littlenur_2310's Reading List
92 stories
Forever Isn't Long Enough  by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 5,833
  • WpVote
    Votes 954
  • WpPart
    Parts 12
[ Forever Series II - stand alone, preview purposes ] "Apa sebenarnya yang kau suka pada aku ni?" Soalan itu sepatutnya mudah dijawab. Namun Elana sendiri tidak pernah tahu bagaimana mahu menerangkan kenapa, daripada begitu ramai manusia yang pernah hadir dalam hidupnya. Hatinya memilih seorang lelaki yang tidak pandai berkata-kata. "Kalau nanti I jumpa dengan Dia, I akan tanya soalan yang sama." - ELANA "Apa?" - MUHAMMAD "Kenapa Muhammad." - ELANA Barangkali cinta memang begitu. Ia hadir dalam bentuk yang tidak pernah disangka. Dan hilang dalam cara yang tidak pernah terbayang. Tetapi, bagaimana mahu belajar berusaha jika semuanya akan dapat dalam sekelip mata? Dan mana manusia hendak belajar bersyukur jika nikmat sering didusta? Terkadang, kita menganggap kehilangan sebagai pengakhiran, sedangkan mungkin itu hanyalah cara Tuhan sedang mengubah arah cerita.
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 917,066
  • WpVote
    Votes 63,618
  • WpPart
    Parts 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
SWEET HUSBAND [EDIT OG] by -chimmys
-chimmys
  • WpView
    Reads 242,436
  • WpVote
    Votes 9,080
  • WpPart
    Parts 53
[Status; complete ✅] Pernikahan. Itu adalah suatu perkara yang besar untuk sesuatu pasangan untuk melanjutkan kepada hubungan yang sah. Jika ibubapa suruh berkahwin dengan pilihan mereka, adakah kita mahu menolaknya? Orang kata 'jika itu pilihan mereka, ikutkan sahaja. Mereka tahu yang terbaik untuk kita.' adakah kita setuju? Sesetengah mungkin YA dan sesetengah mungkin TIDAK, ini life aku! Itu jika mereka yang sudah dewasa melalui zaman-zaman memeningkan semata-mata untuk ke jinjang pelamin. Cerita ini. Mengisahkan tentang 2 orang pelajar. Yang suka sama suka pada antara satu sama lain. Tetapi.... Sekadar di dalam hati. Tidak berani untuk meluahkan. Lebih tepat lagi... Masing-masing mempunyai EGO. Akhirnya, pada suatu hari.. Ini semua kehendak ibubapa mereka, yang paling peting. KEHENDAK TUHAN.Dia yang menentukan semuanya. Cantik. Sebagai hamba.. Apa yang kita boleh lakukan? Tolak takdir? Itu semua mereka tidak akan berani melakukan. Jika itu yang sudah ditulis oleh-Nya, mereka redha. Itu lebih baik. Pasti perkara yang baik menanti. Kasih sayang mula terjalin, kerisauan sentiasa bertapa dihati jika si dia tiada di sisi, kegoan diri makin merendah, perkara yang tidak disangka berlaku antara mereka sering berlaku. Jika hendak dibandingkan dengan lain.. Syafika Aimi adalah seorang yang beruntung kerana memiliki seorang suami yang sungguh romantik.Jarang orang akan dapat. Gaya cool, swag, tapi apabila bersama Aimi..jarang sekali gayanya itu ditunjuk. Nak tahu seromantik manakah suami si Aimi ni? Bacalah SWEET HUSBAND! Jangan lupa VOTE! Kalau boleh.. Recommendlah cerita ini kepada rakan-rakan anda! Kerjasama yang anda berikan.. Sangat dihargai oleh saya! ❤#06 in random (18/03/18)
KHAIR : SEEK OF LOVE [C] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 3,210,809
  • WpVote
    Votes 73,892
  • WpPart
    Parts 64
❣️1ST OBSESSED SERIES❣️ Umur bukan halangan seorang gadis untuk mencari teman hidup. Malah semakin berumur lelaki itu makin dia suka! Makin hot! "You ni gila la." - Izz Arman Khair "Yup. I gila-gilakan you! Jadi kekasih I jom?" - Haellyn Aryssa Pening! Dia terjatuh hati pada rakan bisnes papanya. Kerja gila jatuh cinta dengan orang yang berumur seakan-akan papanya. Tapi siapa tahu mungkin cinta akan berputik? "We're never can be together. Ingat ayat I tu sampai you mati." - Izz Arman Khair "As you wish. See you when I see you." Haellyn Aryssa --- Konflik ringan saja. Kelakar dan sweet. Matured content only🤍 ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Thankyou. Cover by : @navyaae 🤍
Maid tuan zharif  by zarisshaa
zarisshaa
  • WpView
    Reads 86,760
  • WpVote
    Votes 466
  • WpPart
    Parts 18
