stargazell
- Reads 16,840
- Votes 910
- Parts 12
TAJUK : LIVE AFTER DEATH
PENULIS : ADHARA SYAKIL
TERBITAN : FEBRUARI 2021
PUBLISHER : KEJOUBOOK PUBLICATION
Harga : RM30 (tidak termasuk postage)
[15+ Rated Story]
BLURB
Pernah kau rasa diri kau diperhatikan sedangkan kau berseorangan dalam bilik? Pernah kau bayangkan dunia yang mempunyai tujuh dimensi ini bersatu dengan hanya pandangan mata?
Mungkin kau fikir ini cerita hantu, tetapi kau silap. Memang mata aku istimewa tapi ada yang lebih istimewa dari mata aku. Dia, gadis yang aku tak tahu muncul dari mana, tetapi sekali pandang, terus menyelinap pada saraf hati.
Hadirnya dia melekakan aku, dia bimbing aku keluar dari realiti dan masuk ke fantasi dia dan aku. Siapa dia? Itu yang sedang aku cari. Di sebalik kewujudan dia dalam hidup aku, aku tahu dia perlukan aku. Untuk apa, aku tak pasti.
Tanpa aku sedar, niat aku bukan sekadar menolongnya. Niat aku untuk mendekatinya kerana aku suka jantung aku mengepam darah laju. Otot pipi pula akan suka buat senaman senyum dan paling penting, hati aku penuh dengan wajah dan nama dia hinggakan aku dibutakan oleh cinta dia.
Ternyata, realiti itu pahit. Kenyataan yang menghentam aku buat hati aku hancur. Sekelip mata, aku rasa aku tak patut hidup, sungguh.
"I love her but she doesn't exist." - HAZEEM ZULFAHMI
Cover cun by @Lovelive122003