[ 𝒎 𝒂 𝒇 𝒊 𝒂 ] ♕︎
43 stories
Possedilo [C] by _vyrlo
_vyrlo
  • WpView
    Reads 1,000,106
  • WpVote
    Votes 38,191
  • WpPart
    Parts 66
[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it means you pull the sleeping lion tail."-DYLAN AIDAN Namun, sudah menjadi lumrah manusia.Sekeras mana pun hati seorang lelaki, pasti ada yang mampu menjadi 'softlan-nya'. "I'm not afraid of dying, but i'm afraid to losing you piccolo ragazza..."-DYLAN AIDAN Dendam.Dendam mampu memusnahkan hubungan yang dibina bertahun lamanya.Hanya kerana sifat yang didambai syaitan itu, terputusnya hubungan sesama saudara. "I'll do anything untuk balas balik apa yang dia orang dah buat dekat Rania dulu.Itu janji abang...Setiap hutang perlu dibayar.Dan, dia mesti bayar jasad sebagai ganti.Tak kisah siapa pun dia orang!"-PF
PAWKY by atulaisy_ckk
atulaisy_ckk
  • WpView
    Reads 688,252
  • WpVote
    Votes 24,649
  • WpPart
    Parts 58
Bergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama Hasha Irdina Qaisara. Lemah betul bila kena cari duit sendiri tanggung perbelanjaan hidup seorang mahasiswa. Itu belum lagi bila telefon dia berdering... Hadha yang sering mencari dia dan hanya tahu meminta duit. Sakit kepala dia hanya Tuhan sahaja yang tahu. Nasib baik Hasha ada sahabat baiknya, Eddy. Kawan merangkap teman rumah yang sangat memahami dan masak benar dengan masalah yang dihadapinya lagi-lagi apabila melibatkan Hadha. Masa dia tengah melangut dalam dunia sendiri dimana pensyarah tengah membebel di depan menyampaikan ilmu dia mendapat idea. Idea yang tidak masuk akal tapi masih lagi boleh diterima akal. Apakah idea Hasha? Pawky yang didefinisikan sebagai sly, cunning dalam bahasa Inggeris akan memaparkan watak sisi nakal, pelik dan unik Hasha Irdina Qaisara. Telatahnya yang cuba mendapatkan apa yang dia mahukan dengan apa cara sekalipun. Aduhai, risau dibuatnya. Adakah idea Hasha itu akan memakan dirinya? Nantikan... Jangan lupa letakkan Pawky dalam READING LIST! Dan, FOLLOW setiap bab yang akan diPUBLISHkan di WATTPAD!
Lelaki Bertopeng Putih (HIATUS) by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 176,012
  • WpVote
    Votes 17,058
  • WpPart
    Parts 36
[KARYA KEDUA - REWRITE VERSION AVAILABLE] Tajuk : Lelaki Bertopeng Putih Previously known as : The After Story Genre : Romance Action Status : Hiatus Maklumat tambahan : Sequel Hacker 426 Cover by : @azleyanaaa ×××× HARIES NAIM. Dia seorang lelaki ceria yang nakal dan gemar mengusik orang yang tersayang. Dalam kenakalan dan senyuman yang sering dipamerkan di hadapan semua orang, siapa saja menyangka... dia merupakan Lelaki Bertopeng Putih. Lelaki yang digeruni kerana kehandalannya dalam menisankan kumpulan-kumpulan kongsi gelap di Malaysia. Kehidupannya sebagai seorang LBP dan CEO syarikat AmiZa Holding sudah cukup menguji mental dan fizikalnya. Tapi hidup tak kenal erti rehat. Entah kenapa dan sebab apa, mamanya, Puan Sri Naina memaksanya berkahwin dengan seorang gadis pilihan mamanya. Klise? Sangat. Hingga buat Haries sakit kepala memikirkan perkara itu. Untuk apa Puan Sri Naina memaksanya sebegitu sedangkan sebelum ini, wanita itu bukannya kisah sangat akan status bujangnya. Umur Haries pula tak sampai 40 tahun pun untuk layak digelar Antertu. Apa niat sebenar Puan Sri Naina dalam mendesaknya berkahwin? Fikirannya bertambah berat apabila dia perlu memberikan komitmen yang lebih untuk tugasnya kali ni. Ya, tugas untuk menghapuskan kumpulan kongsi gelap paling terkenal di Malaysia, The Oscura. Semudah itukah kumpulan itu bakal dilenyapkan? Sedangkan 426, penggodam terkenal pun langsung tak berani menjanjikan kemenangan berada di pihak mereka. Mindanya juga kian kusut tatkala dia antara sedar dan tidak, sudah mula menyimpan perasaan dan angan-angan dengan gadis pilihan mamanya, Raihanah. Di pertengahan kisah hidupnya, seorang Haries Naim berantakan. Jiwanya kacau dan celaru. Tekanan mulai mengganggu perasaan. Lelaki Bertopeng Putih mulai tersungkur di kaki takdir. Dan persoalannya... mampukah dia bangkit kembali?