Prolog: Maid Tuan Zharif Aneesa Amani, baru 22 tahun. Orang kata, umur muda begini patutnya fokus belajar, kerja simple-simple, enjoy dengan kawan-kawan. Tapi Aneesa ni lain sikit. Otak dia memang tingtong, ada je lawak spesis pelik keluar dari mulut. Lepas SPM, cuba sambung diploma separuh jalan, berhenti. Lepas tu kerja butik, tak sampai tiga bulan dah cabut. Katanya bos garang sangat. Bila Datin Kamariah, jiran lama mak dia, offer kerja jadi maid, Aneesa terus lompat macam dapat loteri. > "Maid pun maid la, Datin. Janji gaji tebal tiap bulan," gumam Aneesa sambil buat gaya peluk duit bayangan. Lagi-lagi bila dengar Datin cakap bayar empat ribu setengah sebulan. Kerja pun bukannya hardcore sangat. Jaga budak umur tiga tahun, kemas sikit-sikit rumah, masak lauk ringkas. Kalau nak compare dengan kerja butik dulu, memang ni heaven lah! Rumah majikan dia bukan rumah biasa-rumah banglo besar, yang kalau Aneesa nak menjerit pun confirm bergema sampai ruang tamu. Majikannya? Encik Zharif Ashraf. Usia 34 tahun, kerja offshore. Maksudnya jarang balik rumah. Status? Suami orang, ada seorang anak lelaki comel. Isterinya, Azura, pulak selalu busy dengan butik dia. Busy sampai tahap macam tak jejak rumah langsung. Jadi siapa yang akan lebih banyak jumpa Aneesa nanti? Jawapannya: budak kecil umur tiga tahun tu. Tapi Aneesa kan Aneesa. Manja, gedik, blur sikit. Kadang cakap lepas, kadang buat benda pelik. Entah macam mana agaknya bila dia duduk serumah dengan keluarga tu. Tambah lagi kalau satu hari nanti Tuan Zharif balik dari offshore, bertembung dengan maid tingtong Datin Kamariah ni. Kalau ikut logik, patutnya kerja mudah je. Tapi... boleh ke hidup Aneesa betul-betul tenang bila masuk ke rumah tu? ---
ADDY : THE DARKNESS OF LOVE [C] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 5,294,776
  • WpVote
    Votes 89,669
  • WpPart
    Parts 77
🚫NO CENSOR STORY🚫 Jejaka yang terlampau bebas dengan kehidupannya akhirnya tersungkur setelah bertemu seorang gadis bandar. Difikirnya gadis itu polos kerana senyumannya namun ia adalah kesilapan yang besar. "Come, have a fun with me tonight?" -Addy Bernard. "I'm sorry sir. I'm not interested with fuckboy like you." -Alice Lavender Jejaka itu terasa maruahnya tercalar apabila ditolak mentah-mentah dihadapan rakan-rakannya. Dan kerana itulah dia ingin membalas dendam terhadap gadis itu dengan mengganggunya di setiap tempat. "Satu hari nnti kau tersungkur juga depan aku Alice." -Addy Bernard. "Okay. I tunggu masa tu tiba. Kita tengok siapa menang dan siapa kalah." -Alice Lavender Dark romance but not mafia. Harsh words, mature content, sweet but hot in the same time. Light conflict💢 Have some comedy. Sexy storyline💋 Mature content and words🔞 Have some scene of 18+🚫 No censor⚠️ ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Thankyou. Cover by : @navyaae🤍
HIS BEAUTIFUL WIFE [OG] by nayydralie
nayydralie
  • WpView
    Reads 15,282
  • WpVote
    Votes 815
  • WpPart
    Parts 27
Hayder Khair X Elnaura Ellysa Elnaura Ellysa bukan sekadar cantik dia mempunyai mata central heterochromia yang unik. Dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang, hidupnya sentiasa bahagia dan teratur. Namun segalanya berubah apabila dia bertemu Hayder Khair, lelaki dingin dan tegas yang tidak pernah tunduk kepada sesiapa. Hayder pula sudah lama tidak percaya pada cinta selepas dikhianati oleh cinta pertamanya ketika belajar di luar negara. Baginya, hidup hanyalah tentang logik, strategi dan kuasa. Namun kehadiran Elnaura mengubah segalanya. Pertemuan pertama mereka tidak berjalan lancar. Mulut yang tajam dan ego yang tinggi membuatkan mereka sering bertelagah. "Kalau kau dah tahu diri kau tu pendek, minta bantuan orang lain. Mulut tu jangan berat sangat, bodoh sombong. Nasib tak berkecai kepala kau tadi." - Hayder Khair "Kalau tak ikhlas nak tolong orang, lebih baik tak payah. Dengan topi dan hoodie tu, ingat K-pop idol?" - Elnaura Ellysa Elnaura berharap dia tidak akan bertemu lagi dengan lelaki yang digelarnya "lelaki susu pekat", namun takdir berkata sebaliknya. Tanpa sedar, mereka berkahwin bukan kerana cinta, tetapi kerana keadaan yang memaksa. Walaupun begitu, ada perasaan yang perlahan-lahan tumbuh di antara mereka. Hayder mula melihat sisi Elnaura yang sentiasa ceria, lembut dan ikhlas. Sikapnya yang sederhana sedikit demi sedikit mencairkan hati lelaki itu. Elnaura pula mula menyedari bahawa di sebalik sifat dingin Hayder, tersembunyi seorang lelaki yang sangat setia dan sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang dicintainya. Namun kebahagiaan mereka tidak disenangi semua orang. Dendam lama, rasa cemburu dan rahsia yang tidak pernah benar-benar terkubur mula muncul semula. Cinta mereka diuji antara ego dan kemaafan, antara takut kehilangan dan keberanian untuk terus menggenggam. Akhirnya, mereka harus memilih sama ada untuk saling menjatuhkan atau saling menyembuhkan.
