alyaaamaisarah's Reading List
17 stories
My Husband Rayyan Adyan |C by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 354,335
  • WpVote
    Votes 12,779
  • WpPart
    Parts 47
1st story:- Kata orang, jangan dilawan cinta pertama. Bagi Rayyan Adyan cinta pertamanya tidak seindah mereka yang lain. Ketulusan dia dalam mencintai pernah dikhianati. Teman wanita sedang bermesra dengan lelaki lain di khalayak ramai tanpa memikirkan halal dan haram hubungan. Hati yang retak itu, Rayyan bawa pergi jauh ke negara luar. Kerana perbuatan cinta pertama, dia nekad untuk menggapai tahta yang tertinggi biar tiada sesiapa mampu menyakitinya lagi. Semangat untuk meraih gelaran atas apa yang diusahakan membuahkan hasil seiringi dengan hatinya yang mula tiada perasaan untuk mencintai mana- mana wanita. Kepulangan kembali ke tanah air tak indah seperti apa yang ada di minda. Dari perlanggaran dengan seorang wanita di lapangan terbang. Belum dikaitkan dengan mama yang tiba- tiba memaksa dia untuk mendirikan rumah tangga. Pilihan mama hanya dua, bawa pulang menantu ke rumah atau mama yang pilihkan calon pendampingnya itu. Pertemuan dengan wanita bernama Nayla Aleena membuka jalan penyelesaian buat Rayyan. Mana mungkin dia bersetuju dengan calon pilihan mama jika dia ada Nayla untuk dijadikan korban? "Kiranya kau tak cintakan dia?" -HARITH- "... selepas dapat anak, kami akan bercerai. Masa tu Nayla akan bebas dan aku tak akan tuntut apa- apa." -RAYYAN ADYAN- Kata- kata perancangan Rayyan telah menjerat dirinya sendiri setelah dia sah bergelar suami kepada wanita itu. Rayyan lupa bercinta dalam hubungan yang diredhai itu indah. "I love you, Sayang. How do I live without you? Oh no! Sayang jangan tinggalkan abang." -Rayyan Adyan- Pada ketika cinta telah mekar, badai menyapa pasangan itu. Rahsia sebenar perkahwinan terbongkar. Adakah perasaan Rayyan kepada Nayla tulus? Atau... yang dilakukan sekadar memenuhi apa yang diingini?
TAKHTA HATIKU | C by elhaniee
elhaniee
  • WpView
    Reads 15,236
  • WpVote
    Votes 802
  • WpPart
    Parts 70
TENGKU HADIF IZHAN x HASYA ELINA TENGKU HADIF IZHAN, seorang CEO yang dikenali ramai dengan sikap disiplinnya dalam membuat kerja. Namun, disebalik hidupnya yang kelihatan serba serbi sempurna ada tragedi yang memberi luka pada zaman kecilnya apabila dia dipisahkan dengan syurganya. Sejak itu, dunia seakan gelap dan dia tidak pernah lagi percaya pada kebahagiaan. Takdir mula mengatur langkahnya bertemu dengan HASYA ELINA. Seorang yang berkarisma dan berjaya dalam bidang pereka fesyen. Namanya kedengaran seperti seorang wanita yang sopan malah perwatakannya sangat jauh dari namanya sendiri. Tetapi di sebalik itu, dia menyembunyikan hati yang retak. Pengkhianatan lelaki yang pernah dicintai membuatkan hidupnya berubah dan menyebabkan bapanya membuat satu keputusan yang drastik demi kebaikan dirinya. "Hasya tak nak, Baba! Hasya tak kenal dia langsung!" - HASYA ELINA "Bercinta selepas kahwin bukan satu kesalahan, Hasya." - DATO' HUSNI Bagi Hasya, perkahwinan itu umpama rantai yang bakal meragut kebebasannya dan disakiti. Dia takut cintanya sekali lagi hancur. Baginya, hati itu sudah lama tertutup untuk menerima penghuni lain. Nak pula bila dia dapat tahu pengantin lelakinya adalah Tengku Hadif Izhan. Lelaki yang dikatakan musuh nombor satunya selepas kejadian yang sering membuat mereka bertekak setiap kali berjumpa. "Ramai lagi perempuan lain yang jauh lebih baik dekat luar sana. Saya tak faham kenapa Tengku sanggup terima perancangan gila ni untuk jadikan saya isteri Tengku?" - HASYA ELINA "Kalau nama awak memang dah tertulis sebagai pemilik hati saya, siapa saya untuk menolak takdir?" - TENGKU HADIF IZHAN Dua dunia yang berbeza. Dua jiwa yang bertentangan. Mampukah perkahwinan yang diatur tanpa sekelumit cinta ini menemukan mereka dengan kebahagiaan? Atau hanya menjadi ikatan yang dipenuhi pedih, luka dan air mata? ~ when the world is at its worst, there is you who shines brightly ~