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,545,814
  • WpVote
    Votes 340,106
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘
She 's My Hazel✔️ by queennaisya
queennaisya
  • WpView
    Reads 301,202
  • WpVote
    Votes 11,247
  • WpPart
    Parts 75
Main characters ; Engku Hazellyna Emelda Engku Haizad Ezray : dia cantik , dia manis , dia hati kering , dia anak orang kaya tapi perwatakannya tidak seperti orang kaya , dia pendek tapi tomboy disebabkan satu tragedi . perwatakannya yang kasar ala ala lelaki menyebabkan orang sekeliling tidak menyedari bahawa dirinya seorang perempuan . walaupun tomboy , dia lah yang menjadi dambaan manusia bernama lelaki . Raja Adrianne Faqashah Raja Ayyan : lelaki kacak , menjadi dambaan ramai wanita . dia ketua mafia , dia anak orang kaya , dia romantik . entah bagaimana hatinya boleh jatuh sayang kepada gadis tomboy seperti Hazellyna Emelda . Darlene Nellysha bt Nazrul : dia perasan bahawa dirinya adalah teman wanita kepada Raja Adrianne Faqashah . dia gedik , dia cantik , dia duri dalam daging , dia gold digger , dia penggoda terbaik . Engku Aydiq Haydan Engku Ayzil Hafiey : kawan lama aka musuh lama kepada Raja Adrianne Faqashah . dia kacak , dia kaya , dia meminati Hazellyna Emelda sekian lama . Other characters ; • Engku Ayfiz Miqael Engku Ayril Mahmud • Fiqlia Nadya bt Fitri Gang Mafia Black Eagle ; • Raja Adrianne Faqashah/King Alan Xavier : ketua mafia , professional fighter , assasin , shooter • Aaron Xander Miqaille : professional shooter • Aryan Dennis Benjamin : professional hacker , shooter • Raja Edwin Danielle : professional assasin • Alex Uqaisy Elexir : professional magician ' apa nama you ? ' - Raja Adrianne Faqashah ' hazelnutty ' - Engku Hazellyna Emelda ' hazel what ? you kacang ke manusia er ? - Raja Adrianne Faqashah ' so what ? ada masalah ? pergi mampus lah kau ' - Hazellyna Emelda #nanti akan ada watak watak baru taw stay tuned ! ~ apa yang akan terjadi ya ? bacalah sendiri herhh . btw , cqita ni hanya rekaan semata mata au ? enjoyyy ! [ sebarang typo mohon abaikan , sis malas nak edit byk kali😂 ] [warning : terdapat banyak carutan dan bahasa bahasa kesat . Jangan hbaq akak tk hbaq nananaba hahahah]
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 489,194
  • WpVote
    Votes 13,056
  • WpPart
    Parts 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
Love You Kill Me | TERBIT by stargazell
stargazell
  • WpView
    Reads 20,953
  • WpVote
    Votes 2,288
  • WpPart
    Parts 23
Tajuk baru: Apricus Penulis: Adhara Syakil Terbitan: Fajar Pakeer ☀️☀️☀️ RM28.00 (SEMENANJUNG) RM31.00 (SABAH & SARAWAK) Kalau tanya pada aku, apa perkara terindah dalam hidup aku... Jawapan aku pastilah dia. Dia, jejaka idaman semua orang. Pemuda yang kata orang tidak mampu aku gapai. Lelaki yang penuh dengan manisnya sehingga semua orang mampu mencair. Nak dibandingkan aku dengan dia, bagaikan langit dengan bumi. Namun siapa sangka takdir aku menemukan