syazasyahirah119's Reading List
187 stories
CASANOVA LOVE  by tihatti
tihatti
  • WpView
    Reads 120,373
  • WpVote
    Votes 11,260
  • WpPart
    Parts 46
Dia pencinta wanita namun dia juga tega musnahkan sekeping hati milik Hawa tanpa tiada rasa serba salah. Taruna Andika, sebaris nama indah tetapi tidak pada akhlak lelaki ini. Nakal, meninggi diri, penghancur hati. Ayat-ayat manis yang terlahir di lidah bukanya menyenangkan jiwa namun menghancurkan segenap rasa. Bagi dia...cinta sejati itu tidak wujud. Hanya cinta yang berpaksikan rupa dan harta. Bagi dia siapa sahaja mampu menerima insan tanpa wang dan kecantikan? Cinta? Pftttt jangan melawak dengan dia. Wanita hanya satu persinggahan untuk lempiaskan rasa bosan. Seperti mainan yang akan dibuang apabila sudah rosak dan cacat. Ego tinggi melangit, langsung dia tidak mahu melihat ke bawah hingga dia juga jatuh terduduk dek wanita yang pernah dia kecewakan dahulu. Tasneem Sufia . Dia hanya wanita yang pernah hadir dalam hidup Taruna, kehadiran nya mungkin sebagai satu lintasan sahaja dan tidak penting bagi lelaki itu namun si dia juga punca mengapa hidupnya berantakan seperti kaca menanti masa untuk berderai. Bagi Tasneem, Taruna ini adalah laki-laki yang langsung tidak layak merasai cinta! Taruna itu masa lalunya dan Jebat adalah masa kini nya. Jebat Andika, dia datang membawa rasa bahagia, membawa seribu kemanisan dan senyuman serta menyembuhkan luka yang dia sendiri tidak lakukan. Jebat Andika, saudara kepada Taruna. Dia sukakan Tasneem, dia cintakan Tasneem semenjak di bangku sekolah namun dia simpan kemas cinta dia pada wanita itu diam-diam dari jauh. Dia definisi lelaki yang lembut tutur katanya, mata miliknya redup penuh rasa kasih kepada Tasneem. Cinta dia agung kepada angkasa raya. " Pilih antara aku ataupun dia Tasneem."- Taruna Andika " Awak lelaki yang langsung tak layak merasa manis nya cinta Taruna."- Tasneem Sufia " Rasa cinta itu adalah anugerah yang paling indah Tuhan berikan kepada kita Tasneem dan tak semua mampu rasa anugerah itu."- Jebat Andika START: 22/2/2025 END:
𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘 | COMPLETED by fancyfroy
fancyfroy
  • WpView
    Reads 72,831
  • WpVote
    Votes 4,318
  • WpPart
    Parts 66
💌 enemies to lovers trope 🎀 ceo x businesswoman ⭐️ he fell first, she fell harder 🌷 romance, drama, angst, love triangle Prinsip wanita itu hanya satu sahaja. Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, lebih-lebih lagi alam perkahwinan. Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Lebih seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesiapa, menunggu mesej daripada seseorang, bahkan menunggu jodoh yang tak kunjung tiba. Itulah kata-kata yang dipegang oleh Falia Inara, wanita yang sudah tidak percaya bahawa lelaki baik itu masih wujud. Namun, siapalah manusia untuk melawan takdir Tuhan? Tuhan itu sebaik-baik perancang. Dalam dia menolak perkenalan dengan semua lelaki, Tuhan pertemukan dia dengan seorang lelaki atau secara spesifiknya, tunangan orang. "Kau biar betul, Falia? Kau dah gila ke?" Bukan niatnya mahu menjadi perampas, hanya mahu mengusik sedikit sahaja hubungan lelaki itu. Lebih-lebih lagi setelah mendapat tahu satu kebenaran. "I tak suka bila you cuba nak buruk-burukkan tunang I!" Lelaki itu tidak tahu apa motif Falia merapati