Reading List
13 stories
Nusa Kayangan : Pitu Sandi Wening [C] by xavieriazoey
xavieriazoey
  • WpView
    Reads 9,456
  • WpVote
    Votes 1,206
  • WpPart
    Parts 52
Tujuh sahabat perempuan yang lama terpisah akhirnya bersatu semula untuk sebuah percutian ke sebuah perkampungan kecil yang dikatakan hadiah istimewa daripada seorang rakan bisnes misteri. Turut serta dalam percutian itu ialah enam lelaki. Pasangan dan kenalan lama mereka yang menambah keceriaan sepanjang perjalanan. Apa yang bermula sebagai percutian indah dan penuh kenangan, berubah menjadi mimpi ngeri apabila salah seorang daripada mereka tiba-tiba menghilang tanpa jejak. Malam itu juga, mereka semua diculik oleh penduduk kampung dan dipaksa menyertai satu ritual aneh di bawah cahaya bulan merah. Tanpa disedari, mereka berdua belas terjerumus ke dalam sebuah dunia ghaib purba. Nusa Kayangan, sebuah alam misteri yang dihuni makhluk legenda, kuasa sihir dan rahsia berdarah yang mengikat mereka semua. Untuk keluar dari dunia itu dan menyelamatkan rakan mereka yang terperangkap, mereka perlu merungkai misi kuno, melawan musuh ghaib dan membongkar kebenaran tentang siapa diri mereka sebenarnya. Namun dalam perjalanan penuh bahaya itu, satu kebongkaran yang tidak dijangka menghancurkan kepercayaan mereka. Salah seorang daripada mereka sebenarnya telah lama bersekongkol dengan kuasa gelap dan menjadi punca mereka terperangkap di dunia itu. Pengkhianatan itu bukan sahaja menguji kepercayaan, tetapi membuka jalan kepada kegelapan yang jauh lebih besar daripada yang mereka sangka. Dalam dunia di mana takdir, cinta dan warisan berdarah bercampur aduk, setiap pilihan boleh membawa keselamatan... atau kemusnahan. SINOPSIS : 30/6/2025 START : 1/7/2025 END : 15/8/2025
Exam Dibatalkan 2.0  by Nixs_A-zy
Nixs_A-zy
  • WpView
    Reads 7,419
  • WpVote
    Votes 988
  • WpPart
    Parts 54
☣️ NO MORE HOME ☣️ Setahun yang seolah-olah para survivors tempuhi ibarat seratus tahun telah berlalu. Zombies? Apacer, sudah tidak digeruni. Manusia terselamat? Mungkin yang lebih patut ditakuti. Semua mungkin fikir jika dunia mengalami zombie outbreak, tiada tempat lagi yang selamat. Dari segi.. pemikiran minda yang logistik, pernyataan itu tidak salah mahupun benar. Namun, betul ke zombie yang menjadi punca tiada tempat lagi yang selamat untuk melindungi diri? Banyak persoalan, bukan? Begitulah yang menjadi tanda tanya kepada para survivors yang berjaya survive selepas setahun krisis penularan 'unknown' virus yang literally menukarkan manusia kepada pemangsa manusia di serata dunia ini. Persoalan paling penting, sejauh manakah mereka, para survivors sanggup melangkah demi mencari jawapan kepada persoalan mereka? Jika anda fikir kisah Anis Ufairah dan rakan-rakannya telah tamat, anda salah. HAHA. ☣️☣️☣️ This is the sequel kepada Exam Dibatalkan-- yang ada tagline 'Run n Fight'. Few heads up! ⚠️ Cerita ini akan be like.. almost 270 darjah berbeza daripada buku first. Termasuklah, the genre. Sepatutnya buku lepas thriller, and this book will be sci-fi. ⚠️ Tiada buku sci-fi yang tidak merepek. HAHA LOL. Namun, ketahuilah authors yang berani sahaja mampu karyakan coretan bergenre sci-fi yang 99.98% berdasarkan pengetahuan saintifik yang dia ada dan berdasarkan researches yang dilakukan. ~ Happy reading^^ Nixs, pis out ✌🏻💫
