Not complete
11 stories
Aku Bukan Victoria (DOML BOOK 3) by misselle_
misselle_
  • WpView
    Reads 401,063
  • WpVote
    Votes 6,989
  • WpPart
    Parts 31
Note : Atas sebab tertentu. Cerita Dream Reaper harus digantikan dengan cerita Aku Bukan Victoria. Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih! ******************** Sinopsis : Percutian idaman Tiara Carmila Rodriguez ke Monte Carlo berubah seratus lapan puluh darjah apabila pesawatnya ditawan oleh sekumpulan pembunuh upahan yang ditugaskan untuk membunuh seluruh penumpang didalam pesawat tersebut. "Tolonglah. Aku merayu pada kau. Jangan bunuh aku. Aku akan lakukan apa saja asalkan kau tak bunuh aku."- Tiara. "Kau pasti dengan permintaan kau ni? Kalau aku jadi kau, aku lebih memilih mati dari meneruskan hidup bersama kami."- General Abraham. "Aku pasti. Aku akan lakukan apa saja asalkan kau tak bunuh aku." - Tiara. Disebabkan permintaan tersebut, hidup Tiara berubah serta merta. Bagai Snow white yang diselamatkan oleh 7 orang kerdil. Dia diselamatkan oleh 7 orang pengganas yang telah menawan pesawat yang dinaikinya namun hutang nyawa harus dibayar nyawa. Dia harus berkhidmat buat ketua pengganas tersebut iaitu General Abraham. "Berapa kali aku nak beritahu kau. Nama aku Tiara! Bukan Victoria. Susah sangat ke kau nak faham?" - Tiara "Tiara? Siapa Tiara? Dia dah mati. Mulai ini nama kau adalah Victoria."- General Abraham "Di sini. Aku adalah ketua. Kau patut bersyukur sebab aku selamatkan nyawa kau. Sedar sikit kau di sini adalah sebagai hamba aku." - General Abraham. "Sedarlah Tiara! Dia tu orang yang dah jadikan kau tawanan dia. Kau dah gila ke nak jatuh cinta dengan orang yang pernah cuba membunuh kau dulu! Tak mungkin dia akan membalas perasaan kau." - Tiara "Siapa cakap pembunuh macam aku tak punya hati dan perasaan, Victoria? Orang gila pun ada perasaan." - General Abraham.
YOU'RE MINE!✔✔ by NURULanisKamarudin
NURULanisKamarudin
  • WpView
    Reads 187,609
  • WpVote
    Votes 6,103
  • WpPart
    Parts 56
Anis-seorang perempuan yang tidak percaya dengan wujudnya pembunuh terkejam..dan tidak mengambil kisah tentang hal itu.. Helisa-seorang kawan baik Anis.. percaya dengan pembunuh yang dikenali sebagai MAFIA.. dan wujudnya pembunuh itu... berbeza dengan kawan baiknya Anis.. Nizam-seorang lelaki yang kejam dan tidak mempunyai hati perut..darah sudah sebati dengan dirinya.. Ya.. dia ada lah MAFIA.. Adrian Luccas-kawan baik kepada Nizam.. sama seperti Nizam.. pembunuh yang kejam.. dirinya digelar Dangerous.. kerana.. dia adalah seorang serang hendap yang paling cekap.. Tapi.. Daripada tidak percaya.. Kepad🍃p a percaya.. Dari tidak cinta.. Kepada cinta.. Tapi mampukah mereka semua kekal bersama buat selama-lamanya? Tidak tahu bukan.. Kalau ingin tahu.. Read this story.. 😉 tak memaksa Okay.. Ikut korang lah nak baca ke tak.. 😉 🚫WARNING CERITA INI DIGUNAKAN BAHASA KASAR, AKSI YANG KASAR DAN SEDIKIT 18+ WARNING ⛔maaf atas salah tutur bahasa atau sebagainya⛔ #KauMilikku #MrKillerMrsMafia #You'remine
Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING ) by nanos5
nanos5
  • WpView
    Reads 1,044,299
  • WpVote
    Votes 39,099
  • WpPart
    Parts 46
Also known as Bidadari Mr Mafia Tengku Qaiser Mikael Sebaris nama tu buatkan aku gila. Gila dengan cara nya, gila dengan sikapnya yang berubah ubah. Sekejap romantik sekejap beku sekejap garang tapi tak bermaksud semuanya negatif. Ada juga positif tentang nya lagi lagi matanya yang berwarna biru pekat serta wajah kacaknya dan digabung dengan rambut berwarna perangnya. Aura dia.. Kalau dikira kembali, memang dia lebih kacak daripada Tengku Darmian tapi iya lah, kalau kacak tapi dikata tiada pernah berteman wanita mesti lah tidak normal bukan? ** "Awak gay?" - Nur Qaira Sofea "Aku masih bernafsu kepada kaum hawa, Qaira. Kalau kau nak tengok, sekarang juga aku boleh cium kau." - Tengku Qaiser Mikael "Entah entah awak tipu je kan? Sengaja nak tutup yang awak gay." "I'm not a gayboy, Mrs Qaiser. Aku tak suka bergaul dengan perempuan sebab kebanyakkannya hanya mahukan aku sebab rupa paras dengan kekayaan. Cuba kalau aku tak hensem macam ni, mereka tak nak kan? Kalau kau? Kau nak?" "Sejak bila pula awak hensem? Saya tak nampak pun dan ya, saya tak berminat dengan lelaki bermata biru macam awak." " Kau fikir aku tak rasa degup jantung kau bila kita rapat macam ni? Nice beat, dear. Fast and yet, still saying that you're not interested on me." Argh! Lelaki ini memang suka buat aku jadi gila tapi gila gila juga lama lama jadi cinta! Oh come on, siapa sahaja yang tak jatuh cinta dengan sikap lelaki ini? Mencabar kesabaran tapi dalam masa yang sama jenis romantik. Cintakah aku padanya? "Kenapa you masih pertahankan dia, Qaira? Apa yang ada pada dia dan pada I tiada? If disebabkan I kaki perempuan, you tolak I.. I think you should know yang Qaiser ni sama setan macam I. Cuba you tanya dia, dah berapa ramai perempuan yang dia tebuk?" - Tengku Aisar Darmian Masihkah ada sinar? Atau Sampai disini sahaja perjalanan mereka? "Abang betul betul cintakan sayang. Abang tak akan buat semua tu."
Suamiku Pak Arab by cikbola_
cikbola_
  • WpView
    Reads 103,922
  • WpVote
    Votes 1,047
  • WpPart
    Parts 3
"Setiap lelaki inginkan wanita yang bertutup litup supaya aurat mereka tidak dilihat lelaki lain selain suami mereka yang sah. " ~ Ahmad said al-khudri. "Jika inginkan yang sempurna aku bukan la yang sempurna tapi aku masih boleh membezakan perkara yang dilarang dan dilaknat oleh Allah." ~khaira atrisya. ❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌❌ Okay sikit je sis bagi teaser. Hope suka dengan story ni. Maaf kalau ada salah dan silap atau tak berminat dengan jalan cerita ini. Sis terima setiap teguran reader. Enjoy your reading!
