Novel paling best yang pernah aku baca✔️
31 story
Sesat Dalam Rindu بقلم AirinzH
AirinzH
  • WpView
    مقروء 81,753
  • WpVote
    صوت 3,783
  • WpPart
    أجزاء 44
Mereka bertemu dan bercinta mengikat janji setia. Namun itu semua belum cukup untuk menepis dugaan hanya kerana salah faham terungkai ikatan cinta terurai janji setia. Akan terbalutkah luka memadam benci memaut kasih menyambung cinta? Bagi Effendi, tegarnya Rafika meninggalkannya. Pergi tanpa pamitan tanpa ucapan selamat tinggal tanpa dia tahu di mana salah dan silapnya. Dia buntu, dia keliru. Hari demi hari dia menanti, namun Rafika tidak kunjung kembali. Rafika pergi membawa cinta namun meninggalkan amarah di jiwanya. Aku setia mencintai rupanya dirimu tidak pernah menghargai - Effendi Bagi Rafika, perginya seketika cuma. Akan dia kembali kepada cintanya. Tidak disangka kejadian menimpa. Apabila kembali kasihnya telah tiada. Dirinya terbuang begitu saja. Pergilah dia memendam duka dalam kepayahan memadam sebaris nama Effendi di jiwanya. Tiada erti kasihku di sisimu, aku terbuang dalam memegang tali cintamu - Rafika *** tak pandai nak buat sinopsis meletop, jemput baca semua but don't forget to drop your comment yang membina, terima kasih 😘😘😘
Untitled Dream بقلم jo_dar
jo_dar
  • WpView
    مقروء 15,305
  • WpVote
    صوت 860
  • WpPart
    أجزاء 35
Disebalik identiti yang diselindungnya, ada janji yang dipegang. Dari jauh dia perhatikan si bidadari hatinya, mengumpul keyakinan untuk menyembuh parut di jiwa itu. Cintanya pada 2 beradik itu mengatasi rasa takut yang dia hadapi. Dia sedia menggalas tanggungjawab di antara kasih persahabatan dengan cinta pertamanya. Kehidupan aku berubah saat mereka pergi selamanya dari sisi aku. Siang malam aku mempersoal tiap kejadian. Ada tika aku ingin memisahkan nyawa dan jasadku dengan sendiri. Separuh hati berharap ada keajaiban dan separuh lagi mahu terus tenggelam dengan kesedihan. Dia hanya inginkan abang dan insan dicintai dalam diamnya untuk kembali. Rasa hatinya tidak setanding lelaki itu, padanya lelaki itu lebih layak menerima sekeping hati gadis misteri itu. Kerna dia tahu jatuh bangun lelaki itu saat kehilangan separuh dirinya. Melihat mereka bahagia, sudah cukup membuatkan dia tersenyum juga. Siapa antara mereka yang memilik mimpi tak bernama? Yang telah pergi atau yang telah kembali? Berbicara tentang kasih 2 darjat iaitu persahabatan dan cinta pertama? Happy reading ❤️
NURIN | 2 [c] بقلم riceandbooks
riceandbooks
  • WpView
    مقروء 37,652
  • WpVote
    صوت 2,810
  • WpPart
    أجزاء 27
Nurin - Tak perlu diceritakan lagi tentang dirinya. Pada mata orang luar, mereka mencemburui kehidupan Nurin yang serba mewah tetapi itu semua hanyalah taktik untuk mengaburi orang luar. Selepas Datin Salina dipenjarakan, kehidupan Nurin menjadi buah mulut orang ramai. Gosip dan cerita buruk tentang keluarganya ada di merata-merata tempat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Nurin tak berdiam diri, dia mengambil tindakan berat kepada sesiapa saja yang menyebarkan berita palsu tentang keluarganya. Kerana kesihatan Dato Isma yang kurang baik, bapanya membuat keputusan untuk menarik diri dari jawatan Pengarah bagi syarikat Isma Holding. Kekosongan jawatan tersebut membuatkan ramai ahli BOD menunjukkan belang masing-masing. Dato Isma menyerahkan jawatannya kepada Nurin atas kepercayaan yang tinggi tetapi keputusan itu mendapat tentangan hebat terutama sekali dari abangnya sendiri, Dato Ishak. "Masa Datin Salina ada pun, Nurin boleh tewaskan dia. Inikan pula..." "Argh! Kedudukan aku ini lagi tinggi dari Salina dan Isma, mereka berdua macam kacang hijau bila berada di sebelah aku. Setakat