Cikguku Husbandku  by NurulAtiqah515
NurulAtiqah515
  • WpView
    Reads 580,367
  • WpVote
    Votes 14,305
  • WpPart
    Parts 51
Amirah- seorang gadis yang merupakan anak orang kaya , diminati ramai lelaki termasuk rakan sekelasnya, namun ada sesuatu yang membuatkan Amirah tertanya. Siapakah lelaki yang akan menjadi cinta hati Amirah? dan mengapa dia juga menerima Amirah sepenuh hati? Aeril- lelaki yang baru ingin mencari pengalaman dalam bidang pendidikan, merupakan anak orang kaya juga, pernah mencintai seorang gadis akan tetapi gadis itu menolak cinta Aeril. Meskipun dilanda ketidaksefahaman Amirah tetap mencintai suaminya demi menjaga hubungan suami isteri. Kemungkinan ada kesalahan tatabahasa, typo dan lain lain lagi. Abaikan lah ye. Kalau tak suka, jangan baca! Please Read ♥♡ Enjoy.. Start 15/2/17 End 16/7/17 #34 in Romance (COMPLETED)
Target : Lara Camelia [C] by nysaraee
nysaraee
  • WpView
    Reads 22,658
  • WpVote
    Votes 1,473
  • WpPart
    Parts 43
Penjenayah. Amnesia. Dua perkataan yang cukup untuk menggambarkan diri Lara Camelia. Tapi... dia sendiri tidak tahu jenayah apa yang dilakukannya, atau mengapa polis begitu gigih mengejarnya. Satu-satunya tujuan yang jelas adalah mencari kebenaran tentang siapa dia sebenarnya. "Siapa saya sebenarnya?" -Lara Camelia Kemunculan Muhammad Adam Kael mengubah segalanya. Wajahnya yang kacak dengan aura dingin, selamba dan beku tanpa emosi, lelaki itu dikenali bukan sekadar kerana rupanya - tetapi kerana kejayaannya menakluk dunia perniagaan pada usia yang masih muda. "Macam ni cara kau selamatkan diri?" -Muhammad Adam Kael Pertemuan mereka yang tidak dijangka ketika Lara cuba melarikan diri dari polis membuka lembaran baru dalam hidup mereka. Setiap langkah, setiap rahsia, dan setiap pertemuan menyemai ketegangan, emosi, dan sedikit kekacauan. Namun, adakah Kael seorang pelindung atau pengkhianat? Mampukah Lara menyingkap rahsia identitinya sendiri? Dan jika dia berjaya, adakah Kael akan berada di sisinya... atau menjadi ancaman terbesar dalam hidupnya?
ZAHRIN'S : HIS STOLEN HEART [SLOW UPDATE] by hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    Reads 58,566
  • WpVote
    Votes 4,114
  • WpPart
    Parts 43
ZAHRIN HAIDER - Assistant CEO muda yang terlalu tegas untuk seusianya.Lelaki yang jarang tersenyum, jarang berlembut, dan tak pernah mencampuradukkan kerja dengan perasaan. Bagi Zahrin, dunia korporat adalah medan perang. Dan dia tak pernah kalah. Sehinggalah seorang gadis bernama ZYLEE MELIDA melangkah masuk ke syarikat itu. Sejak hari pertama dia sendiri mengendalikan kemasukan para intern, Zahrin sedar sesuatu tentang gadis itu cara dia menegakkan bahu, cara dia membalas renungan tanpa tunduk. Berani. Degil. Dan terlalu jujur pada mata. "Kalau hari hari saya kena hadap muka encik,macam mana kerja saya nak siap? Encik tak ada kerja lain ke?" - ZYLEE MELIDA "Gaji kau,aku yang bayar.ikut cakap aku." - ZAHRIN HAIDER Buat pertama kali, dia bukan sekadar mahu mencuri hati seseorang.Dia mahu melindunginya. Namun masa lalu Zylee bukan bayang yang mudah hilang. Dan bila semuanya mula menghimpit, Zahrin terpaksa memilih untuk kekal sebagai lelaki dingin yang tak pernah kalah...atau menjadi lelaki yang sanggup berperang demi satu hati yang telah lama dicuri dan dipatahkan. - HEART SERIES 2026 - ZAHRIN HAIDER [ SECOND LEAD ELG SERIES ]