best-loved list (malay)
198 stories
Di Bawah Langit Yang Sama. [C] by misseshaa
misseshaa
  • WpView
    Reads 32,488
  • WpVote
    Votes 1,790
  • WpPart
    Parts 65
HAIKAL AMRIN | MAYA KEHLANI If it never hurts, was it ever love? Haikal Amrin tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana kehadiran seorang wanita. Luka daripada hubungan silam membuatkan dia trauma untuk membuka hati kepada mana-mana perempuan. Namun, apabila usianya semakin menghampiri angka 30-an, keinginan untuk memiliki sebuah keluarga mula memenuhi ruang hatinya yang sekian lama kosong. Segalanya berubah apabila Maya hadir dalam hidupnya. Mahligai yang dibina atas nama cinta bersama wanita itu terasa sempurna. Maya Kehlani bukan sekadar pekerja di kafe miliknya, malah seseorang yang rupanya telah lama bertapak di sudut hatinya tanpa disedari. Pertemuan pertama mereka empat tahun lalu masih kekal segar dalam ingatan Haikal, seolah-olah takdir telah lama menulis nama mereka pada helaian yang sama. Hubungan mereka berdiri utuh. Bagaikan bulan dan bintang, Haikal dan Maya saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap tawa, setiap janji, dan setiap bicara terasa seperti rumah yang akhirnya ditemui setelah sekian lama mencari arah. Namun, tidak semua kebahagiaan ditakdirkan untuk bertahan selamanya. Apabila satu persatu kebenaran terungkap mampukah mereka pertahankan mahligai yang dibina bersama? Atau sebenarnya, takdir mereka sememangnya ditulis untuk saling menyakiti sejak awal lagi?
Lily Moon (Completed) by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 4,168
  • WpVote
    Votes 314
  • WpPart
    Parts 17
PANDORA series | SIDE STORY | Seth Bastian x Bulan Helena | PRELUDE: Before & After Levi's Sweet Honey | Kisah perjalanan hidup Seth Bastian dalam mencari diri sendiri dan menjadi seorang yang lebih baik. DISCLAIMER: Karya ini fiksyen semata-mata dan apa yang diceritakan 100% fiksyen dan hanya dalam dunia penulis. Yang baik dijadikan pengajaran, yang buruk mohon dijauhkan. TAK WAJIB, tapi kalau nak faham lebih, boleh baca Levi's Sweet Honey dulu.
P A L O M A [COMPLETED] by itsnazshabs
itsnazshabs
  • WpView
    Reads 603,575
  • WpVote
    Votes 22,242
  • WpPart
    Parts 57
Garapan ke-2 Ini bukan cerita paling manis, paling romantis dan paling hijau. Ini adalah cerita mengarut dan banyak lompong hasil eksperimentasi kemampuan si penulis. Expect less or better yet, expect none - nazshabs "A dove of broken wings and silent scars." "A prince in silent sorrow, a tale begun."
Takdirku Bukan Kita | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 89,528
  • WpVote
    Votes 3,985
  • WpPart
    Parts 20
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
IVAN QIDRAN by Daniaaryanna
Daniaaryanna
  • WpView
    Reads 1,902,453
  • WpVote
    Votes 55,174
  • WpPart
    Parts 70
STATUS: COMPLETE IVAN QIDRAN x AERIS ALAIA Disebalik wajah ceria Aeris Alaia tersembunyi luka yang tak pernah sembuh. Membesar dalam dunia yang tidak adil, ibu yang bergelut dengan sakit mental, ayah tiri yang penuh kekerasan, dan bayang seorang ayah kandung yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sehinggalah takdir mempertemukan dia dengan seorang lelaki asing yang sering muncul tanpa diundang, Ivan Qidran. Dari situ, hidup Aeris mula berubah. Hidup yang dulunya kelam kini mula bercahaya. Dalam satu keberanian yang hampir dianggap gila, Aeris melangkah lebih jauh. "Awak, awak nak kahwin dengan saya tak?" - AERIS ALAIA "Desperate sangat ke kau ni sampai ajak aku kahwin?" - IVAN QIDRAN Saat Aeris cuba mendekat, Ivan sentiasa memilih untuk menjauh. Ada benteng yang sengaja bina antara mereka. Katanya, Aeris hanyalah 'adik'. Tapi benarkah sekadar adik atau itu cuma alasan untuk menyembunyikan rasa aneh yang semakin bercambah? "Kerana janji dan amanah, takdir kita tercipta."