dirinya. Apa yang dia tahu, semakin dia menolak semakin berani wanita itu mengganggu dirinya sehingga hubungannya bersama si tunang mula terjejas. "Kenapa you berubah macam ni, Ihsan? Apa salah I?" "I minta maaf, Aira. You deserve someone better." Di saat hati jejaka mula terpaut pada si gadis, Falia pula yang perlahan-lahan menjauhkan diri. "Ini jawapan I, Ihsan. I pilih Gibran." Benarkah Falia sanggup melukai hati lelaki itu? Bagaimana pula dengan prinsip yang dipegang olehnya selama ini? Highest ranking: #01 in Fiction [23/02/2024]
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister by hsdahlia
hsdahlia
  • WpView
    Reads 727,518
  • WpVote
    Votes 21,020
  • WpPart
    Parts 50
Selepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya. Amirul Hafrez. Seorang lelaki berperwatakan dingin dan beku. Pertemuan pertamanya bersama Kaira tidak seidah yang disangka. "Kaira Farhanim Mohd Fatih?" "Mana encik tahu nama saya?" "Aku abang tiri kau. Papa ada kerja dekat pejabat, jadi dia suruh aku jemput kau dekat sini." "Abang what?!" *** "Siapa ni pa?" "Ni isteri papa, umi baru Kaira. Umi Yasmin. Yang ni pula abang Kaira, Amirul." "Since when?" "Dah hampir 6 tahun-" *** "Kaira ni tak penting ke dalam hidup papa? Sebab tu ke papa hantar Kaira untuk tinggal dengan uncle Zayn dan aunty Fira dekat sana?" "Kalau Kaira tahu jadi macam ni, baik Kaira stay je sana. Tak perlu balik sini." All Rights Reserved ©hsdahlia Start: 18 July 2022 End: 15 April 2023 Status: Complete ⚠️NO PLAGIARISM⚠️
HIS LITTLE MARSHMALLOW  by bouquetflower
bouquetflower
  • WpView
    Reads 425,421
  • WpVote
    Votes 8,377
  • WpPart
    Parts 50
Karya pertama bouquetlower 1st story.. . . . TENGKU NIK UZAIR -Seorang jejaka yang kacak, beku dan pendiam itulah sifatnya yang mampu menarik perhatian semua wanita di luar sana. Berumur 28 tahun dan menjadi CEO di syarikat NIK HOLDINGS yang terkenal. Jejaka ini sangat dingin dan tidak suka kepada wanita kerana baginya semua wanita hanya inginkan duit dan hartanya, sampailah dia bertemu secara tidak sengaja dengan gadis yang cantik dan polos di matanya. NUR ADALIA AQILAH itulah gadis yang mampu menarik perhatannya. NUR ADALIA AQILAH -Seorang gadis kampung yang cantik, polos dan sangat rajin. Berumur 22 tahun dan sangat sukakan buku. Mahu bekerja di bandar untuk menolong dan meringankan beban keluarganya. Kehidupan yang sederhana dan gembira yang dialami oleh gadis itu terus berubah apabila dia berjumpa dengan seorang jejaka. "Lepaskan saya!" "Shhh don't cry marshmallow" Bagaimanakah pertemuan pertama mereka? Adakah ianya manis atau pahit? Semuanya ada di dalam cerita ini... Jemput baca ye :) #Maaf kalau ada kesalahan bahasa atau ejaan Start : 12/8/2023 End : 1/11/2023
Her Perfect Husband  by araliya__
araliya__
  • WpView
    Reads 86,701
  • WpVote
    Votes 2,496
  • WpPart
    Parts 63
