Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
@cikstokinputih
2 stories
LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[Bakal Terbit] by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 140,899
  • WpVote
    Votes 773
  • WpPart
    Parts 1
BOOK #4 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Bismillah LUTH. Sejak melarikan diri dari rumah anak yatim bersama adik angkatnya, Mawar, Luth membesar di setiap lorong bagi mencari sesuap nasi. Hidupnya jauh dari Tuhan tanpa lintasan untuk bertaubat, hinggalah Mawar membuat satu keputusan. "Abang izinkan atau tak... Mawar tetap akan kahwin. Abang hiduplah sampai mati dengan kehidupan macam ni." -Mawar- Dia mampu kuat walau seluruh dunia menzaliminya, tetapi tidak untuk kehilangan Mawar - bunga ros merah dalam hidupnya. MAHFUZ. Hidupnya selama ini terpelihara daripada noda dunia. Namun, benteng yang dibina sejak kecil runtuh sekelip mata dengan kehadiran seorang gadis berpurdah bernama Balqis. Pada detik yang sama, hadir seorang lagi - gadis yang tulus ingin berhijrah. "Ummi awak kata awak hampir setiap hari bagi kuliah subuh dekat sini. Saya pun datanglah... nak tengok majlis ilmu ni." -Fatihah- Fatihah seorang yang baik. Cuma, dia bukan dambaan Mahfuz seperti Balqis. Dan kerana dua nama ini, lahir sebuah konflik yang merobek dadanya. LUTH & MAHFUZ. Dua pemuda dari dunia yang berbeza, tidak pernah saling mengenali. Saat semuanya hancur, takdir menemukan mereka dan menukar segalanya. Untuk seketika... Luth menjadi Mahfuz. Mahfuz menjadi Luth. Dalam meniti jalan kembali kepada-Nya. *** support my new story i ll try to reply each comments from you! start : 17 sept 2020 end : 13 oct 2020
Bidadari Yang Tersingkir ✓[C] by samperitmilo
samperitmilo
  • WpView
    Reads 90,901
  • WpVote
    Votes 9,707
  • WpPart
    Parts 47
BOOK #3 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 AWARD #1 𝓣𝓑𝓢 𝓐𝓦𝓐𝓡𝓓 2020~ 𝓑𝓮𝓼𝓽 𝓡𝓸𝓶𝓪𝓷𝓬𝓮 AWARD #1 ROMANCE AWARD 2020 - Best Romance Chicklit AWARD #1 THE ARIEL CHICKLIT ROMANCE - Star Galaxy Award AWARD #2 SUPERNOVA Bismillah Tubuhnya dinodai oleh jiran sendiri sewaktu di tingkatan empat. Seorang perempuan bertudung labuh cuba merampas lelaki kesayangannya. Dipertemukan dengan lelaki berkopiah kaki hukum, hidup Akma makin kusut. Dia cuma seorang gadis biasa yang berseluar jeans. Kenapa diharapkan lebih? "Kalau kau je perempuan yang tinggal dekat dunia ni, aku rela jadi teruna tua." -Shahrul Ridzwan "Kau tu pakai tudung sekejap-sekejap, ingat masuk neraka sekejap-sekejap?" -Amir Farhan "Nanti kau cari lelaki lain kalau nak buat suami. Aku cuma akan kekal jadi abang yang akan sentiasa melindungi kau." - Badrul Amin Jalan hijrah yang hadir menjemput menemukan Akma dengan Badrul kembali setelah sekian lama. Rakan sepermainan sewaktu kanak-kanak hingga ke sekolah menengah. Namun, satu peristiwa membuatkan mereka terpisah. Amir pula datang perlahan-lahan untuk membimbing diri itu mengejar gelaran muslimah. Walhal Amir pak ustaz kaki hukum pada mulanya. Ada saja ayat pedas mahu dibidas pada Akma yang terkadang membuatkan Akma melenting tak tentu pasal. Kini mahu pula menjadi imam kepada Akma? Apa yang sebenarnya jejaka bernama Amir Farhan ini mahukan? Hanya Shahrul yang setia di sisi baik susah mahu pun senang. Persahabatan terjalin sejak hari pertama di kolej. Seorang lelaki berbadan gempal dan mempunyai suara lembut, tiada siapa mahu menghulurkan tali persahabatan melainkan Saidatul Akma. Dalam diam, cinta ikhlas si teruna memekar dengan perjalanan masa. Tersungkur kerana tidak melihat jalan. Ada yang lurus, ada yang berlubang. Lagi perit, ada yang membuat penyaksian palsu