Mr. Mafia & Mrs. Psychiatric by Liylyrse
Liylyrse
  • WpView
    Reads 195,227
  • WpVote
    Votes 3,908
  • WpPart
    Parts 13
[ U N P U B L I S H F O R E D I T E D ] [ O N - G O I N G ] [ S L O W U P D A T E ! ] Darren Vincenzo, hanya kerana butakan cinta dirinya sanggup melakukan perbuatan terkutuk kepada wanita yang dicintanya. Walaupun terpaksa membunuh, Darren Vincenzo sanggup untuk mengotorkan tangan demi mendapatkan hak miliknya. Tiada siapa yang boleh menghalang dirinya, sehinggalah wanita itu jatuh ke tangannya. "Persetankanlah semuanya ! Yang aku tahu, aku nak dia balik dengan cara apa sekalipun ! Siapa yang halang aku, memang mampus aku kerjakan ! Aku tak kisahkan semua itu. Aku cuma nakkan dia" - DARREN VINCENZO "Gila, awak sedar tak apa yang awak buat sekarang ni ? Awak merosakkan rumah tangga saya, Darren !" - HANA AUDRIA Kegilaan Darren mengacau bilaukan rumah tangga Hana Audria berakhir tragis apabila kesalahan yang dilakukan nya berat dan atas sebab tertentu dirinya terpaksa merempat di penjara gila buatan nya sendiri. Siapa saja yang dapat terima kenyataan dia sememangnya sudah kurang siuman ? Orang gila pun tidak mengaku dirinya gila. "Saya Annastasia Denver, doktor pakar psychiatric yang akan merawat awak sepanjang saya bekerja di sini. Saya akan bertanggungjawab atas kesembuhan awak, Darren. Saya cuma nak awak sembuh dan bebas dari sini." - ANNASTASIA DENVER Kehadiran Annastasia sedikit sebanyak mengubah kehidupannya. Sebengis bengis dirinya, kehadiran Annastasia serba sedikit membina taman di hatinya. Namun entah mengapa, disebalik kebaikan yang diberi ada rahsia yang terbuka mengundang dendam dalam diri Darren kepada Annastasia. Rahsia 17 tahun yang lalu mengubah persepsi Darren terhadap Annastasia. Dendam yang terkubur akibat kematian ibu dan adik perempuannya kembali bangkit semula. Apakah kesudahannya ? Dimanakah taman yang baru dibina di hatinya kini ? Sudah musnah atau masih dibina ? "if the hurt comes, so will the happiness" - be patient
Ustaz, Tunggu Saya! by aeinsohko
aeinsohko
  • WpView
    Reads 1,078,737
  • WpVote
    Votes 37,370
  • WpPart
    Parts 61
Aisya Rabecca - seluar slack, jeans, kemeja-T , mini skirt dan semua jenis pakaian tak cukup kain. Itu semua sudah biasa baginya yang tinggal dibandar metropolitan. Clubbing dan balik rumah dalam keadaan mabuk. Itu semua rutin nya. Athief Hamidi - serban, jubah, songkok atau kopiah, kurta dan sejenis dengannya. Menjadi harapan makcik-makcik dikampungnya untuk dijadikan menantu. Sesiapa yang mendengar suaranya ketika sedang mengaji. Boleh luntur iman, tak perlu susah-susah pergi beli Varnish. Mereka berjumpa tatkala AISYA RABECCA ke kampung kawannya sekadar ingin bebaskan diri dari kesibukan bandar. Pertembungan kali pertama dengan ATHIEF HAMIDI membuatkan dia membenci lelaki itu. Akhirnya rindu dan cinta pula berputik kerana personaliti ATHIEF HAMIDI. "Ustaz, merdunya suara ustaz." - AISYA RABECCA. "Terima kasih. Semua itu anugerah dari Allah" - ATHIEF HAMIDI. "Ustaz, tunggu saya...." - AISYA RABECCA. Ingin mengetahui lebih lanjut?. Tambah saja novel ini ke reading list atau library kalian. #1 ranking in lovebird. #1 ranking in Islamiclove #3 ranking in romantic
SUPER MAMA  by nrlfarahinn
nrlfarahinn
  • WpView
    Reads 2,220,507
  • WpVote
    Votes 119,206
  • WpPart
    Parts 76
