iamysha1270's Reading List
47 stories
SHE by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 4,563,819
  • WpVote
    Votes 6,643
  • WpPart
    Parts 2
Mahu menolong, malah disalah erti dan akhirnya membuatkan seorang gadis gelandangan terpaksa berkahwin dengan lelaki kaya.
(preview) SALAFI - sebuah novel Shaz Johar by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 1,846
  • WpVote
    Votes 33
  • WpPart
    Parts 1
Di sebalik tudung labuh, Fatihah memendam cinta dan cita-cita. Cintanya pada Brian, lelaki yang bukan seagama dan cita-citanya untuk memiliki hidup sama seperti orang lain. Tinggal bersama keluarga yang terlalu mementingkan syurga dan neraka, membuatkan dia terdesak untuk memecahkan kongkongan itu sehingga tiba-tiba dia ditemui mati. Apakah dia telah menjadi mangsa kekejaman honor killing di tangan abangnya sendiri? Atau itu jalan terakhir yang dipilihnya?
(preview) ENTITI - sebuah novel Syafiq Aizat by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 3,242
  • WpVote
    Votes 73
  • WpPart
    Parts 1
Sebagai pelajar baru di sekolah, banyak benda baru yang dia perlu cari. Seperti kawan baru, makwe baru, sumber inspirasi baru dan gaya hidup baru. Namun, benda baru lain pula yang dia jumpa: sebuah buku lama yang membawa dia untuk belajar ilmu-ilmu baru. Buku yang sarat dengan cara-cara memanggil hantu, menjampi, dan maklumat tentang hal mistik yang tidak pernah dia tahu. Pada masa yang sama, dia juga telah menarik perhatian si pemerhati yang baru. Menyedari yang dia dan orang di sekelilingnya dalam bahaya, Iskandar perlu menemukan jalan untuk menyelamatkan semua orang. Mampukah dia menyorok daripada entiti yang dia sendiri tak nampak?
(preview) PUAKA - sebuah novel Sahidzan Salleh by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 1,926
  • WpVote
    Votes 20
  • WpPart
    Parts 1
Setelah menjalani latihan praktikal di sebuah ladang, tiga sahabat - Amirul, Roslan Dan Malik - telah pergi ke sebuah hutan dan bertemu dengan sekor jembalang bernama Jack D dalam sebuah banglo mistik. Jack D menawarkan hidup yang gemilang kepada mereka bertiga dengan syarat mereka membuat perjanjian dengannya dan membawa seorang manusia untuk dikorbankan. Tujuh tahun kemudian: Setelah menikmati segala kesenangan dan impian masing-masing sebagai pengarah filem, pelakon dan novelis, salah seorang daripada mereka telah dilaporkan hilang dan isterinya mati dibunuh. Inspektor Hasbi pun muncul memulakan siasatan mencari lelaki hilang, dalang pembunuhan dan setan.
(preview) KIUB - sebuah novel Syafiq Ghazali by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 680
  • WpVote
    Votes 22
  • WpPart
    Parts 1
Anas Mohd cuma seorang lelaki tall, handsome, and funny biasa yang ingin menghadiahkan dirinya dengan masakan kari ayam setelah separuh hari melakukan kerja yang baik di pejabat. Dia ke pasaraya untuk mendapatkan bahan-bahan membuat kari ayam, terutamanya Kiub Ayam Nora. Siapa sangka kiub ayam sekecil itu akan membawanya ke dalam sebuah konflik berskala galaksi. Lalu advencer berlatarkan bintang-bintang bermula, dan seorang hero (dan beberapa lagi) pun lahir dari perut angkasa yang hitam pekat. Makluman: kisah ini berlaku sebelum pembentukan Malaysia Baru.
(preview) DIHANTU - sebuah novel Mikael Sahaja by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 1,711
  • WpVote
    Votes 30
  • WpPart
    Parts 1
Pontianak dilahirkan sebagai hantu tapi sering gagal menakutkan manusia. Dia dipaksa berpindah oleh Ayah Ponti yang tidak tahan lagi diketawakan hantu lain di warung kopi Hantu Air di kampung mereka. Maka Pontianak pun berhijrah ke Kampung Mudah. Di sana, Pontianak dengan tidak sengaja telah menakutkan Lebai Leman. Berita tu segera disebarkan Usin Radio. Akibat itu, tanpa sengaja Pontianak disanjung hebat dalam kalangan hantu. Dia melayan kemasyhuran ini dengan dorongan pengurus liciknya Encik Toyol. Statusnya sebagai Duta Hantu tergugat bila Drakula datang dari luar negara ke Kampung Mudah. Hajatnya: mahu mencabar satu lawan satu dengan Pontianak dalam pertandingan menakutkan manusia. Komplikasi seterusnya datang dalam bentuk seorang jejaka manusia bernama Helmi. Hajatnya: mahu memenangi hati Pontianak.