Irene: The Lost Witch [✔️]  by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 486,827
  • WpVote
    Votes 66,100
  • WpPart
    Parts 200
(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka semua ini akan terjadi tetapi aku tidak menjangka bahawa aku akan kembali semula pada umur aku 17 tahun. Apa yang sudah terjadi? Masa sudah diputarkan. Siapa yang lakukan? Aku mahu mencari siapa orang itu namun aku juga ingin membalas dendam. Membalas dendam atas kematian aku. Sikit demi sedikit aku cuba membalas dendam dan disebabkan dendam aku itu aku mengetahui sesuatu yang disorokkan oleh ayah aku selama ini. Aku tersedar bahawa aku adalah... Start: 1.7.2021 End: 31.12.2021
LAST HUNTER : THE BEGINNING by mynameismas
mynameismas
  • WpView
    Reads 43,836
  • WpVote
    Votes 2,916
  • WpPart
    Parts 51
Apabila langit dan bumi berdarah. Akan lahir Dia Yang Terpilih. Dia dari darah tulen. Dia dari darah 600 purnama. Dia memutihkan apa yang hitam. Dia menerangkan apa yang gelap. Dia menjernihkan apa yang keruh. Dia mencantumkan apa yang retak. Dia mendekatkan apa yang jauh. Pada saat dan ketika. Apabila permulaan adalah pengakhiran. Apabila kehidupan adalah kematian.
Hikayat Insan Nayanika by dinasayfu
dinasayfu
  • WpView
    Reads 7,265
  • WpVote
    Votes 826
  • WpPart
    Parts 32
Sungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supaya dapat merahsiakan dirinya yang sebenar tanpa terbongkar atau dibongkari? Seroja yakin bahawa amat sukar bagi dirinya untuk orang ramai tidak tertarik akan dirinya. Kerana matanya yang lain daripada yang lain, maka dia yakin ramai orang akan tertarik pada dirinya. Nayanika. Ya, Puteri Syarifah Seroja memiliki mata yang indah dan memancarkan daya tarikan tersendiri yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ini semua kerana mata kanannya yang berwarna biru itu pasti menjadi tumpuan ramai. Selepas beberapa hari terperangkap di kerajaan musuh. Hari demi hari dia merasa masa berjalan sangatlah perlahan. Lukanya pula ambil masa agak lama untuk sembuh jika dibandingkan dengan dirawati oleh tabib istana. Hatinya gusar. Dia tidak boleh buat sesuatu tindakan sesuka hati. Pertemuan Puteri Syarifah Seroja dengan dia membuatkan sang puteri gusar. Gusar akan keselamatannya dan orang sekelilingnya. Adakah rahsianya akan terbongkar? Adakah rohnya masih kekal dalam jasadnya setelah terperangkap di kerajaan musuh? Atau sebaliknya? status: slow update
♡ HIKAYAT CINTA SANG PUTERA ♡ ♕ by Hikari_2005
Hikari_2005
  • WpView
    Reads 7,715
  • WpVote
    Votes 423
  • WpPart
    Parts 34
Bukan kerajaan ni tahu kitaorang wujud pon... Satu salah paham boleh hancur semua. Saya akan pastikan itu takkan terjadi Boleh kah tujuh orang putera mempertahankan hubungan adik-beradik mereka sambil menyelesaikan misteri keluarga yang tidak dirungkai lebih dari 20 tahun? Watak Utama: Taehyung Y/n Jin Yoongi Hoseok Namjoon Jimin Jungkook
Muzika Melodia by Merci_Misha
Merci_Misha
  • WpView
    Reads 513,972
  • WpVote
    Votes 41,904
  • WpPart
    Parts 95
Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik. Alat muzik? Semua orang boleh latih diri untuk main. Eh, tapi bukan untuk sekolah ini. Ochestra World. Setiap penghuni dunia ini pasti akan dilahirkan dengan satu tanda lahir di mana-mana bahagian tubuh badan. Tanda lahir yang mana memastikan kelebihan seseorang itu untuk memainkan sejenis alat muzik. Setiap seorang, pasti akan memiliki bakat khas untuk satu alatan muzik. Tapi tidak bagi Hailey, seorang gadis Perancis yang dilahirkan dalam keluarga Chanson. Keluarga yang mempunyai kelebihan untuk memainkan semua alatan muzik. Namun, keluarga inilah yang diburu dari zaman dahulu kala oleh sesebuah pihak. Bersembunyi di sebalik bayangan magis piano, Hailey memencilkan diri. Tibanya surat diraja buat keluarga mereka, menjunamkan lagi nama keturunannya. Adakah hanya dengan muzik, segalanya bakal terbongkar bagai tidak terusik? "Let the music begin." • ────── ✾ ────── • Best achivement : The Watty Award 2019 Winner #1 in Fantasy #1 in Adventure #7 in Teen Fiction Ditulis pada tahun : 2018 ♡ Sumber : Wattpad ♡ Penulis : Merci_Misha/Haninay
THE DEFECTIVE by Raydensaphire
Raydensaphire
  • WpView
    Reads 43,567
  • WpVote
    Votes 497
  • WpPart
    Parts 36
*Ini adalah karya Defective versi baru! Sinopsis: Souliers - Manusia yang memiliki Soul Force dan mampu menggunakannya untuk memanifestasikan Soul Weapon. Dilahirkan dalam kalangan Souliers, tambahan pula keluarga Noble, apabila Mikhayl tidak mampu memanifestasikan Soul Weaponnya dan didiagnos mempunyai kecacatan Soul yang kekal, dia terus menjadi manusia asing yang dipulaukan dalam kerajaan Aryan hatta dalam keluarganya sendiri. Mikhayl sudah lama menerima takdirnya itu. Dipandang rendah, dipulau, dikutuk belakang? Itu benda biasa bagi Mikhayl yang dia boleh hadap sambil senyum selamba dan muka poker. Namun bila suatu hari dia diberitakan yang dia akan ditunangkan dengan Rayyan, idola dan heronya, Mikhayl: *(O v O)* --------------- Rayyan, The Fallen Hero. Itu gelaran yang sesuai baginya. Akibat diserang, Soul Weaponnya rosak teruk, sekaligus mencedera-parahkan Soul Forcenya. Dia yang dahulunya berdiri di puncak sebagai antara pahlawan terkuat kerajaan Aryan, kini tidak lagi kedengaran namanya, pudar dari bicara semua. Bila mendapat tahu yang dia akan ditunangkan dengan seorang gadis yang cacat Soul Forcenya sejak lahir, Rayyan pasrah. Kerana dia pun serupa sahaja. Namun dia tak sangka pula tunangnya itu merupakan peminat tegarnya. Dan kemudian baru dia sedar, tunangnya itu sebenarnya merupakan seorang gadis yang genius, berotak mesin fotostat, dan sangat mahir berlawan.
The Second Warriors [C] by yuyun309
yuyun309
  • WpView
    Reads 367,896
  • WpVote
    Votes 22,075
  • WpPart
    Parts 53
-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku padanya. Dan seorang lelaki yang mengatakan dirinya datang dari dunia lain. Bolehkah dia percaya? Kisah pengembaraan, persahabatan, dan juga cinta Kayna Silveria yang baru bermula di dunia barunya.
Enam Terpilih by fazryzafatyn
fazryzafatyn
  • WpView
    Reads 113,702
  • WpVote
    Votes 11,098
  • WpPart
    Parts 51
Atas dasar rasa ingin tahu, Aleya membuat keputusan untuk menerima satu jemputan misteri ke Perlis. Ezlan pula yang dikurniakan satu kebolehan cuba mengubah takdir, namun malangnya, bas yang dinaiki dia dan Aleya telah mengalami kemalangan maut. Mereka berdua telah terkandas di dalam hutan aneh bersama empat orang lain yang tidak dikenali, iaitu Adan, Fuad, Hani dan Zana. Mereka berenam cuba bertahan dalam pelbagai rintangan tanpa mengetahui bahawa mereka mempunyai satu persamaan. Apakah yang akan berlaku kepada mereka? Dapatkah mereka menyelamatkan diri mereka? (Completed)