Seawal usia 20-an , aku terpaksa bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak encik duda demi tiga ribu sebulan . Pada pandangan orang kaya , tiga ribu tu apalah sangat . Tapi pada aku ..tiga ribu tu besar ya bapak bapak ibu ibu! Anak dia bukan satu , bukan dua tetapi tiga ! Perangai anak-anak encik duda, Isyraf Ayriel ternyata sukar dijangka. Seorang sepesies dingin macam baru keluar dari peti ais, seorang lagi kadang baik kadang hmm malaslah nak cakap. Dan seorang lagi nakal tapi tak nakal. Ah entahlah! " " Nanny, keciknya kereta ni! Tak macam kereta papa pun, kereta papa besar. Kereta papa gajah masuk pun boleh muat. Kereta kecik ni? Hmm, semut masuk belum tentu lepas. " " Kotex tu apa, Kak Liya? " " Atakk uka urokk ( kakak muka buruk ) ! " Bila dah jaga anak duda ni , lama-lama datanglah penyakit miang aku . Aku bukan miang dengan sesiapa pun . Miang dengan crush aku je , bapak budak tiga orang tu . Caturan Ilahi sangat indah. Siapa sangka status aku yang pada awalnya pengasuh kepada anak-anaknya, kini diangkat darjatnya menjadi isteri kepada Isyraf Ayriel. Ah bahagianya! Sayangnya bahagia aku cuma sekejap apabila munculnya sang antagonis tanpa diundang cuba meruntuhkan tiang arasy yang kami bina. Jika orang lain aku masih boleh terima, tetapi mengapa mesti Bella Eryana, bekas isteri Ayriel? Ayriel yang sekarang bukan lagi yang dulu. Yang sayangkan aku, yang cintakan aku. Dia berubah. Jauh berubah sehingga sanggup percayakan orang luar berbanding aku. Aku ni siapa pada dia? Isteri atau teman sebilik semata-mata? Saat diriku rapuh tidak mampu berdiri lagi, si kecil datang menyalurkan semangat. " Kenapa Ayad nak ikut mama? Mama tak kaya macam papa. Mama tak boleh beri mainan yang banyak macam papa. Mama tak ada duit, sayang. " " Ayad tak nak mainan. Ayad cuma nak selalu dekat dengan mama. I love you, mama.. " 90% MALAY 10% ENGLISH
Hannah Nadhirah by _Aisywa
_Aisywa
  • WpView
    Reads 157,784
  • WpVote
    Votes 8,735
  • WpPart
    Parts 68
3RD ROMANCE BY _AISYWA THE WATTY AWARDS 2019 WINNER ROMANCE ⚠️ Penulisan dalam karya ini adalah versi belum sunting (edit). Raw/draft version (pls expect grammar error, typo & etc) ⚠️ Bukan heroin. Bukan cinderella yang menanti putera idamannya. Bukan si Juliet kekasih hati si Romeo. Tapi seorang gadis yang tagih kasih sayang dari seorang lelaki. Membina perasaan cinta terhadap seorang lelaki bertahun lamanya. Tapi saat mahu meluahkan rasa, lelaki tersebut sudah memiliki gadis idamannya. "Aku cuma nak cakap yang aku sayang kau." -HANNAH NADHIRAH Apa nasibnya apabila lelaki pujaannya merangkap sahabat baiknya sendiri sudah mempunyai buah hati? HANNAH NADHIRAH bukan heroin tetapi antagonis. Jahatkah dia? Suatu hari HANNAH NADHIRAH mendapat kad jemputan kahwin yang akan diadakan di hotel terkemuka. Betapa remuknya hati kecil HANNAH NADHIRAH saat membaca nama si pengantin. "Bagi aku peluang untuk bagitahu sesuatu! Aku..." - HANNAH NADHIRAH Dendamnya disimpan. HANNAH NADHIRAH membawa diri jauh ke Australia pada hari perkahwinan lelaki pujaannya. Dia akan kembali menagih cinta. Beberapa tahun sudah berlalu, kehadirannya membuatkan satu rumahtangga kucar kacir. "Kau akan jatuh dalam perangkap aku." - HANNAH NADHIRAH Senyuman sinis mula terbit apabila segala rancangannya mula berjaya. Dia bukan heroin, dia bukan si lemah, dia ialah antagonis yang berjaya. Graphic Design by qeylalala Vote | Comment Start : 19 May 2019 End :- √ Cerita yang unik dan kurang klise √ Plagiat tidak dibenarkan, otak ada kan? √ Jalan cerita seperti naik rollercoaster © 𝐀𝐈𝐒𝐘𝐖𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐆𝐃𝐎𝐌™