Nurin... Ceh! Aku boleh jatuhkan dia sekelip mata saja!" Nurin dengan konflik syarikat dan keluarga. Irsyad pula tersepit di dalam kes kliennya. Kes hak penjagaan anak bagi kliennya, Adel. Hanya kerana dia menang dalam kes itu, Irsyad diburu oleh bekas suami Adel. Musuh Adel menjadi musuh Irsyad. Tetapi ada sesuatu yang tak kena di mata lelaki itu. Dia diburu oleh bekas suami Adel tetapi kenapa Nurin juga terkena tempiasnya? Mustahil semua ini hanya kebetulan. Saat mata dan minda fokuskan kepada musuh masing-masing, musuh mereka sebenarnya ada di depan mata sahaja! "Setiap hari aku minta dekat Tuhan supaya kau hidup dalam kesakitan, Irsyad. Kalau aku tak bahagia, kau pun tak layak untuk bahagia!" Published: 29th January 2021
NURIN [c] بقلم riceandbooks
riceandbooks
  • WpView
    مقروء 89,768
  • WpVote
    صوت 4,734
  • WpPart
    أجزاء 32
☆ [Winner of Wattys 2020 - New Adult] Nurin - Seorang wanita yang mempunyai semangat kental dan sentiasa bekerja keras. Kehidupannya sebagai anak hartanah terkenal, Dato' Isma sangat dicemburui oleh orang lain tapi tak ramai yang tahu tentang kehidupan sebenar Nurin. Kehadiran ibu dan kakak tirinya membuatkan hidup Nurin bertambah serabut. Ada saja perkara yang mereka cuba lakukan untuk menjauhkan dirinya dari Dato' Isma. Disebabkan hasad dengki kakak tirinya, Husna, Nurin terlibat dalam kemalangan. Kemalangan yang meragut nyawa wanita bernama Dahlia. Tidak pernah ada sehari pun, hati Nurin tidak menyesal dengan apa yang terjadi. Dari insiden itu juga, dia mengenali Irsyad, peguam yang membela pihak Dahlia dan ingin membawa Nurin masuk ke dalam penjara dan dijatuhkan hukuman. Bagi Irsyad, wanita itu tak akan hidup tenteram selagi dia tidak dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan apa yang telah terjadi kepada tunangnya. Kerana keangkuhan Nurin, Irsyad berfikir negatif tentang diri wanita tersebut. Kejam. Tak berhati perut. Hanya gunakan duit untuk jatuhkan orang lain. Itu apa yang dia fikirkan. Namun, selepas mengenali Nurin pada setiap perjumpaan mereka, satu per satu rahsia Nurin diketahui. Nurin pula, semakin membenci Irsyad kerana daripada orang asing, kini Irsyad lebih tahu tentangnya berbanding orang yang sentiasa ada dengannya. Published: 16th July 2019 Achv: #1 for NovelMelayu (tag) [20th August 2021]
Between 2 Love(✔Completed) بقلم Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    مقروء 1,209,572
  • WpVote
    صوت 43,747
  • WpPart
    أجزاء 67
@Between 2 Love@Novel ke-3 @Romantik @Wattpads @2018 Dalam kisah aku, ada dua benda yang paling bermakna. Pertama, keluarga aku dan yang kedua adalah persahabatan aku dan Yara. Keluarga aku sempurna dan bahagia begitu juga persahabatan aku juga mengamit kenangan gembira. Namun, kisah siapa saja yang sehingga ke akhirnya adalah bahagia kan? Aku diduga satu persatu cubaan. Yang paling memeritkan, aku kehilangan seorang sahabat yang amat aku cinta dan kasih. Pemergian Yara meninggalkan satu pesan untuk aku sekaligus amanah untuk tunangnya, Aqhif. Dari situ, cerita hidupku bermula. 'Jagakan Lara untuk saya, Aqhif. Saya tiada lagi peluang kedua untuk menjaganya. Hanya awak saja yang saya harapkan untuk menjaga dia. Ambil dia, sebagai pengganti saya.'- itulah utusan yang Yara tulis untuk Aqhif. Ikuti kisahnya dalam 'Between 2 Love'. #Prolog-24/12/17 #Continue 2018
 HAIDER LUTHFAN || TERBIT بقلم thelifeof_rene
thelifeof_rene
  • WpView
    مقروء 7,300,621
  • WpVote
    صوت 56,791
  • WpPart
    أجزاء 12
[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." Larayne Xaviera x Haider Luthfan All rights reserved by thelifeof_rene Start:Januari 2022 End : Mac 2022 ⚠️Emosi Berat! ⚠️Read at your own risk!
