The best book in my heart😎
3 stories
EBOOK : Kau Curang by syamhmd
syamhmd
  • WpView
    Reads 587,858
  • WpVote
    Votes 5,099
  • WpPart
    Parts 8
Fathia dan Hakimi adalah pasangan suami isteri yang telah berkahwin selama 2 tahun. Tapi, selama 2 tahun perkahwinan itu, mereka berdua tidak dikurniakan cahaya mata. Itu membuatkan Hakimi percaya kalau Fathia mandul. Tanpa berfikir panjang, Hakimi telah memilih jalan yang bakal menggelapkan hidup dia sendiri. Demi memenuhi keinginan untuk mempunyai anak, Hakimi sanggup berlaku curang. Namun, tanpa disedari olehnya sendiri, wanita yang dipilih untuk dijadikan isteri kedua itu adalah salah seorang insan terpenting dalam hidup Fathia. Siapa sangka saat rahsianya terbongkar, dia dan Fathia dikejutkan dengan kehadiran orang ketiga dalam keluarga mereka. Bahagia, gembira, itu yang dirasakan oleh Hakimi. Tapi bukan mudab untuk dia meraih kepercayaan Fathia kembali. Tambah pula dengan kehadiran cinta pertama Fathia membuatkan Hakimi berasa sangat tergugat. Started : 10 October 2015 Completed : 16 October 2016
Dalam Jagaan Devil [NOVEL] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 3,256,546
  • WpVote
    Votes 170,054
  • WpPart
    Parts 65
Top 1 [Amazing Romance Genre🏅] Top [ GOOD STORYLINE 🏅] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau duduk dengan syaitan, sudah semestinya dia akan membawa aku ke neraka." Kemunculan Rayden Hidayat dalam hidupnya membawa satu makna. Lelaki berdarah kacukan cina itu dilahirkan daripada keluarga kongsi gelap. Dia tidak menyangka perwatakan Rayden yang agak dingin dan serius dapat membawanya keluar daripada dunia suaminya. Setahun perkahwinan Hana dan Ziat telah didirikan. Namun ia runtuh kerana nafsu duit. Ziat sanggup menjual isterinya kepada sesiapa sahaja yang membayarnya dengan wang tunai yang banyak. Sejak kehadiran Rayden sebagai pelanggan, dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila setiap malam lelaki yang sama bakal menempah isterinya. "Saya takkan lari daripada sini. Syurga saya dibawah telapak kaki suami saya."-Hana. "Itu bukan syurga tapi neraka. Just choose one, follow me or continue to satiate the devil's appetite."-Rayden Namun kehadiran Rayden dalam hidup Hana bukanlah satu maksud yang sia-sia. Dia datang dengan hajat tiga tahun yang lalu. Dia muncul sebagai memori pahit Hana yang sudah lama dilupakan. Siapa Rayden? Bagaimana aku boleh lupa tentang orang yang paling penting dalam hidup aku? "Ikut aku balik Hana!" -Rayden Hidayat "Aku suami kau yang sah Hana. Kalau kau lebih pilih bekas suami kau yang dah murtad, kau berdosa besar. Tiada ciuman syurga bagi kau Hana. Datang pada aku sekarang!" -Ziat Mana yang harus aku pilih? Dalam jagaan siapa yang lebih selamat untuk aku menetap? "Cinta boleh buat kita ingat semuanya tapi cinta juga boleh buat kita lupa yang Maha Esa. Cinta memang kejam!"- Rayden Hidayat
Mystery Autism Person 2 : Heart Emperor [C] by eychaeyheyn_
eychaeyheyn_
  • WpView
    Reads 62,254
  • WpVote
    Votes 3,922
  • WpPart
    Parts 35
MYSTERY AUTISM PERSON 2 Bahagia cuma seketika. Ya. Itulah yang terjadi kepada Damia Nabella apabila kebahagiaannya hancur serta merta. Ibarat burung tidak bersayap, itulah keadaannya. Hidup dibawah naungan seseorang yang memaksanya mengikut telunjuk lelaki itu. Tanpa rela, namun dipaksa. "Aku tak kisah kalau kau nak lari daripada aku. Tapi kau kena ingat, aku boleh cari kau sekelip mata je." Damia Nabella sendiri tidak faham apa yang lelaki itu inginkan darinya dan kenapa dia? Padahal dia sudah mempunyai anak! "Aku tanya sekali lagi, kenapa kau lari? Dah tak sabar nak mati ke?" "Saya lebih rela mati daripada buat benda macamni." "Alright then. Death is waiting for you." Semakin lama, satu per satu mula terlerai, lelaki asing yang mengongkong hidupnya mempunyai matlamat. Dan akhirnya saat segalanya terlerai, Damia Nabella kembali mengikat saat lelaki itu mengundurkan diri. "If i am the King, no one deserves Queen unless you." "Then be the emperor of my heart." ⚠️ SILA BACA MYSTERY AUTISM PERSON DI ACCOUNT @eychaeyheyn DAHULU SUPAYA TIDAK TERBELIT OTAK YE!