𝐌𝐲 𝐁𝐨𝐨𝐤(@Syu__Maisarah)
3 stories
𝙈𝙮 𝙋𝙮𝙨𝙘𝙝𝙤 𝙎𝙩𝙪𝙙𝙚𝙣𝙩𝙨 by Syu__Maisarah
Syu__Maisarah
  • WpView
    Reads 110,294
  • WpVote
    Votes 6,257
  • WpPart
    Parts 77
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang tetap dan juga ia mempunyai tunang yang baik serta penyayang. Namun, semua itu sebelum dia mendengar permintaan dari kawan Universiti Atuknya. Permintaan gila yang menyuruhnya mengajar di kelas Rouge, dimana berkumpulnya murid-murid nakal yang berperangai gila. Sudah tentu permintaan gila itu ditolak. Ia taknak ambil risiko mengajar di kelas yang penuh dengan murid-murid nakal untuk mengubah mereka. Ingat senang ke nak mengubah seseorang itu? Tapi, entah dia gila atau apa. Dia boleh terima permintaan itu. "Baiklah, saya terima permintaan Uncle.Tapi saya ada 4 syarat." Sudah tentu dia tak segila itu untuk terima permintaan itu tanpa sebarang syarat. "Saya cuma akan mengajar di sekolah Uncle selama setahun saja." Seperti yang dijangka, tak mudah untuk mengubah seseorang itu. Banyak perkara yang perlu dilakukan. Pelbagai cabaran yang perlu ia hadapi. Perkataan biadap dari muridnya sendiri adalah perkara biasa yang selalu ia dengar. Tapi, usaha tidak akan pernah mengianati kita dan sekeras-keras hati seseorang tu akan cair dengan cinta dan kasih sayang yang tulus. Samalah seperti mereka, yang mendambakan kasih sayang dan perhatian seseorang. Semuanya berubah seperti setitik cahaya di dalam kegelapan. Tapi kenapa selepas setahun perangai mereka kembali semula? Malahan lebih teruk! 'Apa aku terlalu manjakan diorang?" Jawapannya ya! Mereka tak akan lepaskan 'kebahagiaan' mereka begitu sahaja. Mereka akan buat apa saja untuk bersama 'kebahagiaan' mereka, bahkan membunuh 'kebahagiaan' mereka sendiri. Kerana mereka itu PSIKO! *** 🚫KATA-KATA KASAR SEPERTI MENYUMPAH DAN ADEGAN KEKERASAN SEPERTI MEMUKUL DAN MEMBUNUH🚫 ⚠️ TOLONG HARGAI KARYA MAI DENGAN TIDAK MENIRU ATAU MENYALIN CERITA INI (JANGAN SESEKALI CUBA-CUBA!) Cover book by @nayracamellia
𝓑𝓲𝓭𝓪𝓭𝓪𝓻𝓲 𝓜𝓲𝓵𝓲𝓴 𝓜𝓲𝓼𝓼 𝓑𝓸𝔂 by Syu__Maisarah
Syu__Maisarah
  • WpView
    Reads 20,756
  • WpVote
    Votes 1,824
  • WpPart
    Parts 58
[ˡⁱᵍʰᵗ ˢᵉʳⁱᵉˢ] Nurul Ain bertemu seorang wanita cantik. "Masya-Allah... cantiknya...." "You tak kenal siapa I? I adalah L Fu." Sayangnya majikannya itu sedikit kerek. Selain terpesong dari fitrahnya. "Yong Tau Foo? Saya kenal pak choi jer." Nurul Ain. Namun Ain, gadis yang lurus bendul tidak nampak itu. Bahkan membezakan dua jenis kelamin pun dia tidak reti. "Saya minta maaf, Miss! Saya betul-betul tak sengaja tengok dada rata Miss!" Dia sebenarnya tidak bodoh. Mungkin lembab sikit. Buktinya dia pandai bahasa Inggeris? Hingga suatu hari dia akhirnya sedar diri. Dia memang bodoh. Dia bodoh puji Miss-nya cantik. Dia bodoh pegang tangan majikannya. Dia bodoh free hair depan majikannya. Yang mana merupakan seorang... lelaki. Tulen. "Jadikan I suami you, okay?" Leon Fu. Dan entah bagaimana dia telah menjadi isteri sah Leona atau nama sebenar Megat Leon Fu, seorang pereka fesyen terkenal tanah air. Kehidupan alam perkahwinan banyak membuka mata dan hati. Mengenal erti cinta dan pernikahan sesungguhnya. Ikatan yang membelenggu akibat kisah silam terlerai. Menyimpulkan kembali ikatan bernama cinta. "My angel and mine, lǎopó." Dugaan selalu disertai kebahagiaan. Begitulah juga sebaliknya. Sesuatu yang buruk telah terhasil akibat kejahilan masa lalu sang suami. Satu-persatu terkuak hingga dia tahu mengapa dia dinikahi. "Ain tak bodoh." "Abang tahu, Ain tak begitu. Lǎopó..." "Tapi abang buat Ain rasa macam itu." Ain dilema. Rasa tertipu bergelora dengan rasa cintanya. Lebih-lebih lagi dengan segala cinta dan kasih sayang yang Leon berikan kepadanya, gadis yang serba serbi kekurangan. Bagaimana kesudahannya? Adakah Ain ingin mempertahankan suaminya yang cantik? Atau memilih meninggalkannya bersama anak yang bakal lahir? Yang pasti, Leon takkan melepaskannya. Ain adalah gadis manis yang Tuhan hantar kepadanya, menjadi perantara kembalinya dia ke jalan yang benar. Kerana bidadari itu milik si cantik. Beautiful cover by @PutraRize_
Dream Obsession: Shattered Memory  by Syu__Maisarah
Syu__Maisarah
  • WpView
    Reads 259
  • WpVote
    Votes 35
  • WpPart
    Parts 9
[Dᴀʀᴋ sᴇʀɪᴇs] Berkali-kali dia bermimpikan sosok itu... Bertubuh tinggi kekar, berdada bidang dengan bahu lebar... namun tanpa kepala. Tegap berdiri di hadapannya, seolah-olah memandang tajam ke dalam jiwanya. Setiap kali mimpi itu berulang, dia terjaga dengan denyutan rasa sakit di kepala dan kekosongan yang menyeksa jiwa. Siapakah lelaki tanpa wajah itu? Persoalan itu terungkai sedikit demi sedikit sewaktu dia bercuti ke sebuah perkampungan hulu bersama sahabat baiknya. Ketika itulah dia mula merasa mimpi dan realiti bersilih ganti hingga sukar dibezakan. Lelaki itu wujud. Dia muncul dari kejauhan, mengintai dan mengekorinya. Tubuh kekar, wajah disembunyikan di sebalik topeng, tangan menggenggam sebilah sabit seolah-olah menanti masa menebas hidupnya. Kala itu, Lydia sedar.... dia telah menjadi buruan sejak awal. Sedaya upaya ia melarikan diri dari permainan yang telah lama dirancang. Namun takdir berputar seperti roda, membawa dia jatuh ke dalam satu kenyataan yang mencengkam dan kebenaran yang menyakitkan. Semuanya terbongkar. Kehidupannya tidak lagi seindah yang dia sangkakan, yang tinggal hanyalah luka, air mata, peluh dan darah.