(preview) ONE TWO JAGA: Movie Tie-In by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 1,310
  • WpVote
    Votes 23
  • WpPart
    Parts 1
Mengisahkan tentang pergelutan hidup beberapa watak di pinggir dan lorong gelap Kuala Lumpur. Seorang buruh Indonesia yang cuba menyelesaikan masalah adiknya. Dilema dua pekerja cyber judi memegang wang suapan. Kemelut dua anggota polis yang baru ditugaskan bersama. Kamen Rider. Penjenayah yang kaya-raya. Polis jahat yang makan rasuah. Kesemuanya saling berkait dan bersilang antara tiap satunya - menuju ke sebuah pengakhiran yang celaka. Novel ini berdasarkan skrip filem One Two Jaga arahan Nam Ron yang menemui penonton pada tahun 2018.
DANDAN - sebuah novel Asyraf Bakti by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 87,923
  • WpVote
    Votes 1,083
  • WpPart
    Parts 13
Sanji lari ke Krabi bukan untuk melihat seni batang berdiri. Tapi mencari Nur yang tak pasti. Mencari Nur yang hilang di tengah-tengah Latiff Jamhadi. Mesin taip diketuk hingga berlekuk kertas kajang empat panjang. Gigi-gigi harmonika basah lekit terkena lekat bibir koko Milo yang dicicah Tiger. Biskut rapuh cuba dicicah perlahan. Dalam masa 5 saat, diangkat supaya tidak tenggelam dalam lautan kenangan. Kisah-kisah lari yang dirakam natang GoPro tak pernah berhenti mengejar dari tepi. Suara hembus seperti angin dan bersiul-siul manja di telinga. Air lemon berkocak dada. Rodeo romeo terus mengasak dalam khayalan Sanji yang pasti ada cerita dalam kelopak bunga matahari yang tidak mati. Cium biar stim, kucup penuh goda, seperti semalu yang memencil dirinya. Dan dan tidak pernah jumpa, kata Rohan sambil perbetul spender.
(preview) TOYOL - sebuah novel Hafiz Aziz by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 342
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 1
(preview) Pertemuan dengan seorang perempuan tua berbaju kurung hitam mencetuskan satu persatu kejadian misteri dalam hidup Sani, seorang bekas banduan yang tinggal berdua dengan ibunya. Pada suatu hari, mereka didatangi seorang lelaki yang mengaku sebagai peguam peribadi arwah ibu saudaranya yang telah meninggalkan beberapa barang peribadi kepada mereka dalam wasiatnya. Sejak itu, kehidupan Sani berubah seratus lapan puluh darjah. Sani yang selama ini selalu ditimpa malang tiba-tiba mula bernasib baik. Namun, dia juga semakin perasan akan kehadiran perempuan tua berbaju hitam yang selalu dilihatnya bersama seorang kanak-kanak kecil, tidak kira di mana dia berada.
(preview) TELAGA - sebuah novel Khairi Mohd by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 592
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 1
(preview) "Dan, mung gi dapur ambik garam nga lado hitam," arah Lebai Kosim. Shahidan angguk dan mula melangkah ke arah langsir namun langkahnya terhenti tiba-tiba. Diam dia di situ. "Hoh, sebab apo, Dan?" tanya ayahnya kehairanan. "Hmm... Ado lagi ni, ayoh. Ado lagi." "Gapo? Mano?" "Ado lagi ni duk dapur," kata Shahidan yang tegak berdiri di depan langsir. "Ai, kito tak boleh masuk ni. Tak boleh. Bahayo." "Banyok ko, Dan?" Shahidan diam sebentar. Dia kedengaran merengus. "Mung nok gapo?" Suaranya lain macam, tidak menjawab soalan ayahnya tetapi kini bercakap dengan langsir. Di belakang sana, dalam gelap, aku masih merasai kehadiran 'sesuatu' itu.