Heart Moon ✔︎ بقلم ssyahk
ssyahk
  • WpView
    مقروء 108,572
  • WpVote
    صوت 3,141
  • WpPart
    أجزاء 51
"Dayyan," "Ye?" "Jom kahwin dengan aku?" Dia, Dayyan Arsyad telah pun dilamar oleh anak majikannya sendiri, Luna Elaina. Semuanya bermula daripada satu janji yang dibuat oleh mereka berdua. Sebuah perjanjian 19 tahun yang lalu. Namun, lamaran itu ditolak oleh Dayyan. Alasannya kerana mereka tidak setaraf. "Sebab...saya anak driver je. Cik Luna pula boss. Kita berbeza," Alasan drama pukul 7 diberinya. Pelbagai cara Dayyan cuba menolak Luna tetapi perempuan yang ingin mengahwininya itu adalah Luna Elaina. Seorang perempuan yang akan membuat apa sahaja untuk benda yang dia nak. Apa yang dia mahu, dia akan dapatkan. Tapi...terdapat kisah yang perit disebalik sikapnya itu. "Memang aku tak nangis. It's because i'm dead inside! Dan semua ni jadi disebabkan kau! Apa yang aku buat sampaikan kau buat aku macam ni! You never change. Dari dulu sampai sekarang, kau tak pernah nak terima aku. Mata kau ni...penuh dengan kebencian. Kebencian kau terhadap aku!" Apakah yang terjadi? Start : 16 . 11 . 2021 End : 16. 12 . 2022
The Truth Untold بقلم hazelmilktea
hazelmilktea
  • WpView
    مقروء 480,238
  • WpVote
    صوت 29,050
  • WpPart
    أجزاء 43
[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed ✓ :: Sad Romance Sakit. Sakit yang Aireen rasakan hanya dipendam kepada diri sendiri. Sakit akibat bertepuk sebelah tangan dengan seseorang yang tidak patut dia sukai. Langsung tiada siapa tahu bahawa dia mempunyai hati kepada lelaki itu. Lelaki yang telah berkawan rapat dengannya sejak kecil lagi. Perangainya yang senang membuatkan Aireen berasa selesa untuk berkawan dengannya. Hingga dia tidak sedar bahawa dia semakin jatuh cinta terhadapnya. "Ni lah special guest yang Ian bagitau. Perkenalkan, Hanis Athieya. Girlfriend Ian" - Tengku Ian Raykarl "You must be kidding me. Girlfriend? Since when kau pernah serious dengan perempuan, huh?" - Aireen Nadhirah "No, Reen.. This time, aku memang serious. Sepanjang aku kenal dia, dia dah ubahkan hidup aku. I feel much better with her by my side." - Tengku Ian Raykarl. "So you're happy with her?" - Aireen Nadhirah "Yes. And aku dah plan, around next year, I'll get married with her." - Tengku Ian Raykarl. Dibiarkan perasaannya tergantung sepi kerana lelaki tersebut. Hanya kerana dia mahu lelaki itu bahagia, dia sanggup. "I love you, Ian" menitis lagi air matanya saat meluahkan perasaan itu seorang diri. Sungguh sakit menahan perasaan itu seorang diri. Kenapa dia perlu ada perasaan itu terhadap lelaki itu? Kenapa dia? Kenapa dia seorang sahaja yang perlu merasa perasaan ini? Tuhan, tolong kuatkan aku.
