syedell's Reading List
5 stories
Satu Mimpi ✔ by suenshenn
suenshenn
  • WpView
    Reads 1,245,584
  • WpVote
    Votes 61,992
  • WpPart
    Parts 54
[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang dengan cinta? Cerita Nazreen dan Emilin ni bermula dari Senior Year. So yeah, this is a sequel but it still can stand on its own. Walau masa dan benua memisahkan mereka, kalau dah namanya jodoh, larilah sampai Zuhrah sekali pun tetap akan bertemu. Tetapi sekali bertemu, bukan bermakna selamanya. Kalau dah selit nama Azra, celah nama Syed Shukri, nama si Doktor Izham a.k.a. bestest friend completely platonic tu pun boleh jadi isu. Ditabur sedikit perisa iaitu HCC dan infertility, okey, lengkap satu hidangan! "Biy, you cintakan I?" "Let me go, Em!" "Jawab Nazreen, do you love me?!" "Tak pernah ada sehari pun I tak sayangkan you..." Jadi, kau dah faham beza cinta dengan sayang? 'Katanya anggap ini satu mimpi. Yang datang sekadar untuk menguji.' [AMARAN!!] : Typo overdose, mohon jangan mati. Si penulis ialah sejenis sloth. Dia lembab dan pemalas. [AMARAN 2.0!!] : Ada sikit-sikit unsur 'suami isteri' but no worries, takde bed scene (too bad ahahaha). [AMARAN 3.0!!] : Fakta sains atau perubatan yg hanya merujuk pada wikipedia, so jangan nak komplen la kalau tak logik. Kelulusan aku Biology SPM je, bukan MBBS lol.
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,538,072
  • WpVote
    Votes 257,125
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
[ H ] اريا - A R I A by melurald-
melurald-
  • WpView
    Reads 6,400
  • WpVote
    Votes 485
  • WpPart
    Parts 2
Bismillahirrahmanirrahim Hadith daripada Anas Bin Malik , Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa pun tidak akan merasa manisnya iman,sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah SWT ( HR. Bukhari ) [ H I A T U S ] M E L U R A L D © Cinta itu kuasa luar biasa yang mampu membuat manusia melakukan sesuatu yang tidak terfikir dek akal sehingga membutakan hatinya untuk menerima ad-din yang sebenar-benarnya. Warkah cerita ini bukanlah kisah cinta yang agung seperti Qois yang mati mendakap nisan Laila, Sappo dalam dongengan Yunani sanggup terjun dari puncak karang yang tinggi dek kerana dibebani rasa cinta dan rindu yang menggunung, Rama yang sanggup berkorban apa sahaja demi Sita, Shah Jehan yang membina Taj Mahal sebagai tanda cinta untuk isterinya, kisah Laila dan Majnun serta Romeo dan Juliet. Jauh sekali untuk bergandingan dengan kisah cinta berlandaskan islam yang diredai Allah seperti kisah Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf AS dan Zulaikha serta Fatimah Az-Zahra dan Sayyidina Ali. Tidak mungkin. "Saya tak pernah dibesarkan dalam keluarga yang amalkan hidup islam,Melur. Saya tahu saya lembap dan tak sama macam orang normal tapi salahkah saya untuk cari siapa Tuhan saya?" - Mei Lee " Kalau awak betul-betul nak nikahi saya, hafazlah al quran sepertimana usaha Ali untuk mendapatkan Fatimah." - Melur Aria " Kalau Tuhan wujud, mana DIA saat aku perlukan DIA? Kenapa DIA suka melihat hamba-NYA dalam kesusahan dikala hamba-NYA mencapai kebahagiaan ataupun kau dengan agama kau penipu! " - Jason Lee / Adam Qowiyz " Leave both of us.. sebab kami boleh bina keluarga sendiri tanpa awak. Saya tak mahu dia kenal awak langsung. Awak tak layak untuk bimbing kami ke Syurga-NYA selain daripada Neraka-NYA." When love is for the sake of Allah, it never dies. • this beautiful cover made by kind-hearted sis @adilahzaini_❤ melurald_© 2019 S L O W U P D A T E & H I A T U S
JODOH PASTI BERTEMU  by IceVelvet9
IceVelvet9
  • WpView
    Reads 4,831
  • WpVote
    Votes 56
  • WpPart
    Parts 30
beautiful cover by : myself Tajuk lama ** DARI SATU HATI Tidak disangka Azran isterinya itu ganas juga orangnya. Jangan pandang remeh temeh orang-orang wanita lemah lembut seperti Sufia, cantik keanggunannya bak bidadari syurga, sedap memandang didepan mata namun ada berbisa disebalik jiwa! Bijak sungguh dia menggaburi... Published on : 12 March 2018 End of published : Thursday 5 April 2018 Disclaimer - tiada kena mengena dengan hidup atau pun yang mati. Semua hanya rekaan semata-mata.
[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED] by ariaseva
ariaseva
  • WpView
    Reads 11,061,701
  • WpVote
    Votes 262,924
  • WpPart
    Parts 31
US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arfan dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1995. Ada sesuatu yang istimewa pada dirinya. Gadis yang dilahirkan dalam keluarga yang mewah ini mewarisi anak mata ibunya iaitu Datin Quin Avin. Anak mata yang berwarna hazel cair itu mendapat perhatian ramai orang. Ciri-ciri yang ada mendorongnya untuk kekal sebagai model sementara di brand berjenama dari Malaysia iaitu Q. AV's yang dimiliki sepenuhnya oleh Datin Quin Avin. Dalam diam, rupa-rupanya dia telah lama diperhatikan oleh seseorang. "Touch her and i'll kill you. Did you hear that ?" -Aryan Froy Louise. Jejaka bermata biru yang dianggap sempurna oleh semua gadis itu tiba-tiba muncul dalam hidup Quin Avrin. Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata. Siapakah dia yang sebenarnya? Hidup di dunia yang penuh dengan darah bukanlah satu dugaan bagi Aryan, tetapi ianya dianggap sebagai takdir. Pilihan berada di tangannya, sama ada mahu membunuh atau dibunuh. "He's not a killer, but I am" -Ariq Frandy Louise Adik kepada si hero sentiasa menimbulkan masalah. Tetapi dia jugalah yang akan menyelesaikan masalah. Itulah dia, lelaki yang digelar Fran. Published under Fajar Pakeer (June 2022) Sem Malaysia - RM28 Sabah / Sarawak - RM31 [Action + Romance + Comedy] Slow-Fast Story Idea hak cipta milik © ariaseva Start: 19th January 2018 End: 10th March 2018 (wattpad) ⚠️ Untuk pembaca matang. ⚠️ Jangan terkejut jika anda lebih meminati adik hero berbanding dengan hero. Kerana saya juga begitu. ⚠️ Pembaca TIDAK DIGALAKKAN untuk menggunakan perkataan-perkataan yang tidak elok yang terdapat di dalam cerita. ⚠️ Cerita ini adalah rekaan semata-mata. ps: Sila abaikan typo dan kesalahan tatabahasa