Adventure and thriller
6 stories
Pluto by FithFith
FithFith
  • WpView
    Reads 11,169
  • WpVote
    Votes 960
  • WpPart
    Parts 25
(Sekuel HILANG) Setahun berlalu sejak pelajar 5 Sains 1 mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Malaysia dan dunia juga tahu. Maka, sebuah agensi angkasa ingin melibatkan mereka dalam perjalanan eksperimental ke Pluto. Lapan pelajar daripada kelas itu pergi atas dasar hendak mengumpul maklumat dan sampel dari Pluto. Perjalanan sukar mereka tempuhi, namun apabila sampai sahaja di Pluto, mereka sedar ada sesuatu yang perlu dilakukan untuk terus hidup. Kerana ada yang yang mengancam nyawa mereka.
Hilang by FithFith
FithFith
  • WpView
    Reads 57,522
  • WpVote
    Votes 3,238
  • WpPart
    Parts 27
SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1 berkenaan penglibatan mereka dengan program pertukaran pelajar dengan pelajar-pelajar dari sesebuah sekolah di Amerika Syarikat. Meskipun rasa hairan dan risau telah bersarang di hati, sekumpulan pelajar ini lebih berasa gembira dan tidak sabar untuk pergi berjalan-jalan di AS bersama kawan-kawan. Sememangnya, malang tidak berbau. Kapal terbang yang mereka naiki terhempas ketika dalam perjalanan ke AS. Rasa hairan bertambah apabila kesemua penumpang kapal terbang itu telah terkorban, kecuali para pelajar 5 Sains 1. Hari berganti hari, mereka menunggu sahaja pertolongan yang entah bila kunjung tiba ke pulau yang tidak pernah terlukis di peta dunia itu. Bersama-sama, mereka berjuang untuk melawan trauma dan meneruskan kehidupan. Namun, perjuangan mereka dirasakan bagai akan berakhir apabila mereka menemukan sesuatu. Satu demi satu.
Enam Terpilih by fazryzafatyn
fazryzafatyn
  • WpView
    Reads 113,073
  • WpVote
    Votes 11,079
  • WpPart
    Parts 51
Atas dasar rasa ingin tahu, Aleya membuat keputusan untuk menerima satu jemputan misteri ke Perlis. Ezlan pula yang dikurniakan satu kebolehan cuba mengubah takdir, namun malangnya, bas yang dinaiki dia dan Aleya telah mengalami kemalangan maut. Mereka berdua telah terkandas di dalam hutan aneh bersama empat orang lain yang tidak dikenali, iaitu Adan, Fuad, Hani dan Zana. Mereka berenam cuba bertahan dalam pelbagai rintangan tanpa mengetahui bahawa mereka mempunyai satu persamaan. Apakah yang akan berlaku kepada mereka? Dapatkah mereka menyelamatkan diri mereka? (Completed)
The Revolution of Worlds by RyzalAlmarazy
RyzalAlmarazy
  • WpView
    Reads 477
  • WpVote
    Votes 100
  • WpPart
    Parts 14
Walaupun berada di negara sendiri masih ada orang yang bersikap perkauman kepada bangsa lain. bukan itu sahaja dengan kaum sendiri juga ada. Kisah ini menceritakan tentang suasana di masa depan dimana manusia masih lagi bersifat "racist" lalu seseorang mencipta sesuatu sistem baru untuk mengasingkan non-racist dan rasist di suatu tempat. Namun seorang lelaki yang bernama Dhaffa masih ingin meyakini bahawa mereka yang rasict boleh di selamatkan. Dalam erti kata yang lain, boleh hidup bersama tanpa pengasingan ini. Berjayakah usaha nya untuk memperjuangkan nasib mereka? Cover : den sendiri (TT)
PARAGON by GwenMahdi
GwenMahdi
  • WpView
    Reads 18,945
  • WpVote
    Votes 3,221
  • WpPart
    Parts 54
[Pemenang Emerald Award 2020 • Kategori ADVENTURE] [Pemenang Amazing Books Award 2020 • Kategori ACTION] Lama dahulu, satu eksperimen telah dijalankan oleh sebuah organisasi. Projek itu berakhir dengan bencana. Kini, konflik daripada peristiwa itu masih ada. Situasi tersebut memberikan kesan buruk kepada semua pihak, terutamanya para rakyat. Nell, seorang remaja lelaki dengan kuasa aneh telah bertekad untuk keluar dari kurungan negaranya. Dia perlu ke utara demi mencari seseorang. Namun sepanjang perjalanannya, malapetaka sentiasa berlaku. Dia sendiri tidak pasti adakah semua yang terjadi berpunca daripada dirinya. Takdir telah menemukannya dengan Kaio dan Sonny, dua orang pelarian yang cuba hidup seperti biasa selepas peperangan; Azaka, seorang perempuan yang mempunyai suatu misi yang tidak diketahui; dan Auvo, lelaki penyendiri yang terpaksa keluar dari 'persaraannya'. Dalam kekalutan dan huru-hara, mereka perlu mencari solusi untuk menamatkan segala sengketa yang telah berlanjutan buat selamanya. Cover: Su Jian (Artstation)
Penjejak Kubur by maercaestro
maercaestro
  • WpView
    Reads 70,390
  • WpVote
    Votes 6,577
  • WpPart
    Parts 60
Tahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak Kubur, mereka diupah oleh ahli keluarga untuk mencari mayat waris mereka yang terkorban. Mereka perlu mengemudi kubur yang tak henti-henti dibedil perang, demi memenuhi permintaan ahli keluarga yang sedang berkabung. Azrahel, seorang penduduk Bandar Kersani, merupakan penjejak kubur dengan 10 tahun pengalaman. Dia diupah oleh seorang usahawan bagi mencari suaminya yang terkorban di medan perang. Tapi apa yang ditemui Azrahel, mengejutkannya dan boleh menggegarkan seluruh Bandar Kersani.