Ajlaa Milik Zayyan بقلم CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    مقروء 64,321
  • WpVote
    صوت 5,799
  • WpPart
    أجزاء 18
"Pertama kali melihat, hati terus jatuh terpikat", +++ Pertemuan pertama antara Zayyan Amsyar dan juga Nur Ajlaa disebabkan oleh Reiss Wildan. Gadis itu seperti bidadari yang setiasa sudi menabur kasih sayang untuk Reiss membuatkan hati Zayyan terus terpikat. "Jadi ibu Reiss boleh?" - Zayyan Amsyar. "Saya boleh jadi cikgu untuk Reiss tapi bukan jadi ibu" - Nur Ajlaa. Bagi Ajlaa, satu kerja gila untuk dia menikahi suami orang apatah lagi lelaki itu serba serbi sempurna hidupnya. Tetapi, setelah Ajlaa tahu kisah hidup seorang Reiss Wildan. Sungguh, dia mula tak sampai hati. Apatah lagi... "Cik Ajlaa. Saya ada cadangan yang menarik. Saya akan tambahkan dana untuk membesarkan rumah anak yatim yang Cik Ajlaa ada asalkan Cik Ajlaa sudi jadi isteri saya" - Zayyan Amsyar. Sebolehnya, Nur Ajlaa hendak menolak. Namun, dia juga manusia biasa yang mudah kalah dengan perasaan. Jika Zayyan sering menggoda sudah pasti hati terpaut juga. Ajlaa ikhlas menjaga Reiss persis anaknya sendiri. Namun, mampukah Ajlaa menepis api amarah isteri pertama Zayyan? Atau sebaliknya?
+18 أكثر
NASH: Hero Si Sweet Devilish بقلم CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    مقروء 267,368
  • WpVote
    صوت 22,635
  • WpPart
    أجزاء 70
DIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. Disebabkan itu, Rizq Althaf menawarkan diri untuk memperisterikan Raisya Asluna supaya gadis itu dapat mengetahui bahawa kasih sayang bukan semua harus diberikan bukti. Luna tak mampu nafikan bahawa seorang Rizq memang sangat sempurna bagi seorang lelaki dan suami. Tetapi, kekurangan lelaki itu cuma satu. Rizq... Tak pernah sekalipun memandang dia sebagai seorang 'isteri' mahupun 'wanita'. Malahan, Rizq menurut setiap arahan walid dan juga ayah angkatnya persis anak yang soleh. Hati Luna terluka. Hadirnya juga seseorang gadis yang merupakan anak arwah kawan baik walid dan ayah angkatnya, dunia Luna terus menjadi kelam apabila Rizq diarahkan untuk berkahwin dengan gadis itu. Dia terus diadili bagaikan pesalah membuatkan Luna terus saja hanyut dalam lautan derita. "Jika hati kau tak lagi kuat hendak menampung luka. Jangan lupa menjerit sekuat hati supaya semuanya hilang. Saat kau rasa kalah mengharungi semuanya. Aku akan datang untuk berikan kau bahagia, Luna" - Nash Harizal Meskipun perit, masalah tetap perlu dihadapi. Kebenaran tetap perlu dicari. Cinta tetap perlu dihargai. "Laureen takut..." - Laureen Alyah Tegakah Luna untuk terus membenci jika Laureen juga mangsa di dalam kisah ini? Adakah penipuan di dalam sebuah kebenaran? Apakah penghujung buat kisah ini? Akankah ada keadilan buat seorang Raisya Asluna? +++ Start: 28/6/21 End: 24/8/21