Zafril Adhan : Addicted Husband  by ZACKISKIE
ZACKISKIE
  • WpView
    Reads 562,149
  • WpVote
    Votes 15,945
  • WpPart
    Parts 59
Book 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendekati nya kecuali seorang wanita yang sudah bertahta di dalam hati nya. Ketinggian pendek seusia dengan umur muda nya,mempunyai mata bulat berwarna hazel itu lah kecantik kan nya yang selalu menarik perhatian orang.Dalam kecerian hidup nya wujud satu kisah gelap di mana kesucian nya hampir diragut. "Maaf saya trauma dengan kehidupan saya - Nur Maisara "Hilang kan trauma awak dengan berkahwin dengan saya -Zafril Adhan Start:6/7/23 End:25/8/23 ⚠️Hasil air otak author sendiri ⚠️Sebarang typo kesalahan bahasa itu biasa sebab semua salah keyboard
𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 382,974
  • WpVote
    Votes 17,186
  • WpPart
    Parts 81
𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐥𝐪𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐲𝐧𝐞 | 𝐇𝐚𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐐𝐢𝐬𝐭𝐢𝐧 "Anggap semuanya cuma perasaan yang tak pernah wujud sekalipun," Tunku Alqaf Zayne tahu satu perkara sejak awal bahawa Haneen Qistin bukan untuk dimiliki. Berkali-kali dia melangkah pergi selepas penolakan yang sama, berkali-kali juga hatinya memilih untuk setia menunggu dari jauh. Namun takdir tidak pernah meminta izin. Satu persatu kehilangan yang dialami Haneen meninggalkan luka yang tak kelihatan, tetapi terasa pada setiap hela nafas Haneen. Dalam ruang kosong yang ditinggalkan duka, Alqaf hadir bukan sebagai pengganti, tetapi sebagai lelaki yang masih menyimpan rasa yang tak pernah mati. Pertemuan demi pertemuan menumbuhkan sesuatu yang mereka cuba nafikan. Di sebalik senyuman dan jenaka ringan, terselit perasaan yang semakin sukar disembunyikan. "Qaf... tolong jadi suami aku?"- HANEEN QISTIN "Tidak. Lebih baik kau cari lelaki lain." - TUNKU ALQAF ZAYNE Di situlah Alqaf mula memahami rahsia yang disimpan Haneen. Dan Haneen pula akhirnya melihat apa yang Alqaf simpan untuknya selama ini. "Something buruk tu takkan terjadi dan aku takkan benarkan benda tu jadi." Antara kenangan yang belum sembuh dan cinta yang datang perlahan-lahan, mampukah mereka memilih satu hati, satu janji, dan satu-satunya yang benar?
𝐌𝐑𝐒 𝐇𝐀𝐈𝐑𝐈𝐙 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 || 𝐒𝐔 by flovverzaa
flovverzaa
  • WpView
    Reads 26,249
  • WpVote
    Votes 1,428
  • WpPart
    Parts 16
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐯𝐨𝐥 𝟐 || 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟐 Hairiz Mikael adalah seorang lelaki yang dingin sama seperti ayahnya Haikal Rafael. Bertubuh tegap serta memiliki personalitinya jauh lebih berbeza dari Haikal. Hatinya yang beku itu mampu cair kerana seorang gadis kampung bernama Haliza. Nuraliza seorang gadis yang miskin terpaksa bergantung hidup pada abang kandungnya Laith yang dulunya bersikap baik terhadapnya. Akibat sesuatu peristiwa, hidup Haliza berubah apabila dia di tuduh pembunuh oleh abang kandungnya sendiri kerana dia penyebab mama kandung mereka mati sampai sanggup menjualnya di kelab malam. Siapa sangka disebalik kejadian kecil itu mampu mengubah nasib Nuraliza kerana dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang sanggup menyelamatkannya. "Tolong saya encik." - Nuraliza "Aku beli dia." - Hairiz Mikael ⚠️ No plagiat, karya ini adalah hasil dari idea saya sendiri.