dia bersama dengan aku? "Hai beauty!" Dia tak kenal erti jemu. Mengalah juga tidak. Bagi dia, selagi aku menjauh dia akan mendekat. Dekat hinggakan tiada zarah yang mampu terhasil antara tubuh aku dengan dia. "Biarlah aku nak kawan dengan siapa pun." Aku dah penat menolak. Bahkan, dia licik membuat aku terpedaya. Buat aku rasa berbahang satu tubuh. Malu! Segan! Nak menyorok! "Kita hanya ditakdirkan untuk bersama." Aku mengaku. Aku memang tak mampu lari daripada dia. Dia adalah manusia terindah dan tempat sempurna buat aku. Menyayangi dia bukan satu kesilapan. Aku tak kisah mencintai dia biarpun dia tidak tahu kata hati aku ini. "Kau nak tak jadi isteri aku? Semua ni akan jadi milik kau." Terkejut. Terpempam. Terkedu. Tercenung. Hati kami berdetik sama? Biar betul? "Nenda tak suka kamu berkawan dengan dia. Kamu akan merana!" Nenda pula... Membantah. Pedih. Perlu ke nenda buat aku macam ni? Nenda, aku cintakan dia. Dia adalah realiti terindah aku. "His heart kill." Pengakhiran kami bagaimana? ☀️☀️☀️ Buku pelik saya ini pernah memenangi: THE BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD TOP 3 BEST FANTASY THE PERFECT SHINING AWARD
Dalam Jagaan Devil [NOVEL] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 3,254,864
  • WpVote
    Votes 170,047
  • WpPart
    Parts 65
Top 1 [Amazing Romance Genre🏅] Top [ GOOD STORYLINE 🏅] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau duduk dengan syaitan, sudah semestinya dia akan membawa aku ke neraka." Kemunculan Rayden Hidayat dalam hidupnya membawa satu makna. Lelaki berdarah kacukan cina itu dilahirkan daripada keluarga kongsi gelap. Dia tidak menyangka perwatakan Rayden yang agak dingin dan serius dapat membawanya keluar daripada dunia suaminya. Setahun perkahwinan Hana dan Ziat telah didirikan. Namun ia runtuh kerana nafsu duit. Ziat sanggup menjual isterinya kepada sesiapa sahaja yang membayarnya dengan wang tunai yang banyak. Sejak kehadiran Rayden sebagai pelanggan, dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila setiap malam lelaki yang sama bakal menempah isterinya. "Saya takkan lari daripada sini. Syurga saya dibawah telapak kaki suami saya."-Hana. "Itu bukan syurga tapi neraka. Just choose one, follow me or continue to satiate the devil's appetite."-Rayden Namun kehadiran Rayden dalam hidup Hana bukanlah satu maksud yang sia-sia. Dia datang dengan hajat tiga tahun yang lalu. Dia muncul sebagai memori pahit Hana yang sudah lama dilupakan. Siapa Rayden? Bagaimana aku boleh lupa tentang orang yang paling penting dalam hidup aku? "Ikut aku balik Hana!" -Rayden Hidayat "Aku suami kau yang sah Hana. Kalau kau lebih pilih bekas suami kau yang dah murtad, kau berdosa besar. Tiada ciuman syurga bagi kau Hana. Datang pada aku sekarang!" -Ziat Mana yang harus aku pilih? Dalam jagaan siapa yang lebih selamat untuk aku menetap? "Cinta boleh buat kita ingat semuanya tapi cinta juga boleh buat kita lupa yang Maha Esa. Cinta memang kejam!"- Rayden Hidayat