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,787,879
  • WpVote
    Votes 63,914
  • WpPart
    Parts 81
[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai?
The Love Sets by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 1,005,571
  • WpVote
    Votes 43,019
  • WpPart
    Parts 64
STAND-ALONE ⋆͛︎ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Kebahagiaannya pernah dirampas saat menyaksikan teman lelakinya mendirikan rumah tangga bersama sepupu sendiri. Dia rasa dikhianati sehingga tekad untuk mengunci rapat pintu hatinya. "Kenapa aku?" "Sebab saya dah jual nama encik." Kerana ingin membuktikan dia tak terkesan dengan berita itu, Della meminta pertolongan Reis untuk menghadiri majlis perkahwinan itu bersamanya. Kekasih palsu. Hubungan dan lakonan yang dibuat-buat akibat keterlanjuran mulut Della. Dan setelah semua itu berakhir, Reis seakan-akan menjauhkan diri daripada Della sehingga mereka bertemu semula. "Aku tak nak berlakon lagi." Reis serius mahu menjalinkan hubungan sebenar. Sejauh mana Della menolak, Reis pasti mendekat. Selagi cinta Della mampu diraih, Reis tak mengalah. Segalanya dia lakukan untuk menakluki hati Della.
Hati yang TERLUKA (OG) by its4lya_
its4lya_
  • WpView
    Reads 6,284
  • WpVote
    Votes 263
  • WpPart
    Parts 9
(Kita semua sedang mencari tempat untuk pulang, tapi Anabella... sedang belajar untuk tidak takut lagi.) Anabella Mireille lahir ke dunia dengan harga yang terlalu mahal-nyawa ibunya sendiri. Sejak itu, hidupnya tak pernah cerah. Bapanya, yang dahulu pelindung, berubah menjadi lelaki asing selepas bernikah dengan wanita yang bertopeng manis. Disisih, disakiti, dan dipersalahkan... Anabella membesar dalam rumah yang penuh benci dan pukulan emosi. Trauma membekukan jiwanya. Dia tidak percaya pada lelaki - bagi Anabella, semua lelaki sama. Sehingga muncul Tengku Azriel Afnan - lelaki berdarah raja yang dingin dan matang, tapi diam-diam menyimpan hati yang lembut. Tak pernah terlintas dalam hidup Azriel untuk jatuh cinta. Tetapi gadis sunyi bermata sayu itu menggoyahkan prinsipnya. Anabella tak kenal siapa Azriel sepenuhnya, tapi bersamanya... dia tak pernah takut. Ketika Azriel melamar dengan satu janji... "Kahwin dengan saya. Saya janji saya sembuhkan trauma awak, Anabella." ...hati Anabella berperang. Mampukah dia percaya? Sedangkan dia sendiri membenci bayangannya? "Awak tak faham saya, Azriel. Saya benci diri saya. Hati saya yang terluka ni susah nak sembuh." Satu jiwa yang dingin. Satu hati yang retak. Mereka bertemu - bukan untuk melengkapi, tapi untuk menyembuhkan. Namun, mampukah cinta menghapus trauma silam? Dan mampukah "hati yang terluka"... akhirnya merasa bahagia?
6.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL 2 [COMPLETED] by Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Reads 410,950
  • WpVote
    Votes 29,001
  • WpPart
    Parts 33
Start : 10/5/25 End : 26/11/25
Maybe I Love You by aryssruelle
aryssruelle
  • WpView
    Reads 58,154
  • WpVote
    Votes 3,941
  • WpPart
    Parts 42
[slow update] Zane Larsen & Sophia Amora