HIS BEAUTIFUL WIFE [OG] by nayydralie
nayydralie
  • WpView
    Reads 13,448
  • WpVote
    Votes 408
  • WpPart
    Parts 13
Hayder Khair X Elnaura Ellysa Elnaura Ellysa bukan sekadar cantik dia mempunyai mata central heterochromia yang unik. Dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang, hidupnya sentiasa bahagia dan teratur. Namun segalanya berubah apabila dia bertemu Hayder Khair, lelaki dingin dan tegas yang tidak pernah tunduk kepada sesiapa. Hayder pula sudah lama tidak percaya pada cinta selepas dikhianati oleh cinta pertamanya ketika belajar di luar negara. Baginya, hidup hanyalah tentang logik, strategi dan kuasa. Namun kehadiran Elnaura mengubah segalanya. Pertemuan pertama mereka tidak berjalan lancar. Mulut yang tajam dan ego yang tinggi membuatkan mereka sering bertelagah. "Kalau kau dah tahu diri kau tu pendek, minta bantuan orang lain. Mulut tu jangan berat sangat, bodoh sombong. Nasib tak berkecai kepala kau tadi." - Hayder Khair "Kalau tak ikhlas nak tolong orang, lebih baik tak payah. Dengan topi dan hoodie tu, ingat K-pop idol?" - Elnaura Ellysa Elnaura berharap dia tidak akan bertemu lagi dengan lelaki yang digelarnya "lelaki susu pekat", namun takdir berkata sebaliknya. Tanpa sedar, mereka berkahwin bukan kerana cinta, tetapi kerana keadaan yang memaksa. Walaupun begitu, ada perasaan yang perlahan-lahan tumbuh di antara mereka. Hayder mula melihat sisi Elnaura yang sentiasa ceria, lembut dan ikhlas. Sikapnya yang sederhana sedikit demi sedikit mencairkan hati lelaki itu. Elnaura pula mula menyedari bahawa di sebalik sifat dingin Hayder, tersembunyi seorang lelaki yang sangat setia dan sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang dicintainya. Namun kebahagiaan mereka tidak disenangi semua orang. Dendam lama, rasa cemburu dan rahsia yang tidak pernah benar-benar terkubur mula muncul semula. Cinta mereka diuji antara ego dan kemaafan, antara takut kehilangan dan keberanian untuk terus menggenggam. Akhirnya, mereka harus memilih sama ada untuk saling menjatuhkan atau saling menyembuhkan.
Signore & Signora [Completed] 🦋 by airashroses
airashroses
  • WpView
    Reads 594,764
  • WpVote
    Votes 23,531
  • WpPart
    Parts 63
Nicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai majikan dan juga karyawan. Siapa sangka, tertekan dengan perangai 'hantu' majikannya, Elle menggunakan kesempatan kefasihan bahasa melayunya dengan menyumpah seranah majikan di dalam bahasa melayu. Namun hal yang tidak terduga terjadi apabila majikannya sendiri rupanya fasih dalam bahasa ibundanya sendiri. Pucat lesi wajah Elle. Dari situ, mulalah kisah cerita mereka yang terkadang merapu, sedih, lucu dan juga pelbagai emosi sehingga tumbuhnya bibit cinta antara mereka. Apakah yang akan berlaku selepas itu, dapatkah mereka dapat bersatu bersama-sama atau adakah halangan di dalam perhubungan mereka? 🦋🦋🦋
𝐎𝐆 | 𝐅𝐚𝐥𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐅𝐨𝐫 𝐘𝐨𝐮  by eriniesya_
eriniesya_
  • WpView
    Reads 26,022
  • WpVote
    Votes 1,572
  • WpPart
    Parts 35