My Precious Baby by cuddlyfairy
cuddlyfairy
  • WpView
    Reads 391,595
  • WpVote
    Votes 7,345
  • WpPart
    Parts 23
Tengku Farisya Daniella Damia tinggal di England bersama datuk dan neneknya sejak umurnya 14 tahun lagi. Selepas 10 tahun berlalu, Tengku Farisya pulang ke tanah air. Kepulangannya atas desakan ayahnya, Dato' Tengku Idris Shah setelah bertahun-tahun Tengku Farisya tidak pulang. Memandangkan lagi Tengku Farisya sudah tamat pengajiannya mengambil Phd dalam bidang perniagaan. Kepulangan Tengku Farisya juga bersebab. Beberapa hari Tengku Farisya berada di Malaysia, berlaku kejadian membuatkan Tengku Farisya bertemu dengan Tengku Nizam Hakimi, si buaya darat. Sejak kejadian itu, mereka berdua asyik dipertemukan dan berlaku perselisihan faham. Tidak disangka orang tua mereka berhasrat untuk menjodohkan mereka berdua. Kedua-duanya tidak mengetahui siapakah pasangan mereka. Penyatuan dua hati berlaku tanpa kerelaan masing-masing. Semuanya kerana terpaksa. Tetapi rasa sayang mulai timbul dalam hati Tengku Nizam untuk Tengku Farisya. Tetapi ada satu perkara yang dia belum tahu mengenai Tengku Farisya yang sebenar-benarnya. "Get the fuck out of my life!" - Tengku Farisya Apakah yang terjadi apabila Tengku Farisya yang merupakan seorang yang panas baran, degil dan bengis itu berurusan dengan Tengku Nizam seorang lelaki yang sombong, angkuh, pemarah tetapi romantik itu? Siapakah Tengku Farisya yang sebenarnya? Apakah yang akan berlaku kepada rumahtangga mereka? "I love you, my precious baby." - Tengku Nizam
His Baby Girl : My Gangstar by guessitsha
guessitsha
  • WpView
    Reads 291,517
  • WpVote
    Votes 17,938
  • WpPart
    Parts 52
Mikael Rayyan , masih ingat tentang dia ? Anak buah lelaki bernama Eiden Rian . Ini kisah tentang dia . Tentang Mikael Rayyan yang bengis dan baran bukan lagi Mikael Rayyan yang 'kepala gila-gila' . Dia menjadi ketua menggantikan kedudukkan Eiden Rian yang sudah 'cuci tangan' . Dia lelaki kejam lebih kejam dari mana-mana mafia yang kau kenal . Kaki bunuh , kaki seksa , itu dia . Mikael Rayyan yang baru . Mikael Rayyan yang lama sudah terkubur . Irene Sarah , gadis berumur belasan tahun yang mempunyai anak mata yang unik . Oleh kerana keunikkan dia berbeza dengan manusia biasa , jadi keistimewaan dia menjadi bahan ejekkan rakan sekolah . Tapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus hidup . Setiap petang dia akan menghabiskan masanya di cafe berdekatan sekolah . Bekerja sambilan demi mendapatkan upah untuk terus hidup . Ya , dia sebatang kara dibumi ini . Tiada ibu , tiada ayah , tiada saudara atau yang lain . Oleh sebab itu dia harus mencari duit untuk terus hidup . Perjumpaan tanpa sengaja Irene Sarah dan Mikael Rayyan di Cafe itu memulakan detik segalanya . Dia , Irene Sarah gadis yang tidak kenal apa itu erti putus asa . Cuba untuk memenangi hati jejaka dingin , Mikael Rayyan . Kata orang cinta pandang pertama tak sepatutnya dilepaskan . Dalam pada dia berusaha mencairkan sibeku Mikael Rayyan dia terpaksa berdepan dengan cacian dan herdikan lelaki itu . Makin dia dekati , makin banyak yang diterima . Akhirnya ... His Baby Girl : My Gangstar