Fav 💖
27 stories
OUR BEAUTIFUL FATE √√ by syxhxris
syxhxris
  • WpView
    Reads 177,199
  • WpVote
    Votes 19,198
  • WpPart
    Parts 73
[Book 4] Blade Da Erol Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan. Tapi dia lupa setiap makhluk yang di ciptakan di bumi ada pasangan yang telah di tetapkan oleh Tuhan. Seorang perempuan yang tidak di ketahui asal usulnya menarik perhatiannya saat pertama kali mereka bertemu di hadapan sebuah masjid. "You're not muslim? So, buat apa dekat sini?" Soal perempuan itu. "Adik aku muslim, tengah solat dekat dalam. Kau muslim kenapa tak masuk solat?" Soalan berbalas soalan. "Aku tak layak." Jawapan perempuan itu membuatkan Blade berkerut tidak faham. Mahu bertanya lebih, perempuan itu telah pun pergi saat orang ramai mula keluar daripada masjid tersebut. Hatinya mula rasa pelik apabila dia asyik memikirkan perihal perempuan itu. Walaupun dia tidak nampak keseluruhan wajah perempuan itu tapi dia masih dapat mengecam wajah tidak berperasaan perempuan itu. Qayyum Da Enver Kejadian pada waktu senja yang tidak di duganya membuatkan dia bertekad mahu menjaga gadis misteri yang mempunyai split personaliti yang amat berbahaya. Kali pertama bertembung dengan gadis itu yang pada mulanya kelihatan amat teruk dengan darah pada tubuhnya di kala senja membuatkan dia sebagai seorang doktor terus mendapatkan gadis itu untuk menawarkan bantuan. Tapi sebaliknya berlaku gadis itu tidak mahu di bantu lantas terus berlari masuk ke dalam hutan. Apabila malam menjelma gadis itu berubah mendadak menjadi seorang gadis yang amat menakutkan. "Aku tak percaya lelaki! Kaum kau seorang yang pemusnah!" Dengus gadis itu dengan mata yang tajam. "Aku akan buktikan yang kau salah. Tak semua lelaki jahat, masih ada yang baik." Balas Qayyum tanpa gentar. "Kau ingat aku bodoh? Tch!" "Kita kahwin."
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 489,183
  • WpVote
    Votes 13,056
  • WpPart
    Parts 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
HI, ENCIK PROFESSOR! by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 133,493
  • WpVote
    Votes 13,942
  • WpPart
    Parts 37
G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis. Apa saja kes yang diberi, agensi itu berjaya membongkarkan kes itu dengan jayanya. Profesor Dr. Qarizh Zahwan, itu hanya gelarannya di siang hari. Apabila malam menjelma, si profesor sejuk beku itu akan bertukar karakter dan gelaran. Dia... The King. "Hai Mr Sejuk Beku, nak kawan dengan awak boleh?" - Aralyn. "Get lost!" - Qarizh. Kerana satu kes pembunuhan tanpa tanda, Aralyn dan Qarizh terpaksa bersemuka walau dalam tak rela. Arahan daripada Ketua Polis Negara, masing-masing perlu akur. Si Aralyn Awliya gadis detektif cengeng dan Qarizh Zahwan si profesor sejuk beku, mampukah mereka berdua menyelesaikan kes misteri pembunuhan kejam tanpa jejak tersebut? [SIRI KEDUA ABANG BODYGUARD] Tarikh mula: 29/07/2020 Tarikh akhir: - Cover: Zanieyzai PENGUMUMAN PENTING: 2025- DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA CERITA INI TIDAK LAGI AKAN DISAMBUNG. SAYA PERLU ROMBAK SEMULA KESELURUHAN CERITA INI SUPAYA MENGIKUTI TIMELINE DAN KESINAMBUNGAN NOVEL INFERNO BODYGUARD & BLAZE BODYGUARD. MAAF ATAS SEGALA KESULITAN. TERIMA KASIH KERANA MASIH SETIA MENUNGGU CERITA INI. 🥺♥️ 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺 ©️ HAK CIPTA TERPELIHARA ANGEL_K20. Tiada bahagian dalam novel ini dibenarkan untuk ditiru, dicedok atau diambil idea, diterbitkan atau disimpan semula dalam apa cara sekalipun. Jika tertangkap, pihak Angel_k20 berhak mengambil tindakan terhadap pesalah berkenaan. ANGEL_K20 29/07/2020 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺
HEY, YOU MR. VET! by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 39,512
  • WpVote
    Votes 5,320
  • WpPart
    Parts 26
Pertemuan mereka bukanlah indah seperti dalam drama tetapi bukanlah tidak manis seperti dalam cerita dongeng. Adwan Haffaz dan Kaysa Bussaina, kedua-dua manusia itu dipertemukan atas dasar tugas sulit bertanda '00-X'. Dalam meniti tugasan yang penuh mencabar, kedua-duanya saling memerlukan walaupun pada hakikatnya masing-masing tidak memerlukan. Kedengaran pelik bukan? Ya, aneh apabila si doktor veterinar Dr. Adwan Haffaz dan si pembantu peribadi Toh Puan Zainab itu sebenarnya tidak 'mesra alam' sesama mereka. "Aku sayang kucing tapi aku tak suka kau." - Dr. Adwan Haffaz. "Aku benci kucing tapi kau aku suka." - Kaysa Bussaina. Apalah yang menarik sangat pada Adwan si doktor veterinar itu sampaikan Kaysa sanggup berusaha menyayangi Sayang? Tetapi... apakah yang membuatkan Adwan sangat membenci Kaysa sehinggakan dia sanggup menjahamkan Kacak? [SIRI KETIGA ABANG BODYGUARD] Tarikh mula: 19 September 2020 Tarikh akhir: Cover: @Nurhy_dayah PENGUMUMAN PENTING: 2025- DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA CERITA INI TIDAK LAGI AKAN DISAMBUNG. SAYA PERLU ROMBAK SEMULA KESELURUHAN CERITA INI SUPAYA MENGIKUTI TIMELINE DAN KESINAMBUNGAN NOVEL INFERNO BODYGUARD & BLAZE BODYGUARD. MAAF ATAS SEGALA KESULITAN. TERIMA KASIH KERANA MASIH SETIA MENUNGGU CERITA INI. 🥺♥️ 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺 ©️ HAK CIPTA TERPELIHARA ANGEL_K20. Tiada bahagian dalam novel ini dibenarkan untuk ditiru, dicedok atau diambil idea, diterbitkan atau disimpan semula dalam apa cara sekalipun. Jika tertangkap, pihak Angel_k20 berhak mengambil tindakan terhadap pesalah berkenaan. ANGEL_K20 19/09/2020 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺
AMBER- CODE NAME: DARK [TERBIT PBAKL] by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 214,455
  • WpVote
    Votes 4,868
  • WpPart
    Parts 9
AMBER- CODE NAME: DARK "Kalau ada sesiapa yang cuba jadi tikus... pastikan bangkai mereka tidak pernah ditemui." Sebagai DARK, Aariz Iktizar hanyalah bayang dalam dunia perisikan. Senyap. Tepat. Mematikan. "Kau dalam bahaya!" - Aariz Iktizar "Di mana-mana pun petaka setia mengintai." - Amra Khayra Mampukah Aariz melindungi segalanya, atau dia akan kehilangan kedua-duanya? "Sikit masa lagi, kau akan jadi gila. Kau akan rasa kehilangan... sama macam aku rasa sekarang."
CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL] by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 163,403
  • WpVote
    Votes 5,311
  • WpPart
    Parts 14
Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir. Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut. Shafa Raisha, code name Shaurin. Juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya. "Kenapa kau selamatkan aku?" - SHAFA RAISHA Kes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya. Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing. Masalah bertambah berat apabila seorang lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Mulut kata sayang tapi hati sebaliknya. Di depan kata cinta tapi di belakang lain pula ceritanya. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan! Shafa Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun. Siapa sebenarnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang ejen perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini? "Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun." - HARRAZ ZAYNE. Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba? Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing? Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah. Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar! Terbitan: Fajar Pakeer
FEI YANG by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 17,570
  • WpVote
    Votes 3,065
  • WpPart
    Parts 29
FAHIM ZARITH - Fei Yang, si white hat hacker dihantar ke lapangan fizikal untuk melindungi kliennya daripada ancaman Grey Wolf. Namun, misinya menemui jalan sukar apabila kliennya sendiri tidak berperikemanusiaan kepadanya. AKMAL HARITH - Namanya seakan sama dengan Fei Yang, namun dia bukanlah mempunyai pertalian darah dengan penggodam itu. Dia, si klien yang mesti dilindungi oleh Fei Yang itu sangatlah kejam demi melindungi pelindungnya sendiri. Fei Yang dan Akmal Harith, kedua-dua manusia itu semestinya tidak sekepala. Dalam dinginnya Fei Yang melindungi si klien, jiwanya sendiri turut digasak hebat apabila terpaksa berdepan dengan perangai kliennya. Demi memecahkan kod rahsia "Aii Jun", kedua-duanya terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan rintangan yang mencabar fizikal serta mental. Dalam keadaan ini, mereka berdua saling memerlukan! "Aku mesti melindungi kau, Akmal." - Fei Yang. "Bercerai kita mati, Fei." - Akmal Harith. Kehadiran mengejut si bunga merah ketika misinya sedang berjalan tiba-tiba menyentak keras jantung Fei Yang sehingga ke relung masa lalu. Keberadaan Red Beauty, cinta matinya di pihak Grey Wolf benar-benar menguji rasa hatinya sendiri. Kenapa Adra Diyana yang telah mati pada 10 tahun lepas berada bersama dengan Grey Wolf? Malangnya, skil penggodamannya belum berjaya merungkaikan misteri kehilangan gadis tersebut. "Kenapa kau berubah, Zarith?" - Red Beauty. "Kau sudah mati, Adra." - Fei Yang. Hidup jejaka senyap berhoodie hitam bernama Fahim Zarith di alam realiti sangatlah sunyi dan sepi. Namun, di alam maya dialah pembunuh profesional yang digeruni oleh musuh berkolar putih. Dia... Fei Yang. Tarikh mula: 4 January 2021 Tarikh akhir: - Genre: Thriller Action Cover: InfinityAuni IMPORTANT ⚠️⚠️⚠️ Person in the cover book is Xiao Yu Liang, a Chinese actor. The cover book not official. Picture used for illustration only. I'm his fan, actually. Love! ❤️
HEL by _hyun_yunzz
_hyun_yunzz
  • WpView
    Reads 3,534
  • WpVote
    Votes 576
  • WpPart
    Parts 11
"Aku dah kata... Jangan bangkitkan diri aku yang sebenar..." - Priscilla.
DERITA YANG KUDAMBA by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 7,739
  • WpVote
    Votes 1,037
  • WpPart
    Parts 11
Angel_k20