°˖➴𝓔𝓻𝓲𝓷𝓲𝓮𝓼𝔂𝓪'𝓼 𝓯𝓲𝓻𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 ‧₊˚ ★ 𝐅𝐚𝐥𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐅𝐨𝐫 𝐘𝐨𝐮 [𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐫à𝐤𝐞 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] ⤷𝐨𝐧 𝐠𝐨𝐢𝐧𝐠 Beautiful cover editing by @hamserra_han ‧˚₊•┈┈┈┈୨୧┈┈┈┈•‧₊˚ 𝐅𝐚𝐥𝐞𝐞𝐪 𝐇𝐚𝐲𝐝𝐞𝐫 × 𝐍𝐚𝐝𝐞𝐞𝐫𝐚 𝐈𝐥𝐚𝐧𝐚 "You know, you still same like before..." - Faleeq Hayder Selepas 10 tahun berpisah, dia kembali dalam hidup Nadeera. Pertemuan mereka itu tidak seperti yang diharapkan. Makin banyak cabaran dan ujian yang datang. "Your smile will no longer appear on your lips..." - ??? Tengku Faleeq Hayder, dia merupakan CEO di The Dràke Empire. Dia mengambil keputusan untuk menjaga Nadeera dari segala ancaman. "Aku buat semua ni sebab aku risaukan kau Lana..." - Faleeq Hayder "Aku boleh jaga diri aku sendiri." - Nadeera Ilana Kelakuan Hayder yang seperti tidak ada apa-apa yang berlaku membuatkan Nadeera keliru terhadapnya. Semakin Hayder dekat dengannya semakin sukar untuk dia menafikan perasaannya. Tetapi satu kejadian yang menimpa Nadeera membuatkan dia sedar bahawa nyawanya berada dalam bahaya. "Don't leave me Hayder..." - Nadeera Ilana "I won't Lana... I won't," - Faleeq Hayder Kesan dari kejadian itu membuatkan Nadeera trauma, dia takut... Kejadian itu akan menimpa dirinya lagi. "Kahwin dengan aku," - Faleeq Hayder "Tak! Aku tak nak!" - Nadeera Ilana Adakah Nadeera akan terima Hayder selepas apa yang dia alami? - She fell first but He fell Harder - ⚠️ Dilarang plagiat karya ini! Start : 21/12/2023 End : will update later
DIA..Encik Jiran Beku(✅) NEW VERSION by mrsmeandyou17
mrsmeandyou17
  • WpView
    Reads 630,982
  • WpVote
    Votes 36,344
  • WpPart
    Parts 71
(1st book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I am an iceberg. But don't you realise that I can be like a melting ice when I'm with you, sweetheart?" CEO OF AIS BATU CAMPUR *masih dalam proses untuk mengedit segala penulisan noob UWU. TENGKU ZINNIRAH QISYA adalah seorang yang sangat periang dan kadang kala gedik lah jugak. Akibat bosan kerana kerap ditanya "bila nak kahwin?" oleh ibu bapanya, qisya pindah ke rumah yg baru disewanya . haih lebih aman hidupnya dan roommate nya, dewi. Tetapi suatu hari , qisya terserempak dengan jirannya. JIRANnya adalah lelaki malah handsome dan segak orangnya. Hidung mancung, muka flawless, senang cite memang perfect! MAKA qisya berasa jantungnya berdupdap. First time jatuh cinta, takkan dia putus asa untuk mendapatkan jejaka itu .Tetapi sayang, jirannya seorang yang beku. "Kalau saya kata nak awak boleh tak? hehehehe" -QISYA. " Eh gila ke kau ni?!" -ATHIF "Nama saya Qisya tapi kalau awak nak panggil sayang pun boleh."- QISYA "What?!"- ATHIF "Tapi saya masih tak faham macam mana bidadara syurga macam awak boleh sesat dekat sebelah rumah saya eh?"- QISYA "Dia lah lelaki pertama buat jantung aku tak tentu arah! Ingat aku nak lepaskan?" - QISYA "Tak! Dia milik aku lah!" - MELISSA ATHIF FATTANAH mulanya berasa rimas akan karenah manja dan sikap gedik gadis itu tetapi dia tak sedari Qisyalah kebahagiaannya. "Just keep 'menggedik' with me. Only me. Alright sweetheart?"-ATHIF Tapi Qisya tidak tahu tentang diri sebenar athif. Rahsia yang disembunyikan dari semua orang. "Saya cintakan awaklah."-QISYA "Aku risau kau tak boleh terima diri aku,sayang."-ATHIF adakah hajat QISYA untuk mengawini prince charmingnya akan tercapai? Adakah ATHIF akan menerima QISYA? Bagaimana pula nasib Melissa yang sering mengganggu mereka? Bagaimana pula rahsia athif?AKAN bahagiakah mereka? Start: December 2019 End: May 2020 *epic, unexpected ending, sweet, sad