BOOK | 3 Status : Complete Tengku Naqib Afif - Seorang jejaka yang dingin dengan semua orang termasuk dengan pekerja nya juga. Seorang jejaka yang bekerjaya dan kacak. Bekerja di salah sebuah syarikat keluarganya itu. Seorang jejaka yang setia akan kekasihnya itu. Nik Hana Umaira - Seorang gadis yang periang , lemah lembut dan berbudi bahasa. Cantik. Kejelitaan nya itu mampu meluluhkan hati kesemua lelaki yang memandang wajahnya itu. Bekerja di sebuah book cafe miliknya itu. Cafe yang dia ingin buka sejak kecil lagi. Pernikahan mereka bukannya dipaksa atau dijodohkan. Mereka berdua berkahwin atas rasa kerelaan untuk memikul tanggungjawab masing masing. Jika nama mereka berdua sudah tertulis di Lauhul Ma'fuz bahawa mereka berdua akan menjadi sepasang suami isteri yang akan sehidup semati bersama. " Lain kali jalan tu guna mata. Bukannya guna lutut. Habis kotor baju aku. " - Tengku Naqib Afif. " Minta maaf Encik. Saya tak sengaja. Lagipun saya nak cepat. " - Nik Hana Umaira. START : 3 May 2023 END : 2 March 2024 Highest ranking : #1 2023 #1 wattpad2023 #1 Islamicromance #1 percintaan #1 Hana #4 2024 #5 husbandandwife
ALMAIRI: HIS LOVE [C]  by imflorecer
imflorecer
  • WpView
    Reads 147,653
  • WpVote
    Votes 5,431
  • WpPart
    Parts 47
2nd story in His series Luth Almairi. Dimalukan oleh wanita yang dicintainya sepenuh hati membuatkan dia tekad pergi. Dia sedar akan kenaifan dirinya dan tekad hanya akan fokus pada kebahagiaan keluarga dan masa depan dirinya . Nur Qaisara Amaris. Seorang wanita yang manja dan periang. Tidak pernah terfikir oleh dirinya akan jatuh cinta pada seorang lelaki.Pertama kali bersua mata membuatkan Qaisara tekad untuk memikat hati si jejaka. 'You're worth the risk' ⚠️ SLOW UPDATE ⚠️ DILARANG PLAGIAT ⚠️ CRINGE START: 16.06.2023 END:10.08.2023
Takdir TERCIPTA by Kyra_Isabella
Kyra_Isabella
  • WpView
    Reads 496,634
  • WpVote
    Votes 8,477
  • WpPart
    Parts 46
( 2nd story ) Carl Daffa vs Haura Elina Mereka dipertemukan dalam keadaan yang mengaibkan. Dan diatas kesilapan itu, dia dihukum tanpa sempat dirinya adili. 'Perempuan macam kau hanya sesuai digantung tak bertali. Kau tak layak hidup bahagia setelah apa yang kau buat dekat aku!!!' - Carl Daffa 'Mulai hari ni, kau bukan lagi anak aku. Aku tak ada anak yang malukan aku sampai macam ni sekali. Aku dah tak nak tengok muka kau lagi. Sekarang berambus dari sini! Jangan sesekali kau jejakkan kaki dekat rumah aku!!!' - Puan Laila Bertahun lamanya dia menjerut rasa dan mencuba untuk memulihkan luka di hati dan dia mahu menoktahkan perhubungan itu namun gagal. 'Lepaskan I Carl....' - Haura Elina 'You dah janji yang you akan lepaskan I selepas apa yang terjadi semalam!' - Haura Elina Dia ditipu. Dia menyerahkan segalanya dengan syarat dia dilepaskan. Namun semua itu hanya dusta semata. Tetapi ada sesuatu 'rahsia' yang cuba dia disembunyikan dari pengetahuan suaminya. Mampukah dia bertahan dengan segala dugaan itu? Dan tegarkah dia mempertahankan 'rahsia' itu dari pengetahuan suaminya buat selamanya? Hidupnya hanya dengan menumpang kasih.... #1 - hatelove (30/7/2024) #1 - 2024 (30/7/2024) #1 - melayu (12/8/2024) #1 - kahwin (18/8/2024) #1 - kahwinpaksa (18/8/2024) #1 - newwriter (18/8/2024) #3 - rahsia (30/7/2024) #2 - santai (18/8/2024) #1 - romance (16/8/2024) #10 - malaynovel (16/6/2024) #1 - malaysia (18/8/2024 )
Sara Isabella by froszrine
froszrine
  • WpView
    Reads 618,328
  • WpVote
    Votes 42,732
  • WpPart
    Parts 41
Tiada yang mampu meneka bagaimana cara semesta berkerja. For real, it wasn't me." Esakan yang nak meletus, ditahan walaupun pipinya mula basah. "Really? Sebab waktu aku bangun, you're the one yang tidur sekatil dengan aku." -tapi semesta juga punya rencana yang tidak terduga, entah itu tentang hal berkaitan hati atau rasa.