𝐡 "Mencintaimu seperti mana aku mencintai-Nya." Bagi Fateen Nafisah, cinta itu sederhana kerana hati manusia dipegang oleh-Nya. Sejauh mana pun mencintai, takkan dapat menghalang seperti mana takdir Tuhan yang sudah tertulis. "Kalau nak cari calon suami untuk Esah, kena cari yang hebat-hebat. Handsome macam yang Esah cakap sebelum ni, sebab Esah cantik." - 𝐅𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀𝐇 Dulunya sekadar gurauan, tetapi siapa sangka gurauan itu telah menjadi kisah nyata buat seorang gadis muda bernama Fateen Nafisah. Hadirnya seorang jejaka kacak mengubah nasib hidupnya. "Kita kahwin. Benarkan abang jadi suami Esah." - 𝐐𝐀𝐒𝐇 𝐈𝐋𝐇𝐀𝐌 Qash Ilham, seorang pahlawan muda yang berjiwa keras. Gagah perkasa seperti saat orang ramai menatap matanya. Prinsip hidup lelaki itu membawa pesonanya. Bila hati mencintai, sekalipun mata tak terlepas daripada memandang figura yang menarik perhatiannya. "Between a man and a woman, it's often the woman who falls in love more easily because her heart listens before her mind speaks." - 𝐅𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀𝐇 "Behind a woman's love lies a man's silent prayer." - 𝐐𝐀𝐒𝐇 𝐈𝐋𝐇𝐀𝐌 Benih-benih cinta mulai tumbuh. Saat kasih dan sayang semakin bercambah, hubungan itu semakin erat. Rindu kepada si pemilik hati. ⚠️ No Plagiarism Allowed